revolusi perusahaan eropah - mohd anuar

6
JMS 313 SEJARAH EROPAH MODEN TAJUK : Apakah perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah kesan Revolusi Perusahaan ( 1760 – 1850 ) Revolusi Industri adalah berlainan daripada lain kerana ia bukanlah revolusi yang datang mengejut,cepat dan menukarkan keadaan dengan cara mendadak. Proses perubahan yang dibawanya memakan masa yang agak lama. Ia mula berkembang dengan agak berkesan pada tahun 1760 di Britain dan lambat sedikit di benua Eropah. Pada asanya Revolusi Industri ialah proses menukar cara pengeluaran daripada menggunakan tangan kepada menggunakan jentera. Dalam pengertian yang lebih luas, Revolusi Industri ialah revolusi yang telah membawa kesan kepada Pemikiran dan peraturan politik, sosioekonomi dan sistem nilai di Eropah. Aspek yang kedua inilah yang patut diambil kira oleh kita. Gabungan aspek pertama dengan aspek yang kedua inilah yang boleh di mengertikan sebagai industrialisme. Dengan munculnya zaman Revolusi Industri , maka sistem kilang turut berkembang di kilang-kilang inilah terdapatnya kumpulan pekerja yang datang dari daerah luar bandar. Pada masa permulaan Revolusi Industri kedudukan para pekerja dikatakan tidak begitu terjamin. Kedudukan mereka menjadi lebih sulit pada masa kemelesetan ekonomi. Dalam keadaan sedemikian, keresahan pekerjanya menimbulkan masalah . Masalah ini pula agak berlainan daripada masalah sebelum zaman ini. Sebelum ini pekerja tidak berkumpul di satu tempat MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 1

Upload: mohdanuaribrahim

Post on 07-Jun-2015

1.645 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Esei Sejarah Eropah

TRANSCRIPT

Page 1: Revolusi Perusahaan Eropah - Mohd Anuar

JMS 313 SEJARAH EROPAH MODEN TAJUK : Apakah perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah kesan Revolusi Perusahaan ( 1760 – 1850 ) Revolusi Industri adalah berlainan daripada lain kerana ia bukanlah revolusi yang datang mengejut,cepat dan menukarkan keadaan dengan cara mendadak. Proses perubahan yang dibawanya memakan masa yang agak lama. Ia mula berkembang dengan agak berkesan pada tahun 1760 di Britain dan lambat sedikit di benua Eropah. Pada asanya Revolusi Industri ialah proses menukar cara pengeluaran daripada menggunakan tangan kepada menggunakan jentera. Dalam pengertian yang lebih luas, Revolusi Industri ialah revolusi yang telah membawa kesan kepada Pemikiran dan peraturan politik, sosioekonomi dan sistem nilai di Eropah. Aspek yang kedua inilah yang patut diambil kira oleh kita. Gabungan aspek pertama dengan aspek yang kedua inilah yang boleh di mengertikan sebagai industrialisme. Dengan munculnya zaman Revolusi Industri , maka sistem kilang turut berkembang di kilang-kilang inilah terdapatnya kumpulan pekerja yang datang dari daerah luar bandar. Pada masa permulaan Revolusi Industri kedudukan para pekerja dikatakan tidak begitu terjamin. Kedudukan mereka menjadi lebih sulit pada masa kemelesetan ekonomi. Dalam keadaan sedemikian, keresahan pekerjanya menimbulkan masalah . Masalah ini pula agak berlainan daripada masalah sebelum zaman ini. Sebelum ini pekerja tidak berkumpul di satu tempat

