kiu ling feng - fp.utm.my filesaya kiu ling feng (huruf besar) mengaku membenarkan tesis...

29
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 2 SESI 2005/06, JURUSAN SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. KIU LING FENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vonga

Post on 14-Jun-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 2 SESI 2005/06, JURUSAN

SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR.

KIU LING FENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN DUA SESI 2005/06, JURUSAN SAINS,

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya KIU LING FENG

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA)(TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: KIU LING FENG, C/O ANTHONY HII, HOSPITAL KAPIT, 96800 KAPIT, SARAWAK.

Tarikh: Tarikh:

TUAN HAJI MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

(Nama Penyelia)

Disahkan Oleh,

21 APRIL 2006 21 APRIL 2006

Page 3: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor Matematik)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : TUAN HAJI MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh :

21 APRIL 2006

Page 4: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

i

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN DUA SESI 2005/06, JURUSAN

SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR.

KIU LING FENG

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan:

Nama Penulis: KIU LING FENG

Tarikh: 21 APRIL 2006

Page 6: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

Ayah dan ibu yang amat saya hormati,

Kakak, abang dan adik saya yang amat saya kasihi,

Suami yang amat saya cintai.

Page 7: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada penyelia saya Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman, atas tunjuk ajar yang

diberikan di samping tidak jemu memberi bantuan sepanjang melaksanakan kajian ini.

Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak memberi

pandangan dan nasihat kepada saya.

Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua responden kajian iaitu

pelajar-pelajar Tahun 2, jurusan Sains (SPK, SPC, SPP, SPF dan SPN), Fakulti

Pendidikan, UTM, kampus Skudai yang sudi memberi kerjasama dalam menjawab

kertas soal selidik dan ujian kemahiran proses sains bersepadu yang dibagi.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-

pelajar Tahun 5 dari kursus SPC yang sudi menbantu saya dalam menyempurnakan

kajian rintis saya. Di samping itu, mereka juga banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar

kepada saya dalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.

Penghargaan juga tidak dilupakan merakamkan kepada ayah, ibu, adik-beradik

dan suami yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan yang

diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan,

cadangan dan sebagainya.

Page 8: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran

proses sains bersepadu (KPSB) dan aspek KPSB yang paling dominan dikuasai di

kalangan 100 orang pelajar-pelajar Tahun dua, sesi 2005/06 yang mengambil kursus

pendidikan Sains Teras, Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan

penguasaan KPSB berdasarkan jantina, kedudukan CPA dan bangsa. Hubungan antara

penguasaan KPSB dengan minat terhadap mata pelajaran Sains pelajar-pelajar juga

ditentukan. Aspek KPSB yang diuji ialah mengawal pembolehubah, mengenalpasti

hipotesis, mendefinisi secara operasi, mentafsir maklumat dan mengeksperimen. Tahap

penguasaan KPSB telah diuji dengan menggunakan instrumen Test Of Integrated

Process Skills I&II (TIPS I&II) yang dibangunkan oleh Okey, Wise dan Burns (1983)

dan diubahsuaikan oleh Samini (1986) dengan kebolehpercayaan, α= 0.89. Manakala

minat terhadap mata pelajaran Sains telah diuji dengan menggunakan sebahagian

daripada instrumen Test Of Science Related Attitudes (TOSRA) dengan

kebolehpercayaan,α= 0.85. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik

deskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik

inferensi menggunakan ujian-t, ANOVA sehala dan kolerasi Pearson. Keputusan kajian

mendapati bahawa tahap penguasaan KPSB secara keseluruhan pelajar-pelajar Tahun

dua adalah sederhana dengan min skor 20.21 (57.68%). Aspek KPSB yang paling

dominan dikuasai oleh pelajar-pelajar adalah kemahiran mentafsir maklumat dengan

min skor 4.83(69.00%). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak wujud

perhubungan positif yang signifikan antara penguasaan KPSB dengan minat terhadap

mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 yang dikaji. Hasil kajian juga

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan KPSB

antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dan juga antara pelajar Melayu dengan

pelajar Cina. Tetapi, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan bagi penguasaan KPSB berdasarkan kedudukan CPA pelajar-pelajar.

