sop perlawanan liga malaysia 2021

22
SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021 1

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

1

Page 2: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

2

PENGENALAN

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bermula Mac 2020, MFL telah mengeluarkan SOP seperti di bawah bagi kelangsungan perjalanan Liga Malaysia 2020. Liga Malaysia 2020 telah dijalankan secara separuh pusingan dan Piala Malaysia yang telah memasuki pusingan Suku Akhir telah dibatalkan akibat PKP dilaksanakan semula. Pasukan-pasukan yang menyertai Liga Malaysia 2020 telah memberi komitmen serta kerjasama yang amat baik dalam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan. SOP tersebut adalah seperti berikut:

a. Garis Panduan Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan Fasa I,

Latihan Tanpa Sentuhan Fizikal (15 Jun 2020)

b. Garis Panduan Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan Fasa II, Latihan Kontak (Contact Training) (15 Julai 2020)

c. Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan Persahabatan (2 Ogos 2020)

d. Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia Tanpa Penonton (20 Ogos 2020)

e. Penyambungan semula Liga Malaysia 2020 (28 Ogos 2020)

f. Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan (Latihan Berkontak) Dan Hari Perlawanan Liga Malaysia 2021 (11 Februari 2021)

Perlawanan-perlawanan Liga Malaysia 2021 akan dimainkan tanpa penonton sehingga

diputuskan berlainan oleh MFL dengan nasihat dan kebenaran Kerajaan Malaysia.

Page 3: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

3

BAHAGIAN 1: UJIAN SWAB PCR & UJIAN RTK ANTIGEN

i. Pegawai dan pemain hendaklah menjalani Ujian Swab PCR dan keputusan yang telah disahkan oleh Doktor Pasukan hendaklah diserahkan kepada MFL. Ujian Swab PCR hanya perlu dibuat sekali sahaja iaitu sebelum Latihan pasukan bermula 15 Februari 2021.

ii. Ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pegawai dan pemain turut perlu membuat Ujian RTK Antigen sebagai langkah proaktif bagi memastikan Gelembung Bolasepak (Sports Bubble) terpelihara.

iii. Ujian RTK Antigen hendaklah diadakan dengan kekerapan 1-2 kali dalam masa 7 hari.

iv. Semua pasukan hendaklah membuat ujian RTK Antigen sebelum perlawanan. Pasukan

Pelawat hendaklah membuat ujian RTK Antigen sebelum mendaftar masuk ke penginapan/hotel. Setelah Ujian dibuat pegawai dan pemain hendaklah mengekalkan disiplin dan mematuhi SOP sepanjang di dalam gelembung (Sports Bubble).

v. Pasukan Tuan Rumah (PTR) bertanggungjawab memastikan petugas-petugas stadium/venue

perlawanan membuat Ujian RTK Antigen.

vi. Pegawai perlawanan wajib menjalani ujian RTK Antigen sebelum perlawanan dan hendaklah diruskan/dibantu oleh PTR dan membuat tuntutan kepada MFL melalui borang baucar bayaran Liga Malaysia Pegawai Perlawanan.

vii. Hanya petugas-petugas yang bertugas di Field of Play (FoP) dan Official Area (OA) sahaja wajib membuat RTK Antigen.

viii. Individu yang tidak membuat ujian RTK Antigen adalah dilarang sama sekali masuk ke kawasan FoP dan OA.

ix. Doktor pasukan hendaklah mengeluarkan surat pengesahan menyatakan pegawai dan pemain

yang didaftarkan bebas dari gejala Covid-19 dan layak untuk bermain bolasepak.

x. Hanya pegawai, pemain dan petugas yang bebas wabak dan negatif sahaja dibenar menyertai perlawanan.

xi. PTR hendaklah membantu dalam menguruskan tempat dan masa bagi Ujian RTK Antigen untuk pasukan pelawat.

xii. Semua keputusan ujian tersebut hendaklah diserahkan kepada MFL sebelum perlawanan.

Page 4: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

4

BAHAGIAN 2: VENUE PERLAWANAN

i. Venue perlawanan WAJIB berdaftar di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui pautan notification.miti.gov.my. Bukti pendaftaran hendaklah diserahkan kepada MFL (pendaftaran terkini 2021).

ii. Kaunter saringan hendaklah dibuka di pintu masuk di luar venue perlawanan dan menyediakan peranti pengesan suhu badan serta petugas yang mencukupi bagi menampung ketibaan pasukan Pasukan Tuan Rumah (PTR), Pasukan Pelawat (PL), Pegawai Perlawanan, Petugas venue, Tetamu VVIP dan VIP bagi mengelakkan kesesakan. PTR juga hendaklah menyediakan tempat duduk yang mencukupi di ruang menunggu.

