risalah ad-deen bil.3

24
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3 http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 1/24

Upload: david-mcclain

Post on 07-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 1/24

Page 2: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 2/24ADDEEN BIL.3 - M/S 02

Siapa dan di manakah kita??!!… Assalamualaikum Wrt. Wbt.… 

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan fizikal

dan minda serta nikmat yang tidak terhitung kepada kita. Selawat dan salam

 buat junjungan mulia Habibullah Rasulullah SAW serta para sahabat dan ahli

keluarganya.

Alhamdulillah…Risalah Ad-Deen dapat diterbitkan bagi edisi Mac

sehingga Jun 2011 untuk tatapan seluruh pembaca budiman . Saban hari kita

memikirkan tentang komitmen samada anda seorang pelajar, pekerja,

majikan, anak, ibubapa ataupun masyarakat. Adakah komitmen itu telah

dilaksanakan dengan baik ataupun masih ada yang belum selesai dan mung-

kin juga anda tidak pasti dengan kerja yang anda lakukan sehingga kini.

“ Bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendak maju ke depan atau

mundur ke belakang. Tiap-tiap diri manusia terikat disebabkan oleh

usahanya.” (Al -Muddastsir : 37-38)

Komitmen itu sendiri saling berkait dengan konsep itqan (bersungguh-

sungguh). Tanggungjawab merupakan amanah bagi setiap individu. Baik  buruk hasilnya bergantung kepada komitmen individu itu sendiri. Kelak kita

semua dipertanggungjawabkan atas tindakan dan perbuatan yang dilakukan.

Seorang yang itqan itu bijak menggunakan dan mengurus masa dalam

melakukan kerja serta mengikut tertib dan peraturan. Selain itu juga sentiasa

  berikhtiar dan berusaha meningkatkan mutu kerja untuk menghasilkan

  produktiviti yang cemerlang juga wasatiah (seimbang) dalam urusan duniadan akhirat.

“ Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan

 sesuatu kerja, ia dilaksanakan dengan cemerlang (HR al-Baihaqi)

Mukmin yang berjaya adalah mereka yang beriltizam, penuh

komitmen dan melaksanakan suruhanNya. Sesungguhnya Allah mengasihi

hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan. Sebagai-

mana Islam juga membenarkan muslimah untuk keluar berkerja selagi mana

tidak mengabaikan tanggungjawab dan tidak melanggar ketetapan syariat. Ini

selaras dengan konsep kerja adalah satu ibadah. Antara ciri-ciri mukmin yang

 berjaya juga adalah mereka yang berpegang teguh dalam mentauhidkan Allah

SWT dan mencintai Rasulullah SAW. Firman Allah SWT dalam surah

al-Isra‟ ayat 1 yang bermaksud : "Maha Suci Allah yang telah

memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke

  Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami 

  perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.

 Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”  

Bukan sekadar mengingati tetapi apa yang lebih penting adalah

  penghayatan di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj serta Maulidur Rasul.Ianya membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah seterusnya mengingat-

kan kita agar sentiasa menginsafi diri dan mengelakkan diri dari melakukan

kejahatan dan maksiat. Syukur dan sabar adalah kunci kejayaan dan

kebahagiaan hidup. Kegagalan umat Islam pada hari ini berpunca dari sikap

mereka sendiri yang tidak mengikuti syariatullah dan meninggalkan ajaran

Islam. Sesungguhnya seluruh ciptaanNya menepati Sunnatullah dan Allah

ingin mendidik kita agar menjadi khalifah yang berjaya mentadbir dan

memakmurkan bumi serta mencontohi perjuangan serta peribadi Rasulullah

dan para sahabat baginda dalam seluruh aspek kehidupan. Semoga kita tidak 

 putus asa dalam meniti laluan hidup dan sentiasa bersangka baik kepadaNya.

Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita. Insan berkualiti, iman ter-patri, mantap jati diri, Insya- Allah dirahmati… 

Salam Mawaddah…

Noor Azzah Mohd Yusof [email protected]

Penaung

Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono 

PenasihatProf. Madya Hj. Zainal Abidin Bin KidamTuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan

Editor

Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof

PengarangUstaz Mohd Fathur Rahman bin KasdiranUstaz Abdul Rahman bin RidewanUstaz Nurdin bin DarmanUstazah Zahidah binti Muhd ZainUstazah Noor Azzah binti Mohd Yusof

Wartawan & GrafikEncik Mohd Azlizad bin Sulaiman

Edaran

Ustaz Mohd Sofyan bin Razali

Jurufoto

Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman

Penerbit

Pusat Islam ,Universiti Selangor ,Jalan Timur Tambahan ,45600 Bestari Jaya ,

Selangor Darul Ehsan .

Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134Email : [email protected] : PUSAT ISLAM UNISEL

Sidang Redaksi Ad-Deen amat

mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /

Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan

Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah

 berkaitan dengan urusan keilmuan dan

aktiviti universiti. Sila hantarkan

 bahan - bahan tersebut kepada :

Pejabat Editor ,

Pusat Islam Unisel .

Page 3: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 3/24

Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan

BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar CairoDip Pendidikan UKM

ADDEEN BIL.3 - M/S 03

…“ digerakkan”… “bergerak” 

atau “dihidupkan”… 

 Assalamualaikum Wrt. Wbt.  

Syukur ke hadrat Ilahi dan

selawat ke atas junjungan mulia Nabi

Muhammad SAW. Alhamdulillah

dengan izinNya jua kita masih

 berpeluang menjalani kehidupan yangaman dan sejahtera kerana di sebalik 

itu ada insan lain sedang meratap hiba

kerana kehilangan, kemusnahan dan

  penderitaan rentetan dari bencana

alam yang berlaku. Peristiwa yang

  berlaku di persekitaran kita banyak 

memberi pengajaran dan peringatan

  bahawa sesungguhnya kekuasaanNyamelebihi segalanya. Apa yang kita

kecapi hari ini tidak akan berkekalan

selamanya, ianya sekadar pinjaman

dariNya samada kita mensyukuri

nikmat yang diberikan. Manakalakesusahan yang kita tempuhi hari ini

tidak akan selamanya begitu, kerana

di sebalik kesusahan i tu ada

kesenangan sebagaimana yang Dia

 janjikan.

Bentengi diri dengan taqwaserta mendidik diri dengan sifat sabar,

redha dan tidak jemu berusaha

semoga kita beroleh limpah rahmat

dan kasih sayangNya sebagaimana

maksud firman Allah SWT dalam

surah al-Insyirah, ayat 6-8 : “ Bahawa  sesungguhnya tiap-tiap kesukarandisertai kemudahan. Kemudian apa-bila engkau telah selesai (daripada  s e s u a t u a m a l s o l e h ) , m a k a

bersungguh -  sungguhlah engkauberusaha (mengerjakan amal soleh  yang lain). Dan kepada Tuhanmu  sahaja hendaklah engkau memohon( apa yang engkau gemar dan

ingini)”. 

Muhasabah diri amat perlu

untuk menilai kembali apa yang telah

kita lakukan lewat usia beredar.

Sejauhmana kualiti dan sebanyak 

mana kuantiti amalan kita sebagai

„benchmark‟ (penanda aras) kepada

hubungan kita dengan Allah SWT

(dalam bentuk ibadah) dan hubungan

sesama manusia (dalam bentuk 

hubungan kemanusiaan) dan dengan

alam semesta. Segala yang kita

lakukan ada nilainya. Walaupun ke-

hendakNya penentu segalanya, ini

t idak bermakna kita berserah

segalanya tanpa berusaha. Kita sendiri

 perlu “bergerak” atau “digerakkan” 

atau “dihidupkan” bagi mencapaikejayaan dan kecemerlangan serta

mengoptimumkan potensi diri yang

merangkumi aspek pemikiran, rohani

dan jasmani .

Bertanggungjawab,

amanah, ikhlas, berdedikasi,

berdisiplin, bekerjasama,

bersih fizikal dan rohani,

kesederhanaan dan tekun dalam

menyempurnakan tuntutan

amanah merupakan nilai-nilai

peribadi asas yang perlu adadalam setiap individu .

 Nilai dan etika yang baik akan

membantu ke arah kecemerlangan dan

  berkualiti. Islam sendiri menekankan

nilai kualiti dalam sesuatu kerja yang

dilakukan. Kualiti menurut Islam

adalah hasil sesuatu yang kerja yang

ada nilai tambah. Nilai-nilai tambah

  boleh diperolehi melalui Sunnatullah

(tabiat kejadian alam), kebiasaan diri

serta melalui pembelajaran. Firman

Allah SWT bermaksud : “ Sesung-  guhnya Kami telah aturkan caramencipta manusia bermulanya dariair mani yang bercampur ( dari pati

benih lelaki dan perempuan), serta  Kami tetap mengujinya (dengankewajipan-kewajipan). Oleh itu maka

kami jadikan dia berkeadaanmendengar dan melihat. Sesung-  guhnya Kami telah menunjukkan

kepadanya (melalui akal dan Rasul)akan jalan (yang benar dan yang   salah maka terserlahlah kepadanya)

  samada ia bersyukur (denganberiman dan taat) ataupun ia berlakuku fur ( dengan mengingkar ikebenaran atau menderhaka)”. – 

(Surah al - Insan : ayat 2-3). 

Melalui pemahaman ayat

al-Quran di atas, setiap manusia itu

akan diuji. Kita diberikan pancaindera

(pendengaran dan penglihatan) untuk 

mendapatkan ilmu dan pengetahuan.

Dengan keupayaan yang Allah

  berikan, kita boleh memilih untuk 

mendapatkan jalan hidayahNya atau

  jalan kemurkaanNya seterusnya

membawa natijah(kesan) kepada diri

menjadi seorang yang bersyukur atau

kufur. Kita dijadikan sebagai khalifah

adalah untuk memakmurkan bumi

Allah dengan sebaiknya mengguna-

kan keupayaan jasmani, spiritual dan

akal fikiran. Setiap tangggungjawab

yang diberikan hendaklah dilakukan

d e n g a n s e i m b a n g d a n t i d a k  

mengabaikan tanggungjawab yanglain.

Jadilah insan yang bersikap

adil pada diri, pada Allah SWT,

RasulNya, pada manusia dan juga

alam. Dan bertawakkal kepada Allah

s e t e l a h k i t a m e l a k s a n a k a n

sebagaimana yang telah diamanahkan.

Semoga kita mendapat keberkatan

hidup di dunia dan akhira. InsyaAl-

lah..Wassalam… 

Page 4: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 4/24

Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN BIN KASDIRAN

ADDEEN BIL.3 - M/S 04

 Konsep itqandalam Islam merujuk 

kepada maksud 

 sempurna atau konsep

 profesionalime.

  Namun perkataan itqan itu

mempunyai konotasi yang lebih luas

dan holistik kerana ia bertaut kepada

aspek ketauhidan kepada Allah

S.W.T. Bagi seseorang insan itu,

kesempurnaan menuju matlamat insan

diciptakan ialah apabila ia berusaha

untuk memenuhi segenap aspek 

kehidupannya di dunia ini sebagai

ibadah kepada Allah S.W.T. semata-

mata, sebagaimana maksud ayat 56

Surah Az-Zariyat:

“Dan aku tidak menciptakan Jin dan

Manusia melainkan supaya mereka

menyembahKu”. 

KESEMPURNAAN KERJAYA

YANG BERIMBANG 

Kesempurnaan adalah mat-

lamat segenap aspek dalam kehidupan

insan. Kesempurnaan dalam sesuatu

aspek sahaja tetapi mengabaikan

aspek lain tidak dapat menghasilkan

kecemerlangan yang holistik bagi

seseorang insan itu serta insan lain

dalam lingkungan pengaruhnya.

Bagi mereka yang bekerjaya

dan berkeluarga misalnya, kesempur-

naan dalam kerjaya melalui dedikasi

masa dan tenaga bakal membuahkan

hasil dalam bentuk kenaikan pangkat,

  bertambah pendapatan dan lain-lain

ganjaran. Namun jika tuntutan

  bekerjaya itu mengatasi tanggungn-

  jawab sebagai seorang muslim

contohnya solat ditinggalkan kerana

terlalu sibuk dengan tugas kerja,

adakah kita masih menuju kesempur-

naan dalam aspek pembangunan diri

sebagai seorang muslim??!

Dan jika kesibukan terhadapkerjaya menyebabkan kurangnya

masa untuk bersama keluarga dan

mendidik mereka, anak-anak bakal

membesar dan „terdidik‟ dengan

acuan di kaca TV, permainan video,

internet dan rakan sebaya dalam usaha

mereka memenuhi kesunyian akibat

kurangnya tumpuan ibu bapa.

Apabila anak-anak terlibat

dengan pelbagai gejala sosial maka

adakah kita masih menuju kesempur-

naan dalam pembinaan keluarga yang

  bahagia dan mithali? Adakah kesem-

 purnaan dalam kerjaya mampu mene-

  bus kepincangan keluarga sendiri?

Sudah tentu jawapanya tidak. Justeru

sebarang usaha menuju kesempurnaan

  berkaitan sesuatu aspek iaitu perlu

  berimbang dengan keperluan menca-

  pai kesempurnaan dalam aspek lain

agar kita berhasil menuju kesempur-

naan dalam kualiti kehidupan secara

keseluruhannya.

KERJAYA MENURUT ISLAM

Islam amat menyukai sebarang

usaha ke arah kesempurnan dan

mempertingkatkan kecemerlangan di

kalangan umatnya. Rasulullah S.A.W.

 bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. amat 

menyukai apabila seseorang itu

melakukan sesuatu pekerjaan, iamelakukan dengan dengan penuh

ketekunan (Memperbaiki dan menuju

ke arah kesempurnaan)”. (Hadis

riwayat al-Baihaqi)

  Namun jangan lupa bahawa

tuntutan kesempurnaan dan kecemer-

langan kerjaya dalam Islam itu

sewajarnyalah bersifat holistik yang

merangkumi prestasi keimanan, imej,

 personaliti dan sahsiah. Moral, akhlak 

dan lainya. Apalah gunanya kita

  berada dalam prestasi kerjaya yang

  baik dan memuaskan, tetapi etika

hubungan kita dengan Allah S.W.T.

dan manusia sangat buruk.