Page 9: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

vi

ABSTRACT

The aim of this descriptive study was to measure the mastery level of integrated

science process skills (ISPS) and aspect ISPS which was the most dominant mastery

among 100 second years students, session 2005/06 which are taking education course

Science , Chemistry and Physic in Faculty Education, University Technology Malaysia,

Skudai, Johor. The study also highlighted the differences of mastery of ISPS among the

students of different sex, CPA level and ethnic groups. Relationship between the

mastery of ISPS and interests of Science subjects also be determined. Aspects of ISPS

were measured in this study included controlling variable, identifying hypotheses,

defining operationally, interpreting data and experimenting. The mastery level of ISPS

was measured by using Test Of Integrated Process Skills I&II (TIPS I&II) which was

developed by Okey, Wise and Burns (1983) and modified by Samini (1986) with

reliability, α= 0.89 while the interests of Science subjects was measured by using partial

Test Of Science Related Attitudes (TOSRA) with reliability, α= 0.85. The two types of

statistic used for this study were the descriptive and inferential statistics. Descriptive

statistics was use to obtain mean, frequency, percentage and standard deviation while

inferential statistics which included t-test, one way ANOVA and Pearson Correlation.

The findings of this study mentioned that as a whole, mastery level of ISPS second year

students are moderate with score mean 20.21 (57.68%). The aspect of ISPS which are

the most dominant mastery by the students was skills of interpreting data with score

mean 4.83 (69.00%). The result showed that there was not a significant positive

relationship between the mastery of ISPS students and their interests of Science

subjects. Besides, the results of this study showed that there was a not significant

difference between female and male students and also Malay and Chinese students in

their mastery of ISPS. However, the results of this study mentioned that there was a

significant difference for the student’s mastery of ISPS based on their CPA level.

Page 10: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

vii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB TAJUK

SATU PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Kepentingan Kajian 12

1.9 Kerangka Konsep Kajian 13

1.10 Definisi Operasional 14

1.10.1 Tahap Penguasaan 14

1.10.2 Kemahiran Proses Sains Bersepadu 15

Page 11: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

viii

1.10.3 Kemahiran Membuat Hipotesis 15

1.10.4 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 16

1.10.5 Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi 16

1.10.6 Kemahiran Mentafsir Maklumat 17

1.10.7 Kemahiran Mengeksperimen 17

1.11 Penutup 18

DUA SOROTAN PENULISAN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Kemahiran Saintifik 19

2.3 Kemahiran Proses Sains (KPS) 22

2.4 Kepentingan KPS Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Sains 25

2.5 Pengaplikasian KPS 27

2.5.1 Pengaplikasian KPS di Universiti

Teknologi Malaysia. 28

2.5.2 Pengaplikasian KPS di Peringkat

Sekolah Menengah. 29

2.6 Kajian Tentang Peranan Guru Dalam

Penerapan KPS 29

2.7 Kajian Tentang KPS Secara Umum. 32

2.7.1 Kajian Tentang KPS di Peringkat

Institusi Pengajian Tinggi. 32

2.7.2 Kajian Tentang KPS di Peringkat

Sekolah Menengah. 35

2.8 Kajian Hubungan Antara Penguasaan KPS

Dengan Minat Terhadap Sains 38

2.9 Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan Jantina. 39

2.10 Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan Bangsa. 40

2.11 Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan

Kedudukan CPA 40

2.12 Penutup 41

Page 12: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

ix

TIGA METODOLOGI 43

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Pensampelan Dan Tempat Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 45