iii. Menyediakan sanitizer dan sabun di tempat yang difikirkan perlu (pintu masuk, tandas, tempat duduk pemain). Semua individu Wajib membersihkan tangan menggunakan sanitizer sebelum masuk dan selepas meninggalkan venue.

iv. Pegawai penyelaras hendaklah memastikan laluan keluar masuk venue dikawal dan lancar serta tidak berlaku masuk dan keluar ke venue secara berkumpulan.

v. Pegawai atau pemain atau mana-mana individu yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5°, tidak dibenarkan masuk.

vi. Individu yang tidak berkenaan tidak dibenarkan berada di venue, kecuali mendapat kebenaran MFL.

vii. Venue, peralatan sukan dan kemudahan mesti menjalani proses disinfeksi atau sanitasi sebelum dan selepas digunakan. Hendaklah mengemukakan bukti bergambar kepada MFL. Tumpuan kawasan sanitasi dan disinfeksi kepada kawasan seperti bilik persalinan, tandas, bangku simpanan, bangku pegawai perlawanan, tempat duduk tetamu, bilik Komisioner Perlawanan, bilik siaraya, bilik pengulas dan kawasan-kawasan yang difikirkan perlu. Pegawai penyelaras pasukan hendaklah memastikan dan berada di venue ketika proses sanitasi dan disinfeksi dijalankan.

viii. Pegawai, pemain dan petugas hendaklah Pastikan mendaftar imbasan QR code di aplikasi MySejahtera yang dipaparkan melalui telefon bimbit masing-masing sebelum memasuki venue.

Page 5: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

5

ix. Memakai pelitup muka ketika tiba dan pulang dari venue perlawanan.

x. Pelitup muka hanya boleh ditanggalkan apabila sesi memanaskan badan dimulakan.

xi. Pastikan mencatat rekod keluar dan masuk dan suhu badan pegawai dan pemain di dalam

buku rekod yang disediakan.

xii. Hanya 2 pintu keluar masuk dibenarkan. Masuk melalui pintu A dan keluar di pintu B.

xiii. Sekiranya menggunakan 1 pintu masuk hendaklah mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter setiap masa serta membuat kawalan dan penjadualan ketika masuk dan keluar.

xiv. Tandas awam mestilah dikawal dan dihadkan penggunaannya.

xv. Meninggalkan venue dengan segera setelah tamat perlawanan.

xvi. Pasukan Tuan Rumah (PTR) hendaklah menyediakan pelitup muka, hand sanitizer dan sarung tangan pakai buang di bilik Persalinan, Bilik Pegawai Perlawanan dan terowong laluan pemain.

xvii. Pasukan Tuan Rumah hendaklah memastikan tiada penonton masuk ke stadium atau berada di perkarangan stadium pada setiap masa. Bahagian stadium yang boleh dilihat dari luar hendaklah ditutup bagi mengelakkan penonton berkumpul menyaksikan perlawanan.

Page 6: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

6

BAHAGIAN 3: PEGAWAI, PEMAIN DAN PETUGAS

i. Pegawai dan pemain hendaklah memastikan sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dan tidak keluar dari gelembung.

ii. Hanya pegawai pasukan (8 orang) sahaja dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan dengan

mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka. Doktor Pasukan dan Fisioterapis hendaklah memakai sarung tangan apabila membuat rawatan. Hanya Ketua Jurulatih sahaja tidak diwajibkan memakai pelitup muka.

iii. Pegawai dan pemain pasukan yang tidak disenaraikan di dalam team list dibenarkan untuk memasuki stadium. Walau bagaimanapun, pegawai dan pemain tersebut hendaklah berdaftar dengan pasukan seperti di dalam selection list, telah menjalani ujian calitan (swab test) dan diluluskan oleh MFL. Kedudukan pegawai dan pemain tersebut adalah tempat duduk penonton, tidak bercampur dengan pemain simpanan dan hendaklah mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter.

iv. Pemain simpanan (9 orang) akan ditempatkan di tempat duduk penonton. Pasukan Tuan Rumah (PTR) hendaklah menanda tempat-tempat duduk tersebut dengan memastikan mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka.

v. Pasukan Tuan Rumah (PTR) hendaklah memastikan pegawai dan pemain boleh meilhat keseluruhan padang permainan dari tempat duduk.