Segala kerja yang kita lakukansewajarnya bertujuan untuk memper-

  baiki kerohanian, agar kita dapat

kebahagiaan dunia dan akhirat

sehingga kerjayanya boleh digolong-

kan sebagai jihad.

JIHAD SEBAGAI MATLAMAT

Ruhul jihad dalam bekerja

sebagai pra syarat menuju segenap

  potensi dijalan Allah untuk kebaikan

setiap orang. Ruhul Mujahada menun-

tut kesabaran. Semua ini didukung

dengan ketekunan dan berterusan.

Ruhul jihad menolak setiap bentuk 

ketidakcermatan dalam pengurusan

waktu yang begitu berharga, dengan

tegas pula ia menolak setiap perasaan

dan sikap lemah, malas dan tidak 

serius.

Semangat inilah yang seharus-

nya tidak dirosak dan dilumpuhkan

oleh pemikiran dan budaya asing.

Maka di sinilah kaum Muslimin harus

kembali kepada Islam secara benar,

mengambil semangat ruhul Islam

yang akhirnya setiap muslim akan

mampu mengukir prestasi kerjaya

dengan penuh keghairahan, dan

kemudian secara pasti akan mengem-

  balikan „izzah atau harga diri,

sehingga dihormati oleh umat lain.

Profil seorang muslim adalah

insan yang ramah, tetapi bukan lemah,

  penyantun bukan penghukum, kreatif 

  bukan pasif, selalu memikirkan

  prestasi tetapi bukan untuk dirinya.

Mudah meminta maaf dan memberi

 bantuan dan kebijaksanaannya adalah

dalam rangka mengakui kurniaan

Allah dan menghargai jasa atau pres-

tasi orang lain. Berkat prestasi kerja

dan amal serta jihad mereka akanmembuahkan hasil yang berterusan

dan ganjaran yang setimpal serta ke-

hidupannya didalam lingkungan redha

Allah S.W.T. Amin….!!! 

Page 5: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 5/24ADDEEN BIL.3 - M/S 05

Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN BIN KASDIRAN

 Nilai diri anda akan menjadi lebih

mahal apabila anda menyedari

 pentingnya diri mempunyai kualiti

dalam setiap aspek kehidupan.

 Hanya kerana itu dalam apa cara

 sekalipum anda perlu

meningkatkan dan cuba untuk 

membina kualiti diri.

Selain dari aspek kualiti Iman 

yang menjadi tunjang kepada kualiti

sesaorang hamba Allah, ilmu adalah

menjadi unsur kedua paling penting

dalam meletakan seseorang itu

  berkualiti atau tidak. Lihat sahaja

dunia menilai manusia dengan sekep-

ing sijil atau segulung ijazah hanya

kerana ingin meletakan seseorang itu

mempunyai tanda aras dalam mengua-sai ilmu pengetahuan. Inilah menjadi

  prinsip pertama yang Allah S.W.T

ajarkan kepada baginda Rasulullah

S.A.W.

KERJAYA DALAM KEHIDUPAN

MUSLIM

Al-Quran menyebut kerja den-

gan berbagai terminologi. Al-Quran

menyebutnya sebagai “ „amalun”

yang mencakupi pekerjaan lahiriahdan batiniah atau “Fi‟lun” dengan

  penekanan makna pada pekerjaan

yang menghasilkan keluaran

(output) yang bersifat fizikal.

Pekerjaan yang dicintai Allah

S.W.T. adalah berkualiti. Al-Quran

sebagai pedoman kerja kebajikan,

kerja ibadah, kerja taqwa atau amal

soleh memandang kerja sebagai

kudrat hidup. Samada kehidupanspiritual, intelektual mahupun ke-

hidupan individu dan sosial dalam

 pelbagai bidang.

Al-Quran menegaskan bahawa

hidup ini untuk ibadah. Maka kerja,

dengan sendirinya adalah ibadah, dan

ibadah dapat direalisasikan dengan

kerja dalam segala manifestasinya.

Jika kerja adalah ibadat dan status

hukum ibadat pada dasarnya adalah

wajib, maka status hukum kerja

adalah juga wajib. Kewajipan itu pada

dasarnya bersifat individual. Atau

fardu ain, yang tidak boleh diwakilkan

kepada orang lain. Hal ini berhubun-

gan secara langsung dengan pertang-

gungjawaban amal yang bersifat

individual, di mana individulah yang

akan dipertanggungjawabkan atas

amalan masing-masing.

Bagi pekerjaan yang secara

langsung memasuki wilayah bagi

kepentingan umum, maka kewajipanmenunaikannya bersifat kolektif atau

kebersamaan yang dikenali sebagai

kewajipan Fardhu Kifayah. , iaitu satu

  pekerjaan yang menjamin keberhasi-

lan secara umum. Setiap orang wajib

memberikan konsentrasi secara total

sesuai dengan kapasiti masing-masing

dan tidak ada toleransi hingga tercapai

tahap kecukupan (Kifayah) dalam

ukuran kepentingan umum.

KUALITI DALAM KERJAYA 

Pra syarat agar setiap aktiviti

kita dianggap ibadah dan berkualiti

adalah seperti berikut:

1. Ikhlas, iaitu mempunyai hati

yang suci serta tulus dalam ker-

  jayanya dan bermatlamatkan mencari

Mardhatillah (mencari keredhaan

Allah S.W.T.) Firman Allah dalam

Surah al-Baqarah ayat 207.Bermaksud:

“Dan diantara manusia ada

orang yang mengorbankan

dirinya kerana mencari

keredaan Allah, dan Allah

Maha Penyantun kepada

hamba-hambaNya”. 

2. Benar, iaitu sesuai dengan

tuntutan yang diajarkan oleh agama

melalui Rasulullah S.A.W. untuk 

  pekerjaan ubudiyah (ibadah khusus)

dan tidak bertentangan dengan suatu

ketentuan agama dalam hal muamalat

(ibadah umum).

Ketika memilih pekerjaan,

maka haruslah berdasarkan pada

  pertimbangan moral, apakah peker-

 jaan itu baik (amal soleh) atau tidak .

Islam memuliakan setiap pekerjaan

yang baik, tanpa mendiskriminasi-

kannya, apakah itu pekerjaan otak 

atau otot, pekerjaan halus atau kasar,

yang penting dapat dipertanggung-

  jawabkan di hadapan Allah S.W.T.

Pekerjaan itu haruslah tidak 

  bertentangan dengan agama, berguna

secara fitrah kemanusiaan untuk 

dirinya dan memberi impak positif 

secara sosial dan budaya bagimasyarakatnya.

Setiap pekerjaan ada nilai

moral dan kewajarannya. Ia dilakukan

  bukan semata-mata untuk tujuan ke-

 bendaan, tetapi mempunyai tanggung-

  jawab moral. Allah S.W.T menjadi-

kan dunia ini untuk dibangunkan oleh

manusia, ditadbir dengan sempurna

dan bersunggung-sungguh untuk me-menuhi keperluan hidup. Firman

Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah

yang bermaksud:

Page 6: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 6/24

Senyuman…Kadangkala kita menganggap

  sebagai perkara kecil dan biasa tetapi kita sebenarnyaterlupa bahawa dengan tersenyum kita sudah melakukan

ibadah. Bersedekah tidak semestinya dengan harta malahandengan senyuman kita sudah boleh melakukan amalan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda :

“ Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,

beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan

untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian

menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah”.

( HR Tirmizi dan Abu Dzar)

SENYUM DARI HATI

Amalan senyum itu adalah perkara mudah dan murah

untuk dilakukan. Betapa manisnya senyuman yang diberikan

  jika senyuman itu datangnya dari hati iaitu senyuman yang

ikhlas dan kerana Allah. Sudah pasti keikhlasan yang terbit

dari hati akan terpancar indah pada raut wajah dan jangan

lupa ikhlaskan senyuman itu dan perlu ikhlaskan senyuman

itu bukan sahaja pada orang yang disenangi tetapi juga padaorang yang tidak disukai walaupun pada musuh. Kita bolehrujuk sebuah kisah yang ditulis oleh Imam Bukhari men-

genai peristiwa Saiditina Aisyah dan Rasulullah SAW.

Saiditina Aisyah berkata :

“ Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu

dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu

dari jauh, maka Baginda bersabda : Dia adalah seburuk-

buruk saudara dan anak dalam kerabat.

  Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,

  Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima

dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu

  sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW :

Wahai Rasululah, ketika kau melihat orang itu dari jauh

engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian berwajah

ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatan-

 gannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda :

Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak 

baik?”  

SENYUM PENAWAR DUKA

Ketahuilah senyuman itu penawar duka kerana kehe-

  batan kuasa senyuman itu akan mampu mengubati rasa

sedih,kecewa dan kesakitan. Reaksi positif ini akan mem-

 bantu menghilangkan sifat negatif yang ada. Orang yang ta-

 bah adalah orang yang mampu tersenyum walaupun sedangdiuji dengan dugaan yang hebat.

„ Senyuman adalah anugerah terindah kurniaan Allah,

 suatu nikmat yang pasti , suatu kemesraan

 penghubung ukhwah‟  

ADDEEN BIL.3 - M/S 06

“ Katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu segala

 yang diperitahkan. Maka Allah S.W.T dan RasulNya serta

orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan

dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah S.W.T.) yang 

mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata kemudian dia

memberi tahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. 

KEIKHLASAN DALAM KERJAYA

Islam telah mengatur etika dan penilaian prestasi kerja

didahului oleh keimanan dan ketaqwaan serta berusaha untuk 

memenuhi keredaan Allah S.W.T. Apa juga pekerjaan yang

dilakukan sewajarnya berlandaskan kepada kejujuran dan

keikhlasan. Inilah asas paling utama perlu difahami oleh

setiap individu yang beriman dengan ajaran Islam. Firman

Allah S.W.T. dalam Surah al-Baiyyinah ayat 5 yang

 bermaksud:

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya

menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya,

lagi tetap teguh di atas Tauhid, supaya mereka mendirikan

 solat dan membayar zakat dan yang demikian itulah agama

 yang benar”. 

Justeru itu, Islam mengajar umatnya bahawa

ketaqwaan dan kekuatan iman kepada Allah S.W.T. akan

dapat meningkatkan lagi kualiti sahsiah dan imej diri seorang

  pekerja, tidak kira status mereka samada mereka yang

  bergelar pemimpin, pegawai, buruh dan sebagainya.

Wassalam.

Nota : Imej diri perlu dipelihara sejajar

dengan imej keislamannya... 

Page 7: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 7/24

Oleh : USTAZ ABD. RAHMAN BIN RIDEWAN

ADDEEN BIL.3 - M/S 07

"Mah a s uci (Al lah ) yan g te lah

menjalankan hamba- Nya (Muhammad   s.a.w.)

 pada suatu malam hari, dari masjidil Haram

ke masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati 

  sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihat-

k a n k e p a d a n y a t a n d a -t anda K ami .

  Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar 

lagi Maha melihat."   (Al-Isra': 1)

Setiap kali tiba tarikh 27 Rejab pasti terimbau kembali

 peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada tahun kesebelas

kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Rentetan peristiwa ituwajar dihayati kerana ia bukan sekadar mengisahkan

  perjalanan Rasulullah SAW tetapi adalah pengalaman

 bermakna dalam kehidupan peribadi Baginda sendiri.  

Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan di

waktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil

Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsa ertinya masjid yang  jauh (di Palestin). Dahulunya

orang biasa berjalan kaki dari

satu tempat ke tempat, atau-

  pun menaiki kuda, keledai,

unta dan sebagainya.

Perjalanan dari Mak-

kah ke Palestin mengambil

masa lebih kurang 40 hari. Ini

adalah suatu perjalanan yang

  jauh, tetapi dengan kuasa Al-

lah telah dilakukan dalammasa yang singkat, hanya

dalam beberapa jam sahaja.

Bagi orang dahulu, perjalanan

yang demikian jauh jika dapat

dilakukan dalam masa be-

  berapa jam sahaja adalah

suatu hal yang luar biasadan  tidak dapat diterima oleh

logik akal mereka. Kerana pada waktu itu belum ada

kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keledai atau-

 pun unta yang boleh melakukannya. Pada zaman yang serbamaju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan

adanya kapal terbang dan kenderaan lain yang laju.

Oleh kerana itu mereka yang tidak beriman seperti

Abu Jahal dan pengikut-  pengikutnya menggunakan peristiwa

ini untuk menjatuhkan nama baik Nabi Muhammad S.A.W.dengan menuduh Nabi S.A.W. seorang pendusta dan berbagai

tuduhan keji lainnya. Mereka yang beriman dapat menerima-

nya kerana ia merupakan salah satu tanda dari kekuasaan Al-lah s.w.t. yang telah pernah diberikan kepada Rasul-rasulnya

yang lain seperti Nabi Isa a.s. yang dilahirkan dengan tidak 

mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata di waktu  bayi, dapat menyembuhkan orang yang sakit, dapat men-

ghidupkan orang yang telah mati dan sebagainya.

Demikian pula Nabi Musa a.s., tongkatnya dengan

kuasa Allah telah menjelma menjadi ular yang besar yang

dapat menelan dan mengalahkan ular ahli sihir raja Firaun.

Malah Nabi Musa dengan tongkatnya dapat membelah lautan

untuk menyelamatkan para pengikutnya dari kejaran Firaundan bala tenteranya. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari

Allah s.w.t. yang telah diberikan kepada para Rasul yang

disebutkan dengan mukjizat dan kepada hambanya yang

soleh disebutkan sebagai karamah.

Dalam perjalanan dari Baitul Muqaddis, Baginda s.a.w

kemudian Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh. Allahmemperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik kepada

Rasulullah SAW sepanjang perjalanan sebagai gambaran

  balasan kepada hamba-  Nya yang berbuat kebaikan dan

kemungkaran sepanjang kehidupan di dunia.

Antaranya, kepada Nabi s.a.w. telah ditunjukkan seo-

rang tua yang terus menerus

menambahkan beban yang

sedang dipikulnya.

Meskipun ia tidak mampulagi membawanya tapi masih

  juga menambah beban yang

telah banyak itu sehingga

menyusahkan dirinya sendiri.

I n i d i u m p a m a k a n

kepada seseorang yang me-

megang banyak pekerjaan

yang menjadi tanggungjawab-

nya. Sehingga tidak ada satu-

  pun pekerjaan yang dapat

ditunaikan dengan baik.

