ringkasan isi kandungan buku

4
Sumber : Terjemahan Mukashafah Al Qulub |Penenang Jiwa| Pengubatan & Rawatan | IMAM AL-GHAZALI Hari : Khamis Tarikh : 21 November 2013 Hadis riwayat Bukhari & Muslim : “...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpul darah. Jika baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.” Berlaku pergelutan & peperangan dalam setiap jiwa manusia menentukan tetap sebagai manusia @ menjadi binatang yang berbadan manusia peperangan antara rayuan syaitan & seruan agama / kabatilan & kebenaran. berlaku di hati . Bab 1 Tanda tanda takut kepada Allah SWT : 1. Pada lisannya. 2. Pada hatinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.3. Pada pandangannya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Upload: nazirul-akie

Post on 09-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cfvb

TRANSCRIPT

Sumber : Terjemahan Mukashafah Al Qulub |Penenang Jiwa|Pengubatan & Rawatan | IMAM AL-GHAZALIHari : KhamisTarikh : 21 November 2013Hadis riwayat Bukhari & Muslim :...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpul darah. Jika baik, maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati. Berlaku pergelutan & peperangan dalam setiap jiwa manusia menentukan tetap sebagai manusia @ menjadi binatang yang berbadan manusia peperangan antara rayuan syaitan & seruan agama / kabatilan & kebenaran. berlaku di hati.

Bab 1 Tanda tanda takut kepada Allah SWT :1. Pada lisannya.2. Pada hatinya.Rasulullah s.a.w. telah bersabda :Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.3. Pada pandangannya.Rasulullah s.a.w. telah bersabda :Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api, pada hari Kiamat 4. Pada perutnya.Rasulullah s.a.w. telah bersabda :Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka5. Pada kedua dua tangannya.6. Pada langkah (kakinya)7. Pada ketaatannya. Barangsiapa melakukan tujuh perkara yang disebutkan diatas, maka dia termasuk dalam kategori orang orang yang dikatakan oleh Allah SWT :

sesungguhnya orang orang yang taqwa dalam kebun kebun dan mata air (syurga).(Surah al-Hijr : 45)

Seseorang mukmin perlu berada dalam keadaan di antara rasa takut dan berharap sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT tidak berputus asa mengharapkannya.Firman Allah SWT :

Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah.(Surah asy-Syuura : 28)

Hikayat / cerita dulukala :Pada suatu hari, Nabi Daud duduk di tempat peribadatannya. Tiba tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata : Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?. Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara seraya berkata : Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-ilaha Illa Allah Akbar seribu kali (1000x). Sedangkan di malam hari Tuhanmengilhamkanku agar membaca Allahumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi Waala alihi Wa sohbihi Wa sallam seribu kali (1000x). Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?. Maka Nabi Daud a.s amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah mengutuskan Jibril a.s datang kepadanya seraya berkata : Allah kirim salam kepada engkau dan berkata Adakah engkau melihat seseorang takut kepada kekasihnya? Kemudian Jibril a.s menjawab : Jika aku ingat akan kesalahanku dan memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku keaksih-Nya. Demikianlah akan keadaan para nabi, wali, orang soleh dan orang-orang zuhud.