report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

13
1 Laporan Lawatan Ke Muzium Negara Nama : Thomas Albechien Subjek : MPU 2163 Kelas : D.S.M 91 Nama : Puan Aini Binti Abdul Rahman Pensyarah

Upload: thomas-mon

Post on 08-May-2015

1.399 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

My college report..

TRANSCRIPT

Page 1: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

1

Laporan LawatanKe

Muzium Negara

Nama : Thomas Albechien Subjek : MPU 2163 Kelas : D.S.M 91 Nama : Puan Aini Binti Abdul Rahman Pensyarah

Page 2: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

2

Pengenalan

Pada 21 November 2013, saya telah mengikuti lawatan ke Muzium Negara bersama rakan kelas saya yang dianjurkan oleh pensyarah kami bagi mencari maklumat untuk laporan kerja kami. Sebanyak tiga kelas termasuk kelas kami telah terlibat dalam lawatan ini. Objektif utama dalam lawatan ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memahami tentang kepentingan sejarah. Selain itu,dapat memberi pendedahan dan pendekatkan kepada pelajar terhadap tinggalan dan peringatan sejarah.

Lawatan kami selama 4 jam di Muzium negara sangat menarik dan kami telah banyak mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang baru dari setempat ke satu tempat.Kami gunakan setiap masa lawatan kami sebaik mungkin untuk memperolehi maklumat-maklumat penting yang sukar kami dapati.

Page 3: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

3

Semasa saya menjalani sesi lawatan saya di lokasi terbabit, saya telah memperolehi beberapa maklumat tentang sejarah zaman purba yang terdapat di negara kita iaitu Zaman Gangsa, Zaman Besi dan Zaman Logam.

Zaman Gangsa

Penemuan bahan acuan membuat kapak gangsa di tapak arkeologi Gua Harimau, Perak, yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan jelas membuktikan bahawa Zaman Gangsa dipercayai telah wujud di Malaysia sekitar 3000 tahun silam.

Antara penemuan terpenting yang mewakili zaman ini ialah artifak gendang dan loceng gangsa. Gendang gangsa yang ditemui di Pahang, Selangor, Terengganu adalah daripada jenis Heger 1 dan artifak ini turut ditemui tersebar di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan kepada persamaan motif hiasan yang terdapat pada permukaan gendang dan loceng diepercayai ianya berasal dari wilayah Dongson di Vietnam. Selain itu, turut ditemui ialah mangkuk dan mata kapak gangsa.

Zaman Besi

Berdasarkan kajian dan penemuan artifak di tapak kubur kepingan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Zaman Besi dipercayai wujud di Malaysia sekitar awal kurun Masihi hingga kurun ke-7 Masihi, selepas Zaman Gangsa.

Zaman Besi dicirikan oleh penemuan artifak besi yang terdiri daripada kapak, beliung, sabit, pisau dan mata lembing. Kebanyakan alat besi ini dipercayai mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu atau rotan. Sebahagian daripada artifak yang ditemui juga mempunyai juga bentuk yang unik menyerupai tulang rusuk haiwan. Artifak ini dikenali sebagai ‘ tulang mawas ‘.

Artifak Zaman Besi biasanya ditemui dalam satu kelompok seperti yang berlaku dalam kajian di Sengat dan Ipoh di Perak, Tersang dan Ulu Tembeling di Pahang. Ianya dikaitkan dengan aktiviti perlombongan. Artifak Zaman Besi berserta manik-manik kaca dan tembikar juga turut ditemui di tapak-tapak kubur batu kepingan seperti yang terdapat di Lembah Bernam, Selangor, dan Lembah Kruit, Perak.

Page 4: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

4

Zaman Logam

Zaman Logam dikatakan bermula sekitar 3000-2500 tahun silam hingga awal Masihi. Ia dikategorikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi, Berdasarkan bahan yang digunakan untuk kegiatan harian. Kemunculan zaman ini menandakan tamatnya penggunaan alat batu dan bermulanya penggunaan teknologi baru dalam penghasilan artifak untuk kegunaan, khususnya dalam pengadunan api dan pengawalan suhu semasa proses peleburan mineral logam tersebut.

Sesetengah ahli arkeologi berpendapat bahawa alat gangsa dibawa masuk dari negara luar, namun acuan pembuat kapak gangsa di Gua Harimau, Perak, membuktikan bahawa sebahagian alat gangsa memang dihasilkan di Malaysia. Zaman Logam juga dikaitkan dengan aktiviti perlombongan bahan galian, khususnya timah dan emas. Justeru, ini menjelaskan bahawa masyarakat zaman ini sudah mempunyai teknologi dan pengetahuan yang tinggi tentang logam dan kegunaannya.

Masyarakat Zaman Logam juga dikatakan sudah mempunyai sistem sosial dan kepercayaan yang mantap. Tradisi pengkebumiannya juga lebih teratur di mana mayat ditanam di dalam kubur yang ditutupi dan disusun dengan batu kepingan. Mereka juga turut terlibat dalam aktiviti perdagangan. Ini dibuktikan melalui penemuan artifak seperti manik-manik kaca dan tembikar di tapak berkenaan.

