ringkasan perangai bergantung kpd diri sendiri

Upload: azanil-putra

Post on 05-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    1/45

    1

    Risalah Kedua

    Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

    Bab Pertama:

    Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan

    1

    Firman Tuhan : Allazi holakolmautawalhaya ta liyabluwakum ayyukum ahsanu amala

    Maksudnya : Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba

    kamu, siapakah dari kamu yang terlebih baik kerjanya.

    Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam

    perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain

    untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah

    disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri

    kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan

    akhirnya berjaya.

    Sikap yang di katakan bergantung kepada diri sendiri ialah melakukan apa saja dengan

    bertanggungjawab serta sanggup menanggung segala akibat yang bakal menimpa dari

    tindakannya itu. Tidak mengharap orang lain membantunya atau menangung segala apa yang di

    lakukannya kerana dia yang bertanggungjawab keatas segala-galanya kecuali sesuatu itu

    memerlukan bantuan orang lain.

    Manusia diminta membantu orang lain, namun janganlah sampai bantuan yang di

    perolehi menyebabkan seseorang itu malas untuk bekerja dan hanya berpeluk tubuh sahaja. Jika

    sesuatu perkara itu tidak memerlukan bantuan daripada orang lain, maka diwajibkan keatasnya

    mengerjakan sendiri kerjanya itu.

    Bergantung pada diri sendiri dalam bahasa arab di sebut al-I timad ala al-nafs dan

    perkara ini tidaklah jelas dalam al-quran atau hadis tetapi kita sendiri boleh memahaminya

    daripada segala amar dan nahi yang di gariskan oleh ajaran agama islam kepada kita manusia.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    2/45

    2

    Segala dalam amar dan nahi yang di ucapkan dalam al-quran dan hadis adalah di tujukan

    kepada manusia untuk membaiki kelakuan dan budi pekerti. Salah satu yang terkandung dalam

    hadis mengenai kelakuan manusia adalah Makarim alakhlaq. Oleh itu jelas bahawa setiap amar

    dan nahi yang terbit daripada ajaran islam itu benar dan di tuntut oleh islam dan nabi kita

    Muhammad s.a.w.

    Kita boleh memahami semua ini daripada ayat permulaan yang kita lihat tadi yang

    bermaksud, Tuhan menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji kamu, siapakah

    daripada kamu yang terlebih baik kerjanya.

    Walasri innalinsa nalafi husri. Illallazi naamanu waamilussolihat

    Bermaksud. Demi masa ! sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, melainkan yang beriman

    dan beramal soleh. Beriman itu sendiri meletakkan kepada diri individu itu sendiri untuk beriman

    atau percaya terhadap apa yang di seru agama.

    Ayat-ayat pendek di atas mengesahkan bahawa kita sendiri mestilah berusaha dengan

    sendiri meninggalkan segala apa yang di larang dan melakukan apa yang di suruh dan tidak

    mengikut orang lain sama ada mahu mengerjakan ataupun tidak. Hal ini dapat di lihat dalam

    banyak ayat-ayat al-quran dan hadis serta dapat kita lihat juga contohnya melalui kehidupan nabi

    kita Muhammad s.a.w.

    Perangai yang ada pada diri kita merupakan tunjang kepada kejayaan sendiri. Perangai

    mengerakkan seseorang itu untuk bekerja keras, bersungguh-sungguh atau sebaliknya. Perangai

    yang baik mengelakkan diri kita daripada berserah dan bertawakal semata-mata. Perasaan

    tanggungjawab terhadap tugas membuatkan seseorang itu berusaha sendiri dengan kebolehan

    yang dimiliki dan hanya memohon pertolongan daripada Allah Yang Maha Esa. Bidalan Melayu

    ada menyebut tentang pentingnya bekerja sendiri:

    berharap kepada anak, buta mata sebelah,Berharap kepada orang, buta mata keduanya.

    Mahakka jallidaka mislu zafrika fattaulaanta jamia amrika

    Maksudnya: Tidak ada yang boleh mengaru gatal kulitmu sama seperti kuku tanganmu sendiri,

    sebab itu buatlah olehmu sendiri segala kerja tanggungan dirimu

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    3/45

    3

    Fainnama rajuluddunya wawahiduha manla yuawwalu fiddunya ala rajuli wakullaman

    asya fiddunya ala amalistanjiduljida illa faza balamali

    Maksudnya : Laki-laki yang satu-satunya jadi anak tunggal dunia, tidak lain hanya orang yang

    tiada berharap dalam dunia ini kepada sesiapa pun orang lain. Jarang orang yang hidup di dunia

    ini dengan satu-satu harapan, serta mengambil pertolongan dari perangai bersungguh-sungguh.

    Tidak menjadi kurang sifat kita jika meminta panduan dan nasihat daripada orang lain,

    asalkan memperkatakan sesuatu yang benar, bijak dan berilmu serta tulus dan ikhlas dalam kata-

    katanya itu, kerana dengan demikian seseorang itu boleh mengambil ilmu dan pendapat orang

    lain. Tidaklah rugi dia berbuat demikian selagi perkara itu tidak menjadikannya lemah dan hilang

    kekuatannya.

    2

    Sifat kebergantungan pada diri sendiri perlu ada dalam masyarakat kerana ia akan

    membawa kepada kemajuan sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan maju dan dihormati jika

    mereka percaya pada kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri tanpa mengharapkan

    bantuan mana-mana pihak lain. Kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa bergantung kepada

    rakyat itu sendiri.

    Setiap apa yang mereka lakukan samada baik atau buruk akan mendatangkan kesan

    kepada bangsa mereka sendiri tidak kira siapa pelakunya samada rakyat biasa mahupun golongan

    istana. Rakyat yang kuat dan berusaha bersungguh-sungguh serta percaya pada kebolehan diri

    sendiri akan dapat memajukan bangsanya dan akan mendapat kehormatan dan kemuliaan di mata

    dunia. Namun jika rakyatnya bersifat lembap, malas, suka mengantuk, maka bangsa yang lemah

    akan wujud. Jika dihapuskan sifat-sifat itu hingga ke akar umbi nescaya bangsa itu akan

    mencapai kemajuan. Jika sesuatu bangsa menagih simpati untuk mendapatkan bantuan bangsa

    lain maka bangsa itu adalah sangat lemah. Fikiran mereka ini sangat keji dan hina, jika dibiarkan

    ianya berlarutan terus ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Ibu bapa harus mempunyai

    keazaman yang tinggi dan perlu bersungguh-sungguh untuk memberikan anak-anak mereka

    pelajaran kerana dengan penguasaan ilmu sahaja sesuatu bangsa itu akan mencapai kemajuan.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    4/45

    4

    3

    Untuk mendapatkan kejayaan dan kemenangan di akhirat, perlulah berpandu kepada individu

    yang melakukannya. Tiap tiap seorang diwajibkan beramal dan beribadat dengan usaha dan

    tenaganya sendiri atau tanpa pernah disuruh dan menganggap dirinya itu mesti bergantung

    kepada doa orang atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang bagi mendapatkan

    kejayaan dalam keselamatannya di akhirat kelak!! Allah tidak pernah menyuruh kita untuk

    berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan bacaan Qul Huwa`llah dari orang apabila kita

    meninggal kelak!! Bahkan kita tidak pernah digalakkan untuk berharap kepada syafa`at Nabi

    s.a.w. sekalipun bagi melepaskan diri kita daripada neraka!!

    Firman Allah dalam Al Quran bermaksud:

    Ertinya, Atau tidakkah dia telah diberikan khabar apa yang ada disebutkan dalam kitab kitab

    (yang telah diturunkan kepada) Nabi Musa. Dan (dalam kitab kitab kepada) Nabi Ibrahim yang

    telah menyempurnakan tugasnya itu. Iaitu disebutkan di sana bahawa sesuatu diri yang memikul

    bebanan diri yang lain. Dan bahawa manusia tidak akan mendapat selain daripada apa yang ia

    usahakan sendiri. Dan bahawa (buah) usahanya itu segera juga akan dilihat (diperlihatkan).

    Kemudian ia akan diberi balas kerananya dengan balasan yang sempurnanya..

    Sifat bergantung kepada diri sendiri iaitu bukan khusus kepada amalan amalan dan usaha

    tenaga untuk kejayaan dan kemenangan dunia sahaja, tetapi juga ditujukan untuk kejayaan dan

    kemenangan di akhirat. Bahkan memang sengaja Allah telah memberikan perkataan dengan

    umum tanpa dikhususkan bagi kedua duanya sekali iaitu dunia dan akhirat.

    4

    Ajaran berkenaan adalah syafaat Nabi s.a.w. t dalam beberapa hadis, tetapi nyatalah untuk

    memberi harapan kepada orang yang tidak ada harapan terhadap dirinya sendiri. Orang yang

    jatuh darjat kebolehannya semasa hidup dan tidak berupaya berusaha sendiri untuk menaikkan

    taraf hidupnya terpaksa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    5/45

    5

    Kejadian ini berlaku pada segelintir manusia dan demikian jugalah berlaku di akhirat

    kelak. Dalam kehidupan di dunia ini, terdapat orang yang bergantung dengan kudrat

    kebolehannya sendiri dan ada juga yang suka menjadi kutu di atas kepala iaitu orang yang

    suka bergantung hidup kepada kelempahan dan kemurahan orang lain. Pada masa penghakiman

    Tuhan di akhirat kelak berkemungkinan Nabi s.a.w memberi syafaat, jika ada syarat-syarat

    melayakkan mereka untuk mendapat syafaat.

    Sekiranya orang Islam mahu masuk syurga hendaklah mendapat syafaat dan permohonan

    Rasulullah yang mampu menolongnya, bukan dengan jalan amal sendiri atau jalan kelayakan

    sendiri dari sebab amalnya itu, sudah pasti ianya akan memberi malu yang besar kepada

    Rasulullah yang ingin memohon ampun ke hadrat Tuhan.

    afamun hakko alaihi kalimatulazabi afuanta tankizu man finnari

    Ertinya : Apa! Adakah (engkau maksudkan) orang yang telah terhak kepadanya kena hokum

    seksa itu? Adakah engkau hendak menyelamatkan (melepaskan) orang yang dalam neraka?

    Dan lagi firmannya:

    kalillah hisyafa atu jamia

    Ertinya : Katakanlah (hai Muhammad ): kepada Allah sahaja terpunya segala syafaat semuanya.

    Iktiqad berharap pelepasan dan keselamatan akhirat menerusi penebusan dan pertolongan

    daripada orang lain. Iktiqad yang utama diajar dan dipercayai oleh orang-orang Kristian sebagai

    ajaran agama mereka. Mereka beriktiqad bahwa Isa al-Masih yang mereka katakan ialah Anak

    Allah telah dizahirkan ke dunia dengan rupa manusia dan kemudian dibunuh oleh musuhnya di

    atas kayu salib ialah untuk menebus dosa segala orang yang beriman akan dia!!.

    Kesimpulannya, menurut ajaran Islam tiap-tiap seorang diwajibkan beramal, bekerja,

    berusaha dan berjuang (berjihad) sendiri dengan segala kebolehan dan tenaganya jika ingin

    mendapat kejayaan baik di dunia atau akhirat. Maka yang demikian itulah ertinya bergantung

    kepada diri sendiri dan tidak berharap kepada pertolongan orang.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    6/45

    6

    Setiap kejayaan memang bergantung kepada diri kita sendiri. Orang yang berjaya sering kali

    memotivasikan diri mereka supaya bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh dalam apa jua

    bidang supaya kelak kejayaannya akan lebih manis.

