muzium-muzium di bawah jabatan muzium malaysia jmm jld 30 bil 1 (januari-april 2020).pdfmuzium...

24
BERITA JMM JILID 30 | BIL.1/2020 | JANUARI - APRIL ISSN 2231-8321 JABATAN MUZIUM MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA PERASMIAN PAMERAN NEGARA KOTA YANG HILANG TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK MENYINGKAP KESENIAN ANDING DALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN Menarik di dalam

Upload: others

Post on 15-Oct-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

BERITA JMM JILID 30 | BIL.1/2020 | JANUARI - APRIL ISSN 2231-8321

JABATAN MUZIUM MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN,SENI & BUDAYA

T

Jabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara 50566, Kuala Lumpur.

(+603) 2267-1000 (+603) 2284-9103 [email protected]

JABATAN MUZIUM MALAYSIAMuzium-Muzium di Bawah

MUZIUM NEGARAKUALA LUMPUR

MUZIUM ADAT JELEBU, NEGERI SEMBILAN

MUZIUM DIRAJAKUALA LUMPUR

MUZIUM PERAKAIPING PERAK

GALERIA PERDANA, LANGKAWI

MUZIUM MATANG,PERAK

MUZIUM ARKEOLOGILEMBAH BUJANG, KEDAH

MUZIUM SUNGAI LEMBING,PAHANG

MUZIUM CHIMNEY,LABUAN

MUZIUM SENI KRAF ORANG ASLI,KUALA LUMPUR

MUZIUM SENI BINA MALAYSIA,BANDAR HILIR, MELAKA

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH,KEDAH

MUZIUM KOTA KAYANG,PERLIS

MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL,SEPANG

MUZIUM KOTA JOHOR LAMA,JOHOR

MUZIUM LABUAN,LABUAN

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU,KUALA LUMPUR

MUZIUM TEKSTIL NEGARA,KUALA LUMPUR

MUZIUM MARIN LABUAN,LABUAN

MUZIUM LUKUT,NEGERI SEMBILAN PERASMIAN PAMERAN NEGARA KOTA

YANG HILANG

TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK

MENYINGKAP KESENIAN ANDINGDALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN

Menarik di dalam

Page 2: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

E D I T O R I A L

Ketua PengarahDARI MEJA

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020. Sehingga kini, terdapat 8,674 kes yang disahkan dan sebanyak 8,481 kes telah pulih dengan hanya 121 kematian. Walaupun badai ancaman COVID-19 di Malaysia kian reda, namun tidak dinafikan bahawa dalam tempoh masa singkat, pandemik ini telah memberikan impak besar kepada pelbagai sektor di negara kita. Bukan sahaja dari segi peningkatan kadar pengangguran dan ketidaktentuan ekonomi, bahkan sektor-sektor lain turut merasai tempias pandemik tersebut dan tidak terkecuali sektor permuziuman juga.

Dari perspektif permuziuman di Malaysia, kecanggihan teknologi dibantu kurator yang kreatif mampu membawa orang awam melihat dan meneroka muzium secara maya atau lebih tepat secara dalam talian. Norma baharu ini secara tidak langsung memberikan impak kepada pelan strategik setiap muzium di samping mengubah sasaran dan perancangan sedia ada. Malah, tidak mustahil juga landskap permuziuman terutamanya dari aspek cara kerja, perubahan Prosedur Operasi Standard (SOP), tarikan pelawat dan sebagainya akan terus kekal bersama arus perubahan semasa untuk tempoh waktu yang panjang.

Edisi buletin kali ini memaparkan Perasmian Pameran Kerajaan Negara Kota yang Hilang dan Pesona Malaysia (The Lost Kingdoms Enchanting Malaysia) yang telah dilaksanakan s e b e l u m t e m p o h P e r i n t a h Kawalan Pergerakan (PKP). Turut dimuatkan juga pelbagai program permuziuman yang di ja lankan oleh 20 buah muzium persekutuan di bawah Jabatan Muzium Malaysia s e b e l u m , s e m a s a d a n selepas PKP.

A k h i r k a t a , t a h n i a h dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang gigih bagi merealisasikan Berita JMM Bil. 1/2020.

Datuk Kamarul Baharin bin A.KasimKetua PengarahJabatan Muzium Malaysia

RASIONAL GAMBAR MUKA DEPANPerasmian Pameran Negara Kota Yang Hilang pada 29 Januari 2020

BERITA JMM JILID 30 | BIL.1/2020 | JANUARI - APRIL ISSN 2231-8321

JABATAN MUZIUM MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN,SENI & BUDAYA

T

Jabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara 50566, Kuala Lumpur.