Page 7: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

7

vi. Pembawa stretcher dan pemungut bola hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan

sarung tangan sepanjang bertugas.

vii. Surat kebenaran pergerakan rentas daerah/negeri daripada PDRM hendaklah dimohon dan diuruskan oleh pasukan sehingga diputuskan berlainan.

viii. Pegawai dan pemain yang menaiki kenderaan pasukan (bas / van) ke venue latihan, hendaklah

sentiasa memastikan kebersihan kendiri, memakai pelitup muka dan kenderaan tersebut

Page 8: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

8

hendaklah dibersihkan dan disanitasi. Pemandu kenderaan tersebut juga hendaklah bebas dari sebarang gejala.

ix. Sebarang keputusan positif, Ahli Lembaga Pengarah MFL akan membuat keputusan sama ada

perlawanan tersebut akan ditangguhkan atau dibatalkan. Mereka yang positif perlu dikuarantinkan. Mereka yang negatif perlu melakukan “home quarantine” sehingga ujian kedua dilakukan.

x. Sekiranya didapati pegawai atau pemain positif disebabkan kecuaian sendiri maka MFL berhak

mengenakan hukuman seperti perkara 2.1.2 Peraturan Pertandingan.

BAHAGIAN 4: SEBELUM PERLAWANAN

i. Doktor pasukan hendaklah memastikan pegawai dan pemain yang bergejala atau mencatatkan bacaan suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan menyertai pasukan dan hadir ke venue perlawanan.

ii. Mana-mana individu yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5°C serta mengalami gejala

wabak Covid-19 seperti demam, batuk dan sakit tekak hendaklah terus dibawa segera ke klinik atau hospital berhampiran bagi tujuan pemerikaan.

iii. Pegawai Penyelaras hendaklah memastikan bacaan suhu badan ke atas pegawai dan pemain

kedua-dua pasukan dibuat di tempat penginapan pasukan sebelum pasukan berlepas ke venue perlawanan. Saringan kedua akan dibuat di pintu masuk stadium/venue perlawanan.

iv. Seterusnya, semua pegawai, pemain pasukan, pegawai perlawanan dan petugas stadium/venue

perlawanan wajib menjalani saringan suhu badan dengan menggunakan alat pengesan suhu badan dan membersihkan tangan dengan menggunakan hand sanitizer sebelum memasuki stadium/venue perlawanan.

v. Hanya 10 orang tetamu VVIP bagi Pasukan Tuan rumah (PTR) dan 6 orang tetamu VVIP bagi

Pasukan Pelawat (PL) dibenarkan hadir untuk menyaksikan perlawanan. Hendaklah melalui pemeriksaan suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam stadium/venue perlawanan. Sekiranya kehadiran tetamu VVIP bagi PL atau PTR kurang dari kuota yang seperti

Page 9: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

9

yang telah ditetapkan maka, PTR atau PL berhak memenuhkan kuota tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan hendaklah diberikan kepada PTR terlebih dahulu.

vi. Tetamu-tetamu VVIP dan VIP dilarang memasuki bilik persalinan dan kawasan FOP dan OA pada

setiap masa.

vii. Pegawai, pemain, petugas stadium, pengamal media, pasukan keselamatan serta mana-mana individu yang masuk ke venue perlawanan wajib memakai pelitup muka apabila tiba di venue perlawanan.

viii. Pemain hanya dibenar menanggalkan pelitup muka sebelum memulakan sesi memanas badan.

ix. Bagi mereka yang bertugas di stadium/venue perlawanan hendaklah memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

x. Meminimakan perkongsian peralatan sukan dan semua peralatan hendaklah disanitasi.

xi. Memastikan semua kemudahan di venue perlawanan (fasiliti stadium, tandas, bilik persalinan

pasukan, bilik pengadil, bilik tetamu khas, bilik korporat dan bilik – bilik petugas) dipantau dan disanitasi dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri / Institusi Perubatan Swasta yang berdaftar secara berkala bagi mengelakkan risiko penyebaran COVID-19.

xii. Pasukan yang tiba dahulu akan terus masuk ke venue perlawanan. Setelah selesai, pasukan

seterusnya akan masuk. Pegawai penyelaras hendaklah memastikan proses keluar masuk ini berjalan dengan lancar dan elakkan menjadi tempat berkumpul.

xiii. Bagi venue yang mempunyai ruang bilik persalinan yang terhad, pemain kesebelasan utama hendaklah masuk terlebih dahulu. Pemain simpanan akan bergerak ke padang permainan atau ke tempat duduk. Setelah pemain kesebelasan utama selesai, maka pemain simpanan dibenarkan masuk ke bilik persalinan dan hendaklah mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter.

BAHAGIAN 5: SEMASA PERLAWANAN

i. Pegawai dan pemain memastikan pematuhan penjarakan fizikal sepanjang di dalam bilik persalinan, kawasan Field of Play (FOP) dan Official Area (OA).

ii. Perkongsian sebarang peralatan peribadi seperti botol minuman, tuala muka, tuala mandi

atau alatan peribadi adalah tidak dibenarkan.

iii. Hanya pegawai pasukan sahaja dibenarkan duduk di bangku simpanan dengan mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka.

iv. Pemain simpanan hendaklah ditempatkan di tempat duduk penonton dengan mematuhi

penjarakkan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka.

v. Pengumuman barisan pemain, pertukaran pemain, penjaring gol dan lagu jaringan gol (MFL Anthem) adalah dikekalkan.

vi. Pegawai pasukan dan pemain simpanan hendaklah terlebih dahulu keluar dari terowong dan

menuju ke tempat masing-masing.