    Pemerhatian yang di buat secara am dari bab pertama ini dan di lihat kembali dalam

    masyarakat turut mempunyai persamaannya. Misalnya masyarakat yang di katakan miskin atau

    menggelarkan diri mereka miskin, kebanyakannya jarang yang mahu bekerja keras. Mereka

    apabila diberi bantuan pasti akan terus meminta seolah-olah mahukan bantuan kedua, ketiga dan

    seterusnya sentiasa ada untuk mereka. Keadaan ini menjadikan mereka malas, bersifat berserah

    dan senang dengan kehidupan yang ada tanpa cuba untuk mengubah kepada kehidupan yang

    lebih baik.

    Manafaat sendirian juga dapat di perhatikan melalui rahmat yang di berikan Allah kepada

    individu tertentu yang menjalankan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya.

    Bersendirian dalam ibadat yang ikhlas misalnya memberi kebaikan kepada diri kerana apa yang

    di lakukan tidak di pengaruhi oleh orang lain dan tidak mengharapkan bantuan atau kita yang

    mengikut orang lain untuk berbuat sesuatu yang baik. Maka jelas bagi kita bahawa sifat

    mempercayai diri dan bertangguangjawab dalam segala hal amat penting dalam pada kita

    memperoleh kejayaan.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    7/45

    7

    Bab Kedua :

    Kekurangan Kita dalam Sifat Ini

    Pada keseluruhannya, kita masih kurang sifat ingin berusaha, bekerja kuat, dan juga percaya

    kepada diri sendiri termasuklah kurangnya pengetahuan tentang hal-hal dunia dan agama. Ramai

    yang berharap kepada pertolongan yang diberikan dengan mudah dan mengaku diri sendiri

    lemah dan tidak dapat melakukannya. Tuhan telah menetapkan bahawa tiap-tiap perlakuan itu

    akan dibalas sama ada baik atau buruk.

    Terdapat firman Tuhan yang bermaksud kemudian disempurnakanlah balasan yang telah

    dijanjikan bagi tiap-tiap diri masing-masing kerana apa-apa yang ia masing-masing telah

    lakukan. Firman yang seterusnya ialah bermaksud dan tiap-tiap diri masing-masing telah

    disempurnakan janji balasannya kerana apa-apa yang dilakukan. Manakala firman yang ketiga

    pula bermaksud tiap-tiap seseorang adalah tingkat-tingkat (balasan) berikut daripada apa yang

    mereka telah kerjakan.

    Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan bahawa setiap perbuatan itu tidak kiralah sama ada

    baik atau buruk akan dibalas juga. Menurut ayat-ayat ini juga seseorang itu perlulah melakukan

    amalan yang baik untuk mendapat balasan yang baik, begitu juga dengan perbuatan yang jahat

    dibalas jahat. Tidak patut sekiranya orang lain yang membuat kebajikan dan kebaikan namun

    kemudian dia sendiri tidak berbuat demikian akan mendapat kebaikan. Allah Taala telah berjanji

    untuk menyempurnakan balasan kepada mereka ini atas apa yang dilakukan.

    Adalah lebih baik lagi sekiranya yang menghulurkan bantuan itu daripada orang-orang

    besar ataupun daripada pihak kerajaan sendiri. Misalnya, (duniawi) jika ada di antara mereka

    yang ingin memasukkan anak ke sekolah tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah tinggi, maka

    mereka akan mengharapkan pihak kerajaan memberi scholarshipatau dipanggil juga biasiswa

    kepada anak mereka itu. Oleh sebab itu perkataan tolonglah amat sinonim dengan bangsa kitayang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.

    Padahal bagi bangsa lain walaupun mereka sendiri tidak berpelajaran, mereka kuat

    berusaha seperti berkebun menanam sayur-sayuran, menjual kayu api, menjual air batu dan

    mengayuh beca. Mereka juga sentiasa berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dan sentiasa

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    8/45

    8

    mengikat perut bagi menahan lapar. Meskipun pendapatan yang diperolehi mereka tidak

    seberapa, mereka dapa jugat menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan menanggung

    perbelanjaan harian. Malah Anak-anak bangsa lain tidak mendapat apa-apa keistimewaan

    berbanding anak-anak Melayu di sekolah Melayu walaupun mereka berada di sekolah yang

    sama.

    Begitulah sedikit contoh yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri kita

    berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Tidak dinafikan ada juga bangsa kita yang kuat berusaha

    dan percaya kepada kebolehan diri sendiri tetapi tidak ramai barangkali tidak ada satu pun dalam

    seribu atau sepuluh ribu.

    Mereka juga tahu kata bidalan Melayu, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak

    seribu dalih, dan kata bidalan orang putih, barang di mana ada kemahuan di situ ada jalan

    tetapi terdapat banyak kekurangan di dalam diri bangsa kita tentang sifat mulia yang satu ini.

    Firman Allah dalam Quran ayat 13 yang sering kali diulang pada beberapa tempat yang

    bermaksud Tentu sekali pada Rasulullah itu ada suatu contoh teladan yang baik bagi kamu iaitu

    bagi siapa-siapa yang berharap akan Allah pada hari kemudian dan ia banyak mengingat Allah.

    Orang yang memeluk agama Islam perlu mengikuti sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah

    dalam setiap perlakuan kehidupan seperti yang diinginkan Islam. Dalam ayat juga bukan

    mengutamakan harapan-harapan terhadap Allah dan kemudian hari bahkan teladan bagi

    kehidupan Rasulullah. Antaranya ialah sikap yang bergantung pada diri sendiri dalam semua hal

    dengan meletakkan harapan kepada Allah semata-mata. Sikap ini terserlah dalam diri Rasulullah.

    Kita harus menjadikan sikap yang mulia baginda sebagai amalan baik di dunia dan akhirat.

    Kebanyakkan kanak-kanak sudah menunjukkan sikap yang suka bergantung kepada

    kebolehan diri sendiri. Contohnya anak-anak yang sudah mula berjalan dia lebih suka berjalan

    sendiri tanpa didukung atau dipegang tangannya oleh orang yang ingin menghalang daripada

    jatuh kecuali jika ia sudah penat. Sekiranya cenderung seperti itu hendaklah dilatih misalnya

    sekiranya kanak-kanak tersebut jatuh tetapi tidak cedera janganlah dibangunkan, diambil,

    digosok, dipujuk, dan sebagainya. Hanya biarkan dia sehingga bangun sendiri dan berhenti

    daripada menangis.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    9/45

    9

    Kita mestilah menggalakkan sikap bergantung kepada diri sendiri yang dilatih sejak

    kanak-kanak. Anak-anak dilatih membiasakan diri dalam membuat sesuatu sendiri, berusaha

    sendiri, berikhtiar sendiri, berfikir sendiri, menimbang sendiri, tahu menyelenggara dan

    memutuskan sendiri. Sehinggakan tahu bebas pada segala hal yang berhubung diri sendiri.

    Perangai ini memberi manfaat besar bagi membantu kemajuan dari seseorang dan dari kumpulan

    itulah terjadi sesuatu bangsa.

    Seperti yang kita semua tahu, kaum atau bangsa terbentuk dengan adanya rakyat yang

    tinggal dalam sesuatu jumlah yang ramai, malah rakyat tersebut akan menentukan sifat kaum

    tersebut. Jika rakyat tersebut semuanya berjaya dan kaya raya, maka kaum dan bangsa mereka

    juga akan berjaya. Namun, jika kaum tersebut miskin dan ketinggalan dalam arus pemodenan

    bermaksud kaum tersebut mundur berbanding bangsa-bangsa lain. Walaupun terdapat sistem

    pemerintahan yang baik dalam bangsa tersebut, namun ia tidak akan membawa kepada

    perubahan bangsa kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada rakyatnya sendiri. Oleh

    sebab itu, kita mesti membuat penyelidikan dan mengetahui sebab-sebab kemajuan dan

    kejatuhan sesuatu bangsa mereka.

    Harta dan pangkat bukannya syarat untuk menjadikan seseorang itu untuk hidup bahagia,

    berjaya, dan mendapat kebahagiaan hidup. Malah apa yang penting ialah sifat berusaha dan tidak

    kenal putus asa akan menjadikan sesorang itu kuat, tabah, berjaya dan sebagai dalam

    menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa sekarang. Selain itu juga, kekayaan yang

    dimiliki akan menyebabkan seseorang hilang pedoman dan mengalami zaman kejatuhan atau

    ketinggalan dalam kehidupannya. Hal ini kerana, harta kekayaan akan menjadikan seseorang

    malas untuk berusaha kerana mereka berasa sudah mendapat apa yang diingini malah

    menggunakan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah dan melanggar tuntutan agama. Jika hal

    ini berlaku, harta yang ada akan berkurangan sehingga menyebabkan mereka mengalami

    kejatuhan dan kecewa dalam hidup kerana kehilangan semua benda yang mereka ada.

    Sikap berusaha dan berdikari dapat dipupuk diri sendiri melalui beberapa perkara. Salah

    satunya ialah mengambil ikhtibar atau menjadikan salah seorang tokoh yang berjaya sebagai

    role model dalam hidup. Tokoh tersebut mestilah seorang yang kuat berusaha dengan usaha

    sendiri tanpa pertolongan orang lain sehingga mencapai kejayaan yang diingini.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    10/45

    10

    Oleh sebab itu, mereka yang bijak akan mengikut jejak langkah orang yang berjaya

    malah secara tidak langsung mereka akan berusaha gigih dengan kemampuan sendiri tanpa putus

    asa sehingga membawa kejayaan dalam hidupnya. Kejayaan yang diperoleh dengan usaha keras

    akan lebih bermakna kepada seseorang kerana mereka akan berasa puas dengan kejayaan yang di

    capai.

    Bab Ketiga :

    Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama

    Segala perkara berkaitan dengan urusan dunia bergantung sifat diri sendiri menyempurnakan

    kerja-kerja yang beribadat kepada agama. Namun, sifat sedemikian sebelum mengamalkannya

    perlu berdasarkan fikiran, kepercayaan berdasarkan fahaman-fahaman agama mengikut

    pertimbangan kita melalui akal dan ilmu pengetahuan.

    Segala seruan dan ajaran terkandung di dalam al-quran yang diturunkan oleh Tuhan

    kepada manusia sebaik-baiknya untuk mereka yang melihat dengan hati dan akal. Tuhan sentiasa

    menyuruh kita menggunakan akal dalam membuat pertimbangan dan ternyata di dalam al-quran

    terdapat ayat-ayat yang diulang-ulang memberi penegasan seperti Afala ta qilun dan

    tatafkkarun, Tidakkah kamu menjalankan akal! Tidakkah kamu menimbang dengan fikiran

    kamu sendiri?

    Tuhan mencela keras mereka yang mengikut dengan membuta tuli menerima dengan

    setiap perkara yang disampaikan oleh orang-orang tanpa usul periksa. Umpamanya mereka yang

    mengikut ajaran nenek moyang atau pendapat masyarakat terdahulu tanpa membuat

    pertimbangan antara benar dan salah tanpa mengikut fikiran yang waras dan ilmu pengetahuan

    yang benar. FirmanNya:

    Dan apabila dikata kepada mereka itu: Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah; maka

    jawab mereka: Tidak!Tetapi kami mengikut apa yang kami dapati dijalani oleh nenek moyang

    kami.Ha, bergitukah? Jikalau sekalipun nenek moyang mereka itu tidak menjalankan akal

    barang sedikit (dalam soal itu) dan tidak berada di atas jalan petinjuk( mereka ikut juga) Dan

    pada tempat lain:

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    11/45

    11

    Nabi Ibrahim bertanya ( kepada bapanya dan orang-orang kamumnya):

    Adakah berhala-berhala yang tuan-tuan sembah itu mendengar akan tuan-tuan apabila tuan-tuan

    mendoa kepadanya? Atau adakah berhala-berhala itu memberi manfaat kepada tuan-tuan atau

    memberi mudarat? Maka jawab mereka, Walaupun tidak, tetapi begitulah telah kami dapati

    nenek moyang berbuat. .Dan lagi firmanNya:

    Dan apabila dikata kepada mereka itu, Ikutlah oleh kamu sekalian apa yang telah diturunkan

    Allah, maka jawab mereka, Tidak! Tetapi kami mengikut apa yang kami dapati dijalani oleh

    nenek moyang kami. Ha, begitu? Walaupun jika syaitan menyeru mereka kepada seksa api yang

    menyala( mereka ikut juga)?...Dan pada tempat lain-lain lagi:

    Tetapi kata mereka itu, Bahawa sanya kami telah dapati nenek moyang kami menajalani

    suatu jalan, dan kami hanya mengikut panduan jejak mereka itu atau halnya berteladan

    kepada jejak mereka itu.