Page 5: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

5

Seterusnya, saya berpindah ke lokasi yang berbeza dan lebih menarik. Di situ, saya telah melihat dan mempelajari tentang Tarian Tradisional Melayu. Tarian merupakan satu bentuk perhubungan bukan lisan yang universal. Melaluinya kita dapat menghayati ciri-ciri budaya sesuatu kaum seperti nilai, norma dan tabiat semula jadi. Saya telah mengetahui beberapa jenis tarian tradisional Melayu seperti Tarian Asyik, Tarian Mak Yong, Tarian Joget dan Tarian Zapin.

Tarian Asyik

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik yang ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Pattani terutamanya oleh para inang remaja. Kebiasaannya ia ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan di hadapan raja dan permaisuri. Sesuai dengan namanya. Asyik bererti kekasih, justeru memperlihatkan pergerakan yang lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Penari asalnya hanya berkemban, dengan memakai tali pinggang dan mahkota kecil. Pada sesetengah pergerakan ia kelihatan menyerupai tarian dalam pementasan Mak Yong.

Tarian Mak Yong

Tarian Mak Yong yang berasal dari Pattani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

Tarian Joget

Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian tradisinal Portugis yang diperkenalkandi Melaka sewaktu era perdagangan rempah. Tarian ini mudah diterima oleh masyarakat tempatan sehingga menjadikannya popular dan sering dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian. Rentaknya yang agak pantas menjadikan Joget sebuah tarian yang meriah dan dipersembahkan secara berpasangan lelaki dan wanita yang turut disulami usikan sesama mereka.

Tarian Zapin

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Melayu boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir dan ia bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Page 6: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

6

Akhir sekali, saya berpeluang untuk mengenali beberapa jenis Persembahan Tradisional Melayu yang telah wujud dan dipraktikkan sejak zaman dahulu dibahagian negeri masing-masing. Contohnya seperti persembahan Kuda Kepang, Mek Mulung, Bangsawan, Barongan, Main Puteri dan Mak Yong.

Kuda Kepang

Kuda Kepang dikatakan berasal dari Jawa dan diperkenalkan di negara ini khususnya di negeri Johor oleh Wali Songo (Wali Sembilan) pada kurun ke-15. Dalam bahasa Jawa ia dinamakan ‘jaran kepang’ yang bermaksud ‘jaran’ - kuda dan ‘kepang’ - anyaman.

Kuda Kepang terdapat dua jenis pertama berbentuk tarian dan kedua berbentuk permainan. Kuda Kepang jenis permainan lebih berbentuk mistik yang memperlihatkan para penarinya ‘melupa’ dan seolah-olah ‘terasuk’ apabila terlalu asyik sehingga mereka mampu memakan rumput, lalang, bunga, kemenyan, kaca dan sebagainya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Idea Kuda Kepang berasal dari tarian kuda iaitu menari sambil menunggang kuda. Ia timbul apabila masyarakat tempatan sukar menerima aktiviti penyebaran ajaran Islam yang di bawa oleh Wali Songo dan kumpulannya. Justeru, tarian berkuda diadakan sebelum atau selepas mengajar agama untuk menarik perhatian penduduk kampung dan usaha mereka ini berjaya. Peralihan waktu telah membuatkan kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.

Sebuah kumpulan Kuda Kepang lazimnya mengandungi 9 hingga 15 orang penari yang terdiri dari lelaki dan perempuan termasuk seorang ketua penari yang dipanggil ‘Danyang’, lima atau enam orang pemuzik dan seorang pawang (bomoh) merangkap ketua kumpulan yang berperanan sebagai penggerak kepada tarian ini. Dari segi pergerakan, tarian Kuda Kepang banyak melibatkan pergerakan kaki.

Mek Mulung

Mek Mulung merupakan teater tradisional yang berasal dari Siam dan sangat popular di negeri Kedah. Ia merupakan suatu adunan kesenian yang telah digabungkan dalam suatu persembahan yang mengandungi unsu-unsur lakonan, nyayian, tarian dan muzik. Mek Mulung juga digunakan untuk mengubati penyakit selain untuk tujuan hiburan.

Persembahan Mek Mulung dimulai dengan lagu pengenalan ‘bertabuh’ di mana semua alat muzik dimainkan serentak. Sebaik sahaja acara bertabuh selesai diikuti pula dengan nyanyian ‘bertabik’ dan disusuli dengan tarian. Antara tarian yang dipersembahkan ialah Tarian Sembah, Tarian Gambang dan Tarian Puteri mabuk.

Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana dalam cerita akan dilakukan dengan cara nyanyian beramai-ramai disertai dengan pantun. Cerita-cerita yang selalu dimainkan seperti Lakon Afrit, Batak Putih dan Cahaya Bulan. Di antara lagu-lagu yang biasa

Page 7: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

7

didendangkan pula ialah Timang Wela, Anak Udang dan Raja Beradu.