3.5 Kajian Rintis 47

3.6 Prosedur Kajian 48

3.7 Cara Pengumpulan Data 50

3.8 Analisis Data 50

3.8.1 Analisis Tahap Penguasaan KPSB 50

3.8.2 Analisis KPSB Yang Paling Dominan

Dikuasai Oleh Pelajar-Pelajar. 51

3.8.3 Analisis Hubungan Penguasaan KPSB

Dengan Minat Terhadap Sains. 52

3.8.4 Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB

Berdasarkan Jantina 54

3.8.5 Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB

Berdasarkan Bangsa 54

3.8.6 Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB

Berdasarkan Kedudukan CPA 55

3.9 Penutup 55

EMPAT PENGANALISAAN DATA 56

4.1 Pengenalan 56

4.2 Latar Belakang Responden 56

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Kedudukan CPA 57

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Minat

Terhadap Mata Pelajaran Sains 58

4.3 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 59

4.3.1 Tahap Penguasaan KPSB Secara

Keseluruhan 60

Page 13: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

x

4.3.2 KPSB Yang Paling Dominan Dikuasai

Oleh Pelajar-Pelajar 62

4.4 Analisis Hipotesis Kajian 64

4.4.1 Hubungan Antara Penguasaan KPSB Dengan

Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains. 64

4.4.2 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

Jantina. 65

4.4.3 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

Bangsa. 66

4.4.4 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

Kedudukan CPA 67

4.5 Penutup 68

LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 70

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan Kajian 70

5.3 Perbincangan Kajian 73

5.3.1 Tahap Penguasaan KPSB Secara

Keseluruhan 73

5.3.2 KPSB Yang Paling Dominan Dikuasai Oleh

Pelajar-Pelajar 75

5.3.3 Hubungan Antara Penguasaan KPSB Dengan

Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains. 76

5.3.4 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

Jantina 76

5.3.5 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

Bangsa 77

5.3.6 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

Kedudukan CPA 77

5.4 Cadangan Tindakan 78

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.6 Penutup 81

Page 14: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xi

RUJUKAN 83

LAMPIRAN A 93

LAMPIRAN B 110

Page 15: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

1.1 Markah KPS Berdasarkan Maktab 5

2.1 Penerangan Kemairan Proses Sains Asas 23

2.2 Penerangan Kemairan Proses Sains Bersepadu 24

3.1 Populasi kajian Dan Sampel Kajian 44

3.2 Nombor-nombor Item Bagi Setiap KPSB Dalam Ujian

TIPS I&II 47

3.3 Tahap Penguasaan KPSB Dengan Peratus Markah 51

3.4 Pengkelasan Skala Empat Mata 52

3.5 Sela Min Bagi Tahap Keminatan Terhadap Mata Pelajaran

Sains 53

3.6 Klasifikasi Koefisien Pearson Mengikut Rowntree 53

4.1 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 57

4.2 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kedudukan

CPA 57

4.3 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa 58

4.4 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Minat

Terhadap Mata Pelajaran Sains 59

4.5 Taburan Skor Bagi Ujian KPSB 60-61

4.6 Statistik Diskriptif Bagi Ujian KPSB 61

4.7 Frekuensi Skor Dan Statistik Diskriptif Bagi Setiap KPSB 63

4.8 Analisis Korelasi Di Antara Minat Terhadap Mata Pelajaran

Sains Dengan Penguasaan KPSB 64

4.9 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan KPSB Di Antara Pelajar

Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 66

4.10 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan KPSB Di Antara Pelajar

Page 16: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xiii

Melayu Dengan Pelajar Cina 67

4.11 Statistik Diskriptif Berdasarkan Kedudukan CPA 67

4.12 Ujian ANOVA Sehala Antara Penguasaan KPSB Dengan

Kedudukan CPA 68

Page 17: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 13

2.1 Komponen Kemahiran Saintifik 21

3.1 Carta alir: Prosedur Kajian Perlaksanaan Projek Sarjana Muda 49

4.1 Taburan Responden Mengikut Lima Kategori Tahap

Penguasaan KPSB 62

Page 18: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

CPA Purata Himpunan Mata Nilai

FP Fakulti Pendidikan

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPS Kemahiran Proses Sains

KPSA Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

RRJP2 Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2

SPC Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia Minor Matematik)