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 1

Page 2: Revolusi Perusahaan Eropah - Mohd Anuar

yang sama tetapi berselerak di ladang-ladang yang berjauhan antara satu sama lain. Pengumpulan pekerja di suatu tempat melahirkan satu persamaan nasib dan tujuan dikalangan mereka. Lagipun usaha untuk mengendalikan persatuan dan gerakan pekerja menjadi mudah. Pada tahun 1848, secara amnya peringkat pengindustrian di Eropah belum begitu meningkat. Oleh sebab perkembangan pengindustrian ini masih baru, maka ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa ia tidak ada kena mengena dengan percetusan revolusi 1848. Tetapi tidak semua ahli sejarah bersetuju dengan pendapat ini. Bruum, misalnya mengatakan bahawa antara tiga faktor utama yang mencetuskan revolusi 1848, iaitu liberalisme , nasionalisme dan industrialisme, maka industrialismelah faktor yang paling menyeluruh dan dinamik . Beliau mengatakan bahawa, “ Walaupun pada tahun 1848 jumlah para pekerja industri di Eropah jauh lebih kecil daripada bilangan pekerja pertanian, mereka sudah cukup kuat untuk memainkan peranan penting dalam kebangkitan-kebangkitan pada tahun itu . Proletariat kota yang sudah mempunyai kedudukan mustahak hasil daripada Revolusi Industri, telah menambahkan unsur dinamik kepada masyarakat “. Seterusnya, Bruun menggambarkan dengan cara yang agak dramatik tentang kesan industrialisme ini. Kedatangan industrialisme pada mulanya dianggap sebagai satu permulaan kepada zaman gemilang apabila manusia akan mendapatkan hamba baru dalam bentuk jentera . Tetapi harapan semasa ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya jutaan pekerja mendapati diri mereka diperhambakan oleh jentera. Mereka juga terpaksa berkerja dalam masa kerja yang panjang , keadaan yang teruk dan dengan ganjaran yang tidak

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 2

Page 3: Revolusi Perusahaan Eropah - Mohd Anuar

memuaskan. Inilah nasib yang mereka terima daripada majikan yang kurang bertimbang rasa. Bagi Bruun, gelombang revolusi 1848 adalah pergolakan sosial yang pertama selepas tumbuhnya sistem kilang dan perkampungan industri. Dalam konteks ini , revolusi-revolusi 1848 merupakan revolusi dunia moden yang pertama, kerana pekerja di bawah pengaruh sosialisme, mengancam peraturan hak milik harta perseorangan. Kaum menengah pula telah buat pertama kalinya , mendapati diri mereka digolongkan sebagai puak sayap kanan dan bukannya puak sayap kiri. Pihak yang menyangkal adanya kaitan antara industrilisme dengan revolusi- revolusi 1848 boleh diwakili oleh Anderson. Antara hujah Anderson ialah kemelesetan ekonomi Eropah berlaku antara tahun –tahun 1845-1847 dan menjelang tahun 1848, keadaan ekonomi sudah bertambah baik. Daerah yang mengalami kesusahan ekonomi pada tahun – tahun 1845-1847 bukanlah merupakan daerah yang kencang dilanda revolusi. Revolusi –revolusi 1848 berlaku di kota besar seperti di Paris, Berlin, Vienna, Prague, Naples, Rome,Venice dan Milan, walhal kegiatan perindustrian yang pesat pada masa itu terdapat bukannya di kota besar tetapi di bandar kecil yang tidak pula menghadapi kebangkitan. Barangkali dapat kita rasakan dengan jelas bahawa perbincangan Anderson ini adalah ditujukan bagi mengkritik pendekatan yang hanya menekankan faktor ekonomi sahaja dalam menerangkan pencetusan Revolusi-revolusi 1848. Cara penerangan atau penekanan seperti yang dibuat oleh Anderson ini adalah juga