Raja atau Pak Mulung merupakan watak utama. Ia dibantu tiga watak peran iaitu Peran Tua, Peran Muda dan Peran Kiau, seorang ahli nujum yang dipanggil ‘Tok Wak’, seorang inang dan beberapa orang penari. Kesemua pelakonnya adalah lelaki yang berpakaian seperti wanita.

Unsur lakonan dalam Mek Mulung dilakukan secara spontan dan tidak menggunakan sebarang skrip. Pengucapan dialog dalam persembahan Mek Mulung menggunakan bahasa Melayu harian loghat Kedah diselang-selikan dengan loghat Melayu Pattani. Kini, teater Mek Mulung hanya dipersembahkan pada musim-musim tertentu sahaja seperti di majlis-majlis keramaian, majlis perkahwinan dan lain-lain pesta keramaian.

Bangsawan

Teater Bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Biasanya pengembangan cerita dilakukan secara spontan memandangkan tiada skrip disediakan bagi sesebuah persembahan Bangsawan. Daya kreatif perlakonan yang bijak berimprovasi dengan dialog-dialog sendiri berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah akan menentukan keberkesanan dan keaslian sesebuah cerita Bangsawan. Selain daripada kespontanan dialog, wajah yang jelita dan kacak para pelakonnya juga menjadi daya tarikan kepada sesebuah pementasan, selain dari unsur lucu dan romantis di dalam cerita.

Cerita Bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan alam nyata, umpamanya cerita ‘Julia Juli Bintang Tujuh’. Watak-watak dalam Bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba jin, nenek kebayan dan raksasa.

Barongan

Drama tari Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. Kesenian ini boleh disaksikan di beberapa daerah yang mempunyai ramai masyarakat Jawa seperti daerah Batu Pahat di Johor dan Selangor. Barongan dipercayai berkembang di negara ini sekitar tahun 1722 oleh masyarakat Jawa Islam yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana kemusnahan Kerajaan Riau-Lingga mahu pun golongan hamba kerajaan yang lari ke Johor.

Sejarah Barongan dikaitkan dengan kisah seekor harimau yang merayau-rayau di hutan dan ternampak seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Sebaik sahaja terpandangkan harimau, si merak telah melompat ke atas kepala harimau dan keduanya terus menari dengan asyiknya.

Page 8: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

8

Pada masa yang sama seorang Pamong (Juruiring) Puteri Raja bernama Garong yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua-dua haiwan itu menari, pamong Garong turun dari kudanya dan turut menari bersama-sama binatang tersebut.

Tarian Barongan diiringi peralatan muzik seperti gong, gendang dan angklung. Tarian ini turut mempunyai watak-watak tertentu iaitu seorang putera yang menunggang kuda (kuda kepang) seorang pelawak yang bertopeng dan Barongan. Biasanya Barongan dipersembahkan untuk mengiringi tarian Kuda Kepang.

Main Puteri

Main Puteri atau dikenali juga sebagai Main Teri dan Main Peteri terkenal di kalangan orang Melayu Kelantan. Ia merupakan teater persembahan yang bukan sahaja menjadi alat hiburan, tetapi juga digunakan untuk tujuan perubatan dan upacara perbomohan. Dalam Main Puteri beberapa alat muzik tradisional turut digunakan seperti rebab, sepasang gong, gendang, canang dan kesi. Walau bagaimanapun, alat-alat muzik ini tidak dimainkan dalam satu masa yang sama kecuali rebab yang digesekkan di sepanjang masa persembahan berlangsung.

Mak Yong

Mak Yong dipercayai wujud di negara ini sebelum kedatangan Islam dan dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga tahun 1920-an. Pada masa dahulu para pelakon terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau peran. Dahulunya Mak Yong merupakan hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteri-puteri raja. Jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku maka para pelakon hanya terdiri daripada perempuan sahaja. Selain Kelantan, Mak Yong juga terkenal di Terengganu dan Kedah selain Pattani dan Kepulauan Riau Indonesia.

Persembahan Mak Yong dilengkapi iringan lagu-lagu seperti lagu bertabuh, mengadap rebab, nyanyian Pak Yong Tua - Sedayung Pak Yong dan lain-lain. Manakala watak-watak penting dalam persembahan Mak Yong ialah Pak Yong, Pak Yong muda, Mak Yong,puteri Mak Yong, peran dan dayang-dayang, Cerita-cerita dalam Mak Yong yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai serinya seperti Dewa Muda, Dewa Pencil dan Dewa Sakti. Pada tahun 2005 Mak Yong telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Duniadi bawah kategori ‘Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

Page 9: Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

9

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, lawatan ini memberikan banyak maklumat dan juga pengalaman yang bermakna bahawa pelajar tidak akan mendapat ia semasa pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar hanya belajar berdasarkan maklumat dari buku teks sahaja semasa di dalam kelas, tetapi mereka tidak dapat lebih mendekatkan diri dan melihat contoh-contoh sebenar tentang sejarah-sejarah negara ini. Jadi, ia akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam lagi dan bagi saya lawatan ini adalah benar-benar penting bagi proses pembelajaran kami tentang sejarah.