SPF Sarjana Muda Sains Pendidikan (Fizik Minor Matematik)

SPK Sarjana Muda Sains Pendidikan Serta Komputer (Kimia)

SPN Sarjana Muda Sains Pendidikan (Sains)

SPP Sarjana Muda Sains Pendidikan Serta Komputer (Fizik)

SPSS Statistical Packages For Social Science

TIPS I & II Test Of Integrated Process Skill I & II

TOSRA Test Of Science Related Attitudes

UKBSL Ujian Kemahiran Berfikir Secara Logik

UKPS Ujian Kemahiran Proses Sains

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO TAJUK

Lampiran A Borang Soal Selidik Dan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Lampiran B Sinopsis Kursus SPS 3121 / SPN 2121: Pendidikan Amali Kimia 1

Page 20: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahatir bin Mohamad pada 28

Febuari 1991 telah menyatakan bahawa hasratnya untuk menjadi Malaysia sebagai

sebuah negara maju pada tahun 2020. Antara inti ucapan beliau ialah untuk

menwujudkan masyarakat saintifik yang progresif, yang bukan sebagai menjadi

pengguna teknologi malah sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan. Daripada perspektif pendidikan, ada dinyatakan dalam

Rangka Rancangan Jangka Panjang kedua (RRJP2) di mana usaha-usaha dalam

bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk melahirkan warganegara yang

mempunyai imbangan yang bersesuaian antara pengetahuan dan kemahiran dengan

memberi tumpuan kepada sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan moral yang

tinggi, rasa bertanggungjawab, berdaya cipta, bermudah lentur diri dan berupaya

memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur

dan bersatu.

Bagi mendorong hasrat negara menjelang tahun 2020 untuk melahirkan

pekerja mahir dan separuh mahir, peranan guru amat penting. Guru perlu

menerapkan konsep kemahiran saintifik yang berasaskan sains dan teknologi dalam

pengajaran mereka. Menurut Mohd. Najid (1997), di dalam pengajaran sains,

perkara-perkara berikut perlu dipenuhi iaitu aktiviti yang aktif berpusat kepada

pelajar; penumpuan kepada tahap kognitif kemahiran tinggi iaitu inkuiri, analisis,

sintesis dan penilaian; peluang kepada pelajar untuk terlibat dan proses pengajaran

Page 21: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

2

dan pembelajaran; situasi interaktif supaya pelajar boleh belajar melalui sistem

sosial dalam institusi dan penilaian yang tidak menggalakkan hafalan semata-mata.

Kefahaman bahawa proses pengajaran adalah proses memberi fakta dan

maklumat serta melatih bagaimana fakta itu boleh dihafalkan dan diingati perlu

diubah. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dan diiktiraf sebagai

proses pendidikan bersepadu dan menyeluruh dengan maksud menwujudkan situasi

budaya ilmu yang merangsangkan kesamarataan peluang. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan juga adalah yang menggabung elemen-elemen lain yang

penting seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mewujudkan insan yang

harmonis disamping bersifat kreaktif dan inovatif.

Pekerja mahir di abad yang akan datang bukan hanya dapat menjalankan

tugas dengan efisien dan produktif tetapi juga dapat menyumbang kepada proses dan

produk. Mereka seharusnya dapat menyumbang dalam dua bidang utama iaitu

inovasi dan kreativiti. Sekarang diperkatakan bahawa profesion akan menjadi lebih

khusus dan spesifik. Persaingan akan menjadi lebih sengit dan pembangunan produk

memerlukan pekerja-pekerja yang boleh berfikir.

Sejarah telah membuktikan bahawa negara menjadi maju adalah kerana ia

maju dalam bidang sains dan teknologi seperti kemajuan revolusi industri yang

berlaku di barat. Kemajuan yang diimport tidak akan menjamin kesejahteraan yang

berterusan kerana kemungkinan negara akan terus bergantung kepada teknologi dan

sumber luar adalah sangat besar. Pengantungan dapat dielakkan jika kemahiran

proses sains sistem pendidikan negara kita dipertingkatkan ( Mohd Najid, 1999).