    Demikianlah kemurkaan Tuhan yang terdapat di dalam Quran sekiranya mereka hanya

    mengikut adat nenek moyang sahaja tanpa asal usul periksa sama ada betul atau tidak dan tanpa

    memikirkannya dengan akal dan pengetahuan merupakan perkara yang salah. Hal ini sedemikian

    kerana perbuatan tersebut dikatakan bertaklid buta.

    Berpendapat atau bertaklid secara buta itu tidak disukai dan dikeji oleh agama dan juga

    orang yang cerdik pandai, hal ini kerana banyak kelemahan dan keburukannya serta memberikan

    kemudaratan dan berkemungkinan boleh membawa kepada jalan yang salah dengan tiada

    perasaan yang waras. Malah Allah dan Rasul juga tidak menyukai orang yang memberi pendapat

    atau mentaklid secara membuta tuli kepada fikiran dan pendapat orang ramai. Imam-imam

    Mujtahiyuddin pada zaman dahulu itu sendiri juga tidak suka dan tidak gemar pada orang-orang

    yang bertaklid secara membuta sahaja kepadanya atau tidak semestinya mereka menerima segala

    fahaman dan pendapat mereka. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan

    pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan

    segala pendapat dan keputusan yang telah dibuat oleh mereka itu.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    12/45

    12

    Contoh cerita yang boleh diambil melalui kemudaratan bertaklid secara buta yang telah

    direka oleh orang yang bijaksana dan cerita ini dibuat sebagai cerita kiasan. Walaupun cerita

    hanyalah rekaan semata-mata, namun teladan dan pengajaran yang ditonjolkan amatlah sesuai.

    Kononnya pada suatu hari dua ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengangkat barang,

    seekor membawa garam yang diikatkan di atas belakangnya dan seekor lagi membawa sepan

    iaitu bunga karang dan diikatkan dibelakang juga. Semasa dalam perjalanan mereka melalui

    sebuah anak sungai keldai yang membawa garam itu tergelincir beberapa kali dan terjatuh

    tergolek ke dalam air itu. Garam yang terdapat dalam karung itu semakin hancur dan setiap kali

    ia bangkit air garam itu berlelehan turun dari kiri dan kanan rusuknya. Keldai itu merasa ringan

    dan setelah sampai ke tebing sebelah, keldai itu melompat-lompat kegembiraan.

    Apabila keldai yang membawa sepan itu melihat dan berasa hairan lalu bertanya kepada

    kawannya itu kenapa keldai itu berasa begitu gembira selepas jatuh dari sungai, maka keldai

    yang membawa garam itu pun menceritakan kepada kawannya itu yang membawa sepan. Keldai

    yang membawa sepan itu juga mahu melakukan perkara yang sama yang telah terjadi pada keldai

    yang membawa garam itu. Mereka meneruskan perjalanan dan berjumpalah dengan sebuah anak

    sungai lagi, keldai yang membawa sepan itu tekad melakukan perkara yang sama dan sengaja

    menjatuhkan dirinya ke dalam sungai tersebut, tetapi rancangannya gagal kerana karungnya

    semakin berat dan begitu membebankan sehingga mahu tercabut pinggangnya, hal ini kerana di

    dalam karung itu dipenuhi dengan air sungai tersebut.

    Tuannya yang dari tadi memerhati gelagat keldainya itu yang begitu lucu lantas

    mengatakan bahawa keldai itu bodoh kerana tidak mengetahui isi kandungan yang terdapat

    dalam sepan itu sebelum melakukan sesuatu perkara. Keldai itu tidak tahu bahawa barang yang

    dibawanya itu adalah tidak sama dengan keldai yang membawa garam itu. Keldai itu hanya

    membuat keputusan terburu-buru dan membuta tuli serta meniru keldai yang satu lagi tanpa usul

    periksa. Tuannya berkata lagi keldai itu memang patut mendapat balasan yang setimpalnya danberkata bangsanya sendiri iaitu manusia pun ramai yang melakukan perkara yang sama seperti

    kelakuan keldai tersebut iaitu terikut-ikut dengan perkara yang belum tentu betulnya.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    13/45

    13

    Kesimpulannya, dalam sesuatu perkara atau mana-mana pendapat janganlah terus diikut

    secara membuta tuli sahaja, melainkan perkara tersebut dikaji terlebih dahulu, diuji dengan baik

    atau tidaknya dengan akal dan dengan apa sahaja ilmu pengetahuan yang ada pada kita sendiri.

    Setelah pendapat tersebut dikaji dan ada betulnya atau betulnya, ataupun sekurang-kurangnya

    nyata sepatutnya ditimbang pada akal sendiri, selepas itu baharulah boleh diterima. Selain itu ia

    juga bergantung kepada diri sendiri juga dalam memikirkan sesuatu perkara.

    Dalam membincangkan ilmu tauhid dan ilmu akidah iaitu ilmu mengenai rukun asas

    kepada keimanan terdapat beberapa orang yang terkenal seperti Hasan al-Basari, Wasil bin Ata,

    Abu I-Hasan, al-Tahawi, al- Maturidi, imam al-Haramain al- Junaini serta pengikutnya al iman al

    Ghazali. Walau bagaimanapun kesemua tokoh ini telah pun kembali ke rahmatullah. Mereka ini

    adalah orang yang bebas mengemukakan pandangan sendiri daripda al-Quran dan surah Nabawi

    berdasarkan pengetahuan dan pandangan mereka sendiri. Mereka juga berasa bangga dengan

    segala pendapat dan pegangan agama mereka sendiri atau daripada pandangan orang lain. Segala

    masalah yang timbul akan dibincangkan sehinggalah ada pendapat yang benar dan boleh

    diterima. Dalam hal ini telah timbul juga permasalahan bagi pengikutnya yang tidak bersetuju

    dengan pendapat gurunya sendiri. Hal ini telah menimbulkan pelbagai pendapat dalam ilmu

    akidah dengan menyalahkan pendapat masing-masing sehingga sampai ke tahap kekufuran dan

    juga boleh menyesatkan orang lain. Dalam ajaran tauhid pula ada pertentangan antara mazhab

    yang disebut sebagai Jabariyyah, Qadariyyah, Muktazilah, Kharijiyyyah, Zaidyyah dan banyak

    lagi. Dalam keseluruhan bilangan mazhab ini ada yang tergolong dalam Al-sunnah dan ada juga

    di bawah Al-shiah dan ada juga berada luar daripadanya sehingga mengikut turut berada dalam

    ajaran Islam kerana masing mengemukan sendiri yang dianggap benar.

    Secara ringkasnya ulama Islam pada zaman dahulu telah melakukan sedemikan sama

    juga dengan ahli ilmu moden hari ini dalam membuat penyelidikan untuk menerangkan ilmu

    pengetahuan semata-mata untuk melihat hasil mereka sendiri dengan mengeluarkan pendapat

    yang baru yang belum lagi dikemukakan oleh orang zaman dahulu. Hanya yang membezakannya

    dengan pemikir zaman dahulu adalah pemahaman yang baru dan kesimpulan yang dikeluarkan

    berdasarkan hasil yang sedia ada dalam al quran dan hadis. Dengan itulah dikatakan dengan

    kemajuan atau memberi sumbangan yang tepat sehingga memberi kelebihan.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    14/45

    14

    Pada zaman akhir-akhir orang-orang Islam seluruh dunia ini tidak mempunyai semangat

    untuk membuat seperti pelopor yang terdahulu tetapi jika ada yang membuat seperti pakar-pakar

    dahulu tanpa membacanya dengan teliti akan timbul perkataan sesat atau menyesatkan,

    memandai-mandai atau telah membawa bidaah atau telah mengubah jalan yang telah diatur.

    Setiap orang perlu menilai dirinya dahulu mengetahui tahap pengetahuan juga ajaran

    agama. Mereka perlu mengetahui soal-soal agama seperti perkara dalam dunia. Misalnya

    samalah seperti perkataan Dua kali lima sepuluh jika kita tidak mengerti bagaimana ianya

    berlaku maka kita tidak boleh menerima perkataan itu dengan membuta tuli melainkan ada bukti

    yang kukuh. Demikianlah dalam bidang agama, yang menjadi keistimewaan jika ahli ilmu

    bergantung kepada perkara yang ditetapkan oleh agama.

    Ilmu pengetahuan ialah alat perkakas tang tdak boleh bersendiri dalam apa juga cawangan

    kehidupan. Jika dalam cawangan agama seseorang itu ada ilmu pengetahuan yang cukup untuk

    dijadikan alat, maka wajib menggunakan ilmu pengetahuannya itu bagi mendorong akalnya

    membuat pertimbangan dan menentukan benar atau salah sesuatu perkara agama yang diterima

    dan dipegangnya sehingga disahkan dan berpuas hati. Orang yang berkemampuan yang memiliki

    ilmu pengetahuan seharusnya menggunakan kelebihannya untuk memeriksa dan menguji sendiri

    dan berusaha menambah ilmu pengetahuannya dengan mencari perkara yang baru. Selain itu,

    menambah dan memperdalamkan ilmu-ilmu yang telah sedia ada dengan ilmu-ilmu yang lain

    tanpa kesudahannya supaya semakin bertambah ilmunya dan kebolehannya.

    Bab Keempat :

    Bersendiri Pada Ilmu dan Amalan

    Bagi seseorang yang sihat akal dan fikirannya, ilmu akan memberikan banyak kelebihan

    kepadanya. Memahami ajaran agama sama seperti memahami perkara-perkara yang lain juga.

    Tuhan juga telah berfirman yang membawa maksud hanya orang-orang yang berilmu sahaja

    yang boleh memahami kata-kata umpamaan yang telah Dia perbuatkan dan hanya boleh

    difahami dengan akal bagi orang-orang yang berilmu. Dan hanya Allah S.W.T serta orang-orang

    yang tetap pendiriannya di dalam ilmu pengetahuan dapat memahami erti ayat yang diterangkan.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    15/45

    15

    Selain itu, Allah juga berfirman orang-orang yang berpengetahuan tidak akan sama dengan orang

    yang tidak berpengetahuan.

    Setiap manusia sentiasa menginginkan kebaikan dan tiada siapa yang menginginkan

    kejahatan. Manusia juga haruslah memperbaiki segala kelemahan diri sama ada yang melibatkan

    perkara dunia mahupun perkara yang menyentuh soal agama. Kita juga mestilah menggantikan

    perkara-perkara yang ketinggalan dan ditukar dengan yang sesuai dengan keadaan mengikut

    peredaran zaman dan generasi. Pemikiran juga harus diganti dengan yang lebih maju dan moden

    kepada pemikiran-pemikiran yang baru dan segar yang berpaksikan kepada kebenaran Al-Quran

    dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kita juga mestilah melakukan pembaharuan dan jangan

    hanya berdegil dengan pendirian diri sendiri sahaja dan jangan mempercayai kepada

    kepercayaan yang lama dan sudah ditelan arus pemodenan. Justeru, jika kita tidak

    berpengetahuan, tambahan pula tidak terlatih untuk berfikir sendiri menggunakan pengetahuan

    Untuk mendapat ilmu, tiada halangan untuk kita memperolehnya daripada generasi

    terdahulu yang kita jadikan ikutan selama ini. Ilmu-ilmu boleh didapati jika dikaji dengan

    bersungguh-sungguh. Hal inilah yang telah dilakukan oleh masyarakat pada zaman dahulu,

    sekarang dan juga masyarakat pada masa akan datang sekiranya ingin mengekalkan ilmu dan

    menambah ilmu pengetahuan mereka.