Tetapi masih juga menerima

tugas baru. Sepatutnya ia

hanya menerima tugas yang

ia sanggup menyelesaikannya

dengan baik. Akan tetapi oleh kerana sifat tamak dan inginmenunjuk -nunjuk atau supaya dikagumi, masih juga

menerima tugas yang dia sendiri tidak dapat menunaikan

dengan baik. Padahal masih ramai orang lain yang tidak 

mempunyai pekerjaan atau menganggur, tetapi orang ini tidak 

diberikan kesempatan tugas itu. Maka terjadilah ketidakseim-

 bangan yang akan merugikan masyarakat dan negara.

 Dalam perjalanan tersebut Rasulullah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum

 yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah

dilipat gandakan Allah pahalanya.

Page 8: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 8/24ADDEEN BIL.3 - M/S 08

 Nabi s.a.w. juga telah ditunjukkan

orang lelaki yang suka memakan makanan

yang telah tercemar, telah busuk, sedang-kan di sampingnya ada makanan yang bersih dan baik, akan tetapi makanan yang  bersih dan masih baik ini tidak dijamah-

nya. Ini diumpamakan kepada lelaki yang

suka berzina. Isterinya sendiri tidak dipedulikan, yang menjadi kesukaannyaialah perempuan pelacur, sehingga

akhirnya dia mendapat berbagai penyakit

kelamin, penyakit AIDS dan sebagainyasehingga menghancurkan kehidupannya

malah keluarganya juga turut terkorban,

akibat perbuatan kejinya itu. 

Masih banyak lagi perumpamaanlainnya, semuanya ini merupakan

tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yangditunjukkan kepada Nabi s.a.w. untuk menjadi contoh teladan kepada umatmanusia. Peristiwa paling besar dan

  penting diterima Baginda s.a.w ketikaIsrak dan Mikraj ialah perintah Allah

supaya umatnya melakukan ibadah solat

fardu. Ianya menjadi penghubungmanusia kepada Allah, peringatan tentangkeagungan-  Nya dan tanda kesyukuranhamba-  Nya atas nikmat yang dicurahkan-  Nya. Ia merupakan asas bagi mencapai

kejayaan dan kebahagiaan di dunia danakhirat. Sabda Rasulullah SAW: "  Amalan

  pertama yang dihisab bagi hamba padahari kiamat adalah solat. Sekiranya solat-nya itu baik, maka baiklah segala

amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak,maka rosaklah segala amalannya yang 

lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani did a l a m a l A w s o t     juga d i sebu t d i

dalam Majma' al Zawaid  (1/291). 

Perintah memfardukan solat disampaikanoleh Allah s.w.t secara langsung kepada

  Nabi Muhammad s.a.w tanpa melalui  perantaraan malaikat Jibril. Solatmerupakan amalan yang paling awal

dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan

  bahawa solat memiliki kelebihan dankeutamaan berbanding ibadah-ibadahlainnya. 

Sesungguhnya dengan melazim-kan diri menunaikan solat secara sem-

 purna dengan khusyuk kepada Allah, akan

m e n a n a m d i d a l a m j i w a s i f a tmuraqabah kepada-  Nya, bertakwa kepada- Nya, menunaikan perkara yang menjuruskepada keredhaan-  Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji

apabila berjanji, menunaikan amanah,

  bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan

 bersyukur dengan nikmat- Nya. 

Firman Allah s.w.t

dalam surah al-Maarij ayat 19

hingga 23 :

Sesungguhnya manusia itu dijadikanbertabiat resah gelisah (lagi bakhil 

kedekut). Apabila dia ditimpa

kesusahan, dia sangat resah gelisah.

 Dan apabila dia beroleh kesenangan,dia sangat bakhil kedekut; kecuali

orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetapmengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memeliharasolatnya dengan sempurna, tidak akan

terleka dalam kesibukan dan urusansehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang

m e m e l i h a r a s o l a t n y a d e n g a nmenunaikannya dengan khusyuk, akan

diampunkan dosanya dan dikasihi olehTuhannya. Sementara itu, bagi sesiapa

yang tidak memelihara solatnya, maka diad i h a r a m k a n d i d u n i a d a r i p a d a

memperolehi nikmat keberkatan, taufik 

dan kebaikan serta akan diazab. 

Tidak ada alasan bagi siapa pun

untuk meninggalkan solat. Jika kita sakittidak mampu menunaikan dengan berdiri,

  boleh ditunaikan dengan duduk. Tidak mampu duduk dibolehkan secara  berbaring. Tidak boleh dengan berbaring

dibenarkan dengan isyarat. Tidak ada air   boleh tayammum, pendek kata ibadahsolat mestilah ditunaikan dalam keadaan

apa pun juga dan di mana pun kita berada.Kecuali jika timbul sesuatu halangan yangmemang telah ditakdirkan Allah sepertitidak siuman (gila), pengsan, tertidur dansebagainya.

Sebelum menunaikan solat kitamesti terlebih dahulu membersihkan diridaripada  najis dan  mengambil wudhuk.

Tempat kita bersujud juga perlu bersih.Ketika mendirikan solat kita hanya

menumpukan seluruh perhatian kita hanyakepada Allah s.w.t. Semua yang kita

lakukan sebelum dan ketika solat semuaitu akan mendidik kita menjadi orang yang  bersih, berdisiplin, dan insya-Allah akanmenyihatkan rohani dan jasmani kita

dengan gerakan-gerakan yang dilakukan

ketika solat.

Insya -Allah jika kita rajin

menunaikan ibadah solat dengan

teratur   dan rapi akan membentuk peribadiyang sihat dari aspek rohani dan jasmani.Solat mengeratkan dan memeliharahubungan manusia dengan Allah s.w.t,

 baik di kala ditimpa kesusahan mahu pun

di kala mendapat kesenangan. Ini keranahanya Allah s.w.t sajalah yang mampum e m b e r i k a n p e r t o l o n g a n d a n

menghilangkan segala kesedihan serta

kesusahan pada diri manusia, sebagaimana  Nabi Muhammad s.a.w. telah kehilangan

dua insan yang amat berjasa dan sangat

  baginda kasihi lantaran pergi buatselama-lamanya menghadap ilahi iaitukewafatan isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abi Talib.

Peristiwa ini berlaku sebelum  peristiwa Israk Mikraj. Ia memberi  pengajaran kepada kita agar mendekatkan

diri kepada Allah s.w.t sewaktu didatangimusibah dan pelbagai permasalahan dalam

kehidupan. Inilah intisari di sebalik 

 perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muham-mad s.a.w. 

Banyak lagi peristiwa

yang diperlihatkan

Allah kepada Rasulullah

SAW sepanjang peristiwa

mikrajnya ke langit.

Semoga kita dapat

bermuhasabah diri,

merenung, menghayati

dengan

sebaiknya dan mengambil

iktibar daripada

 peristiwa itu pada

bulan Rejab yang

mulia....

Page 9: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 9/24

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

ADDEEN BIL.3 - M/S 09

  Belajar di peringkat 

menengah, kemudian masuk ke

universiti. Setelah itu, bekerjadan kemudiannya melakukan

“double shift” antara perkahwi-nan dan melahirkan anak. Saya

teringat kata-kata emak sayaketika saya di usia remaja dan

agak liat untuk membantu kerja-

kerja memasak: "Orang perem-

  puan ni, walau pandai maca-mana sekalipun, akhirnya masuk dapur juga." 

Saya akuinya memang ada

  benarnya kerana walaupun sudah

  bekerja dan berkahwin, wanita tetap

kena masuk dapur juga. Wanita yangdilahirkan dengan penuh sifat keibuan

itu tidak `ralat' untuk memasak dan

melakukan kerja-kerja rumah kerana ia

merupakan tugas seorang ibu.

Dulu lain, sekarang lain..

  D i I P T , p e l a j a r  

  perempuan mendominasi

kemasukan ke universitiberbanding pelajar lelaki, Di

  sektor pekerjaan, perempuanlebih ramai dari lelaki, Di

  sekolah, guru perempuan lebih

ramai dari lelaki, 

Itulah hakikatnya dimana

s emak in rama i wan i t a yang

  berkahwin tidak menjadi suri rumah

sepenuh masa. Rata-rata di kalangan

wanita yang berpendidikan tinggi pula

m e m p u n y a i k e r j a y a y a n gsetanding dengan pendidikan yang ada.

Terdapat berbagai-bagai alasan

mengapa mereka perlu ke luar dari

rumah untuk bekerja dan berkerjaya.

Antaranya wanita bekerja di

luar rumah untuk membaiki ekonomirumah tangga, Bagi mereka yang

mempunyai kelulusan, ilmu di dada

  perlu dikongsi dan khidmat ditabur 

k e p a d a m a s y a r a k a t u n t u k  

  pembangunan umat dan negara. Ada

yang perlu menjelaskan hutang

 pinjaman pelajaran yang dibuat ketika

  belajar di institusi pendidikan tinggi.

Dengan senario sedemikian, ramai

wanita sekarang memilih untuk  bekerja.

  Namun begitu isu hukum

wanita bekerjaya dengan bekerja di

luar rumah sering menjadi pertikaian.

Menurut Ust Zaharuddin Abdul

Rahman di dalam buku “ Untukmu

wanita, terbitan Galeri Ilmu, 2009”,

Islam membenarkan isteri atau wanita

 bekerja namun ia terikut dengan syarat

- s y a r a t s e b a g a i m a n a y a n g

disebut oleh   Prof. Md Uqlah

 Al-Ibrahim :

1. Terdapat keperluan yang 

menyebabkan ia terpaksa keluar daripada tanggungjawab asalnya

  seperti kematian suami, memberi-kan bantuan kepada kedua ibubapa yang sangat miskin atau

  suami yang uzur tubuhnya,membantu perniagaan suami yang memerlukan banyak kos dantenaga, mempunyai kemahiran

  yang diperlukan oleh masyarakat   seperti doktor sakit puan dan

 sebagainya.

2. Mestilah kerja ini bersesuaiandengan fitrah seorang wanita dankemampuan fizikalnya.

3. Mestilah keluar bekerja denganmenutup aurat dan sentiasamenjauhi fitnah di tempat kerja.

4. Mestilah kerja itu tidak 

memerlukannya berdua-duaan dan

b e r c a m p u r s e c a r a b e b a sdengan lelaki yang bukanmahramnya.

5. Mendapat keizinan wali atau suami

6. Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu danterhentinya tanggungjawab dirumah terhadap anak serta suami

7. Tujuan dan niat utama bekerjabukanlah kerana keasyikan dankeghairahan kepada pengumpulanharta dan niat semata-matamenyaingi lelaki.

8. Mestilah berhenti sekiranyaterdapat keperluan dan kecacatandalam pendidikan anak-anak.

Digalakkan ia dilakukan dalam

tempoh tertentu sahaja dan bukan

selama-lamanya sehingga pencenkecuali jika mempunyai kualiti yang

amat diperlukan oleh masyarakat

umum seperti guru dan sebagainya.

Page 10: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 10/24ADDEEN BIL.3 - M/S 10

Secara fitrahnya wanita ditun-

tut memberi perhatian utama merekakepada suami, anak dan keluarga.

Walaupun wanita dibenarkan bekerja,

namun tidak bererti suami boleh

duduk berehat bersama anak di

rumah.Suami isteri yang bekerja

adalah diterima dalam Islam selagimana mereka tahu dan bijak meran-

cang pendidikan dan penjagaan anak-

anak dan tidak menggalakkan bekerjatanpa sebab-sebab mendesak.

Kita seharusnya ingat jika  bekerja sekadar disandarkan oleh

  perasaan untuk lebih bermewah dan

keseronakan membeli-belah dengan

menggunakan duit sendiri, ini tidak 

diterima oleh Islam. Islam tidak 

menghalang wanita melakukan perk-

erjaan sekiranya ia dilakukan untuk 

keperluan diri, keluarga, masyarakat

dan negara malahan Islam mengang-

gap pekerjaan yang dilakukan oleh

wanita atau lelaki merupakan suatuibadah selagi dilakukan dengan niat

yang ikhlas dan tidak terkeluar dari

landasan dan peraturan Islam.

  Dilema wanita bekerja dan

 pengurusan masa

Apabila keputusan mendirikan

rumah tangga selesai, tiba pula saat

untuk menimang cahaya mata. Bagimereka yang baru memasuki alam itu,

mungkin agak kelam-kabut di awal-

nya, namun menjadi lebih mudah

selepas seketika malah melihat

  perkembangan pembesaran anak,

segala penat lelah terubat dan lenyap

  begitu saja. Namun, sebagai seorang

wanita yang sudah berkeluarga, te-

kanan pastinya lebih berat, lebih-lebih

lagi jika berkerjaya, baik makan gaji

mahu pun bekerja sendiri.

Situasi ini sering menjadidilema kepada wanita samada

menumpukan keluarga atau kerjaya.

Mereka sering mengalami rasa serba

salah sehingga menganggap ia satu

  beban. Tanggungjawab ini bukanlah

satu bebanan dan wanita perlu bijak 

membuat keputusan mengutamakan

keperluan hidup. Wanita yang berk-

erja sering berjauhan dengan anak-

anak menimbulkan rasa bersalah,risau serta tidak puas hati dengan apa

yang dilakukan.

Dalam menangani dilema

wanita bekerja, wanita perlu mema-

hami keputusan yang bakal dibuat

tentang keutamaan yang perlu diberi

antara kerjaya dan keluarga. Sebagai

wanita, peranan sebagai isteri dan ibu

amat penting. Walaupun sibuk den-gan tugas di pejabat, wanita harus

  bijak membahagikan masa bersama

anak-anak dan suami. Persoalannya,

 bukan berapa lama kita menghabiskan

masa bersama anak-anak dan suami

tetapi tentang kualiti masa yangterluang.

Sebagai contoh, apabila seo-rang ibu berjanji untuk bermain,

membeli-belah dan bersiar-siar den-

gan anak-anak, mereka perlu menun-aikannya. Selain itu, wanita perlu

  bijak membahagikan masa untuk 

mendidik anak-anak tentang nilai

murni kehidupan kerana tanpa penga-

wasan ibu bapa, generasi muda pada

hari ini banyak dipengaruhi faktor 

negatif di persekitaran mereka.