Page 10: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

10

vii. Upacara perarakan masuk sebelum perlawanan adalah berjalan seperti biasa. Kedua-dua pasukan hendaklah masuk serentak di dahului dengan Pegawai Perlawanan diiringi dengan MFL Anthem. Pegawai Perlawanan mengadap pentas utama manakala, para pemain kedua-dua pasukan hendaklah berada di dalam posisi mengadap di antara satu sama lain. Lagu Negaraku dinyanyikan, seterusnya para pemain hendaklah tunduk hormat sambil tangan kanan berada di dada kiri setelah tiupan wisel oleh Pengadil Perlawanan. Seterusnya para pemain mengambil tempat untuk sesi fotografi.

viii. Hanya upacara nyanyian lagu Negaraku dibenarkan sebelum sepak mula

ix. Tiada sebarang upacara bersalaman sebelum dan

selepas perlawanan.

x. Upacara lentingan syiling (toss coin) hanya melibatkan Pengadil dan Ketua Pasukan kedua-dua pasukan sahaja. Penolong Pengadil dan Pegawai Ke-IV hendaklah menjalankan tugas pemeriksaan padang semasa upacara sedang berjalan.

xi. Tiada upacara semangat pasukan (team scrum).

xii. Pemungut bola dan pembawa stretcher hendaklah memakai sarung tangan dan pelitup muka

sepanjang perlawanan.

xiii. Drink breaks akan dilaksanakan pada minit ke-30 dan minit ke-75 dengan tidak melebihi 1 minit. Walau bagaimanapun, Pengadil Perlawanan mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan drink breaks pada masa yang bersesuaian semasa perlawanan.

xiv. Menggalakkan jersi pemain ditukar pada masa waktu rehat separuh masa.

xv. Pegawai dan pemain hendaklah mengelakkan dari meludah dan menghembus hingus sepanjang

perlawanan.

Page 11: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

11

BAHAGIAN 6: SELEPAS PERLAWANAN

i. Semua pegawai, pemain, petugas stadium dan pasukan keselamatan hendaklah meninggalkan venue perlawanan secepat mungkin dan memakai pelitup muka semasa keluar dari venue perlawanan.

ii. Semua bilik-bilik, peralatan sukan, bangku simpanan dan tempat duduk yang telah digunakan

hendaklah disanitasi dan disinfeksi dan disimpan semula dalam keadaan yang baik di dalam stor. iii. Bilik-bilik yang telah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi hendaklah ditutup selepas proses

tersebut. iv. Pertukaran jersi di antara pemain dari pasukan lain adalah dilarang sama sekali. v. Bagi pasukan yang bertandang ke venue tempat lawan adalah digalakkan untuk terus pulang ke

negeri masing-masing selepas tamat perlawanan sekiranya perjalanan tidak mengambil masa yang lama.

Page 12: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

12

BAHAGIAN 7: KOMPOSISI PETUGAS YANG DIBENARKAN Dalam hal yang berkaitan, PTR juga dikehendaki untuk mematuhi dan memastikan pecahan tenaga petugas seperti di bawah untuk terlibat dalam kerja-kerja pengelolaan perlawanan bertanggungjawab untuk menjalankan serta menanggung kos Ujian RTK Antigen seperti yang bertanda kuning. Senarai petugas yang dibenarkan adalah seperti yang berikut:-

NO JAWATAN SEBENAR PKP,PKPB,PKPP

1. Komisioner Perlawanan 1 1

2. Koordinator Perlawanan 1 1

3. Penolong Koordinator Perlawanan 1 1

4. Pemain Pasukan PTR 30 30

5. Pegawai Pasukan PTR yang berdaftar 15 15

6. Pemain Pasukan PL 30 30

7. Pegawai Pasukan PL yang berdaftar 15 15

8. Delegasi Pasukan/Tetamu VVIP 30 10(PTR) 6 (PL)

9. Pegawai Pemantau FAM / MFL 4 2

10. Pegawai Perlawanan: Pengadil, Penolong Pengadil, Pegawai Ke-4, Penolong Pengadil Tambahan dan Penilai Pengadil

6

6

11. Pegawai Penyelaras - 1

12. Sekretariat PTR 5 3

13. Juruhebah 1 1

14. Juruaudio 1 1

15. Media 15 15

16. Pegawai Media Pasukan Tuan Rumah 2 1

17. Jurugambar 15 10

18. Jurugambar Rasmi (OP) MFL 2 2

19. Jurugambar Pasukan Tuan Rumah 2 1

20. Pegawai Keselamatan 1 1

21. Pegawai Pemasaran 3 1

22. Pegawai Teknologi Maklumat 2 1

23. Pegawai / Petugas Stadium 30 20

24. Polis / FRU / RELA / Bomba (Tertakluk kepada keputusan Ketua Polis Daerah)

50 (anggaran)