    Namun begitu, jika ilmu dituntut generasi pada hari ini sememangnya boleh mendapat

    ilmu-ilmu tambahan lain walaupun ilmu itu tidak diketahui oleh mereka yang hidup pada zaman

    sebelumnya bahkan ada yang tidak terlintas di dalam fikiran mereka. Justeru, ilmu-ilmu yang

    diketahui oleh masyarakat terdahulu boleh dipelajari sama ada pengetahuan-pengetahuan itu

    dikaji ataupun ditambah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

    Maksudnya, Setiap orang yang berilmu itu perlu mengetahui bahawa ada orang

    yang lebih berilmu daripada mereka.

    Pada zaman zaman dahulu imam-imam besar tidak menguasai semua ilmu yang ada pada

    zaman tersebut. Mereka menguasai ilmu-ilmu yang mereka kehendaki sahaja dan

    kebanyakannya mereka mempelajari ilmu agama misalnya berdasarkan perkara yang pernah

    berlaku dan mereka akan berfikir jalan penyelesaiannya.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    16/45

    16

    Haruslah diingat bahawa setiap perselisihan faham mazhab-mazhab dan perkara furu

    adalah baik kerana ia memberi kebebasan dengan mengikut keadaan tertentu tanpa

    membebankan kita dan juga memberi peluang kepada pengikut-pengikut islam memilih jalan

    yang memudahkan mereka kerana semuanya dikira betul kerana asasnya adalah sama dan ia

    terbukti dalam Hadis yang masyhur sabda Nabi s.a.w.

    Maksud ayat diatas ialah perselisihan faham antara umat Islam adalah rahmat dari

    Allah. Hanya orang-orang sekarang yang kurang pengetahuan telah menyempitkan keadaan ini

    dengan menghukum tidak boleh berpindah mazhab tanpa mengetahui semua kaedah setiap

    mazhab dan bagaimana ahli-ahlinya. Kebanyakan orang alim sekarang pengetahuan mereka

    tentang mazhab ShafeI atau Hanafi sendiri tidak mampu dipelajari seumur hidup mereka. Inilah

    dikatakan pendapat orang yang berfikiran sempit tidak mungkin dapat memberi kemajuan dalam

    hal-hal agama Islam.

    Sebagai seorang Islam, kita tidak digalakkan meniru atau mengikut cara atau fahaman

    orang lain kerana kita perlu memiliki pemahaman dan pendirian kita sendiri, melainkan fahaman

    yang kita ikuti itu adalah berdasarkan hadis dan al-quraan serta pendapat itu di kemukan

    sendiri oleh Rasulullah dan pendapat-pendapat lain yang ternyata kesahihannya yang kita tidak

    dapat diperbaiki lagi.

    Dua perkara utama yang perlu ada dalam diri seseorang sebelum dia boleh melakukan

    pertimbangannya iaitu ilmu pengetahuan dalam bahasa al-Quraan dan dalam ilmu dalam

    pengkajian-pengkajian kemajuan dunia, berserta akal yang sihat dan tajam. Oleh itu, untuk

    memiliki kemahiran dalam membuat pertimbangan ini seseorang wajiblah untuk berusaha

    dengan bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan bagi membolehkan

    seseorang itu menjalankan pengkajian dan penyelidikannya yang tersendiri berdasarkan

    pemahamannya. Dua perkara tersebut iaitu pertama, ilmu pengetahuan akan bahasa asal agama

    Islam(ilmu-ilmu bahasa Arab) dan segala selok beloknya, dan yang kedua, Mempelajari seberapabanyak daripada pelajaran dan ilmu-ilmu pengetahuan lain,sama ada lama atau baru yang telah

    disahihkan kebenarannya berdasarkan pengkajian yang dijalankan.

    Pemahaman dalam kedua-dua ilmu ini penting kerana ia akan mengajar kita cara-cara

    mendalami akal dan jalan-jalan penyekididkan pengetahuan dan kemajuan fikiran dalam

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    17/45

    17

    kalangan ahli ahli ilmuan yang telah berjaya. Setelah kita memperolehi kedua-dua ilmu

    pengetahua ini, kita perlulah melatih diri kita melaksanakan ilmu tersebut berasakan pengetahuan

    dan penyelidikan sendiri dengan mencari punca-punca ajaran agama di dalam al-Quraan dan

    Hadis serta menyelidik keterangan orang orang dahulu untuk memeriksa kesahihahnya. Kita

    perlu melakukan setiap perkerjaan kita dengan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah

    s.w.t. Di samping itu, kita juga perlulah menbiasakan diri melakukan pengkajian sendiri bagi

    mendapatkan sesuatu keputusan dalam pengkajian, dengan ini kita akan dapat memperolehi

    suatu pemahaman dan pandangan baru terhadap seseuatu yang belum pernah orang lain

    terfikirkan. Dengan itu , barulah bolehkan dikatakan berijtihad sendiri iaitu berusaha dengan

    gigih untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan yang baru melalui kajian atau penyelidikan

    berdasarkan sumber dan kaedah yang sah terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Orang

    yang berusaha dengan cara ini barulah sempurna sifatnya yang di katakan bergantung kepada

    diri sendiri dalam hal-hal berkaitan dengan agama, iaitu bertindak berlandaskan al-Quraan dan

    Hadis dan berpandukan kepada kerasionalan akal dan naqal, dan bukanya mengikut pandangan

    orang lain secara membuta tuli.

    Jumlah sekalian yang telah kita perkatakan ini, jika sifat bergantung kepada diri sendiri

    itu dipakaikan kepada perkara agama dapat dilihat seperti di bawah ini.

    Pertama, terdapat ramai orang-orang kita yang lemah dalam mengerjakan amal ibadat

    sebagaimana yang telah dituntut dalam islam. Ramai antara mereka yang hanya mengharapkan

    pertolongan daripada orang lain seperti alim ulama serta sedekah dan sebagainya apabila

    meninggal kelak. Islam menuntut kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan

    laranganNya. Apabila kita membaca dan mengamalkan perkara-perkara ibadat, kita haruslah

    memahami setiap apa yang dibaca itu serta mengerti akan tujuan dan hikmah disebaliknya.

    Setiap perkara yang dilakukan hendaklah dengan penuh ikhlas kerana Allah serta khusyuk dan

    tawadduk dalam melakukan ibadat solat dengan sentiasa mengingati Allah.

    Kedua, setiap orang hendaklah melakukan sendiri amal ibadat dan bertanggungjawab di

    akhirat kelak. Kita tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain untuk sentiasa berdoa kerana

    kelak mereka juga akan kembali ke tempat asalnya. Setiap umat islam haruslah bersedia untuk

    bertanggungjawab di akhirat kelak.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    18/45

    18

    Ketiga, orang-orang awam tidak sepatutnya bersenang lenang dengan kejahilan tentang

    bahasa agama iaitu bahasa arab. Hal ini akan menyebabkan mereka bergantung kepada alim

    ulama dan menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh alim ulama ataupun orang lain yang

    mengetahui serba sedikit tentang agama islam. Perasaan selesa dengan keadaan tersebut

    merupakan satu kekurangan yang tercela kerana akan melemahkan diri sendiri dengan sentiasa

    mengharapkan bantuan dari orang lain.

    Keempat, orang awam wajib berusaha untuk mempelajari dan memahami isi-isi al-Quran

    dan hadis supaya dapat memahami selok belok agama islam dengan sendiri dari al-Quran.

    Sekiranya tidak dapat memahami al-Quran dan hadis tersebut, sekurang-kurangnya kita

    mempunyai azam untuk mendalami agama islam daripada al-Quran sendiri.

    Kelima, alim ulama jangan terlalu bergantung kepada semua perkara agama yang telah

    disampaikan oleh orang terdahulu serta kitab-kitab mereka. Alim ulama hendaklah memeriksa

    ataupun menimbang terlebih dahulu pendapat-pendapat atau kitab-kitab oleh imam-imam

    Mujtahidin dengan mendengar alasan serta hujah-hujhanya sebelum menerima. Rasulullah

    S.A.W telah berpesan kepada umatnya supaya berpegang kepada al-Quran dan sunnahnya, bukan

    kepada kitab-kitab karangan dan fahaman-fahaman alim ulama.

    Orang yang benar-benar alim pada zaman akan datang seharusnya hanya berpegang pada

    quran dan hadis . Hal ini kerana orang yang alim zaman dahulu kala hanya berpegang pada

    Quran dan hadis. Orang yang benar-benar alim dilihat seorang yang boleh berdikari, berfikir

    secara mandiri, mereka sama seperti orang alim zaman dahulu yang hanya berpegang kepada

    Quran dan hadis. Mereka tidak terikat kepada benda lain melainkan Quran dan Hadis. Namun

    begitu, orang alim mempunyai sikap yang meminta dan mendengar pendapat orang lain terlebih

    dahulu. Walaupun betapa alimnya mereka setiap keputusan yang diambil mereka akan

    mendenganr pendapat dan keputusan orang lain terlebih dahulu. Namun , tidak sepatutnya kita

    pada zaman sekarang hanya bertaklid kepada orang-orang dahulu dengan tiada mengambilpengertian dan tiada tahu hujung pangkal.

    Ketujuh, umat Islam terutama sekali yang alim dan mempunyai ilmu yang tinggi tidak

    dibenarkan bertaklid semata-mata kepada fikiran, pendapat, dan fahaman orang lain.Sebaiknya

    mereka disuruh untuk menggunakan akal fikiran yang tersendiri, pertimbangan diri sendiri, dan

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    19/45

    19

    ilmu pengetahuan diri sendiri. Hal ini memudahkan mereka untuk lebih memahami dan menguji

    diri sendiri dalam setiap perkara begitu juga dalam hal agama.

    Kelapan, orang Islam terutamanya yang mempunyai ilmu pelajaran tidak kira banyak

    atau sedikit disarankan untuk mempelajarai bahasa Arab tua. Hal ini disebabkan bagi

    memudahkan pembacaan dan penguasaan ilmu al Quran dan hadis. Dengan itu, mereka akan

    memahami kandunganya dengan tafsiran pemahaman yang sah dan dan betul. Setelah ada

    kelayakan itu gunakanlah dia bagi menyelidiki, memeriksa dan menimbang sendiri apa-apa hal

    agama Islam.

    Kesembilan, Orang-orang yang bertaraf alim atau ulama orang yang fasih dan

    mempunyai pengetahuan yang luas dalam bahasa Arab dan pengajian-pengajian Islam tentulah

    akan menyebarkan ilmunya kepada orang yang belum pandai. Sementara itu mereka juga tidak

    sepatutnya berhenti dan berusaha menambah pengetahuan yang sedia ada,melatihkan diri

    memeriksa, menyelidik dan menimbang sendiri segala pokok yang besar dan cawing yang

    penting dalam ajaran Islam.

    Kesepuluh, setiap seorang Islam terutama yang digelar alim dan ulama tidak wajar untuk

    mudah menerima sahaja pendapat orang lain tanpa menyelidik dan menyiasat dahulu. Pendapat

    dan keputusan yang dibuat mestilah berasaskan pertimbangan diri sendiri selepas menimbang

    banyak keputusan dan berfikir dengan sendiri.