Cuba bayangkan keadaan ini pula… 

Lepas pulang dari kerja, andasiapkan diri, kemudian anda bersama

anak-anak dan suami untuk makan

malam. Selepas makan, anda berkum-

 pul di ruang tamu bersama anak-anak 

untuk bertanya tentang aktiviti sehar-

ian mereka. Kemudian anda menasi-hati anak-anak dan mengajarnya

sedikit sebanyak tentang hal-hal

akademik. Kemudian anda memberi

  pesanan terakhir sebelum masuk ke

  bilik tidur tentang hari esok. Cuku-

 plah masa yang di ambil itu cuma 1-2 jam sahaja.

Kualiti masa yang diluangkan

 pada anak-anak lebih berharga walau-

  pun hanya sekejap sebagai contoh

sekurang-kurangnya luangkan masa

  beberapa minit untuk menghubungi

keluarga dalam sehari untuk bertanya

khabar. Secara tidak langsung ia

mengeratkan hubungan dan kasih

sayang. Ironinya, walau setinggimanapun jawatan yang disandang,

kebijaksanaan dalam menguruskan

rumah tangga sering menjadi kayu

 pengukur. Sebagai wanita yang ingin

  berjaya, keseimbangan antara rumah

tangga dan kerjaya perlu diurus den-

gan bijak.

Berikut adalah tip-tip yang  boleh kita renungkan dan sebagai

  panduan ( sumber artikel dari

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,2007 “ Dilema Wanita (Ibu)

Bekerja” ) 

1. Pengurusan Waktu

- Pengurusan waktu adalah strategi

  penting yang perlu diterapkan oleh

 para ibu bekerja agar dapat mengopti-

mumkan peranannya sebagai suri

rumah, isteri dan sekali gus pekerja.Untuk itu, terdapat beberapa tips yang

 boleh diamalkan:

a. Tentukan dan tetapkan

tujuan anda dalam bekerja 

- Apakah yang menjadi motivasi dan

tujuan anda dalam bekerja? Apakah

untuk mendapatkan „income‟ atau

lebih berorientasi pada kerjaya.

Sesuaikan dengan keadaan dan keper-

luan anda bersama keluarga.

b. Tetapkan keutamaan 

- Dengan menetapkan keutamaan

anda, anda boleh mula menentukan  jenis aktiviti untuk memainkan be-

  berapa peranan sekali gus (sebagai

isteri, ibu, dan pekerja). Misalnya,

meskipun anda bekerja, namun sebaik 

sahaja pulang kerja anda harus

memperuntukkan waktu yang berkualiti sama ada untuk anak mahu-

  pun suami. Atur atau susun agenda

agar anda dapat mengatur kegiatan

secara lebih sistematik dan berkesan.

c. Agihkan beberapa tugas

(baik tugas pejabat mahupun tugas

rumah) kepada orang lain. 

- Agihkan beberapa tugasan kepada

orang lain untuk dapat melicinkan

 pekerjaan anda dan membuatka anda

  berupaya meluangkan lebih banyak 

waktu untuk keluarga.

Kita seharusnya ingat

 jika bekerja sekadar 

disandarkan oleh perasaan

untuk lebih bermewah dan

keseronakan membeli-belahdengan menggunakan duit

sendiri, ini tidak 

diterima oleh Islam.

Page 11: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 11/24ADDEEN BIL.3 - M/S 11

2. Pengurusan Keluarga

Peranan „berganda‟ ini memer-

lukan komitmen yang tinggi, baik 

sebagai pekerja/profesional mahupun

sebagai ibu. Jika di rumah, seseorang

ibu akan dituntut komitmennya untuk 

memberikan perhatian pada anggotakeluarga yang lain, seperti suami dan

anak.

Bagi pasangan yang mempun-

yai anak yang besar (remaja), mereka

 boleh meminta bantuan daripada anak -anak untuk turut membantu mengu-

rus tugas-tugas rumah tangga sehari-

hari. Ajarkan prinsip kerjasama dan

tanggungjawab sejak awal pada anak 

agar mereka terbiasa untuk bersikap

  berdikari, mempunyai inisiatif dan

  boleh diharapkan.Jika anak masih

kecil, usahakan untuk mendapatkan

  pengasuh yang baik, bertanggung-

  jawab dan boleh dipercayai ketika

anda pergi bekerja.

Contohnya : Ibu bapa memba-

hagikan tugasan tertentu kepada anak-

anak supaya dapat melatih mereka

melakukan kerja rumah tanpa

mengharap sepenuhnya akan ibu danayah. Selain itu, ia dapat memupuk 

kerjsama dan kepercayaan ibu bapa

terhadap anak-anak.

3. Pengurusan Pekerjaan

Untuk memperolehi „quality

time‟ bersama keluarga, anda perlu

  bersikap lebih efisien dan produktif 

dalam pekerjaan. Semakin anda tidak 

efisien dan produktif, semakin banyak 

 pekerjaan yang tertunda dan semakin

anda berasa malas untuk menyelesai-

kannya, hingga memberi kesan nega-

tif hubungan anda dengan keluarga.

Meskipun sudah berada dirumah, fikiran anda melayang ke pe-

 jabat/tempat kerja, apatah lagi apabila

mengingatkan tugas-tugas anda di

tempat kerja yang belum selesai Aki-

 batnya, anda stress dan sensitif terha-

dap anak-anak dan suami. Jadi, pen-gurusan keluarga yang baik, dipenga-

ruhi juga oleh pengurusan waktu dan

  produktiviti yang baik di tempat

kerja.

Seperti yang telah diungkapsebelumnya, jika mungkin, agihkan

  beberapa bebarapa yang boleh anda  berikan kepada orang lain ( konsep

teamwork) agar waktu kerja anda

lebih efisien dan produktiviti anda  pun dapat mencapai tahap maksmi-

mum.

4. Pengurusan Diri

Untuk mengatur diri sendiri,

anda perlu mengenali diri anda

sendiri. Kenalilah, seberapa tinggi

tingkat toleransi anda terhadap stress

dan hal-hal yang dapat membuatkan

anda berasa stress. Hindarkan tinda-kan-tindakan atau kegiatan yang

hanya akan menambah permasalahan,

dan ubahlah cara berfikir irrasionalyang mengganggu ketenangan hidup

anda.

 Daripada memikirkanhal-hal yang negatif,

merisaukan hal-hal yang belum pasti, lebih baik jika anda

 sudah mulai stress kerana

„overload‟ atau keletihan,

berehatlah sejenak! Ambillahwaktu bersantai untuk melakukan aktiviti yang anda

 suka, misalnya berenang,membaca buku, bersantai di

rumah, mengunjungi teman

lama, pergi ke tempat reakrasi- maknanya, „menimba‟ tenaga

baru. 

Dengan tersedianya tenaga

 baru, maka anda akan lebih mempun-yai daya tahan yang kuat menghadapi

tekanan yang muncul daripada ma-

salah-masalah di tempat kerja mahu-

 pun di rumah.

Ciptakan suasana rileks di

dalam hati anda dan berfikirlah secara  positif agar anda tidak terlalu tegang

dan mudah memberi reaksi yang

mesra terhadap orang lain. Seringlah

  bergurau senda, bersenam ringkas,

  berjenaka dengan anggota keluarga

dan teman-teman, untuk melepaskanketegangan dan kebosanan.

5. Memelihara Sokongan Sosial

Memelihara atau memupuk 

hubungan baik dengan rakan-rakan disekeliling anda serta pihak atasan

amat penting untuk mencegah timbul-

nya masalah yang tidak perlu.

Bahkan, sokongan moral dan emosi

daripada rakan-rakan dan pihak ata-

san berupaya membuatkan anda lebih

 bersemangat untuk bekerja.

Kewujudan atau kehadiran

mereka juga dapat berperanan secara

  positif dalam membantu anda se-waktu menghadapi masalah keluarga.

Pengertian dan perhatian mereka

membuatkan anda merasa lebih

tenang ketika anda meninggalkan

  pejabat atau menangguhkan tugas

kerana masalah-masalah pentingdalam keluarga.

Tegasnya, anda sahaja yang

lebih kenal siapa diri anda yang se-

  benarnya. Selagi anda bersikap dan berfikiran positif, anda akan berupaya

menghadapi apa sahaja dugaan sama

ada di tempat kerja mahupun di

rumah.

Nota : Secanttik - cantik Perhiasan adalah WANITA SOLEHAH 

Page 12: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 12/24

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

ADDEEN BIL.3 - M/S 12

“ Abang, tolonglah hantarkan kuihdan nasi lemak ini di kedai seberang.”

Teriak Mariam pada suaminya.

“ Ah! Aku tak senang, pergilah kauhantar sendiri.Tak lama lagi kita boleh jadi

kaya.” Ahmad tersenyum sendiri. 

Mariam tidak kuasa membantah, diamenjinjing bakul dan nasi lemak, berjalan  pantas ke kedai seberang.Hari semakin

tinggi sedangkan suaminya, masih berleng-kar di tempat tidur berangan-angan nak jadikaya.

“ Tak lama lagi kau tak payah susah

-susah jual kuih dan nasi lemak, kalau akukena nombor ekor kita boleh jadi kaya.” Diatersenyum-senyum memandang isterinya.

“ kalau abang menang pun nak buat 

apa dengan duit haram tu.Itu duit judi sayatak mahu.” Jelas isterinyabersungguh-sungguh.

  Namun bagi situasi di atas, perananseorang suami cukup besar dalammembentuk keluarga sakinah. Jika seoranglelaki gagal membimbing keluarganya ,

maka di situlah kepincangan keluarga akan  berlaku. Justeru itu, peranan seorang suamisebagai ketua keluarga amat penting dalam  pembentukan keluarga masa kini. Apabila

suami dan isteri tahu dan sedar akantanggungjawab masing-masing, maka

  pembentukan keluarga sakinah akantercapai. Sebuah keluarga yang bahagia

 bukan sahaja dibentuk melalui peranan isteridan suami malah meliputi nak-anak dan ahlikeluarga yang lain.

Membina sebuah keluarga bukanlahsesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk membentuk sebuah keluarga yang sakinah .  Namun, itulah yang menjadi impian setiap

  pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Rumahtangga seharusnya menjadi

tempat yang tenang bagi setiap anggota ke-luarga. Tidak kira ke mana pun anggotanya  pergi, mereka tetap mahukan ketenteraman

di dalam rumah.

“Alangkah cantiknya jika si ayahmenjadi imam dan diikuti isteri dan anak-

anak. Ayah kemudiannya membacakan doauntuk kesejahteraan keluarga dan diaminkanisteri dan anak-anak. Atau pada waktu cutiselepas solat Subuh, ayah memberikan

sedikit tazkirah atau pun sekadar bacaan  beberapa potong ayat al-Quran dan hadis.Kemudian, diikuti dengan tadarus beramai-ramai dan selepas itu saling bersalaman

antara satu sama lain.” 

Tetapi, berapa ramai keluarga di luar sana,

ayahnya mampu melakukan tanggungjawab

sebagai ketua keluarga yang menjadikanagama sebagai panduan hidup.Hakikatnya, itulah yang senario dan realitiyang berlaku pada masa kini. Apabila

  berbicara tentang memperkasakan institusikekeluargaan, tidak dapat lari daripadahubungan yang sihat antara ibu bapa atausuami isteri. Kerana anak-anak tidak akan

  berasa selamat andainya ibu bapa sering  bertengkar, bergaduh depan anak-anak,

melakukan jenayah dan berlaku kecurangan.Rumah bukan lagi tempat yang

mendamaikan buat anak-anak, isteri dansuami. Anak-anak lebih suka menghabiskanmasa di luar bersama kawan-kawan dan anak -anak gadis pula lebih cenderung mencari

kasih sayang dan perhatian daripada temanlelaki.

Allah SWT berfirman yang

 bermaksud:   Dan di antara tanda-tanda

kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan

untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,

  supaya kamu cenderung dan merasa

tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya

diantaramu rasa kasih dan sayang.

  Sesungguhnya pada yang demikian itubenar-benar terdapat tanda-tanda bagi 

kaum yang berfikir. (al-Rum: 21).

Di dalam ayat di atas terdapat tigaelemen utama yang menjadi asas pembentu-

kan sebuah keluarga iaitu  As-Sakinah,

 Al-Mawaddah dan At-Tarahum.

 As-Sakinah yang dimaksudkan disini ialah ketenangan jiwa dan kedamaian

  perasaan di mana keluarga yang tenang dan  bahagia di samping ahli keluarganya.

Keluarga menjadi tempat kembali ke mana  pun anggotanya pergi. Mereka merasa

nyaman di dalamnya, dan penuh percaya diriketika berinteraksi dengan keluarga yanglainnya dalam masyarakat.

 Al-Mawaddah pula ialah perasaansaling sayang menyayangi iaitu perasaancinta yang lahir di atas dasar takwa dankeimanan kepada Allah. Apabila pasangan

saling menyayangi atas dasar iman maka

lahirlah rasa tanggungjawab dan semangat  pengorbanan bagi membahagiakan antarasatu sama lain. Rumahtangga yang dibina

tanpa  Al-Mawaddah selalunya akan terd-edah kepada kecurangan dan kebencian apa-

 bila harta atau kecantikan yang dikejar sudahsemakin pudar.

 At-Tarahum bererti kasihan belassuami isteri yang lahir dari hati yang tulusikhlas. Matlamatnya membimbing dan

memandu antara satu sama lain ke arah

ketundukan kepada Allah di dalam setiap

urusan kehidupan. Justeru rumah tangga

akan sentiasa diwarnai dengan suasanakehidupan yang penuh dengan kesefahamanyang tinggi. Kesefahaman inilah yangmenatijahkan kebahagiaan yang berkekalan.

Kesefahaman akan menghalang sebaranganasir yang boleh merosakkan rumah tanggaseperti cemburu, buruk sangka dansebagainya.

Kejayaan rumah tangga amat berkait

rapat dengan kejayaan ibu bapa mencorak-kan anak-anak mereka. “We can choose

  friends. We can choose spouse. But wecannot choose family. Allah knows best, the people around you are the best for you”.

Sesungguhnya kita perlu mengetahui  bahawanya kita mungkin diuji oleh Allahdengan sikap-sikap ahli keluarga , tetapi  bagi orang lain pula Allah uji dengan ujian

yang berbeza .Rasulullah s.a.w. bersabda

yang bermaksud:"Setiap anak dilahirkan

dalam keadaan suci, maka kedua ibu

bapanyalah yang menjadikannya Yahudi,

 Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).