Mereka yang terlibat dalam sesuatu industri, kreaktif, sistematik, kritis dan rasional

yang biasanya dilambangkan melalui fikiran saintifik. Perkara ini boleh bermula

dengan menerapkan sikap dan kemahiran dari peringkat rendah lagi iaitu bermula di

dalam bilik darjah. Pengalaman di dalam bilik darjah ini diharap dapat memberi

pengajaran dan seterusnya kemahiran yang perlu kepada para pelajar yang akan

menjadi tenaga kerja pada masa akan datang. Implikasinya, salah satu matlamat

pembangunan pendidikan 2001-2010 adalah untuk melahirkan insan yang dapat

membudayakan sains dan teknologi serta berkreaktif dan berinovasi. Ini adalah

kerana ketiga-tiga ciri tersebut adalah sangat penting untuk merealisasikan cabaran

Page 22: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

3

keenam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif

(Ariffin, 2000).

1.2 Latar Belakang Masalah

Penguasaan kemahiran saintifik telah diberi penekanan dalam kurikulum

kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti kurikulum sains

sekolah rendah dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 1994).

Penekanan ini adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah

status negara maju serta mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Penguasaan kemahiran saintifik ini amat penting bagi membolehkan pelajar

mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan

pembelajaran sains bukan lagi bertujuan melatih pelajar mengingat dan menghafal

fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara

kreaktif dan kritis dalam mencari pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik

dan membentuk individu untuk menggunakan akal fikiran secara logik bagi

menerangkan perkara-perkara yang berlaku di sekitar kehidupan di samping mencari

penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan

kemahiran manipulatif adalah kemahiran-kemahiran yang tersangat penting untuk

memupuk sikap kreaktif dan kritis pelajar dalam mencari penyelesaian terhadap

sesuatu masalah. Menurut Brunner dalam Tobin dan Capie (1980), menyatakan

terdapat pertalian antara kemahiran proses sains dengan keupayaan menaakul secara

formal. Hasil kajian Tobin dan Capie (1980) mendapati bahawa pelajar-pelajar

sekolah menengah masih tidak berupaya menggunakan KPS dalam pembelajaran

mereka.

Terdapat juga beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain

seperti Burns et.al. (1985), Samini (1986), Chong (1990), Vantipa Roadvangka et al

(1996), Zaliha (1998), Saleha (2000), Sabri (2002), Wong (2003) dan lain-lain

terhadap tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.

Page 23: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

4

Hasil kajian yang diperolehi oleh hampir kesemua pengkaji menunjukkan bahawa

tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap

yang sederhana sahaja. Jikalau keadaan sebegini masih diteruskan, maka cabaran

keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif

serta berteknologi tinggi akan susah tercapai.

Hal ini terjadi kerana didapati bahawa sebahagian guru sains masih

cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang

berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan ke atas kesepaduan aspek

kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Di samping itu, mereka tidak berusaha

mengembangkan kemahiran saintifik pelajar sebaliknya memberi penekanan untuk

menghabiskan sukatan pelajaran daripada menjalankan aktiviti pemerolehan KPS.

Keputusan kajian ini diperoleh daripada hasil kajian yang dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1998 yang bertujuan untuk

meninjau tahap penguasaan KPS murid-murid sekolah menengah di sekolah

kebangsaan. Akibatnya, kebanyakan pelajar Tingkatan Empat tidak dapat

menjalankan prosedur-prosedur makmal yang ringkas dengan memuaskan

sungguhpun telah mengikuti pelajaran sains berasaskan amali beberapa tahun

persekolahan. Ini adalah kerana amali sains yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di

makmal lebih berbentuk ‘resipi’. Segala prosedur eksperimen telah distruktur

dengan lengkap dalam buku teks atau buku kerja amali (Abu Hassan, 2001). Pelajar

tidak berpeluang terlibat secara langsung untuk merancang sesuatu aktiviti

penyiasatan. Ini telah mengakibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir secara

kreaktif dan kritis yang jarang di dalam pembelajaran Sains pelajar-pelajar. Lama-

kelamaan, pelajar-pelajar akan “malas” berfikir dan seterusnya mempengaruhi

keupayaan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.