15 (anggaran)

25. Doktor Venue 1 1

26. Pembantu Perubatan 2 1

27. Pengusung Stretcher 8 8

28. Pemandu Ambulan 2 2

29. Penyelia Pemungut Bola 1 1

30. Pemungut Bola 10 6

31. Penerbitan TV 30 (anggaran)

20 (anggaran)

32. Pegawai Perhubungan 3 2

33. Tetamu/Petugas MFL (sekiranya ada) - Akan dimaklumkan

JUMLAH 319 231

Page 13: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

13

BAHAGIAN 8: MEDIA

i. Petugas-petugas media WAJIB membuat permohonan bagi membuat liputan SATU (1) HARI SEBELUM perlawanan kepada Pegawai Media pasukan Tuan Rumah.

ii. Hanya 25 orang pengamal media dibenarkan masuk (15 orang wartawan & 10 orang jurufoto) ke venue perlawanan.

iii. Petugas media Jurufoto & Juruvideo yang akan turun ke kawasan padang (Field of Play) WAJIB membuat pemeriksaan RTK Antigen sebelum masuk ke dalam stadium dan mengemukakan semasa pendaftaran masuk untuk setiap perlawanan.

iv. Ujian RTK Antigen hendaklah dibuat pada hari perlawanan.

v. Petugas media WAJIB menggunakan Kad Akreditasi Liga Malaysia 2021/2022.

vi. Kehadiran petugas media WAJIB direkodkan. (Nama penuh, no telefon, organisasi dan bukti pemeriksaan RTK Antigen).

vii. Petugas media yang menunjukkan keputusan positif pada pemeriksaan RTK Antigen tidak dibenarkan masuk ke venue perlawanan.

viii. Petugas media yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5°C serta mengalami gejala wabak Covid-19 seperti demam, batuk dan sakit tekak tidak dibenarkan masuk ke venue perlawanan.

ix. Petugas media WAJIB memakai pelitup muka sepanjang bertugas.

x. Pasukan WAJIB mengasingkan pintu masuk dan keluar petugas media dengan pemain serta pegawai kelab.

8.1 SEBELUM PERLAWANAN

i. Petugas media tidak dibenarkan untuk buat rakaman di tempat ketibaan.

ii. Petugas media tidak dibenarkan untuk membuat temu ramah pemain sebelum perlawanan.

iii. Petugas media WAJIB duduk di media tribun dan perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter.

Page 14: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

14

iv. Petugas media tidak dibenarkan duduk di dalam bilik media.

v. Jurufoto mesti mengamalkan penjarakan fizikal ketika mengambil gambar pemain masuk

ke padang permainan dan juga ketika berada di dalam sebarang kedudukan di sepanjang tempoh permainan.

vi. Pegawai Media PTR hendaklah menandakan tempat bertugas petugas media dengan mengekalkan penjarakkan fizikal.

vii. Sesi bergambar berkumpulan (group photo) adalah dibenarkan dan perlu penjarakkan fizikal 1meter.

8.2 SEMASA PERLAWANAN

i. Jurufoto dan juruvideo dibenarkan untuk berada disepanjang garisan belakang papan iklan (kecuali belakang gol) untuk merakam perlawanan.

ii. Jarak fizikal jurufoto/juruvideo antara satu sama yang lain sekurang-kurangnya mestilah satu 1 meter.

iii. Bagi Juruvideo yang membuat rakaman dari pentas utama juga harus mengamalkan

penjarakan fizikal satu 1 meter. iv. Jurufoto/Juruvideo yang bertukar tempat semasa separuh masa perlulah menunggu

sehingga pemain dan pegawai perlawanan selesai masuk ke bilik persalinan dan perlu menjaga jarak fizikal yang disarankan.

v. Pegawai Media PTR hendaklah memantau pematuhan SOP dan penjarakkan fizikal petugas media sepanjang perlawanan.

Page 15: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

15

8.3 SELEPAS PERLAWANAN

i. Bilik sidang media perlu dihadkan jumlahnya kepada petugas media mengikut keluasan

bilik serta mengamalkan penjarakan fizikal.

ii. Jarak antara petugas media adalah satu (1) meter.

iii. Jarak antara petugas media dan meja sidang media dua (2) meter.