Rasulullah menjelaskan pentingnya pengaruh ibu bapa dalam pembentukan peri-

  badi anak-anak supaya terus berada dalamkeadaan fitrah atau diibaratkan sebagai kain  putih. Anak adalah ibarat kain putih yang  boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu

  bapa mereka. Kita perlu ingat dan sabar 

  bahawasanya mendidik anak-anak adalah  proses yang panjang. Ia memerlukan ilmu,kesabaran dan kemahiran yang tinggi.

Sehubungan itu, memiliki keluarga

Sakinah adalah impian dan harapan setiap

ibu bapa dan anak-anak di mana ia adalah

konsep keluarga yang dapat memberikanketenangan psikologi. Impian ini boleh dica-

  pai dengan semua anggota keluarga teruta-

manya ibu bapa mengamalkan tanggung-

 jawab mereka dengan ikhlas dan efektif yang

  berlandaskan budaya keluarga Islam. Secara

tidak langsung, boleh mendidik anak-anak 

menghayati budaya keluarga Islam yang

cemerlang, di samping menghindari ahli

keluarga ke arah kemungkaran dan keruntu-

han akhlak. Dengan itu, lahirlah sebuah

rumah tangga yang terhias dengan penuh

sakinah atau ketenangan.

TEPUK DADA TANYA IMAN…. 

Sumber :

Utusan Malaysia : “ keluarga sakinah rancang dengan sistematik” Utusan Malaysia : “ Hiasi rumah tangga dengan sakinah Utusan malaysia : “ Berkahwin pelihara keturunan” Yayasan Dakwah : “ Sakinah: Bahagia sebuah Keluarga’. Islamiah Malaysia

Page 13: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 13/24

 

ADDEEN BIL.3 - M/S 13

~ Program ini diadakan pada hari Jumaat 18 Februari

2011 bersamaan 15 Rabiulawwal 1432H.

~ Sambutan kali ini dimeriahkan dengan perarakan

kontinjen yang terdiri dari staf dan pelajar Unisel

mewakili setiap jabatan, fakulti dan persatuan pelajar.

Perarakan bermula jam 8.30 pagi bergerak dari Masjid

Umar Abd. Aziz Unisel menuju ke Dewan Utama. Pihak 

 penganjur telah menjemput Ahli Parlimen Kuala Selangor 

iaitu Yang Berhormat Dr. Hj. Dzulkefli bin Ahmad bagi

merasmikan program sambutan maulidur rasul peringkat

Unisel. Seterusnya penyampaian hadiah oleh Presiden &

  Naib Canselor Unisel, Ybhg. Datuk Dr. Rosti Bin

Saruwono kepada pemenang perbarisan dan sepanduk Maulidur Rasul, iaitu Fakulti Sains dan Bioteknologi.

~ Acara berikutnya adalah penyampaian

Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1432H/2011

  peringkat UNISEL yang telah disampaikan oleh Yang

Berhormat Ahli Parlimen Kuala Selangor kepada Prof.

Madya Hj. Zainal Abidin bin Kidam (Naib Presiden &

Timbalan Naib Canselor HEP) selaku penerima anugerah

tokoh kali ini. 

 ANUGERAH TOKOH 

 MAULIDUR RASUL (UNISEL)

PROF. MADYA HAJI ZAINAL ABIDINBIN KIDAM Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 

 BIODATA RINGKAS 

Dilahirkan pada tanggal 7 Mei 1950 di Kuala Pilah.Kemudian dibesarkan di Selangor. Hasil perkahwinan beliau

dengan isteri tersayang Puan Samsiyah telah dikurniakan dengan

4 orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Duadaripadanya merupakan doktor perubatan yang berkhidmat diHospital kerajaan. Mengimbas kembali sejarah pendidikan awal

  beliau bermula di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Kangsar.Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di

Sekolah Menengah Clifford. Kemudian beliau telah mendapattawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Tunku Abdul Rahman(STAR) Ipoh, Perak setelahmendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 3. Tamat tin-gakatan 6 Atas di STAR, beliau telah melanjutkan pelajaransehingga Tingkatan 6 Atas. Setelah itu, Prof Madya Hj Zainal

menyambung pengajian ijazah awal di Universiti Malaya dalam

  jurusan Sains Pertanian dengan pengkhususan dalam bidangEkonomi Pertanian. Usaha gigih menimba ilmu dan pengalamanditeruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan

dalam bidang kewangan dan pelaburan di University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Disember 2008 merupakan saat

manis bagi beliau apabila dipilih untuk berkhidmat di Uniselsebagai Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar. 

Beliau adalah seorang sentiasa peka dengan permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan siswa dan siswiserta menangani setiap permasalahan yang dihadapi oleh

mereka. Oleh yang demikian, cara pendekatan yang digunakandan komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi membuatkandiri beliau amat disenangi oleh semua siswa dan siswi Unisel.

Ini amat sejajar dengan misi Bahagian Hal Ehwal Pelajar yangmenjadikan pengalaman adalah pelajaran yang amat berkesankepada pelajar dalam usaha melahirkan insan-insan yang

cemerlang melalui pembangunan secara holistik. Semoga usaha beliau terus mendapat sokongan dari semua warga UNISEL. 

“ Hijrah Mereformasikan Ummah”

~ Pidato di atas disampaikan olehY.Bhg. Dato‟ Dr. Sidek Fadzil, Presi-den Kolej Dar al-Hikmah pada 30Disember 2010 di Masjid Umar AbdA z i z U N I S E L . P r o g r a m i n idihadiri seramai 150 orang yang terdiridaripada pelajar dan staf UNISEL.

~ Para hadirin solat maghrib dan isyak   berjemaah. Program berakhir jam

9.00malam dan jamuan disediakanuntuk para hadirin.

~ Program bermula jam 7.00 pagi pada hari

Jumaat 19 November 2010 bertempat diMasjid Umar Abd Aziz, UNISEL anjuran

Pusat Islam bersama Jawatankuasa

Masjid UNISEL, Hal Ehwal Pelajar dan

Jabatan Pentadbiran & Sumber manusia.

~ Penyertaan adalah sebanyak 6 ekor lembu

dan seekor kambing. Bayaran penyertaan

  bagi 1 bahagian qurban adalah RM360.

Program ini dijayakan oleh kakitangandan pelajar UNISEL turut mendapat

kerjasama orang Kg. Bestari Jaya dan

 pihak Jana Niaga.

~ Gotong- royong memasak juga diadakan

  bermula sejak hari khamis bagi

menyediakan bahan-bahan dan persiapan

untuk jamuan sebanyak 300 orang .

Jamuan selepas solat Jumaat.

Page 14: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 14/24ADDEEN BIL.3 - M/S 14

~ 29 & 30 Januari 2011 ( sabtu dan ahad)  – Pusat Islam UNISEL telah

menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan Siri Ke- 6 bertempat di Dewan Senat,

Tingkat 3 Bangunan Canselori, Kampus Bestari Jaya selama 2 hari bermula

 pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini adalah anjuran bersama

Pusat Islam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan

yuran penyertaan sebanyak RM75 sahaja. Berbanding tahun lepas Pusat Islam

mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM 80 namun untuk tahun ini Pusat

Islam memberi promosi potongan RM 5 kepada warga Unisel.

~ Program ini telah berjalan lancar dengan kehadiran peserta seramai 116

orang. Tujuan utama diadakan kursus ini adalah untuk memudahkan pasangan

yang belum mempunyai sijil kursus kahwin serta memberi pendedahan awal

kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab selepas berkah-

win.Sepanjang kursus ini, pelbagai slot ceramah telah berjaya dilaksanakandengan kehadiran peserta yang sanggup untuk hadir selama dua hari.

~ Kursus Pra Perkahwinan anjuran JAIS ini meliputi 8 slot di mana

  penceramah merupakan orang yang berpengalaman dalam setiap bidang

mereka. Seperti contoh, Tuan haji Aluwi Bin Parman merupakan Ketua

Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang yang sanggup turun untuk memberi ceramah kepada peserta. Beliau merupakan penceramah yang cukup

  berseloroh serta tidak lokek untuk berkongsi pengalaman.Tidak lupa juga

 pencermah-penceramah lain yang dijemput oleh JAIS untuk kursus ini seperti

Ustaz Hashim bin Mohamad, Ustaz Rif‟at Basya bin Halik Bassah, Encik 

Safrudin bin Sahalan, Ustaz Kahpi bin Ngiso, Ustazah

  Norshadatulnizma bte Misnun, Ustaz Azhari Bin Asmaon dan Ustaz Zainal

Abidin bin Mohd Yusof.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaMengasihani. Segala puji bagi Allah. Di sini saya ingin berkongsi

sebuah buku yang bagus untuk dibaca oleh semua individu

muslim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mula bekerja dan

ingin melangsungkan perkahwinan. Bagi mereka yang tercari-

cari ilmu pengurusan kewangan peribadi yang belatarbelakang-

kan masyarakat Malaysia dan berteraskan syariah. Buku yangringkas dan padat inilah jawapan kepada anda di mana buku ini

ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir yang

merupakan seorang perunding kewangan Islam di Hijrah Wealth

Management. Beliau pernah diwawancara di Rancangan Bijak 

Wang (TV3) dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

Isi kandungan buku ini bukan saja lengkap dengan infotetapi juga memberi maklumat bagaimana mengurus

pendapatan dengan berhemah.Sebagaimana berapa ramai dari

kita yang berpendapatan besar dan punya status tetapi masih lagi

menghadapi kesukaran menyimpan dan banyak berhutang.

Saya amat menyarankan buku ini kerana ia cukup

relevan kepada kita semua termasuklah saya sendiri.

Menariknya buku ini ia mengulas setiap topik berkaitan cara

  pengurusan wang secara bijak dan berhemah disusuli dengan

fakta serta ayat-ayat al-quran sebagai pengingatan dan

 pengajaran kepada kita.

Konsep penulisan buku ini cukup ringkas dan sesuai untuk 

semua peringkat umur baik yang tua mahupun muda kerana ia

  padat dengan pelbagai maklumat serta pengalaman beliau

mengendalikan permasalan kewangan di kalangan individu

muslim.Buku ini juga mengambil kira isu keberkatan dalam harta

malah sebagai panduan kita untuk memilih pelaburan yangsesuai untuk masa depan serta persediaan untuk persaraan. Bagi

yang ingin berkahwin seharusnya membaca buku ini

kerana ia juga ada membincangkan persediaan sebelum dan

selepas berkahwin dari sudut pengurusan kewangan.

~ Antara topik perbincangan yang menarik :-

- Merancang kewangan dalam fasa kehidupan

- Ayuh “ Diet” belanja ! 

- Polisi takaful hantaran kahwin era terkini

- Pelaburan saham vs saham akhirat

- “ Post Mortem” hutang kad kredit 

- Sudahkah menulis wasiat- Sediakan polisi takaful untuk anak bakan lahir 

- Survival dalam keadaan serba- serbi mahal.

Selamat membaca !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE MUHD ZAIN

Judul : KEMANA WANG ANDA

Penulis : Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir

Terbitan : Galeri Ilmu

Page 15: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 15/24

 Baca.. Jawab .. dan Analisa..

 Mari luangkan sedikit masa untuk menjawab

 soalan-soalan yang berikut. Caranya mudah

 sahaja. Ambil sehelai kertas dan tuliskan

 jawapannya. Sila jawab dengan jujur. Di 

 sebalik jawapan tersebut tersirat makna yang 

melambangkan keperibadian anda yang se-

benarnya.. Selamat mencuba...!!!

~ Bayangkan anda sedang berada dalam situasi yang beri-

kut :

 Anda berada di dalam hutan .

( 1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

  Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak seguguskunci. 

(2) nyatakan bilangan kunci itu(dari 1-10 anak kunci)

  Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuahrumah di tengah hutan. Pada fikiran anda… 

(3) adakah rumah itu berpagar?

(4) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

  Kemudian anda masuk ke rumah itu dan menuju ke ruang 

tamu. Di situ anda ternampak sebuah meja. 

(5) apakah bentuk meja itu? (Bulat/ Oval /

Segiempat / Segitiga)

 Di atas meja ada pasu… 

(6) Berapa banyak air dalam pasu itu? (Penuh / Seten-

gah / Kosong)

(7) Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca / seramik /

tanah liat/ logam / plastik / kayu)

  Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. andaternampak sebuah taman. Tiba-tiba anda ternampak  sebuah kotak peti. 

(8) Apa ukuran kotak peti itu? (kecil / sederhana / besar)

(9) kotak peti itu diperbuat daripada?  (cupboard/ ker-

tas / kayu / logam)

Tidak jauh dari taman, anda ternampak sebuah jam-batan…... 

(10) jambatan diperbuat daripada apa? (logam / kayu /rotan)

 Di seberang jambatan, ada seekor kuda. 

(11) Apakah warna kuda itu?  (putih / kelabu /

coklat / hitam)

TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut datang.... tak jauhdaripada kuda.

Anda mempunyai 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam kotak peti?

(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

2- Seterusnya jawab pula soalan berikut bagi 

mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat anda.

 Soalannya mudah iaitu :

Anda diminta menanam pokok jambu. Ada 4 tempat pili-

han ...Yang mana anda pilih?

1- tepi sungai

2- halaman rumah

3-tepi/tengah padang

4-belakang rumah/tepi dapur

ADDEEN BIL.3 - M/S 15

Page 16: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 16/24ADDEEN BIL.3 - M/S 16

  Di sini saya ingin kongsikandengan para pembaca sebuah

kisah yang terkandung di 

dalamnya beberapa babak. 

Babak 1 : Saya sedang berjalan di sebuah

lorong dan terdapat sebuah lubang yangdalam di tengah-tengah lorong tersebut.

Saya terjatuh ke dalamnya. Saya mengam-  bil masa yang lama untuk keluar daridalam lubang itu. Tetapi apa yang terjadi

 bukanlah salah saya.

Babak 2 : Saya berjalan di lorong yangsama sekali lagi. Dan sekali lagi saya

terjatuh ke dalam lubang yang sama. Danseperti sebelumnya, saya mengambil masa

yang lama untuk keluar dari dalam lubang

itu. Apa yang terjadi adalah salah saya.