Memandangkan situasi atau keadaan yang kronik telah terjadi ke atas tahap

penguasaan KPS yang rendah di kalangan pelajar-pelajar, maka persoalannya adalah

siapakah yang harus bertanggungjawab terhadap fenomena ini. Terdapat tiga pihak

utama yang boleh dipertimbangkan iaitu para murid, para guru dan penggubal

kurikulum. Walaubagaimanapun, terdapat banyak rungutan menyatakan bahawa

kurang penguasaan KPS dan tidak mempunyai asas sains yang kukuh di dalam diri

guru menjadi punca utama kejadian ini berlaku.

Page 24: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

5

Menurut McDermott (1992) dan Holroyd dan Harlen (1996) menyatakan

bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam

KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini

disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001). Beliau telah

menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab

Penguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di

semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses

sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPS asas dan keseluruhan) dan

MPTB (menguasai hanya KPS asas) yang ada sedikit KPS. Min dan sisihan lazim

bagi setiap keputusan kajian boleh merujuk kepada Jadual 1.1. Ketidakupayaan

guru-guru pelatih ini menguasai KPS sangat mengecutkan beliau. Beliau tidak

memahami bahawa kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran

kurikulum sains Kursus Diploma Penguruan Malaysia (KDPM) selama lima

semester, guru-guru pelatih ini masih gagal menguasai KPS walaupun KPS asas.

Jadual 1.1: Markah KPS berdasarkan maktab

Maktab Markah KPS Asas KPS Bersepadu

KPS

Min 19.5926

11.8889 31.4815 Maktab Perguruan Tuanku Bainun

(MPTB) Sisihan lazim

3.5546 2.9133 5.9960

Min 16.9167

10.1667 27.0833 Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPPP) Sisihan

lazim 2.9623 1.7110 3.9000

Min 20.0870

12.2174 32.3043 Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim

(MPSAH) Sisihan lazim

2.132 1.8080 3.0960

Min 17.0323

10.6457 27.6774 Institusi Perguruan Darul Aman

(IPDA) Sisihan lazim

2.5882 2.6147 4.4451

Min 18.3333

11.2000 29.5333 Jumlah

Sisihan lazim

3.1704 2.4754 5.0174

Page 25: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

6

Keputusan kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz bin Ismail (2001) telah

disokong oleh keputusan kajian yang didapati oleh pengkaji-pengkaji seperti Leong

(2003) dan Tan (2003). Semua daripada mereka telah menjalankan kajian tentang

tahap penguasaan KPS ke atas pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Leong (2003) telah menjalankan satu kajian yang bertujuan

mengkaji tahap penguasaan kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas,

kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar

Tahun empat, Fakulti Pendidikan, UTM, kampus Skudai. Dapatan kajian

menunjukkan tahap penguasaan keempat-empat KPS di mana kemahiran memerhati,

mengelas dan berkomunikasi berada pada tahap yang baik dengan peratus min

masing-masing ialah 78.30%, 71.00% dan 64.50%. Manakala kemahiran membuat

hipotesis berada pada tahap yang sederhana dengan peratus min hanya 50.60%

sahaja. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPSB pelajar-pelajar Fakulti

Pendidikan, UTM masih tidak memuaskan.