    Kesimpulannya, berdikari dan berfikran mandiri dalam semua perkara antara dunia dan

    agama. Maksudnya, umat Islam dalam melakukan setiap perkara wajar berusaha sendiri, berfikir

    sendiri jangan bergantung kepada pertolongan orang lain, membuat keputusan secara sendiri

    selepas sahaja mengambil kira dan menyelidik semua keputusan untuk mendapatkan jalan yang

    terbaik.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    20/45

    20

    Risalah ketiga :

    Kebajikan dan kejahatan

    Bab pertama :

    FAHAMAN YANG LUAS

    1

    Maksud baik dan jahat

    Baik dan jahat atau kebajikan dan kejahatan. Semua orang biasa mendengar dan

    menyebut perkataan tersebut, malah digunakan dalam kehidupan sehari-sehari atau pun dalam

    surat menyurat. Tetapi pernahkah kita cuba untuk memikirkan maksud di sebalik perkataan-

    perkataan tersebut dengan seluas-luasnya?

    Pemahaman yang sebaik-baiknya terhadap perkataan-perkataan tersebut akan membawa

    kita kepada kehidupan yang lebih sempurna, iaitu mengikut hukum syarak. Akhlak yang tinggi

    akan menjamin kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Selain itu, berapa ramaikah

    di antara kita yang berfikir sebab kita disuruh untuk melakukan kebajikan dan mencegah

    kemungkaran?

    Dalam sesuatu bahasa, ada pelbagai perkataan yang membawa maksud baik dan jahat,

    tetapi mempunyai maksud yang sama. Contohnya dalam bahasa Arab, perkataan baik dan

    kebajikan disebut sebagai khair, hasanah, ihsan, taiyibah, birr, amal salih, fadhilan, fadhail

    dan sebagainya. Perkataan jahat atau kejahatan pula disebut sebagai syar, su, sayyiah, ithm,

    maksiat, isyan, fusuq, fasad, fahisah atau fahsya, munkar, radzilah atau radzaildan sebagainya.

    Begitu juga dengan bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai perkataan lain yang membawa

    maksud baik atau kebaikan. Contohnya seperti bagus, elok, cantik, molek, indah, permai dan

    sebagainya yang membawa maksud yang sama. Manakala perkataan jahat atau kejahatan

    pula disebut sebagai buruk, busuk, keji dan sebagainya.

    Walau apapun perkataan yang membawa maksud baik dan jahat, namun ia dapat

    diertikan sebagai setiap perkara yang dapat memberikan manfaat zahir atau batin, dunia atau

    akhirat, dipandang mulia dan kewarasan akal fikiran. Manakala perkataan jahat pula ialah

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    21/45

    21

    semua perkara yang berlawanan dengan sifat-sifat baik iaitu yang memberikan kemudaratan,

    kerosakan atau kerugian zahir dan batin, dunia atau akhirat, dan dipandang hina dan keji.

    Oleh itu, kebajikan ialah setiap perkara yang baik dan membawa manfaat kepada

    mereka yang melakukan dan menerimanya. Tetapi ia haruslah dilakukan dengan ikhlas dan

    menggunakannya dengan baik.

    Kejahatan ialah setiap perkara yang berlawanan sifatnya dengan perkara yang baik dan

    membawa akibat yang buruk kepada mereka yang melakukannya dan menerimanya. Kejahatan

    akan membawa keburukan kepada orang lain.

    Dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Muslim, riwayat daripada al-Nuwas bin Saman

    berkata:

    Ertinya: Telah kutanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan maksud kebajikan

    dan kejahatan. Maka jawab baginda: Kebajikan iatu ialah baik tingkahlakunya, manakala

    kejahatan itu adalah sesuatu yang terbenam (rahsiahnya) di dalam hati dan kamu tidak suka

    apabila orang lain mengetahuinya.

    Di dalam al-Quran, tersebut firman Allah S.W.T berkenaan dengan kebajikan.

    Maksudnya, yang dinamakan baik dan betul itu tidaklah semestinya kamu menghadapkan

    mukamu ke arah timur dan barat, tetapi yang dikatakan baik itu ialah perbuatan. Barang siapa

    juga yang percaya akan adanya Allah, hari kemudian, malaikat, percaya akan kitab yang datang

    dari Allah dan akan dan Nabi-nabi; barang siapa yang memberikan harta kerana kasihnya akan

    Allah (walhal dia sayangkan harta tersebut) kepada sanak-saudara dan kerabat, anak-anak yatim

    dan orang-orang miskin, kepada orang yang sedang dalam perjalanan yang kurang wang dan

    orang yang meminta sedekah; dan member bantuan untuk menebus hamba orang atau tawanan

    perang, orang yang tidak meninggalkan sembahyang dan menunaikan zakat; mereka yang

    mengabulkan janjinya apabila berjanji dan begitu juga kepada mereka yang bersifat sabar dengan

    penderitaannya dan dalam masa mengahadapi kemalangan. Mereka inilah yang benar imannya

    dan bertakwa.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    22/45

    22

    Oleh itu, daripada ayat ini dan hadis yang telah disebutkan sebelum ini dapatlah kita

    memahami secara lebih mendalam mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebajikan dan

    kejahatan.

    Peringkat Perbuatan Kebajikan Yang Harus Dilaksanakan.

    Terlebih dahulu, kita haruslah mengetahui segala jenis perkara kebajikan dan mengetahu setiap

    peringkat perkara kebajikan tersebut. Perkara tersebut ialah berbuat adil, berbuat ihsan,

    mengeratkan tali persaudaraan, murah hati, beri-memberi, tolong menolong, dan sebagainya di

    antara satu sama yang lain tanpa mengira latar belakang seseorang.

    Berbuat Adil.

    Perkataan adil atau sifat berbuat adil ialah membawa pengertian yang sama iaitu satu

    perbuatan yang harus dilakukan dengan sama rata terhadap seseorang tanpa melebih-lebihkan

    mana-mana pihak yang tertentu. Perbuatan adil ini bukan sahaja dilakukan sesama manusia

    malah juga kepada binatang. Oleh itu kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap amanah,

    bercakap benar, menunaikan janji dan lain-lain. Oleh itu setiap kali kita hendak melakukan

    sesuatu terhadap seseorang kita haruslah berfikir panjang dan meletakkan diri kita sendiri teradap

    diri orang itu.

    Ada peribahasa mengatakan Cubit paha sendiri dahulu sebelum mencubit paha orang

    lain dan Ikutlah hukum memiat daging : sikit pada kita sikitlah pada orang. Oleh yang

    demikian maka kita haruslah sentiasa melakukan perkara yang adil. Perbuatan adil ialah

    perbuatan yang baik di dalam peringkat melakukan kebajikan.

    Berbuat Adil Kepada Allah:

    Kita haruslah melakukan perbuatan adil di antara manusia dengan makhluk lain. Oleh itu

    manusia juga haruslah melakukan perbuatan yang adil iaitu seperti mana Allah telah berbuat baik

    kepada kita. Selain itu kita juga haruslah sentiasa berasa bersyukur dengan segala yang diberikan

    olehNya.

    Setiap perkara yang adil untuk dilakukan kepada Allah juga haruslah dilakukan dengan

    mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang syirik Namun terdapat juga, seseorang yang

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    23/45

    23

    diberikan mukjizat di dalam diri seseorang namun perbuatan seperti menurunkan wahyu dan

    agama atau hukum-hukum agama kepada manusia hanya perbuatan Allah. Namun jika terdapat

    manusia yang mengaku perbuatan Allah itu ialah perbuatan dirinya dan mereka hukum agama

    yang telah diturunkan oleh Allah melalui Rasulnya maka orang yang melakukan perbuatan

    demikian telah melanggar dan melangkahi sempadan adil yang seharusnya dilakukan olehnya

    terhadap Allah.

    Berbuat Ihsan

    Peringkat yang paling tinggi di antara semua perbuatan adil ialah melakukan perbuatan ihsan,

    iaitu perbuatan baik tanpa mengharapkan balasan di atas perbuatan yang dilakukan. Tetapi setiap

    perbuatan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengira perbuatan orang lain

    itu kepada diri kita walaupun bakal menerima perkara yang baik mahupun sebaliknya namun kita

    juga haruslah sentiasa melakukan perbuatan baik.

    Ternyatalah bahawa berbuat baik terhadap orang lain dengan keikhlasan lebih tinggi

    darjatnya daripada berbuat baik atas kepentingan tertentu. Perbuatan memaafkan kesalahan

    orang lain, bermurah hati, tolong-menolong, saling mengingati ke arah yang baik, sedia bertolak

    ansur dan bekerjasama serta mahu membuat kebajikan dalam masyarakat merupakan elemen-

    elemen dalam bahagian ini.

    Berbuat baik sebagai itaI dzil qurba

    Peringkat terakhir atau teratas dalam melakukan kebaikan disebut sebagai itaI dzil-

    qurba. Ia bermaksud perbuatan memberi, bermurah hati, bersifat penyayang dan sebagainya

    kepada sesama manusia seperti antara ibu dan anak, adik-beradik,kawan karib dan sebagainya.

    Perkataan itaI dzil-qurba sebenarnya bermakna sikap memberi-beri kepada mereka yang

    mempunyai pertalian darah yang rapat dengan kita. Namun, pengertian tersebut menjadi lebih

    luas dengan mentafsir perkataan dzil-qurba sebagai sifat memberi-beri dan berbuat baik.

    Dalam berbuat Ihsan, mungkin seseorang itu pernah terfikir dihatinya untuk berbuat

    kebaikan semata-mata kerana orang yang ingin dibantu pernah membantunya suatu ketika dulu.

    Perbuatan seperti itu akan melahirkan kepujian mungkin juga akan membuatkan lahirnya

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    24/45

    24

    perasaan terhutang budi. Boleh jadi juga seseorang itu telah melakukan kesalahan, oleh itu

    kemurahannya itu dapat digunakan untuk memujuk seseorang tersebut untuk memaafkannya.

    Dalam aras ini itaI dzil qurba disifatkan sebagai perbuatan baik yang dilakukan

    dengan penuh kasih sayang semula jadi seperti hubungan antara ibu dan anak. Segala

    pengorbanan dan susah payah seorang ibu terhadap anaknya ditanggung dengan rela hati kerana

    kasih sayang yang semulajadi tersebut. Ia juga tidak didorong dengan rasa ingin dibalas

    melainkan setidak-tidaknya luahan terima kasih. Kesimpulannya, dalam aras ini perkembangan

    budi mulia manusia menjadi cukup dengan sepenuhnya.

    Berbuat baik kepada Makhluk Allah.

    Terdapat peringatan bahawa dalam perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia

    tidaklah boleh melebihi dari tingkat adil sahaja kerana manusia berbuat baik dengan Tuhan

    tidak boleh diungkit lansung.. Walaupun kita beribadat namun tidak bermakna kita berbuat baik

    kepada-Nya. Berbuat baik hanya berlaku sesama manusia dan makhluk yang lainnya.

    Firman yang diberi menunjukkan satu isyarat yang halus dan indah sebagai arahan untuk

    mencari ketenangan dan kehampiran kepada Allah. Terdapat juga firman yang membuktikan

    bahawa manusia perlu berbuat baik kepada makhluk Allah.

    Tahap-tahap kejahatan yang dilarang

    Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan. Penerangan

    yang telah diberi bagi peingkat kerja berbuat baik adalah satu dorongan yang positif. Namun,

    jika positifnya pastilah ada negatifnya. Namun,terdapat juga pihak negatif yang mencogankan

    kemajuan. Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya iaitu

    al fahsya, al munkar dan al baghy.

    Al fashya

    Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata perbuatan dan

    maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkluar daripada batas sempadan yang patut,

    tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta

    dunia, kotor, tidak malu serta lucah.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    25/45

    25

    Demikianlah dengan adanya beberapa pecahan lagi sebagai kata nama atau perbuatan.