Babak 3 : Saya berjalan di lorong yangsama sekali lagi. Dan sekali lagi saya

terjatuh ke dalam lubang yang sama.

Ianya menjadi satu kebiasaan. Apa yangterjadi sudah tentu disebabkan oleh ke-salahan saya sendiri. Saya keluar dari

lubang itu dengan segera.

Babak 4 : Saya berjalan di lorong yang

sama sekali lagi dan terlihat lubang yangdalam di tengah-tengah lorong itu. Saya

 berjalan di tepi lubang itu.

Babak 5 : Saya berjalan di lorong yang

lain.

  Apa yang anda fikirkan setelah

membaca babak-babak tersebut??

  Di babak manakah anda berada

 sekarang?

Kenapa kita diuji??

Sebenarnya babak-babak kisah

yang saya bawakan di atas adalah sebuahanalogi yang berkait rapat dengankehidupan manusia. Kehidupan adalah

satu perjalanan yang panjang. Bermacam-

macam jalan yang akan kita lalui. Tidak semuanya lurus, mungkin berliku. Dankita sebagai manusia tidak dapatmengagak apa yang berlaku pada ke-hidupan kita pada masa akan datang.

Setiap babak menggambarkan perjalanankehidupan kita. Sebagai hambaNya kitawajib beriman dengan qadak dan

qadarNya.

Di sebalik apa yang berlaku, ada

hikmah (kebaikan) yang tersirat. Babak terjatuh ke dalam lubang di pertengahan

lorong adalah perumpamaan bagi diri kitayang telah terjebak melakukan dosa danmemudaratkan diri tanpa disedari. Ini

salah satu bentuk ujian dan masalah yang

Allah beri untuk menguji keimanan kita.

Manakala lorong itu sebagai jalankehidupan. Ujian yang datang sebenarnya

memberi ruang kepada kita berfikir danmuhasabah diri. Apa yang berlaku dapatmembuka akal dan minda untuk melihat

setiap ujian Allah sebagai tanda kasihsayang Allah terhadap hambaNya. Bukansebaliknya atau Allah tidak adil kepadasegelintir hambaNya terutama merekayang dibebani dengan ujian kesusahan

dan kesempitan hidup. Sebagaimanafirman Allah dalam kitabNya yang

 bermaksud :

“ Apakah manusia itu mengira

bahawa mereka dibiarkan saja

mengatakan; “ Kami telah beriman se-

dangkan mereka tidak diuji ? Dan sesung-

  guhnya Kami telah menguji orang-orang 

  yang sebelum mereka, maka sesung-

  guhnya Allah mengetahui orang-

orang yang benar dan sesungguhnya Dia

mengetahui orang-orang yang du-

 sta.” (surah al -Ankabut : ayat 2-3)

Jalan mana yang hendak dituju??

Tiada manusia yang sempurna,

  justeru itu kadang – kadang kita leka danalpa. Lalu apa yang terjadi disebabkankecuaian kita.  “Betul ke tindakan yang 

aku lakukan?” Setiap kita tidak terlepas

melakukan kesilapan, akan tetapi perlukahkita terus melakukan perkara dan kesala-

han yang sama berulang kali sedangkan

kita mengetahui dosa dan akibatnya sertamemudaratkan diri juga orang lain.Adakah kita tidak kesal dan seterusnyamerasa gembira melakukannya. Sekiranya

hal ini berlaku, situasi ini adalah seperti

yang digambarkan dalam babak 3.

Ini adalah tanda-tanda bahawa dirisemakin jauh dari rahmatNya. Raihlah

hidayahNya sebelum terlewat. Pintutaubat sentiasa terbuka buat hambaNya.

Allah sentiasa memberi kepadahambaNya yang memohon kepadaNya.

Sebagai manusia ada saatnya kita akanterjatuh. Itu bukan persoalannya tetapiyang utama adalah kita perlu berusaha

untuk mendapatkan hidayahNya serta

tekad untuk merubah diri menjadi lebih

  baik.. Belajar memperbaiki kesilapan laludan mengambil iktibar daripada apa yang

  berlaku seperti yang dipaparkan dalam  babak 4 dan seterusnya berpindah ke  babak ke 5 iaitu memilih jalan baru bagi

membina kehidupan lebih bermakna. Disinilah bermulanya perjalanan kehidupan

di mana kita amat memerlukan rahmatAllah agar dapat membantu dan memandu

kita menempuhi hari- hari yang seterus-nya. Mohonlah kepadaNya agar kitasentiasa bersama cintaNya dan beroleh

redhaNya.

Takdir dan Usaha… 

Dan kehidupan kita saling

  berhubung dengan takdir. Sebagai umatIslam kita wajib beriman dan percaya

kepada takdir samada yang baik atau yang  buruk. Menolak takdir akan mencacatkan

keimanan kerana ianya salah satu rukuniman . Sesungguhnya Allah Maha Menge-tahui dan telah merancang sesuatu yangterbaik untuk kita. Kita hendaklah

menerima ketentuanNya dan ada kebaikanyang tidak kita ketahui di sebaliknya .

Walaubagaimana kita tidak boleh berserahkepada takdir semata tetapi juga dituntut

untuk berusaha. Di sini saya juga inginkongsikan sekali lagi serba sedikit hubun-

gan takdir dengan kehidupan ini melaluitulisan Syed Alwi Al-Atas dalam bukunyayang bertajuk  “Bila Allah Menduga

 Kita”. 

“ Orang mukmin yang kuat lebih

baik dan lebih dicintai Allah daripadamukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa

  yang bermanfaat bagimu , minta

tolonglah kepada Allah dan jangan

bersikap lemah. Jika engkau ditimpa  sesuatu, jangan berkata “Andai sayaberbuat begini pasti akan begitu.”Tapikatakanlah ,Allah telah mentakdirkannya

dan apa yang dikehendaki pasti terjadi.” Kerana sesungguhnya kata “seandainya”m e m b u k a p e r b u a t a n s y a i t a n .

( Hadis Riwayat Muslim)

Kata  –  kata Nabi SAWmenekankan 3 langkah sebagai perisai

dalam kehidupan kita,iaitu :

1. Raihlah apa yang bermanfaat bagimuwalaupun hanya sedikit daripada anda

terus kehilangannya.

2. Mintalah pertolongan dari Allah.

3. Menangani dugaan dengan membina

kekuatan diri.

Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH MOHD YUSOF

Page 17: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 17/24ADDEEN BIL.3 - M/S 17

Seringkali apabila ujian menimpa

kita, sedikit sebanyak akan membuatkan diri

kita merasa lemah disebabkan situasi dansikap yang muncul dalam diri ketikamenghadapi ujian. Lemah disebabkan situasiadalah diluar kemampuan kita untuk 

memilihnya contonya seperti kehilangan

harta benda dan kehilangan ahli keluarga.Manakala lemah disebabkan sikapsepenuhnya berada dalam ruang lingkup

  pilihan kita. Kita mampu memilih,samada

dengan bersikap lemah atau kuat. Sikap anda  pilihan anda, tanggungjawab anda

sepenuhnya , Firman Allah SWT yang

 bermaksud :“Tiada suatu bencana yang 

menimpa di bumi dan (tidak pula) padadirimu sendiri melainkan telah tertulisdalam kitab (Lohmahfuz) sebelum kami

menciptakannya sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi

 Allah.”(surah al -Hadid :ayat 22) 

Sesungguhnya Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukan pada

seseorang melainkan kerana keadilan dan

  pengetahuan yang dimilikiNya.Jika Allahmenetapkan hidayah pada diri seseorang,itumerupakan ganjaran ke atas keupayaan se-seorang itu dalam mendekatkan diri kepada

Allah. Manakala ketika Allah menetapkan

kesesatan pada orang lain, ianyasemata-mata kerana orang itu sendirimemang mahukannya sepertimana fir-

manNya yang telah termaktub di dalamsurah as-Shaff : ayat 5,maksudnya :“…maka tatkala mereka berpaling (darikebenaran), Allah memalingkan hati mereka

dan Allah tiada memberi petunjuk kepada

kaum yang fasiq.” 

Kekeliruan terhadap takdir dalam

kehidupan juga perlu diperbetulkan oleh

kaum muslimin agar tidak menyalahkan

ketetapan Allah. Sememangnya semua yang

 berlaku di dunia ini takdir dan ketentuanNya

tetapi bukan bermakna tidak ada sebab di

sebalik ketetapan itu dan ini juga bukan

  bererti manusia tidak boleh berusaha

menghindarinya. Pernah suatu ketika Umar 

  bin Al-Khattab r.a memimpin sidang

  pengadilan dan bertanya kepada seseorang

telah tertangkap ketika mabuk. KemudianUmar r.a bertanya kepadanya mengapa

melakukan perbuatan dosa itu, lalu orang itu

menjawab “Yang saya lakukan ini

merupakan takdir dariNya”. Mendengar 

  jawapan itu, Umar r.a turun dari tempatnya

dan menghampiri orang itu. Ketika tiba di

hadapannya, Umar r.a menamparnya dengan

kuat dan orang itu terkejut dan merasa sakit.

Orang itu juga tertanya-tanya mengapa

Umar r.a memukulnya seperti itu. Lalu

Umar r.a mengatakan kepadanya : “Itu juga

takdir!”. Oleh yang demikian, orang itu

tidak lagi mampu membantah tindakan dan

  perkataan Umar r.a. .Sayidina Umar r.a

memang sengaja memberi pengajaran

kepada orang itu yang mahu melepaskan diri

dari kesalahannya dan cuba melemparkan

kesalahan kepada Allah yang menurutnya

takdir Allah yang menyebabkan dia jadi

  pemabuk. Adakah kita sebagai muslim

hanya diminta untuk mempercayai takdir 

tetapi tidak perlu berusaha??? Jawapannya,

tidak. Ini adalah kerana Islam sendiri meng-

galakkan umatnya untuk bekerja keras dan

 bersungguh-sungguh. Beriman kepada takdir 

tidak seharusnya menghalang seseorang dari

  berusaha semaksimum yang termampu.

Allah dan rasulNya memerintahkan kita

untuk beramal, berusaha dan berdoa.

Sesungguhnya amal itu tidak sia-sia,

Allah akan melihat dan mengiranya di akhi-

rat kelak. Maksud firman Allah SWT :“ Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang muk-min akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu

akan dikembalikan kepada yang Maha Men-  getahui akan yang ghaib dan yang nyata,

lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”(Surah at -taubah: ayat 

105) Seseorang itu akan merasa tenang

apabila memahami kekuasaanNya dalammenetapkan ketentuanNya dan perintahNyakepada manusia. Kita sebagai manusia hanya

diperintah untuk bekerja dan berusaha , ma-nakala hasilnya itu kita kembalikan urusantersebut kepada Allah. Jika Allah berkehen-

dak, tentu apa yang kita rancangkan akan  berhasil. Oleh itu, seseorang yang beriman

tidak akan risau tentang hasil pekerjaannya.Cukup baginya berusaha secara bersungguh-sungguh sahaja. Sekiranya apa yang diusa-hakan itu belum berhasil , maka ianya tidak 

akan membuatnya sedih dan berputus asakerana dia tahu semua itu merupakan hak 

dan kekuasaan Allah SWT.

Berusahalah dan pilihlah yang terbaik… 

Jelaslah di sini apa yang dapat kita

simpulkan bahawa kehidupan ini hanya

  perjalanan sementara, selagi mana masih  bernyawa, kita tetap ada peluang untuk membuat pilihan dan keputusan dalam

menentukan hala tuju kehidupan. Kita hanyaada dua jalan pilihan iaitu jalan kebenaran

menuju keredhaan Allah atau jalan kemusnahan dan kemurkaan Allah.

Kadangkala kita memilih jalan yangsalah walaupun di hadapan kita terbentang  jalan yang betul. Ada juga yang telah

memilih jalan yang betul tetapi terkandas di  pertengahan jalan. Semuanya bergantung  pada kekuatan diri untuk melakukan perubahan.. Berani bertindak dalam merubah

kelemahan yang ada agar kehidupan lebih

  baik di masa akan datang. Bagaimana puladengan masa-masa yang telah diisi dengankemaksiatan (semoga Allah SWT

mengampuni dosa-dosa diri kita)… 

Permulaan kehidupan itu adalah

  peluang. Manakala pertengahan kehidupanitu adalah perjalanan di mana kita perlu lebih

menghargai hari-hari yang mendatang danmeminta keampunan kepada Allah SWT atassegala kekurangan dalam mengisi hari-hariyang telah berlalu. Penghujung kehidupan

itu adalah destinasi, iaitu setiap yang hidup

  pasti akan mati. Ianya merupakan pintu

  penutup bagi segala peluang dan waktu

dalam membuat keputusan serta menentukan  pilihan. Kemudian seluruh perbuatan dantindakan kita akan dipertanggungjawabkandan dihitung olehNya. 

Jika kita sudah berada di  pertengahan perjalanan menuju Allah SWT,maka kita sangat memerlukan

keampunanNya agar Allah SWT

mengampuni keterlanjuran kita tatkalamenghabiskan banyak usia yang telah lalu

tanpa ketaatan kepadaNya. Hanya dengan

keampunan terhadap keterlanjuran yang lalu,dapat membantu kita merasa tenang dandapat mendekatkan diri kepada Allah SWTdi hari-hari yang mendatang. Selagi usia

masih berbaki dan kematian masih belummengunjung tiba, maka hargailah perjalananini. Andai memilih untuk tidak menghargainya, bererti anda memilih untuk 

menzalimi dan tidak menghargai diri sendiri.

Kehidupan ini simbol hubungan kita

dengan Allah SWT. Berjalanlah di jalankehidupan menuju keredhaan Allah SWT,nescaya kita dapati Allah SWT akan lebihmendekati kita. Tidak perlu takut untuk memulakan langkah biar pun agak lewat.

Berbaik sangka kepada Allah SWT, lalumulakan perjalanan dan teruslah berjalansampai masa yang telah ditetapkan.

Akhirnya pasti… 

Sebagai hamba Allah kita perlu

yakin dengan jaminan Allah bahawa akan

ada kesenangan selepas menempuhi segala

kepayahan dan cabaran. Maka untuk Berjayamenempuhinya ia perlu kepada kesabaran.

Barulah datang kemanisan iman. Allah

menganugerahkan akal agar dapat digunakan

untuk berfikir dan mengolah penyelesaian

dari tiap permasalahan yang dihadapi.