Menurut Tan (2003) pula, beliau telah mengkaji tentang tahap penguasaan

kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran

mengeksperimen dan kemahiran membuat inferens ke atas pelajar Tahun 3 dan 4

yang mengambil subjek Biologi di Fakulti Pendidikan, UTM. Satu-satunya KPS

asas yang dikaji oleh beliau iaitu kemahiran membuat inferens didapati dapat

dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar iaitu sebanyak 65.25%. Tetapi keputusan

yang agak mengecewakan adalah KPSB pelajar-pelajar universiti ini adalah pada

tahap yang sederhana sahaja iaitu kemahiran mengawal pembolehubah (55.70%),

kemahiran mentafsir maklumat (56.44%) dan kemahiran mengeksperimen (52.47%).

Sebagaimana yang diketahui, KPSB sepatutnya telah dikuasai oleh mereka semasa di

sekolah menengah. Pendek kata, tahap penguasaan KPSB di kalangan bakal-bakal

guru di UTM masih pada tahap yang tidak memuaskan.

Sebagaimana yang diketahui, terdapat juga satu kursus yang khas untuk

kemahiran saintifik yang ditawarkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia iaitu

SPS2032 “Kemahiran Saintifik”. Dalam subjek ini, huraian mengenai apakah yang

dimaksudkan dan aspek yang terdapat dalam kemahiran saintifik dibincang secara

terperinci dengan memberi contoh yang sesuai serta petunjuk penting bagi setiap

proses yang terlibat. Selain itu, subjek ini turut membincangkan peranan yang perlu

Page 26: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

7

dimainkan oleh guru untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran proses

Sains supaya mereka dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dengan bersisitem dan

berkesan. Walaupun pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan telah mengikuti subjek

Kemahiran Saintifik ini, didapati bahawa KPSB mereka masih dalam tahap yang

tidak memuaskan menurut keputusan kajian yang diperoleh oleh Leong (2003) dan

Tan (2003). Tetapi subjek ini tidak ditawarkan untuk pelajar-pelajar kemasukan

UTM Tahun 2001/02.

Pada peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pula, kursus yang

khas untuk kemahiran saintifik tidak ditawarkan. Tetapi, kemahiran saintifik ini

banyak diaplikasikan dalam subjek-subjek Sains seperti Kimia, Fizik, Biologi, Sains

Tambahan dan Sains Teras. Kabanyakan kemahiran saintifik ini akan diterapkan

sewaktu menjalankan eksperimen atau dalam Penilaian Kerja Amali (PEKA).

Sebagaimana yang diketahui, di negara kita , inovasi penilaian sains

melibatkan kemahiran proses dan manipulatif sains. Inovasi ini telah dilaksanakan

pada tahun 1997 oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

(Lembaga Peperiksaan 1997). Untuk sekolah rendah, guru-guru sains tahun 6

diarahkan untuk menilai pelajar-pelajar mereka dari bulan Mac sehingga bulan Julai.

Untuk sekolah menengah pula, guru-guru mata pelajaran Fizik, Biologi dan Kimia

diperlukan menilai kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan pengamalan

nilai murni dan sikap saintifik pelajar-pelajar sains Tingkatan 4 dan 5 dengan

berpandukan kriteria-kriteria penilaian yang terkandung di dalam Buku Panduan

Penilaian Kerja Amali (PEKA).

Oleh kerana kemahiran proses sains ini merupakan aspek-aspek pemikiran

yang penting dalam kaedah saintifik, persoalan yang perlu ditanya ialah "Adakah

guru-guru sains di negara kita sendiri mempunyai tahap pengetahuan kemahiran

proses sains yang mencukupi untuk membimbing pelajar-pelajar mempelajari sains

dengan bermakna yang berlandaskan unsur-unsur penyiasatan saintifik?” Atau

dengan kata lain, "Adakah guru-guru sains di negara kita berupaya untuk

membimbing pelajar untuk memperolehi asas saintifik yang kukuh bagi

membolehkan mereka membuat keputusan-keputusan penyiasatan saintifik yang sah

dan yang boleh dipercayai?”

