ringkasan inovasi -...

Download RINGKASAN INOVASI - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1727-transformasi-sukan... · Satu inovasi yang mempunyai pelan strategik yang mantap, ... Liga

If you can't read please download the document

Upload: nguyennhan

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • RINGKASAN INOVASI

    TRANSFORMASI SUKAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    (Program Pencarian Atlet Peringkat Akar Umbi)

    1.0 PENGENALAN

    1.1 Secara keseluruhannya, Pembangunan Sukan Negara masih berada ditahap yang rendah berbanding Negara-negara maju yang lain didunia. Oleh yang

    demikian, satu anjak paradigma yang sejajar dengan Dasar Sukan Negara dan

    mendapat perhatian serta penglibatan semua peringkat masyarakat wajar

    direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Justeru, satu perancangan

    strategik yang berbentuk inovasi direncanakan bagi memenuhi mekanisma

    tersebut.

    1.2 Menyedari pentingnya pelbagai elemen didalam mentransformasikan sukan Negara khususnya di Negeri Kedah sebagai penyumbang atlet Negara, maka

    satu usaha berskala besar yang kreatif ke arah memberi nafas baru didalam

    bidang sukan Negara secara terancang, bersistematik serta berterusan wajar

    dilaksanakan. Satu inovasi yang mempunyai pelan strategik yang mantap,

    berobjektif serta berwawasan direka cipta yang dinamakan Program Pencarian

    Atlet Peringkat Akar Umbi.

    2.0 LAPORAN INOVASI

    2.1 Tujuan Inovasi

    Objektif pelaksanaan inovasi ke arah mentransformasi sukan di Negeri Kedah

    dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan- permasalahan tersebut yang

    merupakan elemen-elemen penting yang dikenalpasti di dalam membantutkan

    pembangunan sukan di Negeri Kedah secara amnya.

    2.1.1 Ketandusan ikon di Negeri Kedah

    Tiada lagi ikon sukan seperti Adnan bin Saidin selepasa era 80-an di

    Negeri Kedah. Gelaran Raja Sepak Takraw atau Raja Libas Dunia

    yang disandang semenjak 30 tahun lalu belum ada penggantinya.

  • MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    RINGKASAN INOVASI

    TRANSFORMASI SUKAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    (PROGRAM PENCARIAN BAKAT ATLET PERINGKAT AKAR UMBI)

    2

    2.1.2 Pembangunan sukan di Negeri Kedah agak

    perlahan

    Pencapaian sukan di Negeri Kedah secara keseluruhannya tidak

    konsisten. Kedudukan Negeri Kedah di dalam Carta Pungutan Pingat

    di Sukan Malaysia masih lagi ditahap yang tercorot.

    2.1.3 Atlet Kedah tiada jatidiri

    Atlet Negeri Kedah tiada hala tuju yang jelas di dalam sukan yang

    diceburi. Sukan-sukan yang diceburi sekadar escapism untuk malas

    belajar. Keseimbangan antara kekuatan fizikal dan spiritual tidak

    wujud. Kecintaan terhadap negeri makin pudar, agenda populariti dan

    materialistik mengatasi segala-galanya.

    2.1.4 Ketiadaan Sekolah Sukan yang khusus

    Tiada sekolah yang ditubuh khas sebagai Pusat Latihan kepada atlet-

    atlet, dimana pembentukan sukatan pelajar yang seimbang antara

    sukan dan akademik.

    2.1.5 Pusat Sains Sukan

    Kaedah penggunaan sains sukan di Negeri Kedah masih belum

    menyeluruh. Ketiadaan pakar-pakar sains sukan yang boleh membantu

    atlet dan pasukan dalam menggunakan teknologi sukan bagi

    meningkatkan prestasi.

    2.1.6 Krisis Dalam Badan (Persatuan) Sukan Negeri dan

    Kebangsaan

    Pembangunan sukan terbantut akibat persatuan sukan sentiasa

    bergolak. Hala tuju yang kabur ini menyebabkan atlet-atlet hilang

    tempat penggantungan.

  • MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    RINGKASAN INOVASI

    TRANSFORMASI SUKAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    (PROGRAM PENCARIAN BAKAT ATLET PERINGKAT AKAR UMBI)

    3

    2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

    Oleh kerana membangunkan sukan lebih menjurus kepada penganjuran

    program secara berkala dan bersistematik, maka kaedah-kaedah yang lebih

    terancang dilaksanakan sebagai pencetus inovasi dalam memartabatkan

    kembali sukan di Negeri Kedah dengan pendekatan 7 teras utama.

    2.2.1 Teras 1 Pengujudan Majlis Sukan Daerah

    Mengaktifan kembali peranan Majlis Sukan Daerah dengan penekanan

    diberikan dari segi pengurusan serta kewangan di dalam

    membangunkan sukan di peringkat akar umbi. Penglibatan semua

    agensi Kerajaan, NGO, Pemimpin Politik Tempatan dan Individu-

    Individu Penggiat Sukan di peringkat daerah digabungkan dalam

    menjayakan setiap program sukan di peringkat daerah.

    2.2.2 Teras 2 Pelantikan Setiausaha Kerja Majlis Sukan Daerah

    Individu yang dikenalpasti dilantik sebagai peneraju didalam

    membangunkan sukan diperingkat daerah secara sepenuh masa. Ianya

    berperanan di dalam membantu Majlis Sukan Daerah di Negeri Kedah

    membangunkan sukan di peringkat daerah secara holistik.

    2.2.3 Teras 3 Penganjuran Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA)

    Penganjuran yang melibatkan seluruh daerah di Negeri Kedah secara

    berselang-seli dengan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA). Ianya

    merupakan medan pemilihan atlet / pasukan bagi mewakili Negeri

    Kedah Darul Aman.

    2.2.4 Teras 4 Liga Bola Sepak Daerah

    Liga ini dilaksanakan setiap tahun yang melibatkan penyertaan

    daripada seluruh daerah di Negeri Kedah. Ianya merupakan indikator

    penting dalam menggerakkan sukan bola sepak diperingkat akar umbi

    disamping merealisasikan Manifesto Pentadbiran Kerajaan Negeri

    Kedah di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu.

  • MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    RINGKASAN INOVASI

    TRANSFORMASI SUKAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    (PROGRAM PENCARIAN BAKAT ATLET PERINGKAT AKAR UMBI)

    4

    2.2.5 Teras 5 Liga Sepak Takraw Daerah

    Mengembalikan kecemerlangan sukan sepak takraw yang merupakan

    sukan tradisi orang melayu. Keunggulan sukan sepak takraw di Negeri

    Kedah pada masa dahulu yang berjaya melahirkan beberapa lagenda

    sukan di persada dunia perlu ada kesinambungannya.

    2.2.6 Teras 6 Pusat Satelit Sains Sukan di Negeri Kedah

    Penubuhan sebuah Pusat Satelit Sains Sukan di Negeri Kedah perlu

    dilaksanakan didalam membangunkan sukan masa kini. Peranannya

    didalam menerapkan disiplin sains sukan serta perubatan sukan kepada

    atlet-atlet serta pasukan menentukan halatuju sukan di peringkat negeri

    dan negara secara keseluruhannya.

    2.2.7 Teras 7 Kerjasama dengan Institut Pendidikan / Pengajian Tinggi

    (IPTA)

    Perkongsian Starategik adalah usahasama yang merupakan manifestasi

    Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman didalam

    kerangka melonjakkan sukan di Negeri Kedah ke tahap yang

    cemerlang. Satu jaringan kerjasama yang jitu dan konkrit dengan

    pemegang taruh wajar dieratkan demi kepentingan atlet di dalam

    meningkatkan kerjaya mereka antara sukan dengan akademik.

    2.3 Proses Sebelum

    Secara keseluruhannya Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman yang diberi

    amanah didalam membangunkan sukan di Negeri Kedah melaksanakan

    program pembangunannya secara bersendirian adhoc serta tidak melibatkan

    keseluruhan agensi diperingkat daerah secara optima. Perancangan strategik

    dilaksanakan hanya memberi penekanan jangkamasa pendek dan tidak

    menyeluruh. Peranan NGO, Pemimpin Politik Tempatan dan individu-

    individu yang merupakan penggiat sukan peringkat daerah adakalanya

    dikesampingkan demi mencapai objektif yang singkat.

  • MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    RINGKASAN INOVASI

    TRANSFORMASI SUKAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    (PROGRAM PENCARIAN BAKAT ATLET PERINGKAT AKAR UMBI)

    5

    2.4 Elemen penurunan Kuasa (Jika ada)

    Struktur penubuhan Majlis Sukan Negeri di Negeri Kedah dibawah Akta

    Majlis Sukan Negara 1971 (pindaan jadual kedua 1988) dibawah undang-

    undang Malaysia Akta 29/1997 didalam kaedah 7(2), dimana Majlis Sukan

    Negeri Kedah dipengerusikan oleh YB. EXCO Belia dan Sukan Negeri

    Kedah. Oleh itu, diperingkat daerah Pegawai Daerah bertindak sebagai

    Pengerusi Majlis Sukan Daerah di daerah masing-masing.

    2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan

    /jabatan/ agensi / Negara

    2.5.1 Elemen inovasi / kreativiti

    i) Penglibatan Institut Sukan Negara (ISN) didalam membangunkan sukan secara sistematik dan saintifik.

    ii) Penglibatan secara keseluruhannya pelajar-pelajar sekolah didalam sukan secara berkala dan bersistematik.

    iii) Penglibatan secara langsung dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, Pemimpin Politik Tempatan dan individu-individu

    penggiat sukan daerah serta ibubapa atlet secara dekat bersama

    dan berkesinambungan.

    2.5.2 Elemen keberkesanan

    Kaedah ini memberi impak yang tinggi dimana atlet-atlet dapat

    dilahirkan di seluruh daerah secara bersepadu dan menyeluruh.

    Keciciran dalam pemilihan atlet-atlet yang berpotensi diperingkat akar

    umbi dapat diatasi. Selain daripada itu kemeriahan sukan diperingkat

    daerah juga dapat disemarakkan lagi bersama dengan penglibatan

    seluruh lapisan masyarakat. Adalah diharapkan kejayaan ini akan dapat

    dikongsi bersama suatu hari nanti.

  • MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    RINGKASAN INOVASI

    TRANSFORMASI SUKAN DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    (PROGRAM PENCARIAN BAKAT ATLET PERINGKAT AKAR UMBI)

    6

    2.5.3 Elemen Signifikan

    Penganjuran secara bersepadu ini dapat melahirkan masyarakat

    bersukan diseluruh Negeri Kedah. Perancangan yang bersistematik ini

    juga dapat melahirkan atlet-atlet diseluruh ceruk rantau Negeri Kedah

    yang seimbang antara sukan dan akademik. Pengetahuan mengenai

    sains sukan menyebabkan atlet-atlet terpilih berdasarkan model

    sebenar sesuatu jenis sukan itu. Pelaksanaannya nanti diharapkan

    mampu membangunkan sukan secara holistik dan mengangkat

    martabat sukan Negeri Kedah ke peringkat Antarabangsa.

    2.5.4 Elemen Relevan

    Pelaksanaannya walaupun diperingkat pertengahan, ianya jelas

    menunjukkan impak yang positif. Masyarakat diseluruh daerah sudah

    mula mendekatkan diri didalam sukan. Pengetahuan mereka mengenai

    sukan menyebabkan mereka melibatkan diri secara langsung ataupun

    tidak langsung didalam membangunkan sukan di daerah mereka

    masing-masing. Mereka dilihat lebih komited serta bertanggungjawab

    di dalam memastikan setiap program sukan yang dianjurkan di daerah

    mereka mendapat sambutan ramai dikalangan pelajar-pelajar sekolah

    rendah dan sekolah menengah dalam usaha mencungkil bakat didalam

    bidang sukan. Kriteria ini amat penting di dalam memastikan program

    transformasi sukan di Negeri Kedah dapat dijayakan bersama dengan

    penglibatan semua pihak didalam pelbagai lapisan masyarakat.