Page 16: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

16

iv. Pegawai media harus memastikan Ketua Jurulatih dan Pemain memakai pelitup muka

ke bilik sidang media.

v. Petugas media mesti bersiap sedia di dalam bilik sidang media sebelum ketibaan masuk

Ketua Jurulatih dan Pemain.

vi. Selepas tamat sidang media, Ketua Jurulatih dan Pemain harus meninggalkan bilik

sidang media terlebih dahulu dan diikuti oleh petugas media yang lain.

vii. Petugas media tidak dibenarkan membuat temuramah di luar dari Bilik Sidang Media

selepas tamat sidang media.

viii. Petugas media tidak dibenarkan untuk menunggu di ruang Mixed Zone.

ix. Pegawai Media PTR hendaklah memastikan dan memantau pelaksanaan SOP tersebut.

AKSES MEDIA √ X CATATAN

Pintu Masuk √ Rekod kehadiran, periksa suhu badan, pemeriksaan keputusan RTK Antigen dan memakai pelitup muka.

Ketibaan Pemain X Tidak dibenarkan

Tribun Media √ Kedudukan jarak petugas media SATU (1) METER

Bilik Pusat Media X Tidak dibenarkan

Bilik Persalinan Pemain X Tidak dibenarkan

Kedudukan jurufoto & juruvideo

√ Kekalkan jarak SATU (1) METER dengan petugas media yang lain.

Bilik Sidang Media √ Kekalkan jarak SATU (1) METER dengan petugas media yang lain dan DUA (2) METER dengan meja sidang media.

Mixed Zone X Tidak dibenarkan

Page 17: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

17

8.4 UNIT MEDIA PASUKAN Unit media pasukan harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan membuat ujian Swab Test sebelum sesi latihan pertama dan seterusnya ujian RTK Antigen bersama pasukan.

BAHAGIAN 9: PENYIAR RASMI

9.1 SEBELUM PERLAWANAN

i. Semua petugas yang akan berada di Field of Play (FOP) dan Official Area (OA) hendaklah

membuat Ujian RTK Antigen di negeri perlawanan diadakan. Petugas yang tidak akan

berada di FOP dan OA tidak perlu membuat ujian tersebut.

ii. Selepas membuat ujian semua petugas hendaklah menjaga disiplin dan mematuhi

Gelembung Bolasepak (Sports Bubble).

iii. Kesemua Petugas Penyiaran yang terlibat bagi siaran langsung setiap perlawanan akan

menjalani saringan kesihatan (RTK Antigen) yang disediakan oleh Pasukan Tuan Rumah

serta mengamalkan penjarakan fizikal yang ditetapkan serta memakai pelitup muka di

setiap masa.

iv. Petugas yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5°C serta mengalami gejala wabak

Covid-19 tidak dibenarkan masuk.

v. Siaran akan dimulakan dengan rakaman video ketibaan pasukan tuan rumah dan pasukan

pelawat turun dari bas dan terus ke kaunter saringan kesihatan. Jurukamera mesti

menggunakan pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

vi. Temuramah rasmi bersama Ketua Jurulatih dan Pemain akan dilakukan di tempat terbuka

seperti di tepi kawasan padang dengan seperti berikut :

vii. Sesi temuramah diadakan di tepi padang permainan dan penemuramah mesti memakai pelitup muka di sepanjang sesi tersebut dan perlu memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter daripada pemain atau ketua jurulatih (Ketua Jurulatih / Pemain disarankan untuk memegang mikrofon yang telah disanitasi).

Page 18: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

18

viii. Rakaman di bilik persalinan akan dibuat secara langsung hanya penggunaan kamera statik yang akan dipasang di bilik persalinan untuk mengambil rakaman video tidak melebihi 5 minit tanpa audio. Jurukamera tidak dibenarkan berada di dalam bilik persalinan.

ix. Penggambaran video di terowong stadium sebelum pemain-pemain memasuki kawasan

padang akan dilakukan secara langsung oleh jurukamera dengan mematuhi perjarakan fizikal ataupun dengan menggunakan kamera statik yang akan diletakkan di terowong stadium untuk mendapatkan visual.