Page 27: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

8

Dengan itu, adalah sewajarnya suatu kajian dijalankan untuk mengkaji tahap

penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 jurusan Sains di Fakuiti

Pendidikan, Kampus Skudai, Universiti Teknologi Malaysia. Ini adalah kerana

mereka merupakan bakal-bakal guru sains yang akan mengajar mata pelajaran sains

(Kimia, Fizik dan Sains) di sekolah kelak. Menurut Azizah (1999), guru sebagai

pelaksana kurikulum pendidikan sains harus memikul tanggungjawab untuk

menerapkan dan mengajar KPS semasa pengajaran mata pelajaran sains. Oleh itu,

adalah penting bagi bakal-bakal guru menguasai KPS supaya dapat mengajar dan

membimbing pelajar untuk menggunakan kemahiran ini dalam aktiviti-aktiviti

inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah. Ini disokong oleh Jaus (1975) yang

menyatakan bahawa kalau matlamat pendidikan sains adalah untuk

memperkembangkan KPS maka langkah yang paling wajar untuk mencapai

matlamat tersebut adalah melahirkan guru-guru yang menguasai kemahiran itu.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik yang

menekankan KPS telah lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti

Pendidikan, Kampus Skudai, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pelajar-pelajar

telah mempelajari KPS sebelum masuk ke universiti dan juga semasa di unversiti.

Persoalannya, adakah semua pelajar yang telah mempelajari KPS selama bertahun-

tahun ini telah menguasai KPS tersebut? Mengikut kajian yang dijalankan oleh

Jaus(1975) menyatakan bahawa bakal-bakal guru mempunyai tahap penguasaan KPS

yang lemah dalam ujian yang dijalankan oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini

telah mengambil kursus penguasaan KPS untuk tempoh minimum 15 jam.

Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong (2003) dan Tan (2003) di mana

kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap penguasaan KPS bakal-bakal

guru UTM. Mereka mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran poses sains

asas (KPSA) bakal-bakal guru UTM berada pada tahap yang baik tetapi sebahagian

KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap yang sederhana sahaja.

Sebagaimana yang diketahui, KPS bersepadu sepatutnya telah dikuasai oleh mereka

semasa di sekolah menengah. Maka, satu kajian yang terperinci bertujuan untuk

Page 28: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

9

mengukur tahap penguasaan KPSB iaitu kemahiran mengenalpasti hipotesis,

kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran mendefinisi secara operasi,

kemahiran mentafsir maklumat dan kemahiran mengeksperimen di kalangan pelajar-

pelajar jurusan sains (Sains teras, Kimia dan Fizik) Tahun 2 di Fakulti Pendidikan,

Kampus Skudai, UTM perlu dijalankan.

1.4 Objektif Kajian Terdapat enam objektif utama yang dikemukakan ke atas kajian ini iaitu

untuk:

(i) mengukur tahap penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2

sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras, Kimia dan Fizik di

Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(ii) mengenalpasti aspek KPSB yang paling dominan dikuasai oleh pelajar-

pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras, Kimia

dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(iii) melihat hubungan di antara penguasaan KPSB dengan minat terhadap

mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06

yang mengambil kursus Sains teras, Kimia dan Fizik di Fakulti

Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(iv) melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan jantina di kalangan

pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras,

Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

(v) melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan bangsa di kalangan

pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras,

Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

Page 29: KIU LING FENG - fp.utm.my fileSaya KIU LING FENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

10

(vi) melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan kedudukan CPA di

kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus

Sains teras, Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

1.5 Persoalan Kajian Melalui kajian ini, beberapa persoalan seperti berikut dikemukakan:

(i) Apakah tahap penguasaan KPSB pelajar-pelajar Tahun2, jurusan Sains,

sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

(ii) Apakah aspek KPSB yang paling dominan dikuasai oleh pelajar-pelajar

Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

(iii) Adakah terdapat hubungan di antara penguasaan KPSB dengan minat

terhadap mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun2, jurusan

Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

(iv) Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar

Tahun 2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

berdasarkan jantina?

(v) Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar

Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

berdasarkan bangsa?

(vi) Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar

Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

berdasarkan kedudukan CPA ?