report pentaksrn

19
1.1 Pengujian, Pengukuran, Penilaian, Pentaksiran 1.1.1 Pengenalan Pengujian, pengukuran, penilaian, pentaksiran adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. (Siti Rahaya Arifin, 2008). Sebagai contohnya, apabila seorang guru mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil kira maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan (OUM, 2011). Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. 1.1.2 Konsep Pengujian Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang 1

Upload: izlyzlya

Post on 21-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

taksir

TRANSCRIPT

Page 1: Report Pentaksrn

1.1 Pengujian, Pengukuran, Penilaian, Pentaksiran

1.1.1 Pengenalan

Pengujian, pengukuran, penilaian, pentaksiran adalah antara beberapa konsep penting

dalam dunia pendidikan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah, tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih

pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. (Siti Rahaya Arifin,

2008). Sebagai contohnya, apabila seorang guru mengedarkan kertas ujian, mereka

mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar

dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil kira maksud sebenar atau maksud khusus

yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan

mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan (OUM,

2011).

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik mengambil kira semua faktor yang

boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam

membuat sebarang keputusan yang tepat.

1.1.2 Konsep Pengujian

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu

dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur

sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach

(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah

laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu

sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian

penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian

1

Page 2: Report Pentaksrn

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem

berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun

warna bagi ujian penglihatan.

Selain itu, menurut R.M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Leraning, pengujian

ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang

individu. Raminah Haji Sabran (1991) pula menegaskan ujian adalah suatu cara untuk

mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang

dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar

untuk membuat penilaian atau pengadilan. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar,

satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut.

Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat yang pertama iaitu persediaan,

diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak

mana kemahiran yang telah dipelajari melalui proses pengujian. (OUM, 2011)

1.1.3 Konsep Pengukuran

Pengukuran merangkumi skop yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran

membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau

melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang

diukur dengan menggunakan instrument (Raminah Hj Sabran, 1991).

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek

pengujian, termasuk menggunakan skel ordinal atau skel selang untuk menentukan

kedudukan dan pencapaian pelajar. Secara ringkasnya, skel ordinal digunakan berdasar

prestasi atau pencapaian pelajar. Skel selang yang meliputi markah atau gred, diguna

untuk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar (Mok Soon Sang, 2004).

2

Page 3: Report Pentaksrn

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu

sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran

ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti

penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh

dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu

dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh

dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang

perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek

berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid

menggunakan kayu ukur atau pembaris (Raminah Hj Sabran, 1991).

1.14 Konsep Penilaian

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif

yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Popham (1975) menafsirkan penilaian yang

sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena

pendidikan. Stufflebeam, 1971 menyatakan penilaian sebagai proses delineating, mencari

dan memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif- alternatif

keputusan.

Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu system atau proses yang meliputi

aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan

yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya

dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2004) Secara menyeluruh, penilaian

pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan

matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.

Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk

kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara

3

Page 4: Report Pentaksrn

kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka

dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang

lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan

atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas

yang diberikan oleh guru dengan bersih (OUM, 2011)

Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian,

pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian

boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian,

pemeriksaan dan pengukuran, analisis ujian, interprestasi dan tindakan susulan (Mok

Soon Sang, 2004).

1.1.5 Konsep Pentaksiran

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan

atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam

konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam

bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada

murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Penaksiran haruslah dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi

seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan aktiviti yang bertujuan

untuk mendapatkan pembelajaran yang baik (Raminah Hj Sabran, 1991).

4

Page 5: Report Pentaksrn

Tujuan pentaksiran adalah membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar

dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih

bermakna dan keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting

dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang

berkaitan dengan piawai. Pentaksiran dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai

pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of

learning) (OUM, 2011).

Pentaksiran didukung oleh prinsip-prinsip yang memastikan tujuannya mencapai objektif

sebenar. Antara prinsip-prinsip pentaksiran adalah instrument, kumpulan yang ditaksir,

respons, kumpulan yang menaksir dan skor. Manakala ciri-ciri pentaksiran yang baik

adalah

Kesahan Skor merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan

Kebolehpercayaan Skor:-merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

Keobjektifan yang bermaksud ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah

Kemudahtafsiran merujuk kepada maklumat tentang calon berdasarkan skor,

diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

Kekomprehensifan bermaksud kertas soalan mewakili semua objektif penting

Sukatan Pelajaran

5

Page 6: Report Pentaksrn

1.2 Perbezaan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Jenis / Ciri Pengujian Pengukuran Penilaian

Definisi

Proses menentukan perubahan

sesuatu tingkah laku

Proses menentukan peringkat

pencapaian dan kedudukan di antara

pelajar

Proses menentukan perubahan tingkah

laku dan membuat pertimbangan nilai

Tujuan

Menentukan pencapaian pelajar

dalam sesuatu pembelajaran

Untuk membuat pengelasan /

perbandingan pencapaian dan

kedudukan di antara pelajar dalam

penguasaan pembelajaran

Memberi maklumat tentang pencapaian

objektif pelajaran, kaedah mengajar dan

kurikulum

Cara

Pemerhatian atau soalan-soalan

Ujian

Pelbagai cara mengumpul data

kuantitatif

Berdasarkan data kuantitatif dan

penghuraian kualitatif

Masa

Selepas sesuatu atau beberapa

pelajaran

Selepas beberapa pelajaran Sebelum, semasa dan selepas sesuatu atau

beberapa pelajaran

Bentuk

Pemerhatian, ujian lisan dan

bertulis

Ujian bertulis dengan markah dan gred Jadual / gred berdasarkan teknik

perangkaan

6

Page 7: Report Pentaksrn

Jenis / Ciri Pengujian Pengukuran Penilaian

Liputan

Terhad pada sesuatu kemahiran

atau pembelajaran

Sesuatu peringkat pembelajaran Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke

seluruh kurikulum

Keputusan

Menunjukkan prestasi suatu

kemahiran atau penguasaan

pembelajaran yang spesifik

Menunjukkan pencapaian secara relatif Menunjukkan pencapaian keseluruhan

Kegunaan

Menmnpatkan pelajar dalam

kumpulan yangg sesuai

Untuk pengelasan, pensijilan dan

penempatan pelajar dalam jurusan dan

untuk penyelidikan

Membaiki rancangan mengajar,

kurikulum, pengesanan punca kelemahan

dan membuat ramalan

Proses

Laksana

Persediaan ujian

Pentadbiran

Pemeriksaan

Proses pengujian

Merekod markah / gred

Proses pengukuran

Proses penganalisisan

Proses interpretasi

Melapor

Tindakan

7

Page 8: Report Pentaksrn

1.3 Prinsip-prinsip penilaian

Penilanan sentiasa dilaksanakan di sekolah atau di institusi lain menyebabkan seseorang

sering menganggap bahawa penilaian hanyalah satu teknik bagi mendapatkan maklum

balas tentang pengajaran atau pembelajaran ( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2011 ).

Guru mungkin akan mengehadkan tugasan menilai dengan melakukan peperiksaan akhir

untuk menentukan prestasi pelajar pada akhir kursus atau pada tempoh tertentu,

contohnya satu semester. Sebenarnya, ini merupakan satu proses yang berterusan dari

awal hingga akhir pengajaran berdasarkan prinsip-prinsip penilaian.

Empat prinsip-prinsip penilaian adalah seperti berikut ( Jabatan Perkhidmatan Awam

Malaysia, 1999 ) :

Kesahan ( Validity )

Kebolehpercayaan ( Reliability )

Keadilan

Objektif

1.3.1 Kesahan ( Validity )

Wood (1991) menekankan bahawa kesahan adalah lebih penting daripada

kebolehpercayaan tetapi bergantung semata-mata kepadanya dianggapsebagai kesahan

pemerhatian. Kesahan merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan

pengajaran atau kepada bidang pengajaran. Kesahan juga merujuk kepada objektif

pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran atau kepada bidang pengajaran.

Contohnya, jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur sikap atau ujian

ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk

mengukur kemahiran mendengar.

8

Page 9: Report Pentaksrn

1.3.2 Kebolehpercayaan

“ the extent to which an assessment tool is consistent or free from random error in

measurement” ( U.S Department of Labor, Testing and Assessment: An Employer’s

Guide to good Practices, 1999 ).

Kebolehpercayan merujuk kepada ketekalan sesuatu penilaian dan mencerminkan

keupayaan sebenar murid serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi; baik di segi

jantina, budaya, bangsa dan lain-lain. Calon yang mempunyai kecekapan yang tinggi

sepatutnya memperoleh skor yang tinggi dan sebaliknya. Kebolehpercayaan mesti

tekal( consistence ) dengan masa, kaedah, suasana dan pengukur ( Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia, 1999 )..

1.3.3 Keadilan

Kesesuaian penilaian itu dengan calon yang akan diuji berikut ( Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia, 1999 ) . Pemarkahannya tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain

seperti jantina, kaum dan latar belakang sosio-ekonomi. Contohnya, guru tidak boleh

memberi markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang lebih sukai.