9.2 SEMASA PERLAWANAN

Temubual sejurus tamat separuh masa pertama bersama Ketua Jurulatih atau wakil dari pasukan akan dilakukan di tepi Kawasan padang permainan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. (Ketua Jurulatih / Wakil Pasukan disarankan untuk memegang mikorofon sendiri. Mikorofon akan sentiasa dibersihkan dan disanitasi sebelum dan selapas digunakan) 9.3 SELEPAS PERLAWANAN Sejurus selepas tamat perlawanan, sesi temuramah Bersama Ketua Jurulatih pasukan akan dilakukan di tepi Kawasan padang permainan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 meter. (Ketua Jurulatih / Wakil Pasukan disarankan untuk memegang mikorofon sendiri)

BAHAGIAN 10: PINDAAN TERKINI ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN (OTP): GARIS

PANDUAN MESYUARAT KOORDINASI PERLAWANAN (MCM) LIGA MALAYSIA 2021 SECARA

ATAS TALIAN

10.1 SEHARI SEBELUM PERLAWANAN

I. Lantikan rasmi Komisioner Perlawanan (MC) akan dikeluarkan selewat-lewatnya sehari sebelum perlawanan.

II. Komisioner Perlawanan (MC) yang dilantik akan mengedarkan pautan mesyuarat atas talian kepada Koordinator Perlawanan (GC) Pasukan sebelum ianya diedarkan kepada Pegawai wajib hadir seperti senarai berikut :

a. Penilai Pengadil (RA) b. Pegawai Ke-4 (P4) c. Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus Pasukan / Pegawai Tadbir PTR d. Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus Pasukan / Pegawai Tadbir PL e. Ketua Jurulatih / Penolong Ketua Jurulatih PTR f. Ketua Jurulatih / Penolong Ketua Jurulatih PL g. Pegawai Media PTR h. Pegawai Media PL i. Pegawai Keselamatan PTR j. Wakil Penyiar Rasmi (sekiranya perlu)

III. Pautan yang diedarkan adalah sulit dan hanya boleh digunakan untuk sesi mesyuarat tersebut sahaja.

IV. Pautan hendaklah diedarkan selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum mesyuarat bermula.

Page 19: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

19

10.2 HARI PERLAWANAN

I. Koordinator Pasukan (GC) PTR hendaklah memastikan Pegawai-Pegawai seperti di para (10.1) (II) tersebut menerima pautan tersebut dan menyertai sesi mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

a. Kehadiran di Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) cara atas talian tepat pada jam 10.00 pagi pada hari perlawanan.

b. Komisioner Perlawanan (MC) yang dilantik akan mempengerusikan mesyuarat dan mengawal akses ahli-ahli mesyuarat.

c. Kedua-dua pasukan WAJIB menunjukkan jersi & pakaian pasukan secara fizikal pada sesi mesyuarat.

d. Pegawai-pegawai MESTI berada di dalam tempat yang sesuai seperti berikut :

i) Bilik / tempat yang tidak bising. ii) Mempunyai latar belakang yang sesuai. iii) Memakai baju / pakaian rasmi pasukan / petugas. iv) Hanya mengaktifkan butang mikrofon apabila ingin mengajukan soalan.

II. Komisioner Perlawanan akan membuat pembentangan mesyuarat menggunakan slide pembentangan yang disediakan oleh MFL.

III. Komisioner Perlawanan akan menghantar laporan minit mesyuarat selepas tamat sesi mesyuarat menggunakan ‘Pre-match report’ sistem CMS.

IV. Kehadiran Pegawai-Pegawai tersebut adalah termaktub di dalam Organisasi Teknikal Perlawanan MFL dan boleh dikenakan denda sekiranya gagal dipatuhi.

V. Pegawai-pegawai MFL akan turut serta dalam sesi-sesi Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) bagi tujuan pemantauan.

Page 20: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

20

BAHAGIAN 11: PEMATUHAN

i. Kelab hendaklah bertanggung jawab mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN, KKM, KBS dan MFL.

ii. Kelab harus jujur dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesihatan pegawai dan pemain. iii. Menasihati pemain supaya mengurangkan aktiviti sosial seperti berkumpul ditempat yang sesak

terutamanya selepas latihan.

iv. Tiada interaksi atau berkontak secara rapat dengan orang luar selain keluarga terdekat di dalam rumah yang sama.

v. Segala SOP yang dilaksanakan ini adalah menjadi tanggungjawab setiap individu dan kelab untuk

dipatuhi. vi. Pegawai Penyelaras Covid-19 kelab hendaklah memastikan semua SOP dipatuhi. vii. Sekiranya terdapat pelanggaran sebarang SOP atau perjanjian, MFL berhak untuk menarik balik

kebenaran latihan atau mengenakan tindakan kepada kelab sekiranya perlu oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

viii. MFL juga sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesan kepada kelab di atas

kecuaian di dalam melaksanakan SOP yang ditetapkan.

ix. Sekiranya terdapat pegawai atau pemain pasukan yang didapati positif, maka, Ahli Lembaga Pengarah MFL akan menentukan sama ada perlawanan dibatalkan atau ditunda.

x. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai atau pemain dijangkiti akibat melanggar SOP, maka, kelab boleh dikenakan tindakan seperti berikut: a. perlawanan dibatalkan dan kalah 0-3 b. kelab yang bersalah akan menanggung semua kos pengelolaan perlawanan dan apa-apa kos

yang telah dikeluarkan oleh pasukan lawan (tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL)

c. pegawai atau pemain atau kelab boleh digantung dari menyertai sebarang aktiviti bolasepak

pada tempoh yang ditetapkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

xi. Pegawai atau pemain yang positif hendaklah dikuarantin mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM dan dilarang sama sekali menyertai pasukan sehingga disahkan sihat oleh pihak hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah. Manakala, pegawai dan pemain lain kelab tersebut hendaklah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) semula bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan bebas gejala.

xii. Hanya pegawai dan pemain yang disahkan negatif dan bebas gejala sahaja dibenar untuk meneruskan latihan dan perlawanan.

xiii. Pasukan hanya dibenarkan membawa pegawai-pegawai yang berdaftar sahaja untuk perlawanan serta mengganti pegawai yang dikuarantin.

Page 21: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

21

xiv. Sekiranya venue pasukan tuan rumah tidak dibenar digunakan akibat disanitasi kerana kes Covid-19 atau apa-apa jua alasan berkitan wabak Covid-19, maka, perlawanan hendaklah bermain di venue berkecuali atau di venue pasukan lawan. Walau bagaimanapun, sebarang perbelanjaan hendaklah ditanggung oleh pasukan tuan rumah.

xvi. Hukuman juga boleh dikenakan mengikut perkara 2.1.2 Peraturan Pertandingan seperti berikut:

2.1.2 Mana-mana Kelab, Pegawai atau Pemain yang mengingkari mana-mana Perkara, di dalam Peraturan

Pertandingan Liga Malaysia MFL boleh dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan atau hukuman-

hukuman seperti berikut:

i. Amaran atau amaran keras;

ii. Kelab boleh dikenakan denda maksimum RM100,000.00; Pegawai boleh dikenakan denda

maksimum RM50,000.00; Pemain boleh dikenakan denda maksimum RM25,000.00; manakala

denda minimum bagi Kelab, Pegawai dan Pemain adalah seperti yang ditetapkan oleh Ahli

Lembaga Pengarah MFL. Jika Kelab, Pegawai atau Pemain gagal menjelaskan denda pada

tarikh yang ditetapkan, maka Kelab, Pegawai dan Pemain tidak boleh menyertai Aktiviti

Bolasepak walaupun tempoh penggantungan telah tamat.

iii. Dana Hak Penyiaran dan Komersial dilucutkan haknya;

iv. Kelab dikira kalah dengan jaringan 0-3 dan 0 mata dan kemenangan diberikan kepada Kelab

yang satu lagi dengan 3 mata dan jaringan gol 3-0 atau jaringan semasa Perlawanan dihentikan

atau Perlawanan tamat atau yang mana lebih;

v. Memotong minimum 3 mata Perlawanan Kelab;

vi. Penggantungan Kelab untuk beberapa Perlawanan atau musim atau musim-musim berikutnya;

vii Kelab, Pegawai dan Pemain mestilah memulangkan balik piala, medal atau hadiah wang tunai

yang telah diterima. Wang tunai hendaklah dipulangkan sepenuhnya mengikut jumlah yang

diterima;

viii. Kelab terkeluar daripada Liga Malaysia dan semua Perlawanan terdahulu tidak dikira serta

digantung automatik sekurang-kurangnya 2 tahun atau 2 musim;

ix. Pendaftaran Pemain atau Pegawai terbatal serta merta dan dengan demikian semua

Perlawanan terdahulu yang disertai oleh Pemain ini dikira kalah dengan jaringan 0-3 dan 0

mata atau mengikut jaringan sebenar jika ianya lebih dan Pegawai atau Pemain digantung

serta merta iaitu:

a. Sekurang-kurangnya 6 Perlawanan atau maksimum 6 bulan bagi Pegawai dan sekurang-kurangnya 3 Perlawanan atau maksimum 3 bulan bagi Pemain; atau

b. Kelab, Pegawai atau Pemain terkeluar daripada Pertandingan dan Ahli Lembaga Pengarah MFL hendaklah mengenakan hukuman-hukuman lanjut yang difikirkan perlu dan patut; atau

c. Pegawai dikenakan denda minimum RM2,000.00 dan Pemain dikenakan denda minimum RM1,000.00; atau

Page 22: SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

SOP PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

22

d. Pegawai atau Pemain tidak dibenarkan berada di bilik persalinan, di kawasan teknikal atau duduk di bangku simpanan.

x. Apa-apa tindakan atau tindakan-tindakan lain yang difikirkan perlu dan patut oleh Ahli

Lembaga Pengarah MFL

xi. MFL boleh mencadangkan apa-apa hukuman-hukuman lanjut kepada Ahli Lembaga Pengarah

MFL.

MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE (MFL)