    Setiap satunya membawa makna yang berbeza sedikit antara satu sama lain. Begitu juga dengan

    makna fahsya yang merupakan pecahan lain yang menjadi kata nama, dan dikata juga

    fahisyah. Jika bilangannya banyak disebut fawahish. Kedua-kedua perkataanfahsya dan

    fahisyah sama-sama membawa makna yang lebih kurang sama iaitu perbuatan yang buruk dan

    memalukan.

    Perlakuan yang tidak sepatutnya yang teramat dahsyat dan mengundang malu, dosa dan

    kejahatan merupakan perbuatan yang melampaui adab sopan yang baik dan sepatutnya. Secara

    keseluruhannya, perbuatan jahat merupakan perbuatan yang tercemar, buruk dan memalukan

    apabila diketahui dan dilihat oleh orang lain. Segala perbuatan jahat disembunyikan melainkan

    hanya orang yang melakukannya sahaja mengetahui tentangnya. Apabila perbuatan jahat

    diketahui oleh orang ramai, segala perbuatan yang dilakukan merupakan satu perbuatan yang

    amat dasyat dan kejam sekali.

    Kejahatan ini merupakan kejahatan tahap pertama iaitu memberi kemudaratan kepada

    pelakunya sahaja tanpa melibatkan orang lain.

    Al-Munkar

    Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan,

    tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa makna

    perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia.

    Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan kepada

    orang lain. Kejahatan munkar atau menidakkan sesuatu perkara merupakan perbuatan yang lebih

    buruk dan memudaratkan daripada melakukan perbuatan zina dan perkara kotor. Tahap

    perbuatan zina dan kotor adalah tergolong dalam tahap munkar yang tidak terlepas daripada

    rahsia yang dilindunginya.

    Al-Baghy

    Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan,

    kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan jahat bukan

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    26/45

    26

    sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi kesusahan, kerugian,

    kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.

    Perkataan al-baghy membawa maksud mencari dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

    Terdapat pecahan makna yang melanggar sempadan dan dipengaruhi nafsu yang tinggi terhadap

    ssuatu dan juga timbul maksud yang berpaling dari jalan hidup sebenar daripada jalan hidup

    yang benar dan tidak melanggar perintah dan melawan kuasa yang sah disisi undang-undang.

    Apabila perkataan baghy ditambah ala, ia membawa maksud yang lain iaitu kita tidak

    seharusnya menganiaya, mengambil hak, merampas dan menyamun orang lain. Perkataan baghi

    pula membawa maksud berkehendakkan sesuatu dengan merampas dan menganiaya orang lain.

    Orang yang zalim sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya.

    Secara ringkasnya, mengikut nafsu dan kata hati yang tidak tertahan yang menyebabkan

    pelanggaran batas yang sepatutnya dan seorang itu seharusnya insaf kerana merampas barang

    menggunakan cara kekerasaan. Perbuatan yang paling buruk adalah perbuatan yang melanggar

    batas, menganiaya, menzalimi, melakukan pencerobohan membuat rusuhan dan huru-hara.

    semua perbuatan jahat tersebut tergolong dalam tahap ketiga iaitu tahap yang paling jahat

    daripada semua kejahatan.

    Tiga patah perkataan yang digunakan dalam ayat al-quran adalah tiga tahap yang dapat

    menunjukkan jenis kejahatan dan manusia yang selalu terjebak dengan kejahatan tersebut.

    Semua jenis kejahatan tergolong dalam tiga tahap yang diberikan.

    Melalui ayat yang diberikan, semua perbuatan yang disuruh dan dilarang telah diketahui.

    Semua larangan dan suruhan mempunyai panduan yang diberikan bagi mendorong manusia

    untuk memupuk sifat yang baik dan seharusnya dimulai daripada awal lagi. bagi menghindari

    perbuatan keji, kita seharusnya bermula dari awal lagi sebelum kita mendapat kesan yang

    memudaratkan diri.

    Secara ringkasnya, tahap baik dan jahat yang dibincangkan adalah seperti berikut:

    [1] kita seharusnya mempunyai sifat adil apabila membalas dan mendahului.

    [2] kita haruslah berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    27/45

    27

    walaupun beliau melakukan perbuatantan jahat kepada kita.

    [3] kita haruslah memberi pertolongan kepada semua orang tanpa mengira saudara ataupun

    tidak dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pertolongan yang diberikan.

    Semua suruhan meliputi semua kebajikan dan dikumpulkan dalam tahap tersebut.

    1) Kita dilarang melakukan kejahatan yang memalukan. Contohnya perbuatan mengkhianati

    orang lain, namun kejahatan tersebut tidak dapat diketahui.

    2) Kita juga dilarang melakukan kejahatan secara terang-terangan dan membolehkan orang

    lain memandang serong terhadap diri kita. Hal ini kerana masyakarakat akan membenci

    dan memulaukan kita sekirannya kita melakukan sesuatu kejahatan.

    3) Kita dilarang membuat membuat zalim dan menderhaka kerana ia akan memudaratkan

    diri, masyarakat dan negara.

    Tiga aspek larangan ini merangkumi pelbagai jenis kejahatan yang dilakukan oleh manusia.

    Dengan latihan dan akhlak yang baik, ia akan dapat menjauhi segala kejahatan sehingga

    mencapai kesempurnaan. Terdapat enam peringkat untuk manusia mencapai kemajuan

    kesempurnaan iaitu melakukan kebajikan sebaik yang mungkin dan menjauhi larangan yang

    ditentukan oleh Allah S.W.T. Hal ini kerana Allah telah memberitahu kepada umatnya bahawa

    enam peringkat ini mesti dilalui oleh setiap manusia dengan melalui perkembangan dan

    perjalanan sebelum mencapai kesempurnaan yang tertinggi. Begitu juga dengan langit dan bumi

    yang mempunyai kitaran masa yang telah ditetapkan oleh Allah dan akhirnya menjadi pelengkap

    kepada manusia dari segi akhlak dan rohaninya.

    Contoh Berbuat Baik Dan Syarat-syaratnya

    Terdapat banyak firman dalam Quran yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia supaya

    dapat membezakan kebaikan dan kejahatan. Antaranya bermaksud Dan sahakanlah olehmu

    mencari negeri( kejayaan) Akhirat pada barang apa yang telah dianugerahkan Allah kepada

    engkau; dan jangan pula engkau lupakan (mencari) bahagianmu didunia. Dan berbuat baik

    engkau (kepada orang) sebagaimana Allah Taala berbuat baik kepada engkau; dan jangan

    engkau usahakan kejahatan atau kerosakan di bumi ini: bahawa sanya Allah Taala tidak gemar

    akan orang-orang yang berbua jahat dan kerosakan. Surah Al Qasas:77.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    28/45

    28

    Firman di atas menunjukan bahawa Allah menyuruh manusia untuk berusaha mencari

    kesenangan di dunia dan di akhirat menerusi pelbagai anugerah yang diturunkan kepada

    manusia. Dengan kurnian yang telah Allah berikan, manusia seharusnya menjaga dan

    menggunakannya dengan baik iaitu melakukan perkara baik dan menjauhkan larangannya.

    Namun, Allah juga memberi ingatan kepada manusia sekiranya berbuat baik, kita tidak perlu

    meminta ganjaran dan jangan membuat kerosakan di atas muka bumi ini kerana Allah akan

    memberikan balasannya. Hal ini kerana Allah lebih megetahui dan mentadbir seluruh alam.

    Firman seterusnya membawa maksud Dan siapakah yang terlebih baik perkataan daripada

    orang yang terlebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada Allah dan ia sendiri

    berbuat kebajikan serta berkata bahawasanya aku daripada orang-rang yang menyerah diri

    kepada Tuhan(orang Islam). Perbuatan baik tidaklah sama(darjahnya), dan tidak pula

    perbuatan jahat;(atau Perbuatan baik dan perbuatan jahat itu tidaklah sama keduanya);

    lawanlah kejahatan itu dengan apa yang terlebih baik . Petikan dari surah Hamim Sajadah:33-

    34

    Firman Allah yang bererti Dan kerjakanlah sembahyang dengan tetap pada kedua tepi

    siang hari(yakini sebelah pagi iaitu subuh dan sebelah petang iaitu zuhur dan asar) dan pada

    beberapa bahagian malam yang dekat kepada siang (maghrib dan isya): bahawasanya perkara-

    perkara yang baik itu menghilangkan segala perkara yang jahat. Dan sabarlah kamu, kerana

    Allah Taala tidak sesekali-kali mensia-siakan balasan bagi orang yag berbuat baik. Petikan

    daripada Surah Hud:114-115.

    Daripada firman di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Taala menyuruh seluruh

    umatnya untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Dalam

    firman ini terdapat lima contoh kebaikan yang dapat diteladani dan dipelajari. Manakala dua atau

    tiga memperlihatkan larangan yang telah dilarang oleh Allah kepada umatnya.

    Allah telah mengingatkan bahawa jangan sesekali melakukan perbuatan jahat. Hal ini kerana

    manusia yang melakukan kejahatan tidak disukai oleh Allah. Namun manusia yang menahan diri

    untuk berbuat kejahatan juga merupakan satu perkara yang baik. Kesempurnaan larangan itu

    adalah daripada ketaatan manusia kepada Allah. Kedua-dua perbuatan tersebut adalah junjugan

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    29/45

    29

    perintah untuk melakukan suruhan dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah. Ia dinamakan

    taat dan Taqwa.

    Oleh itu, contoh yang boleh dilihat dan dipercayai oleh orang Islam adalah daripada

    Junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa agama Islam kepada seluruh manusia

    hampir empat belas abad yang lalu.

    Bab Kedua :

    BAIK DAN JAHAT TETAP ADA

    1

    Baik Dan Jahat Berpasangan

    Terhadap dua pandangan telah ditemui oleh ahli-ahli falsafah yang cuba mencari makna tersirat

    di sebalik kata baik dan jahat. Pendapat pertama mengatakan bahawa berkata baik dan jahat itu

    hanya dua pihak daripada benda yang satu. Pendapat kedua pula mengatakan tidak ada baik atau

    jahat pada diri sesuatu benda atau perbuatan itu sendiri, hanya cara kita mengerjakannya sahaja

    yang menjadikan kehasilannya baik atau jahat. Walau dengan cara apa sekali pun jalan

    penyelesaian mereka, perkara tersebut tetap akan memperoleh keputusan atau hasilnya iaitu sama

    ada ianya baik atau pun jahat. Untuk lebih jelas, Pendita Zaba melontarkan satu contoh yang

    mudah difahami iaitu dalam perbuatan makan. Makanan yang baik adalah makanan yang

    diproses dengan cara yang halal atau betul mengikut had-had sempadannya tetapi tidak mustahil

    makanan tersebut akan menjadi tidak baik sekiranya terlebih atau tersalah bahan campuran yang

    boleh menjadi racun dalam makanan tersebut.

    Bagi Pendita Zaba, baik dan jahat itu adalah satu perkara semulajadi yang telah wujud

    dalam dunia terutama perlakuan manusia itu sendiri. Baginya, jika ada baik, maka adalah

    jahatnya. Baik dan jahat merupakan satu perkara yang saling berkait rapat dan merupakan satu

    perkara yang tidak dapat dipisahkan. Baik dan jahat ini ada di mana-mana sahaja sama ada dalam

    hati atau luar kawasan hati, di alam jasmani atau di alam rohani dan mana-mana lagi. Baik dan

    buruk ini perlu ada bagi membolehkan pertentangan antara satu sama lain terhadap sesuatu

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    30/45

    30

    perkara atau benda lain. Oleh itu, manusialah yang memainkan peranan dalam memilih mana

    yang baik dan mana yang buruk di dunia ini ibarat amal makruf nahi mungkar.

    2

    Saling Bertukaran Dan Buah Membuahkan

    Dalam melaksanakan sesuatu kebajikan, kadang kala ada tersirat sesuatu yang tidak elok.