Dengan kemampuan yang

dianugerahkanNya, usaha dan tawakal

  padaNya pasti kita mampu melalui semua

rintangan dalam jalan kehidupan yang dilalui

dengan positif. Jadi tidak ada alasan untuk 

kita takut dan berprasangka buruk bahawa

Allah akan menjerumuskan kita kepada

sesuatu yang buruk dan membuat aniaya

terhadap diri kita. Kesedihan dan

menyalahkan takdir tidak akan membuat

keadaan menjadi lebih baik bahkan merasa

seperti dihimpit beban yang berat. Sekiranya

  berlanjutan akan akan menyebabkan kita

merasa putus asa. Padahal tidak ada sesiapa

yang patut berputus asa dari rahmat Allah

melainkan seseorang yang kafir dan sesat.

Justeru itu, usaha dan doa kita mungkin akan

menjadikan sesuatu lebih baik di masa kan

datang. Allah sentiasa ada bersama kita

dalam apa jua keadaan yang kita lalui. Diayang mengaturkan kehidupan ini.

Sesungguhnya orang mukmin tidak hidup

untuk dunia tetapi menjadikan dunia sebagai

  pencarian kehidupan……..   yang abadi

 sesungguhnya di akhirat kelak!! 

Page 18: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 18/24

Oleh : TUAN HJ.MOKHTAR BIN HJ. RIDZWAN

Manusia dijadikan oleh Allahdengan penciptaan yang terbaik iaitumelalui kesepaduan roh, akal dan

  jasad. Justeru itu manusia dipertang-  gungjawabkan oleh Allah untuk memimpin dunia ini sebagai khalifah.

 Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami t e lah

menciptakan manusia dengan

 sebaik- baik kejadian.” 

(Surah al-Tin : ayat 4) 

Kesepaduan ini merupakan elemen

  penting untuk dibangunkan supayamanusia dapat berperanan sebagaikhalifah.

Pembangunan Roh saling berhubungkait dengan manusia itu sendiri,

mengenali siapa dirinya, dari manaasalnya dan ke mana akhirnya. Roh dan

  jiwa orang yang beriman akan sentiasadipandu oleh dua asas utama.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya

Ihya‟ Ulumuddin mendedahkan 12 saluran

yang digunakan oleh syaitan untuk menguasai jiwa dan pemikiran manusiaiaitu :-

 Nafsu marah dan syahwat

Hasad dengki, tamak keduniaan

Kekenyangan makan dan minum

Kegemaran menghias diri dan

Rumahtangga

Bersikap terburu-buru dan

meninggalkan berhati-hati

Keinginan mengampu

Mabuk harta dan wang ringgit

Kedekut dan takutkan kemiskinan

Taasub (fanatik) kepada sesuatu

aliran fahaman

Perbuatan memikirkan Zat dan

S i f a t - s i f a t A l l a h d a n

  perkara-perkara lain tanpa ilmu

  pengetahuan dan di luar kemampuan akal.

Sifat mementingkan diri sendiri

Berprasangka buruk terhadap

kaum muslimin

Manakala Pembangunan Akal

Manusia adalah melalui budaya ilmu iaitudengan mempelajari, memahami,

menghayati serta berkewajipanmenyampaikan ilmu Allah yang amat luas.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Allah mengangkat orang -orang  yang beriman dan orang-orang yang didatangkan ilmu kepadanya dengan

beberapa darjat.”

(al-Mujadalah : ayat 11).

Islam mewajibkan umatnyamempelajari ilmu untuk meningkatkanmartabat diri insan itu sendiri.

Seterusnya Pembangunan Jasad

manusia menyentuh dasar Islam yangmenganjurkan umatnya berusaha dan

  bekerja dengan segala potensi diri yangdimiliki bagi mencari sumber yang halal

  bagi keperluan kehidupan sepertimakanan,tempat tinggal dan pakaian.

Islam menekankan konsep

“mukmin yang kuat lebih baik darimukmin yang lemah”. Tujuan pemban-gunan manusia adalah untuk menyempur-nakan peranan manusia di dunia ini iaitu :-

Menjadi hamba Allah yang sen-

tiasa beriman kepada Allah danmenyembahNya dengan melak-

sanakan Ibadah.

Menjadi khalifah Allah yang me-

makmurkan ala mini dengan ke-

 baikan dan menjauhi kemungkaran

yang dimurkai Allah SWT.

Menjadi insan (hamba Allah) yang

 bahagia, hidup di dunia dan akhirat

(merujuk kepada konsep al-Falah)Sekiranya metodologi ini iaitu

  penerapan nilai-nilai tersebut dipatuhidalam setiap usaha pembangunan

masyarakat, maka Allah akan membantu

kea rah mencapai al-Falah itu. Sebaliknya jika metodologi ini tidak dipatuhi maka al-

  Khusran (kerugian) akan berlaku dalam

setiap kehidupan manusia dan masyarakat.Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu me-

maklumkan : Sesungguhnya jika kamu

bersyukur, pasti kami akan menambah

nikmat kepadamu dan jika kamu

mengingkari (nikmat-Ku) maka sesung-

  guhnya azab-  Ku sangat pedih”. (Surah

Ibrahim : ayat 7)

Skop Pembangunan Manusiadari perspektif Islam merangkumi :-

Pembangunan Individu

Pembangunan Keluarga

Pembangunan Masyarakat Muslim

Pembangunan Negara

ADDEEN BIL.3 - M/S 18

Page 19: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 19/24

Oleh : USTAZ ABD. RAHMAN BIN RIDEWAN

ADDEEN BIL.3 - M/S 19

“Manusia tidak jatuh „ke dalam‟ 

cinta, dan tidak juga keluar 

„dari cinta‟. Tapi manusia

tumbuh dan besar dalam cinta”. 

Cinta… setiap insan berbeza sudut

  pengertiannya. Tidak ada yang salah, tapi

tidak ada juga yang sempurna penaf-sirannya. Kerana cinta selalu berkembang, iaseperti udara yang mengisi ruang

kosong. Cinta juga seperti air yang

mengalir ke dataran yang lebih rendah.

Tapi ada satu yang dapat kita

sepakati bersama tentang cinta. Bahawacinta, akan membawa sesuatu menjadi lebih  baik, membawa kita untuk berbuat lebihsempurna. Mengajarkan pada kita betapa

  besar kekuatan yang dihasilkannya. Cintamembuat dunia yang penat dan bising initerasa indah, paling tidak dapat kita nikmatidengan cinta.

Cinta mengajarkan pada kita, bagai-

mana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi

dan mempertahankan. Teringat kisah Tajma-hal yang indah di India, di setiap jengkalmarmar bangunannya terpahat nama kekasih  buah hati sang raja disebabkan cinta. Cinta

adalah hati yang selalu berharap dan mewu-

  judkan dunia dan kehidupan yanglebih baik.

Dan Islam tidak saja mengagungkan

cinta tapi memberikan contoh konkrit dalam

kehidupan seperti yang ditunjukkan olehRasulullah tercinta. kisah tentang totalitascinta yang dicontohkan Allah melalui ke-

hidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun

langit telah mulai menguning, burung-  burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara yang ter-

 putus-putus memberikan nasihat,

“Wahai umatku, kita semua ada

dalam kekuasaan Allah dan

cinta kasih-Nya. Maka taati dan

bertakwalah kepada-Nya.

 Kuwariskan dua hal pada kamu

  semua, sunnahku dan

 Al Qur‟an. Barang siapa

mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak 

orang-orang yang 

mencintaiku, akan masuk 

 syurga bersama aku.”  

`Khutbah singkat itu diakhiri dengan  pandangan mata Rasulullah yang teduh

menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar 

menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar dadanya naik turun menahan nafas dantangisnya. Uthman menghela nafas

  panjang dan Ali menundukkan kepalanya

dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya

sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan

kita semua,” desah hati semua sahabat kalaitu. Manusia tercinta itu, hampir usai menun-aikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu

semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengantangkas menyambut Rasulullah saat turundari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang

hadir di sana pasti akan menahan detik-detik 

 berlalu, jika mungkin.

Matahari kian tinggi, tapi pintuRasulullah masih tertutup. Sedang di dalam-

nya, Rasulullah sedang terbaring lemahdengan keningnya yang berkeringat dan

membasahi pelepah kurma yang menjadialas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi

Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata

Fatimah yang membalikkan badan danmenutup pintu. Kemudian ia kembali mene-mani ayahnya yang ternyata sudah membuka

mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakahitu wahai anakku?” 

“Tak tahulah aku ayah, sepertinya ia

  baru sekali ini aku melihatnya,” tutur 

Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap  puterinya itu dengan pandangan yangmenggetarkan .“Ketahuilah, dialah yang

menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan didunia. dialah malakul maut,” kata

Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan

tangisnya. Malaikat maut datangmenghampiri, tapi Rasulullah menanyakankenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudiandipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah

  bersiap di atas langit dunia menyambut roh

kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di

hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengansuara yang amat lemah. “Pintu-pintu langittelah terbuka, para malaikat telah menanti

rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti

kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyatatidak membuat Rasulullah lega, matanya

masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar 

ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasibumatku kelak?” 

“Jangan bimbang, wahai Rasul Allah, aku  pernah mendengar Allah berfirman

kepadaku: “Ku haramkan syurga bagi siapa

sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. 

Detik-detik semakin dekat, saatnya

Izrail melakukan tugas. Perlahan rohRasulullah ditarik. Tampak seluruh tubuhRasulullah bersimbah peluh, urat-urat

lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit

sakaratul maut ini.” Lirih Rasulullahmengadu. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan

Jibril menyisihkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau

  palingkan wajahmu Jibril?”

Tanya Rasulullah pada Malaikat penyampaiwahyu itu.

“Siapakah yang tega, melihat

kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah

memekik, kerana sakit yang tidak tertahanlagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini,

timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku.” 

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki

dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisik-

kan sesuatu, Ali segera mendekatkantelinganya. “Uushiikum bis solati, wa

maa malakat aimaanukum, pelihara-

lah solat dan kasihanilah orang-orang 

lemah di antaramu.”  

Di luar pintu tangis mulai terdengar   bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,

dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatii ”.. Dan,

akhirnya kembalilah Rasul tercinta

menghadap Allah .

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Apakah bukti cinta kita kepadanya jika  jawapan kita adalah : “Mampu”…Tepuk 

dada tanyalah iman kita… 

Page 20: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 20/24ADDEEN BIL.3 - M/S 20

Sajak Taubat Hati

Selangkah demi selangkah kaki aku turutkan

Entah ke mana haluan yang akan aku tuju

Hati yang kosong ini ku bawa jua

Penuh kelukaan, penuh kesakitan...

KAU biarkan aku dengan dugaan yang maha

hebatHanyut aku dalam kesedihan

Tembok kekecewaan mula mengukuh di hati

Yang terhampar di hadapanku hanya rasa

 putus asa...

Entah bila sahaja aku hampir tersungkur 

Tiba-tiba jiwaku pula bagaikan tersentak

Deras air mata mula membasahi pipi… 

Rasa keinsafan mula membekas di lubuk hati

Ya Allah…betapa aku terlupa akan kekuasaanMu… 

KAU yang maha berhak menguji hamba-Mu

 Ampuni aku atas segala

khilaf dan dosaku

Tunjukkanlah hatiku jalan kebenaran...

Page 21: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 21/24ADDEEN BIL.3 - M/S 21

  Allah SWT telah menjelas-kan keutamaan syukur dan sabar 

melalui firman-firmanNya :

“ Dan Kami pasti akan memberi balasan

kepada orang yang sabar”...(Surah

an-nahl : ayat 96)

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan

ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-

  Ku...” ( Surah al -Baqarah : ayat 152)

Dalam „Ihya Ulumuddin‟ menerang-

kan bahawa sabar itu adalah cahaya yang

menerangi jalan yang akan ditempuhi.

Dengan kesabaran, laluan yang sukar dapat

dilalui dengan baik. Ibnu Abbas pernah

 berkata , “ Ada tiga tingkatan sabar di dalam

al-Quran , iaitu : 1) sabar ketika melaksana-

kan perintah-perintah Allah , 2) sabar ketika

menjauhi larangan- larangan Allah, 3) sabar 

terhadap musibah yang menimpa. Manakala

syukur dapat diungkapkan melalui hati,

ucapan dan seluruh anggota tubuh. Syukur 

melalui hati adalah menyembunyikan kebai-

kan dari pengetahuan orang lain dan sentiasa

mengisi hati hati dengan zikir. Manakala dari

segi ucapan dapat diungkapkan rasa syukur 

itu dengan kalimah  – kalimah tahmid, takbir 

dan tasbih kepada-Nya.

Menggunakan n ikmat dan

kurniaanNya untuk beribadah kepadaNya,

mematuhi segala perintahNya dan menjauhi

laranganNya adalah kesyukuran melalui

 perbuatan. Jika dapat kita lihat, kesabaran itu

sebenarnya memotivasikan diri supaya tabahdan cekal dalam mengharungi apa jua

keadaan dan mengawal diri tidak bertindak 

di luar batasan. Sementara sifat syukur pula

mengukuhkan lagi rasa kecintaan dan

kepatuhan kepada Allah SWT. Kedua- dua

sifat ini mempunyai hubungkait yang

mendalam, keindahannya hanya dapat dirasai

apabila ianya diterjemahkan dalam

kehidupan seorang mukmin yang berlandas-

kan paksi keimanan kepadaNya. Ingin saya

kongsikan bersama pembaca tentang satu

keajaiban yang berkaitan dengan sifat syukur 

dan sabar . Dipetik dari   Buku SEFT  for 

 Healing, Success, Happiness and Greatness

karya Ahmad Faiz Zainuddin hal. 72, terda-

  pat satu teknik penyembuhan yang dise-

 but Sedona Method .

