ringkasan sukatan penggal 2

2
Ringkasan Sukatan Geo Fizikal Penggal 2 3.1 Struktur dan kandungan atmosfera (a) menyatakan struktur dan kandungan atmosfera; (b) menghuraikan ciri struktur dan kandungan atmosfera. 3.2 Cuaca dan iklim Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan konsep cuaca dan iklim; (b) menghuraikan unsur cuaca dan iklim (bahangan suria, bahangan bumi, suhu, kerpasan, kelembapan, tekanan udara, angin, dan litupan awan); (c) menyatakan konsep imbangan bahangan; (d) menghuraikan proses pemindahan haba; (e) menghuraikan taburan suhu Secara menegak dan mendatar; (f) menyatakan konsep kelembapan udara; (g) menghuraikan konsep kestabilan udara; (h) menghuraikan proses sejatan, pemeluwapan, pembentukan awan, dan kerpasan; (i) menghuraikan jenis kerpasan (hujan perolakan dan hujan orografik); (j) menghuraikan tekanan udara dan edaran umum atmosfera; (k) menghuraikan gangguan atmosfera. 3.3 Kaitan sistem atmosfera dengan manusia (a) menjelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia; (b) menghuraikan fenomena iklim (banjir, kemarau, siklon tropika, tornado, dan El Niño dan La Niña). 3.4 Perubahan iklim (a) menghuraikan konsep perubahan iklim; (b) menjelaskan punca dan kesan rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global; (c) menjelaskan punca dan kesan penipisan dan kebocoran lapisan ozon; (d) menjelaskan kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia 3.5 Mikro iklim bandar (a) menghuraikan konsep mikro iklim bandar; (b) menjelaskan kesan perubahan mikro iklim bandar terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia 3.6 Kemahiran amali sistem atmosfera (a) mengira data, memplot, melukis, dan mentafsir peta garisan senilai, iaitu garisan sesuhu (isoterma), garisan sehujan (isohyet), dan garisan setekanan udara (isobar);

Upload: azmi-marbawi

Post on 29-Sep-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

gEOGRAFI FIZIKAL

TRANSCRIPT

Ringkasan Sukatan Geo Fizikal Penggal 2

3.1 Struktur dan kandungan atmosfera

(a) menyatakan struktur dan kandungan atmosfera; (b) menghuraikan ciri struktur dan kandungan atmosfera.

3.2 Cuaca dan iklim Calon seharusnya dapat:

(a) menyatakan konsep cuaca dan iklim;

(b) menghuraikan unsur cuaca dan iklim (bahangan suria, bahangan bumi, suhu, kerpasan, kelembapan, tekanan udara, angin, dan litupan awan);

(c) menyatakan konsep imbangan bahangan; (d) menghuraikan proses pemindahan haba; (e) menghuraikan taburan suhu Secara menegak dan mendatar;

(f) menyatakan konsep kelembapan udara;

(g) menghuraikan konsep kestabilan udara;

(h) menghuraikan proses sejatan, pemeluwapan, pembentukan awan, dan kerpasan;

(i) menghuraikan jenis kerpasan (hujan perolakan dan hujan orografik);

(j) menghuraikan tekanan udara dan edaran umum atmosfera;

(k) menghuraikan gangguan atmosfera.

3.3 Kaitan sistem atmosfera dengan manusia (a) menjelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia; (b) menghuraikan fenomena iklim (banjir, kemarau, siklon tropika, tornado, dan El Nio dan La Nia).

3.4 Perubahan iklim (a) menghuraikan konsep perubahan iklim;

(b) menjelaskan punca dan kesan rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global;

(c) menjelaskan punca dan kesan penipisan dan kebocoran lapisan ozon;

(d) menjelaskan kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia

3.5 Mikro iklim bandar (a) menghuraikan konsep mikro iklim bandar; (b) menjelaskan kesan perubahan mikro iklim bandar terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia

3.6 Kemahiran amali sistem atmosfera (a) mengira data, memplot, melukis, dan mentafsir peta garisan senilai, iaitu garisan sesuhu (isoterma), garisan sehujan (isohyet), dan garisan setekanan udara (isobar); (b) mengira data, melukis, dan mentafsir graf dan carta cuaca serta kaitannya dengan aktiviti manusia.

Sistem Hidrologi 4.1 Fasa air (a) menyatakan tiga fasa perubahan air (cecair, gas, dan pepejal); (b) menghuraikan tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat

4.2 Kitaran hidrologi (a) menghuraikan konsep kitaran hidrologi; (b) menghuraikan proses mendatar kitaran hidrologi (alir lintang atmosfera, larian air permukaan, dan aliran air bawah tanah);

(c) menjelaskan proses menegak kitaran hidrologi (sejatan, perpeluhan, sejatpeluhan, pemeluwapan, pemejalwapan, kerpasan, pintasan, aliran batang, dan resapan);

(d) menghuraikan konsep keberkesanan kerpasan dan faktor yang mempengaruhinya (ciri keamatan, kekerapan, jangka masa, musim, dan liputan kawasan).

4.3 Edaran air tanih (a) menyatakan dan menghuraikan proses edaran air tanih (larian air permukaan, resapan, aliran air bawah tanah, simpanan air tanih, keporosan, ketelapan, dan akuifer);

(b) menghuraikan faktor yang mempengaruhi edaran air tanih.

4.4 Imbangan air (a) menghuraikan konsep imbangan air (lebihan air dan kurangan air);

(b) menjelaskan variasi imbangan air mengikut ruang dan masa;

(c) menghuraikan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air (ketinggian, aspek, hujan, topografi, tumbuhan, dan batuan).

4.5 Kaitan sistem hidrologi dengan manusia (a) menjelaskan kepentingan air (bekalan air domestik, pertanian, dan industri); (b) menjelaskan gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia (kejadian kemarau, kejadian banjir monsun/musiman dan banjir kilat);

(c) menjelaskan penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air (hujan tiruan, sistem pengairan, penghutanan, dan sumber air yang lain).

4.6 Kemahiran amali sistem hidrologi (a) mengira data, melukis, dan mentafsir graf dan carta hidrologi (kerpasan, sejatan, sejatpeluhan, dan imbangan air).