    Misalnya, dalam melakukan kebajikan akan ada unsur kejahatan juga kerana ia bergantung

    kepada seseorang dalam melaksanakan kebajikan itu. Kebajikan akan hilang baiknya jika

    dilaksanakan dengan cara yang salah. Misalnya bersifat riyak atau bangga dengan kebaikan yang

    dilaksanakannya. Dalam Islam, sifat ini amat dilarang sama sekali kerana tidak menggambarkan

    langsung keikhlasan seseorang itu dalam membantu golongan yang memerlukan.

    Dalam Quran ada mengatakan bahawa orang yang membuat kebajikan seperti bersedekah

    dan sebagainya kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan bukan kerana keikhlasan

    atau kerana Allah ia dikira sama seperti orang yang merosakkan sedekahnya dengan

    diperkatakan dan diumpat hingga menyakiti orang yang menerimanya. Ini ternyata dalam ayat di

    bawah :

    Ertinya, wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan sedekah kamu itu

    sia-sia dengan di banggakan dan dibangkitkan hingga orang yang menerima itu sakit hati dan

    orang yang membelanjakan harta itu kepada jalan kebajikan itu sia-sia kerana bertujuan untuk

    menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan tidak ikhlas maka Allah akan membalasnya pada

    kemudian harinya.

    Oleh itu eloklah beringat bahawa apa yang dikatakan sedekah itu bukanlah hanya

    memberi wang dan barang-barang kepada orang susah sahaja seperti yang diertikan dalam

    Bahasa Melayu. Di sini sedekah termasuklah juga dengan perbuatan baik yang kita buat yang

    memberi faedah kepada orang lain dan bukannya untuk mendapat balasan atau upah dan juga

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    31/45

    31

    pujian. Perbuatan demikian bukan sahaja perbuatan yang besar-besar sahaja tetapi juga perbuatan

    yang paling kecil sekalipun seperti membuang duri atau paku atau najis di tengah jalan,

    menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang ketakutan,

    mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada sakit, orang kematian,

    kehilangan atau kemalangan. Semua itu tergolong dalam jenis sedekah juga iaitu sari sekecil-

    kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, dari manusia hingga kepada makhluk tuhan yang

    lain.

    Kemudian sambungan ayat itu berbunyi seperti berikut :

    Orang yang menunjuk-nunjuk dan riak adalah seperti selonggok batu keras yang tidak

    tumbuh apa-apa di atasnya tetapi hanya ada sedikit tanah di atasnya kemudian hujan lebat turun

    lalu menghayutkan tanah itu dan bersih dan licinlah batu itu. Orang yang demikian

    diumpamakan sebagai tidak membuat apa-apa kebajikan setelah apa yang dibuatnya.

    Sesungguhnya Allah Taala tidak gemar akan mereka atau orang-orang yang suka

    bermegah dan bangga diri kerana orang yang bersifat demikian sama seperti syaitan. Allah Taala

    juga tidak suka orang yang suka menunjuk-nunjuk solatnya kepada orang lain kerana perbuatan

    sedemikian adalah sia-sia sahaja..

    Sekiranya dalam dunia ini kita tidak pernah berbuat jahat sekali pasti orang tidak akan

    percaya bahawa kita adalah orang yang baik kerana mereka berpendapat bahawa seseorang itu

    tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

    Kita sebagai manusia perlu bekerjasama dan membuka mata serta minda bahawa bangkit

    dan bagun untuk memajukan bangsa kita sendiri daripada ditawan atau dijajah oleh orang asing.

    Kerana sampai bila kita mahu tunduk dan terbenam dibawah jajahan orang asing. Selepas

    seorang penjajah yang menjajah dan Berjaya datang pula seorang lagi penjajah yang menjajah

    kita. Maka kitalah yang perlu memperjuangkannya untuk melepaskan atau memboloskan diridari penjajah asing.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    32/45

    32

    Kemuncak Baik Dalam Budi Pekerti

    Ketinggian budi pekerti yang baik ialah apabila seseorang itu dapat melihat kerja

    kebajikan atau kebaikkan sebagai sesuatu yang membahagiakan dan menyeronokkan. Manakala

    apabila seseorang itu melihat sesuatu kejahatan dianggap sebagai sesuatu yang jijik, buruk dan

    merupakan satu penyakit yang merbahaya.

    Kemudian setelah semua manusia dapat melihat dan merasa ketinggian budi pekerti itu,

    maka pihak berkuasa menjadi tidak diperlukan. Sekali gus tiadalah pergaduhan, perbalahan dan

    peperangan diantara manusia. Hanya yang ada keamanan dan keharmonian yang diinginkan

    oleh setiap umat manusia.

    Sudah menjadi lumrah dunia setiap yang ada di muka bumi akan wujud pertentangannya.

    Terutama sifat baik dan jahat iaitu sifat yang sentiasa ada dalam diri setiap manusia. Semua

    pertentangan yang wujud ini juga memberikan kemajuan dan kemunduran kepada penduduk

    dunia keseluruhannya.

    Seharusnya manusia berusaha mendapatkan yang baik sahaja. Menjauhkan segala

    kejahatan yang ada dengan segala daya usaha kita sendiri. Seperti yang tertulis salam satu hadis

    yang mashyur diriwayatkan oleh Muslim, Imam Ahmad dan beberapa pengatur Sunan yang lain,

    tersebut sabda Nabi s.a.w.: ertinya barang siapa daripada kamu yang melihat sesuatu yang jahat

    maka hendaklah diubahnya kejahatan itu dengan tangannya; jika ia tiada upaya, maka hendaklah

    dengan lidahnya; dan jika ia pun tiada upaya juga maka hendaklah dengan hatinya, dan itulah

    yang sekurangnya-kurangnya iman.

    Dengan usaha yang telah dibuat iaitu melakukan perkara baik dan menjauhkan perkara

    jahat, dari sinilah pengukur kemajuan dan kemunduran budi pekerti manusia. Selain itu juga dari

    situ akan terdapatnya satu kejayaan atau pun kegagalan dunia akhirat.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    33/45

    33

    Bab Ketiga:

    Fahaman yang sempit

    1

    Berbuat Kebajikan Kerana Faedah Diri

    Bagi ahli-ahli agama yang berfikiran sempit selalu berpendapat mengenai perbuatan baik iaitu

    amal kebajikan serta perbuatan jahat iaitu amal kejahatan dengan pengertian yang tidak luas atau

    terbatas. Bagi mereka, perbuatan yang berasaskan keagamaan disenaraikan sebagai amal

    kebajikan iaitu perkara yang perlu dikerjakan oleh setiap umat Islam bagi persediaan

    menghadapi hari akhirat iaitu tiada langsung berkaitan dengan tujuan memperbaiki budi perkerti

    dan kelakuan seseorang individu mahupun bagi kepentingan hal-ehwal kehidupan di dunia yang

    sementara ini.

    Amal menurut fahaman ini dikatakan sebagai perbuatan yang dikelaskan kepada

    keagamaan dan dipandang dalam ruang lingkup agama sahaja. Amal baik atau amal soleh pula

    merupakan perkara yang disuruh atau dinilai oleh agama seperti sembahyang, puasa, zakat,

    bersedekah, menyembelih korban, membaca ayat suci Quran, berselawat ke atas Nabi, berzikir

    serta berdoa. Amalan-amalan ini adalah amalan yang telah dijanjikan ganjaran pahala serta

    balasan syurga. Amal jahat (sayyiat) pula ialah perbuatan munkar yang terang-terangan telah

    melanggar larangan-larangan agama. Malah, ini turut menjadikan seseorang itu berdosa serta

    mendapat balasan neraka di kehidupan akhirat yang kekal abadi. Perbuatan munkar yang

    dikategorikan sebagai sebagai amalan kejahatan adalah seperti perbuatan meminum arak,

    menyentuh atau memakan khinzir dan anjing, berjudi, berzina, mencuri, menyamun, merampas,

    membunuh dan perbuatan jahat lain yang dikelaskan sebagai perbuatan fahsya dan munkar.

    Tetapi amal kejahatan ini tidak termasuk dalam kelompok amalan yang terbit dari kepercayaan

    sesetengah masyarakat dahulu kala iaitu perbuatan khurafat sehingga membawa kepada

    perbuatan mensyirikkan Allah.

    Namun begitu, tidak mengerjakan segala suruhan Tuhan seperti mendirikan solat lima

    waktu, berpuasa, zakat dan sebagainya adalah merupakan kesalahan yang berdosa besar sama

    seperti melakukan perkara-perkara munkar. Namun nikmat serta kebaikan mengerjakan semua

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    34/45

    34

    suruhan ini tidak pernah cuba difahami mahupun diambil tahu oleh sesebuah pihak. Begitulah

    yang dikatakan sempitnya fahaman ini dalam menilai amalan baik dan buruk.

    Perbuatan yang jahat tidak pernah dititikberatkan bagi menerangkan larangan ke atas

    perbuatan tersebut. Bagi memperbaiki akhlak, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang dilarang

    untuk membersihkan hati dan budi pekerti daripada sifat-sifat serta perangai yang rendah dan

    keji. Perkara yang dititikberatkan ialah apa sahaja yang haram iaitu perkara yang dilarang oleh

    Tuhan. Apabila kita melanggar larangan maka kita akan berdosa dan seterusnya kita akan

    mendapat balasan neraka jika tidak diberi pengampunan.

    Ibadat bermaksud segala kerja menyembah Tuhan. Kita sebagai hamba dan perlu

    menyerahkan diri kepada-Nya dengan melakukan sesuatu yang telah ditentukan kaedah untuk

    mengerjakannya dalam agama ataupun sebaliknya. Oleh itu, ibadat merupakan segala perkara

    mentaati larangan dan perintah Tuhan untuk kehidupan dan juga persediaan untuk menghadapi

    kematian, iaitu untuk dunia dan juga untuk akhirat. Semua larangan atau perintah-Nya itu adalah

    perkara yang ditetapkan dan dianggap betul dan terpuji pada penilaian agama yang sebenar serta

    bersesuaian dengan akal dan ilmu pengetahuan yang diberikan-Nya kepada manusia dari semasa

    ke semasa.

    Kesimpulannya, sama ada amal yang salih atau ibadat atau amal salih, jika mereka

    berfikiran sempit, ia hanya membawa maksud sebagai perlakuan yang dilakukan untuk

    kehidupan akhirat atau kehidupan selepas mati sahaja. Tidak termasuk perkara yang berkaitan

    dengan tujuan membaiki akhlak, membaiki perangai, membaiki kelakuan hidup dan sesuatu

    untuk mengelokkan sifat-sifat perangai dan budi pekerti supaya membetulkan hal ehwal kita

    hidup di dunia bagi memberi faedah di dunia yang fana dan di akhirat yang sudah sahih

    kewujudannya.

    Segala kefahaman yang sempit ini masih digunakan oleh alim ulama yang berperasaan

    sedemikian dalam penghasilan pendahuluan kitab-kitab hasil karangan mereka, di mana mereka

    melafazkan harapan dan beranggapan akan mendapat sesuatu manfaat atau upah daripada

    kepenatan mereka menghasilkan karangan kitab tersebut malah dalam bahasa arabnya juga

    disebut sebagai al-ajra wal-thawab. Antara contoh-contoh perkataan yang sering digunakan

    seperti Mudah-mudahan diberi Allah pahala akan fakir dan dijadikannya kitab ini jalan

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    35/45

    35

    kelepasan bagi fakir di akhirat. Dengan berbuat demikian, pengarang beranggapan bahawa

    penghasilan kitab karangan mereka akan terlepas daripada terkena hukuman buruk di akhirat

    nanti. Persoalannya adakah kitab tersebut dapat memberi manfaat dan faedah kepada

    penggunanya tidak penting kerana bagi pengarang apa yang diharapkan adalah pertolongan yang

    akan diperolehi daripada kitab tersebut kepada diri mereka sendiri.