Di mana, untuk sembuh dari berbagai

macam penyakit, perlu dengan ikhlas dan

  pasrah. Menerima keadaan seadanya dengan

  penuh syukur dan sabar. Malah terapi ini

telah berkembang luas khususnya di dunia

  barat. Cerita ini berkisar pada tahun 1952

tentang Lester Levenson dalam usia

menjangkau 42 tahun, telah menderita

  penyakit fizikal dan psikologi kronik. Dia

telah menderita penyakit komplikasi yang

sangat parah. Hingga suatu hari doktor yang

merawatnya menyarankan agar Lester 

dibawa pulang ke rumah dan menunggu saat

ajal menjemputnya dengan tenang. Kejayaandalam kerjaya dan kewangan ternyata tidak 

memberinya kebahagiaan. Dalam situasi

yang sedemikian, Lester kemudian menerima

dengan rela keadaan dirinya. “To letting go

of all any inner limitation”. Dia pasrah

dengan sepasrah-pasrahnya dan mempersiap-

kan diri untuk menerima apa saja yang akan

terjadi nanti.

Justeru dengan kepasrahannya itu,

keajaiban terjadi. Lester sembuh dari penya-

kitnya setelah 3 bulan dia menjalani terapi

ini. Malah kehidupannya jauh lebih bahagia

daripada sebelumnya dan dia terus menerap-

kannya dalam kehidupan sehari-hari. Lester 

meninggal dunia pada 18 Januari 1994, 40

tahun setelah kejadian itu. Kaedah ini telah

diajarkan kepada muridnya yaitu Hale

Dwoskin yang kemudian menyebarkannya

kepada orang lain. Hingga ke saat ini kaedah

ini terus berkembang dan telah diteliti

keberkesanannya secara ilmiah. Malah

lembaga penelitian terkemuka Harvard

Medical School juga telah mengakui keam-

 puhan kaedah ini.

Apa yang dapat kita fahami dan

  jelaskan di sini adalah ketika seluruh tubuh

dengan keseimbangan minda dan emosi

  berada dalam keadaan pasrah, seseorang

yang bukan muslim pun boleh mendapatkan

manfaat kesihatan dan kecerdasan, maka

  bayangkan bagaimana keadaan seorang

mukmin apabila menghubungkan hal ini

dengan Allah -Yang Maha Pencipta . Bukan-

kah ianya lebih manis dan indah untuk 

dirasai ketenangannya… 

Allah SWT berfirman, yang

 bermaksud : " (Iaitu Tuhan) Yang telah

menciptakan aku, maka Dia-lah

 yang memberi petunjuk. Dan Tuhanku yang 

memberi makan dan minum kepadaku. Dan

apabila aku sakit, Dia-lah Yang menyembuh-

kan aku. Dan Yang akan mematikan aku, kemu-

dian akan menghidupkan aku (kembali). Dan

Yang amat kuinginkan akan mengampu-ni kesalahanku pada hari kiamat."  –  (Surah

 Asy- Syu'araa'; 26: ayat 78 -82).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah

SAW bersabda, yang bermaksud : "Aku bangga

dengan orang mukmin, sesungguhnya Allah

SWT tidaklah menetapkan suatu keputusan,

kecuali akan berakibat baik kepadanya." 

( H R I b n u H i b b a n d a r i A n a s )

Pasrah adalah suatu sikap yang

menyatukan antara syukur dan sabar. Adalah

sukar untuk pasrah jika menghilangkan salah

satu daripadanya. Contohnya, sabar tanpa syu-

kur akan hanya membuatkan kita resah gelisah

apabila kesembuhan tidak diperolehi setelah

  puas berusaha. Manakala syukur tanpa sabar 

akan membuat kita terlalu cepat bergembira

atas kesembuhan yang masih sedikit dan mem-

  buatkan kita sering lupa dan tidak istiqamah.

Justeru, dalam menghadapi situasi apapun kita

seharusnya tetap dalam keadaan syukur dan

sabar. Sabar menghadapi ujian dengan tetap

mensyukuri nikmat-nikmat lain yang tetap

Allah SWT berikan pada kita. Jika prinsip inisudah menjadi pegangan, maka ubat hanyalah

 pelengkap sahaja.

Maka, apapun yang ditetapkan Allah

SWT kepada kita itu pasti baik adanya. Allah

SWT tidak pernah memberi sesuatu di luar 

kesanggupan kita dan setiap sesuatu itu pasti

akan ada jalan penyelesaiannya. Jangan pernah

  berputus asa dari rahmat Allah SWT kerana

sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada

kemudahan dan sesudah kesulitan pasti ada

kemudahan yang mengikutinya.

Dari Abi Yahya Shuhaib bin Sinan

RA. Rasulullah SAW bersabda,

 yang bermaksud: “Sesungguhnya 

menakjubkan keadaan orang 

mukmin, kerana segala urusannya 

sangat baik baginya, dan itu tidak 

akan terjadi kecuali bagi orang 

mukmin. Bila ia memperoleh 

kesenangan, ia bersyukur, yang 

demikian itu baik baginya. Dan bila 

ia tertimpa kesusahan ia juga 

bersabar, yang demikian itu pun 

baik baginya”. (HR Muslim)  

Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN

Page 22: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 22/24ADDEEN BIL.3 - M/S 22

  Ada yang menyatakan

bahagia itu relatif sifatnya.Yang sakit merasakan sihat 

itu bahagia. Tetapi bila sihat,benda lain pula dirasakannya

  sebagai bahagia. Pada yang 

miskin, kaya itu bahagia. Tapi yang kaya merasakan kaya itu

bukan bahagia. Tidak   percaya? Baca senarai

  panjang orang kaya, ternamadan popular yang membunuh

diri atau sakit jiwa. Ini bukti

nyata mereka tidak bahagia.

Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia, tetapi

ramai tidak mengetahui apakah erti

  bahagia yang sebenarnya. Begitu

kata ahli-ahli hikmah bila ditanya-

kan : Mengapa ramai manusia tidak   bahagia ? Jadi teraba-rabalah

manusia mencari bahagia. Bila tidak 

tahu apa yang dicari, maka sudah

  pasti tidak akan ditemui. Anehnya,

manusia kerap bercakap tentang

 bahagia  –  rumah tangga yang

 bahagia, pasangan bahagia atau diriyang bahagia. Bercakap tanpa tahu

makna?

Kerapkali orang menyangka

orang lain lebih bahagia

daripadanya. “Rumput di seberang

sana kelihatan lebih hijau,” begitu

maksud pepatah Inggeris. Ini

menyebabkan kita sentiasa tidak 

  puas. Hidup dilihat sebagai satu  perbandingan dan pertandingan.

Bukan satu kesyukuran yang harus

dikongsikan. Jadi apa makna bahagia sebenarnya?

Kebahagiaan adalah satu

ketenangan. Ketenangan itu letaknya

di hati. Hati yang tenang ialah hati

yang dapat menghadapi apa jua

ujian hidup dengan sebaik-baiknya.

Jika yang datang nikmat, hati yang

tenang bersyukur. Jika yang datang

musibah, hati yang tenang akan

sabar. Hati yang tenang dipenuhi

rasa qanaah,tawakal, redha dan

lain-lain sifat mahmudah. Hati yangsedemikianlah dinamakan hati yang

sejahtera-qalbun salim. Hati yangmesti dimiliki walaupun Cuma

sedetik, sebelum kita menemui Ilahi.

Bagaimana hati boleh

tenang? Tidak lain…hanya padameingati Allah. Begitu maksud yang

diungkapkan oleh al-Quran. Rumah

tangga yang tenang , ialah bilasetiap anggotanya ingatkan Allah.

Apa maksud ingat Allah? Cukupkah

dengan ucapan dan sebutanSubhanallah, Alhamdulillah dan

kalimat-kalimat zikir yang lain?

Belum. Maksud ingat Allah itu luas.

Hati teringat, mulut menyebut,

anggota bertindak. Ingat yang

menjunam di lubuk hati, yangterluah, yang terluah pada ucapan

lidah dan terlahir dalam bentuk 

tindakan dan perlakuan.

Bila diuji dengan kekuran-

gan, kemiskinan, kesakitan bahkan

kematian, terasa kita layak 

menerima. Tidak mengeluh,

“ kenapa aku yang kena?”

Sebaliknya terasa, “Aku telah

terpilih,” “Aku hamba Allah,akulayak diuji”.

 Kata ulama, untuk tidak 

terasa susah apabila luput 

  suatu nikmat, jangan berasamemiliki nikmat itu. Rasakan

diri hanya peminjam. Bilanikmat yang bukan milik kita

itu ditarik, hati yang tenang 

menyerah dan pasrah kepada Allah – Pemilik segalanya. 

Jadi untuk meringankan

  beban hati ketika menhadapi ujianhidup atau bala, ikatlah hati dengan

Allah. Hendaklah dikenal bahawa

Allah jua lah yang menurunkan balaitu. Dan yakinlah bahawa keputusan

(takdir) Allah itu akan memberikan

yang terbaik.

Bila kita kenal Allah yang

Maha Pengasih dan Penyayang, kita

tidak boleh buruk sangka kepada

Allah dengan menganggap apa yang

ditakdirkan (ujian) itu adalah

sesuatu yang tidak baik. Iktikad

(keyakinan) kita, bahawa semua

ketentuan Allah itu baik  – pasti ada

hikmah di sebaliknya akanmenyebabkan hati terubat.

Hati tidak dapat tidak mesti

  bersabar. Hati akan terdidik untuk 

redha dan tawakal, kerana yakin

qada dan qadar Allah pasti berlaku.

Kerana manusia harus terima, tidak   boleh menolak itu. Hamba yang

soleh menanggung qadar dengan

sabar, bahkan gembira dengan  pilihan Allah (ujian adalah pilihan

Allah, bukan pilihan manusia).

Tidak ada pilihan Allah yang tidak  baik. Semuanya baik belaka.

  Nikmat Maha Suci Allah

yang tidak akan menzalimi manusia

walaupun ketika Dia menguji hamba

-Nya. Hati yang tenang akan  berbisik : “ Tuhan…aku belum

  Nampak akan kebaikan di sebalik 

kepedihan ini dengan ilmuku yang

terbatas. Tapi aku yakin Ya Allah,ilmu-Mu Maha Luas, pasti ada

kebaikan yang masih terselindung di

sebaliknya musibah ini… yang

ketika ini tidak mampu aku fikirkan

dan bayangkan.” 

Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta,

nanti si miskin terasa diabaikan.

Maha Adil Allah yang tidak 

meletakkan bahagia pada kesihatan,

kelak yang sakit rasa dipinggirkan.

Allah meletakkan bahagia pada hatiyang tenang, sesuatu yang boleh

dimiliki oleh semua manusia… 

Bahagia itu bukan relatif dan

subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah

suatu yang mutlak, yang perludicapai oleh setiap insan. Ingat!

Kebahagiaan itu bukan hanya di

hujung jalan tetapi ia ada di

sepanjang jalan. “Not a destiny, but a journey!” Kata bijak pandai, orang

yang bahagia tidak sempat bertanya

apakah aku bahagia?

Sumber : Satu Rasa Dua Hati, Pahrol Mohd 

 Juoi, Galeri Ilmu Sdn.Bhd. 2007. 

Page 23: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 23/24ADDEEN BIL.3 - M/S 23

Jawapan 1 : Sekiranya mandi tersebut adalah mandi wajib dan air di dalam baldi kurang 2 qullah,air tersebut menjadi mustakmal.

Jika cukup 2 qullah, ia tidak menjadi mustakmal.

Jawapan 2 : Ukuran dua qullah ialah 500kati Baghdadi air dan ia menyamai 192.875kg. Ia juga menyamai 1 ¼ hasta padu

(1 ¼ hasta panjang, 1 ¼ hasta lebar dan 1 ¼ hasta dalam) atau 216 liter.

Jawapan 3 : Air mutanajis ialah air yang kurang daripada 2 qullah yang dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah atautidak,dikenali sebagai mutanajis. Begitu juga sekiranya air yang lebih daripada 2 qullah dimasuki najis lalu air itu

 berubah rasa, bau atau warnanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.

Jawapan 4 : Islam mementingkan nilai kebersihan terutamanya dalam persediaan melakukan ibadah. Cara membasuh pakaian

supaya bersih dan suci ialah ;

- Menghilangkan najis yang ada pada pakaian terlebih dahulu.

- Kemudian mengalirkan air yang bersih ke atasnya.

Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis, tidak timbul sebarang masalah,iaitu pakaian yang di-

 basuh itu tetap suci hukumnya.

Tetapi yang timbul masalahnya apabilamesin basuh itu itu digunakan untuk membasuh pakaian-pakaian yang bernajis atau yang

kena najis. Maka hokum pakaian yang dibasuh itu tidak suci ,kerana pakaian yang terkena najis itu dibasuh oleh air yang tidak sam-

 pai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu.

Terdapat perbezaan basuhan antara mesin basuh semi auto dengan mesin basuh automatik.

Sumber : Soal Jawab Remeh-temeh tentang Taharah(bersuci)

tapi anda malu bertanya…Mohd Azrul Azlen Abd Hamid & Azhar Mohamed,

Terbitan Telaga Biru,2008 

SEMI AUTO FULLY AUTO

Bilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air diluar mesin

kemudian baru masukkan ke dalam pengering (spin). Atau

 boleh juga membilas dengan mengalirkan air pada pakaian

yang telah dimasukkan ke dalam ruang pengering (jangan

takung tersebut). Setelah itu barulah pakaian tersebut diker-

ingkan(spin). 

Ada sedikit masalah.Ketika membilas pakaian mesin tersebut

tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air 

dan merendam semula pakaian. Oleh sebab pakaian belum suci

(atau bernajis) maka seluruh takungan air jadi bernajis kembali.

Begitu juga untuk bilasan kedua. Seterusnya kain yang masih

 belum suci (tidak dialirkan air mutlak) akan dikeringkan dengan

spin. Maka pakaian itu tetap tidak suci. 

Soalan 1 : Semasa mandi,air yang terpercik terpercik telah masuk semula ke dalam baldi yang saya gunakan.Adakah air itu

dikira sebagai mustakmal?

Soalan 2 : Bagaimanakah sukatan air dua qullah?

Soalan 3 : Apakah yang dimaksudkan dengan air mutanajis?

Soalan 4 : Apakah hukumnya mencuci telekung atau pakaian harian menggunakan mesin basuh? Bolehkah mencampurkan

 pakaian suami isteri dan anak kecil semasa membasuh? Adakah pakaian ini sah dibawa bersolat. Setengah orang

mengatakan tidak suci.

Page 24: Risalah Ad-Deen Bil.3

8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.3

http://slidepdf.com/reader/full/risalah-ad-deen-bil3 24/24