1.3.4 Objektif

Kepentingan prinsip ini mendahalui perkara teknikal yang bersangkutan dengan ujian.

Penilaian didasarkan pada prosedur dan kriteria yang jelas. Semasa menilai kebolehan

pelajar, guru perlu ditentukan apa yang ingin dinilai dengan jelas, barulah ditentukan

soalan dan bukan sebaliknya( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2011 ).

9

Page 10: Report Pentaksrn

1.4 Tujuan penilaian dalam pengajaran

Sistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (Mok Soon Sang, 2010). Matlamat utama sistem penilaian ini adalah untuk

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa tujuan penilaian

dilaksanakan di sekolah, antaranya ialah untuk diagnosis, pencapaian, pemilihan dan

penempatan, bimbingan dan kaunseling.

1.4.1 Diagnosis

Penilaian boleh dijalankan oleh guru dalam beberapa cara atau kaedah dan pada masa

yang tertentu. Penilaian boleh juga dilakukan di dalam bilik darjah. Apabila guru menilai

pelajar semasa di bilik darjah, guru dapat mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap

kemahiran dan pengetahuan yang telah diajar. Hasilnya, guru dapat mengenal pasti

pelajar yang memerlukan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan. Biasanya, pelajar

yang aktif akan diberi latihan pengayaan manakala pelajar yang lemah akan diberi latihan

pemulihan.

Sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran, penilaian akan dijalankan secara

berterusan. Ini membantu guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau

menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat

diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya

mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran (OUM, 2011).

1.4.2 Pencapaian

Penilaian formatif dan sumatif merupakan dua cara penilaian yang dijalankan di sekolah.

Penilaian sumatif adalah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu

pengajian,contohnya seperti pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan

10

Page 11: Report Pentaksrn

Tingkatan 5 (SPM). Tujuannya untuk menentukan gred pencapaian pelajar secara

keseluruhan. Penilaian ini lebih bersifat formal bagi membolehkan pelajar mendapat sijil.

Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan semasa waktu pelajaran dengan

secara individu, kumpulan atau kelas (Mok Soon Sang, 2010). Penguasaan dan kemajuan

pelajar dapat dikenalpasti untuk diperbaiki oleh guru dengan serta merta.

1.4.3 Pemilihan dan penempatan

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, perlu ada proses penilaian kerana

ia penting bagi mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran asas pelajar mengenai

topik yang akan diajar. Contohnya, guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar

yang bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui penguasaan tatabahasa dan

perbendaharaan kata pelajar tersebut. Cara ini membantu guru menentukan peringkat

pengajaran yang seterusnya yang sesuai dengan tahap kefahaman pelajar tersebut.

Selain itu, penilaian juga membantu pemilihan pelajar untuk ditempatkan dalam aliran

tertentu. Sama ada aliran sains, sastera atau perdagangan berdasarkan kepada keputusan

peperiksaan mereka.

1.4.4 Bimbingan dan kaunseling

Pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran memerlukan bimbingan dan

kaunseling. Guru boleh mengenalpasti pelajar yang perlu diberi bimbingan atau

kaunseling melalui penilaian-penilaian yang dijalankan.

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi

ekstrinsik (luaran). Motivasi intrinsik ialah motivasi daripada dalam diri pelajar sendiri.

Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam,

akan memperoleh pencapaian yang baik dalam pelajaran (OUM, 2011). Manakala

11

Page 12: Report Pentaksrn

motivasi ekstrinsik adalah motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa,

rakan sebaya atau guru.

1.4.5 Tujuan-tujuan lain

Penilaian membantu guru mengetahui keberkesanan pengajarannya, guru boleh menilai

pengajarannya berkesan atau tidak melalui maklum balas yang diberikan oleh pelajar.

Sekiranya pelajar tidak menguasai sesuatu yang diajar, guru perlu mengubahsuai strategi

pengajarannya.

Ibu bapa juga boleh mendapat manfaat daripada penilaian yang dijalankan oleh guru.

Guru boleh memberi input kepada ibu bapa tentang pencapaian akademik anak mereka

dan juga dalam aspek sahsiah. Ini boleh dilihat semasa perjumpaan guru dan ibu bapa

yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Biasanya, perjumpaan ini diadakan dua kali setahun.

Iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.

Selain itu, penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut mendapat

manfaat daripada penilaian. Ini adalah kerana KPM boleh mendapat maklumat daripada

sekolah tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran sama ada dapat dicapai atau tidak.

Pengubahsuaian akan dilakukan sekiranya objektif yang dikehendaki tidak dapat dicapai.

12

Page 13: Report Pentaksrn

13