    2

    Baik di Dunia Baiklah di Akhirat

    Seseorang yang berbuat kebajikan atau kebaikan di dunia mahupun di akhirat dengan niat

    untuk mendapatkan balasan atau untuk kepentingan diri sendiri merupakan satu amalan yang

    tidak baik dan dipandang rendah. Hal ini kerana tidak rugi jika seseorang berbuat kebajikan,

    tidak rugi jika hendak berjasa atau bebuat baik kepada orang lain, dan tidak rugi jika hendak

    memperbaiki kekurangan pada makhluk Allah yang lain, iaitu suci kerana Allah dan keredaan

    Allah.

    Orang-orang yang berfahaman sempit sedemikian sebenarnya mengetahui dan mengerti

    akan ajaran-ajaran al-Quran, namun mereka tidak mempedulikan dan patuh kepada semua ajaran

    tersebut yang mengatakan bahawa sekalian orang yang beriman haruslah menjaga dengan sebaik

    mungkin daripada segala larangan Allah dan menjaga segala pertuturan dengan betul serta taat

    akan peritah Allah dan rasul-Nya. Dengan demikian akan mendapat balasan yang baik daripada

    Allah dan diampunkan segala dosa-dosanya.

    Alam akhirat ialah alam kehidupan yang kekal selamanya berbanding alam dunia kerana

    alam dunia dicipta oleh Allah S.W.T. bertujuan supaya mereka membuat persediaan untuk

    bekalan di alam akhirat yang kekal selamanya. Oleh itu, mereka mempercayai amalan yang baik

    atau jahat walau sebesar zarah sekalipun yang dilakukan oleh mereka, akan tetap dibalas oleh

    Allah S.W.T di akhirat kelak serta mereka mengetahui dan mengakui apabila mereka melakukankebaikan di dunia, mereka juga akan mendapat kebaikan di akhirat.

    Oleh itu, mereka amat mempercayai kebenaran yang disebut di dalam ayat al-Quran

    dalam surah Al-Baqarah:197 yang bermaksud Allah memerintahkan mereka yang mempunyai

    mata hati atau yang dikatakan orang yang dapat melihat kebenaran melalui hati supaya

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    36/45

    36

    membekalkan diri mereka untuk persediaan di akhirat. Bekalan yang utama untuk persediaan

    tersebut ialah Taqwa iaitu ketaatan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

    agar dapat mempengaruhi atau menerbitkan amalan yang baik dalam diri mereka.

    Mereka juga amat memahami ajaran Islam yang disebut di dalam Al-Quran melalui surah

    Al-Muzammil:20 yang bermaksud mereka yang membuat kebajikan dengan mendahulukan

    perbuatan yang baik untuk membaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya dalam

    melakukan amalan kepada Allah S.W.T. akan mendapat tempat di sisi Allah S.W.T. Secara

    ringkasnya, mereka amat memahami bahawa perbuatan yang baik yang dilakukan di dunia ialah

    sebagai kayu pengukur atau sebagai gambaran keadaan atau balasan baik dan buruk di alam

    akhirat kelak iaitu jikalau mereka membuat amalan yang baik di dunia, sudah tentu di akhirat

    kelak mereka akan dibalas dengan yang lebih baik.

    Namun demikian, seseorang yang beranggapan tidak perlu melakukan amalan yang baik

    ketika hidup di dunia iaitu berbuat baik selepas meninggal dunia adalah tidak menepati suruhan

    Allah S.W.T. supaya melakukan amalan yang baik sebelum meninggal dunia. Hal ini demikian,

    kerana Allah S.W.T. sangat mengkehendaki mereka melakukan amalan yang baik setiap masa

    kerana ia menjadi syarat untuk mendapat kebahagiaan di alam akhirat kelak.

    3

    Terpesong Dari Arahan Yang Dimaksudkan

    Sebagaimana yang telah diberitahu sebelumnya, mereka beranggapan dan mempercayai

    bahawa persediaan untuk alam akhirat hanya terbatas kepada amalan yang dikatakan sebagai

    amal ibadat iaitu hanya mengamalkan amalan salih sahaja seperti sembahyang, berzikir dan

    berwirid beribu-ribu kali, puasa dan sebagainya sehingga mereka lupa mengamalkannya dan

    tujuan sebenar amalan tersebut dilakukan adalah untuk melatih jiwa memperbaiki diri dan

    tingkah laku serta budi pekerti menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

    Mereka beranggapan selain mengamalkan amalan yang dikatakan sebagai amal ibadat

    tersebut bukan dinamakan sebagai ibadat atau bekalan untuk alam akhirat atau ketaatan kepada

    Allah S.W.T., tetapi mereka menganggap hanya amal ibadat yang mereka amalkan adalah

    sebagai bekalan untuk hari akhirat dan ibadat, taqwa yang sebenarnya dan amalan tersebut

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    37/45

    37

    dilakukan oleh mereka bertujuan untuk mendapat balasan atau sebagai penebus kerana mereka

    menganggap bahawa Allah S.W.T. sudah menentukan balasan seksaan mereka di akhirat. Hal ini

    menunjukkan mereka tidak ikhlas mengamalkan amal ibadat tersebut sebagai hamba-Nya dan

    sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. yang maha Esa.

    Fahaman yang sedemikian ini berterusan sehingga ada yang berpendapat bahawa

    sebenarnya bekalan dan persediaan bagi akhirat adalah perkara perkara yang baik dan disukai

    Allah. Sekiranya perangai, hati dan budi tidak baik pun tidak mengapa asalkan masih

    mengamalkan amalan-amalan yang baik tersebut. Mereka berfahaman begitu dan mereka

    menyeru orang lain supaya berbuat begitu juga. Sekiranya tidak dapat mengikuti amalan

    tersebut, berilah ganjaran kepada mereka sahaja.

    Bagi mereka yang melakukan kejahatan pula, mereka menganggap bahawa itu adalah

    perkara yang melanggar syarak dan tentunya salah dan mengakibatkan berdosa. Apakah hukum

    syarak? Hukum syarak merupakan hukum agama yang menurut pendapat Imam mazhab lebih

    daripada seribu tahun dahulu. Sekiranya melanggar hukum ini, ataupun jika memperlekehkan

    hukum ini dengan wang kertas, dikira ianya tak wajib zakat kerana dalam Islam, wang emas dan

    perak sahaja yang dikira wajib.

    Apakah sebab timbulnya kejadian yang mengaibkan seperti ini pada kaum Islam

    berkenaan dengan perkara berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan? Tidak lain melainkan

    sebabnya ialah salah faham akan kegunaan dunia dan cara menggunakan dunia bagi mendapat

    kejayaan akhirat yang dicita-citakan itu. Penyebab yang kedua pula ialah salah pengertian akan

    tujuan dan hikmat dalam hukum-hukum yang telah diaturkan itu dan telah ditentukan had-

    hadnya oleh Allah dalam ajaran Islam. Oleh itu, kesannya terjadinya kesempitan, ketinggalan

    dan kemunduran. Bahkan amat wajar jika dikatakan fahaman sempit inilah antara sebab

    berlakunya kecelakaan, keruntuhan dan kemelaratan umat Islam dalam berkurun lamanya. Oleh

    itu, kesedaran baharu pada zaman sekarang akan membantu mereka untuk pulih semula.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    38/45

    38

    Bab Keempat :

    Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya

    1

    Punca Utama Kejatuhan

    Umat Islam pada zaman dahulu merupakan sebuah masyarakat yang besar, maju,

    berkuasa, disegani dan dipandang tinggi serta terkenal di seluruh dunia. Namun begitu,

    kemasyhuran mereka akhirnya jatuh dan menjunam. Persoalannya, apakah yang telah

    menyebabkan mereka menjadi terkenal, disegani serta dipandang tinggi dalam masyarakat dan

    apakah pula punca yang mendorong kejatuhan mereka? Kegemilangan masyarakat Islam pada

    zaman dahulu seharusnya berkekalan. Hal ini demikian kerana Allah S.W.T telah berfirman

    dalam kitab suci al-Quran, surah Al-Munafiqun, ayat 8 yang bermaksud:

    Dan izzah yakni kebesaran, kekuatan dan kemuliaan itu kepunyaan Allah dan

    bagi Rasulnya dan agi orang-orang yang beriman.

    Al-Munafiqun : 8

    Antara firman Allah S.W.T lagi ialah dalam surah Ali-Imran, ayat 139 yang berbunyi:

    Dan jangan kamu berasa lemah semangat atau kecut hati, dan jangan kamu

    berdukacita, kerana kamulah orangnya yang akan ke atas (beroleh ketinggian dan

    kemenangan) jika kamu beriman.

    Ali-Imran : 139

    Masyarakat Islam pada hari ini juga turut beriman sama seperti nenek moyang mereka pada

    zaman dahulu. Namun begitu, di manakah izzah, kebesaran, kekuatan dan kemuliaan yang telah

    dikatakan kepada mereka? Di manakah ketinggian dan kemenangan yang telah dijanjikan oleh

    Allah S.W.T dahulu? Hakikatnya, masyarakat Islam pada zaman dahulu sememangnya

    dikurniakan kebesaran, kekuatan, kemuliaan, ketinggian dan kedudukan. Hal ini berbeza dengan

    keadaan masyarakat Islam sejak zaman kejatuhan hingga ke hari ini. Kegemilangan mereka

    hilang akibat dari beberapa punca yang datang dari diri mereka sendiri.

  • 7/31/2019 Ringkasan Perangai Bergantung Kpd Diri Sendiri

    39/45

    39

    Sikap masyarakat Islam kini dengan sendirinya membuatkan orang ramai berfikir bahawa

    adakah Allah S.W.T yang salah atau mereka sendiri yang silap. Hal ini demikian kerana Allah

    S.W.T telah berfirman dalam kitab suci-Nya yang bermaksud:

    Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang

    ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri (telah) mengubah keadaan yang

    ada pada diri (jiwa hati) mereka itu...

    Surah Al-Radu : 12

    Dengan terteranya ayat ini dalam al-Quran, telah terbuktilah kepada semua bahawa kita

    sebagai manusialah yang sebenarnya salah. Masyarakat hari ini telah mengubah konsep

    beriman yang sebenar menurut ajaran Islam kepada pemahaman yang bercanggah dari

    landasan yang sebenar. Selain itu, masyarakat juga gagal menyesuaikan diri dan peribadi mereka

    mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sesuai dengan peredaran masa dan zaman.

    Oleh sebab itu, maka Allah S.W.T telah melakukan perubahan mengikut kehendak-Nya terhadap

    diri kita sepertimana yang telah tercatat dalam ayat al-Quran. Apabila Allah S.W.T ingin

    melakukan sesuatu, maka tidak ada sebarang makhluk yang dapat menghalang setiap kehendak-

    Nya. Pernyataan ini terbukti melalui potongan ayat al-Quran yan bermaksud:

    Dan apabila Allah Taala telah berkehendak menghukum sesuatu kaum

    dengan bencana yang menimpa mereka (disebabkan oleh perbuatan mereka

    sendiri), maka tidaklah ada sesuatu yang akan menolak atau mencegahnya, dan

    kaum tersebut juga, tidak ada sesiapa lagi yang akan menolong mempertahankan

    mereka selain daripada Dia.

    Surah Al-Radu : 12

    Demikianlah bahawa, tanpa kita sedari, Allah S.W.T telah mengubah situasi kita secara

    perlahan-lahan daripada kedudukan yang tinggi hingga akhirnya kita jatuh. Allah S.W.T

    menukarkan keadaan kita daripada sebuah masyarakat yang kuat kepada masyarakat yang lemah,

    daripada status tuan kepada hamba suruhan, mulia kepada hina dan daripada mempunya