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 3

Page 4: Revolusi Perusahaan Eropah - Mohd Anuar

cara yang didapati dalam penulisan Heaton, Pouthas dan Stearns. Heaton antara lain mengatakan bahawa di Peranchis , tiga suku daripada para pekerja sebenarnya dalam industri yang terkeluar daripada lingkungan yang dikatakan la grande industrie atau industri besar. Pouthas pula mengatakan bahawa pengumpulan kaum pekerja secara beramai-ramai dalam industri atau kilang adalah suatu yang agak luar biasa. Tambah Pouthas , tempat terdapat industri yang mempunyai banyak pekerja tidak pula terdapat ciri-ciri yang begitu menjejaskan kedudukan kaum pekerja seperti yang dicanang dan dibantah oleh Engels. Beliau mengatakan bahawa keadaan yang menjejaskan kedudukan kaum pekerja hanya terdapat di England. Gambaran yang senada dengan ini terdapat juga dalam penulisan Stearns: “ Tangapan….. bahawa para pekerja kilang dan ketidakpuasan hati yang diakibatkan oleh kilang memainkan peranan utama dalam Revolusi-revolusi 1848 memberikan gambaran yang berlebihan tentang tahap pengindustrian di benua { Eropah } dan tidak menghiraukan penempatan yang sebenarnya”. Penekanan yang dibuat oleh Anderson,Heaton, Pouthas dan Stearns terhadap aspek peri barunya perkembangan industri di Eropah pada masa itu tidaklah secara automatik melemahkan hujah Bruun. Bruun sendiri mengakui kenyataan tentang industri ini . Apa yang boleh melemahkan hujah Bruun ialah jika ahli sejarah seperti Anderson, Heaton, Pouthas dan Stearns dapat membuktikan bahawa faedah ekonomi kepada kaum pekerja Eropah. Tetapi ini susah untuk dibuktikan. Pounthas sendiri selepas mengatakan bahawa industri di benua Eropah tidaklah mempunyai pekerja seramai yang terdapat di England dan keadaan mereka tidaklah seburuk keadaan pekerja Inggeris, telah pula menambah rumusan begini :

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 4

Page 5: Revolusi Perusahaan Eropah - Mohd Anuar

“ Tetapi tidaklah bermakna yang keadaan para pekerja itu tidak buruk…. Kerana mereka telah hilang perlindungan daripada peraturan lama negara tetapi belum lagi mempunyai kekuatan kerana bilangan mereka kecil dan persatuan pekerja belum wujud “ Stearns juga bukanlah menafikan sama sekali peranan yang dimainkan oleh Revolusi Industri. Beliau mengatakan bahawa , “ Revolusi Industri “ tidaklah boleh diketepikan tetapi peranannya lebih halus . Stearns juga mendakwa bahawa idea sosialis tidak begitu menarik perhatian kaum pekerja yang selalu buta huruf, atau terlalu miskin untuk berupaya memberontak. Namun begitu beliau tidak menafikan kesan saingan yang telah ditimbulkan oleh proses perjenteraan terhadap para pekerja dalam beberapa bidang industri. Anderson juga turut menyedari akibat tidak baik yang telah timbul dalam bidang ekonomi. Anderson menggambarkan tahu 1845- 1847 dengan menulis bahawa, “ Keadaan ekonomi pada tahun 1845-1847 tentu merupakan sebahagian daripada latarbelakang revolusi yang mustahak. Ia membantu menggoncangkan lagi kewibawaan dan keyakinan diri rejim yang ada pada masa itu di seluruh Eropah dan menjadikan para pekerja biasa, yang selalunya tidak berpolitik dengan berkesan, sedia untuk membantu menjatuhkan ataupun sekurang-kurangnya melihatnya jatuh tanpa sesalan “. Dalam petikan di atas , kita dapat juga merumuskan barangkali satu gambaran yang berlaku hasil daripada kesan Revolusi Perusahaan 1760-1850 ke atas penduduk-penduduk di benua Eropah . Perubahan –perubahan yang paling ketara diperlihatkan kepada kita terutamanya sistem sosialnya telah berubah sama sekali di mana terdapatnya satu kekuatan dikalangan para pekerja melalui kesatuan pekerja yang dibentuk khusus untuk menjaga kebajikan mereka daripada penindasan para majikan mereka.

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 5

Page 6: Revolusi Perusahaan Eropah - Mohd Anuar

BIBLIOGRAFI

1. Qasim Ahmad, Eropah Moden, Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, Edisi

Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Ashton, T.S, The Industrial Revolution 1760-1830 ( HC 255 Ash ) 3. Fasel, George, Europe in Upheaval: The Revolution of 1848 ( D 387 Fas ) 4. Clark,George, Erly Modern Europe ( D 223 Cla )

MAI / 1998 -2002 / PPPJJ USM 6