(+603) 2267-1000 (+603) 2284-9103 [email protected]

JABATAN MUZIUM MALAYSIAMuzium-Muzium di Bawah

MUZIUM NEGARAKUALA LUMPUR

MUZIUM ADAT JELEBU, NEGERI SEMBILAN

MUZIUM DIRAJAKUALA LUMPUR

MUZIUM PERAKAIPING PERAK

GALERIA PERDANA, LANGKAWI

MUZIUM MATANG,PERAK

MUZIUM ARKEOLOGILEMBAH BUJANG, KEDAH

MUZIUM SUNGAI LEMBING,PAHANG

MUZIUM CHIMNEY,LABUAN

MUZIUM SENI KRAF ORANG ASLI,KUALA LUMPUR

MUZIUM SENI BINA MALAYSIA,BANDAR HILIR, MELAKA

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH,KEDAH

MUZIUM KOTA KAYANG,PERLIS

MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL,SEPANG

MUZIUM KOTA JOHOR LAMA,JOHOR

MUZIUM LABUAN,LABUAN

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU,KUALA LUMPUR

MUZIUM TEKSTIL NEGARA,KUALA LUMPUR

MUZIUM MARIN LABUAN,LABUAN

MUZIUM LUKUT,NEGERI SEMBILAN PERASMIAN PAMERAN NEGARA KOTA

YANG HILANG

TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK

MENYINGKAP KESENIAN ANDINGDALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN

Menarik di dalam

PENASIHATDatuk Kamarul Baharin bin A.Kasim

KETUA EDITORMohd Azmi bin Mohd Yusof

EDITORMohd Khairill bin JemanginMokhtar bin Tamby Ahmad

PENYELARASNor Hasni binti Che HassanHamidah binti Mohd TahirRoseanida binti Abdul Kadir

FOTOGRAFIUnit Sumber Media

EDARANUnit Perpustakaan

DITERBITKAN OLEHJabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara50566 Kuala LumpurTel : (+603) 2267 1000, (+603) 2282 6255Faks : (+603) 2282 6434https://www.jmm.gov.my

REKABENTUK dan DICETAK OLEHReka Cetak Sdn BhdNo. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangorwww.rekacetak.com

Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali.Berita ini boleh dimuat turun daripada laman web JMM.

Page 3: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

JILID 30 / BIL.1/2020JANUARI - APRIL

KANDUNGAN

4

79

10

11

1214

16

17

1820

Perasmian Pameran Kerajaan Negara Kota yang Hilang dan Pesona Malaysia (The Lost Kingdoms & Enchanting Malaysia Exhibitions)

Tanya Kurator Live@Facebook

Bermalam Di Muzium Galeria Perdana - Yayasan Wiba Prima 2020

Pameran Peralatan Pertanian Tradisional Sempena Pesta Angin Timur Negeri Perlis

Pameran Sempena Pelancaran “Jom ke Sekolah”

Berita Bergambar

Menyingkap Kesenian Anding dalam Aspek Perubatan Etnik Kedayan

Lawatan DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima ke Muzium Perak

Lawatan Kerja dari Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) ke Muzium Perak

Industri Tenunan Songket

Pemeliharaan Koleksi; Satu Pencegahan Awal Kesinambungan Budaya

04

12

11

20

3

BERITA JMM | 1/2020

Page 4: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

29 JANUARI 2020 - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) julung-julung kalinya telah mengadakan perasmian bagi dua buah pameran serentak iaitu Pameran Negara Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms) dan Pameran Pesona Malaysia (Enchanting Malaysia) serta pelancaran Kalendar Acara 2020 bagi program anjuran Jabatan Muzium Malaysia. Majlils perasmian ini telah dihadiri lebih 200 orang tetamu termasuklah wakil-wakil muzium dari negara ASEAN yang turut sama meminjamkan koleksi artifak negara mereka untuk pameran The Lost Kingdoms. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia. Menerusi ucapan beliau, YBhg Dato’ Dr. KSU merakamkan setinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Jabatan Muzium Malaysia kerana berjaya mengadakan Pameran Negara Kota yang Hilang dan Pameran Pesona Malaysia kerana kedua-duanya memaparkan sejarah ketamadunan bangsa serta warisan budaya sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum, agama, budaya dan warisan. Konsep dan tema pameran yang dipaparkan ini sangat dekat dengan sejarah budaya bangsa dan menarik untuk dikongsi dengan masyarakat luar terutamanya pengunjung luar negara. Menurut beliau lagi program sebegini dapat

DISEDIAKAN OLEH:Siti Munirah binti Kasim,Muzium Ethnologi Dunia Melayu

PERASMIAN PAMERAN

PROG

RAM U

TAMA

KERAJAAN NEGARA KOTA YANG HILANG DAN PESONA MALAYSIA

4

BERITA JMM | 1/2020

Page 5: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

menarik lebih ramai pengunjung melawat muzium dan sekaligus merancakkan lagi sambutan tahun Melawat Malaysia 2020.

Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) iaitu YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim turut serta dalam majlis ini bagi menyampaikan ucapan aluan kepada tetamu jemputan yang hadir. Beliau berharap dengan adanya pameran sebegini, masyarakat akan dapat menimba dan meluaskan ilmu berkaitan sejarah warisan negara dan pada masa yang sama mempromosikan keunikan Malaysia kepada pelancong tempatan dan luar. Selain itu, penganjuran pameran sebegini menurut beliau mampu membawa JMM ke tahap global kerana Pameran Negara Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms) turut melibatkan jalinan kerjasama antara Jabatan Muzium Malaysia dengan beberapa buah muzium luar negara iaitu Museum Nasional Indonesia dan National Museum of Cambodia. Kerjasama sebegini penting sebagai usaha memartabatkan kualiti pameran serta program JMM setanding dengan program antarabangsa lainnya. Pada masa yang sama, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim menekankan peri pentingnya perkongsian ilmu yang dapat memberi kesedaran kepada generasi muda khususnya bahawa kerajaan-kerajaan awal ini keberadaannya di Nusantara adalah sangat panjang dan pernah mencapai ketamadunan kerajaan yang gemilang pada satu ketika dahulu malahan kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini serta keunikan yang wujud di Malaysia mampu mempesonakan dunia. Beliau juga turut sama merakamkan sekalung penghargaan ada ucapan terima kasih kepada semua bahagian dan unit yang komited memastikan

pameran dan program yang dirancang di bawah JMM berjalan dengan lancar.

Serba sedikit maklumat latar belakang mengenai kedua-dua pameran ini;

Pameran Negara Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms) dalam konteks ini merujuk kepada kerajaan-kerajaan atau negara kota (city-state) yang pernah menjadi pusat pemerintahan sesebuah kerajaan yang telah hilang atau lupus pada zaman moden. Sehingga kini, bukti kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Nusantara yang bersifat negara kota ini masih lagi dapat dilihat dari beberapa aspek seperti binaan dan tinggalan kota, candi, batu bertulis (prasasti dan inskripsi) dalam bentuk bahasa Melayu kuno dan sanskrit serta lain-lain artifak hasil jumpaan arkeologi umpamanya di Lembah Bujang dan Sungai Batu (Malaysia), My Son, Phan Rang, Oc Eo (Vietnam), Angkor Wat, Preah Viher, Sambor Preikok (Cambodia), Candi Prambanan, Candi Burobudor, Candi Sukuh, Trowulan (Indonesia) dan Takua Pa dan Yarang (Thailand).

Negara Kota ini telah wujud sekitar abad ke 1 Masihi sehingga 14 Masihi dan mempunyai pengaruh yang besar dalam politik, ekonomi dan sosial yang merangkumi kebudayaan serta kepercayaan masyarakat pada zaman tersebut. Jumlah keseluruhan koleksi artifak yang dipamerkan di dalam pameran ini adalah sebanyak 103 koleksi. Pameran ini merupakan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan Kerajaan Cambodia dan Indonesia turut melibatkan pinjaman sebanyak 14 buah artifak daripada kedua buah negara tersebut manakala baki sebanyak 89 buah artifak merupakan koleksi Jabatan Muzium Malaysia.

PROG

RAM U

TAMA

5

BERITA JMM | 1/2020

Page 6: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Pameran Pesona Malaysia bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya dan kekayaan khazanah negara kepada masyarakat tempatan dan juga pelancong luar negara dengan mempersembahkan 32 koleksi terpilih Jabatan Muzium Malaysia yang merangkumi sejarah, budaya, kepelbagaian kaum dan etnik serta alam semula jadi di Malaysia. Keindahan dan keunikan Malaysia telah mula diperkatakan melalui catatan para pedagang dan pelayar sama ada dari Eropah, China, India dan Timur Tengah sejak dahulu lagi. Kedudukan geografinya yang terletak di persimpangan antara Asia dan Eropah begitu strategik dan menjadi laluan perdagangan utama di Nusantara sehingga mendapat jolokan ‘Emporium of the East’ atau ‘Pusat Perdagangan Timur’.

Keunikan flora dan faunanya juga menjadi tarikan utama negara ini di samping limpahan hasil bumi meliputi darat serta laut yang pernah direkodkan sebagai komoditi utama perdagangan dalam catatan sejarah khususnya semasa zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melaka dan kepulauan Borneo

pada abad ke-8 hingga ke-15 masehi. Selain keindahan muka buminya, Malaysia turut menjadi pusat pertembungan budaya sejak zaman-berzaman sehingga melahirkan masyarakat yang kaya dengan pelbagai bangsa, budaya, bahasa, adat-resam, kepercayaan dan cara hidup.

Majlis perasmian ini turut diserikan dengan Majlis Pelancaran Kalendar Acara 2020 bagi program anjuran Jabatan Muzium Malaysia yang telah disusun untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2020, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) komited untuk membantu kementerian mencapai sasaran 30 juta pelancong ke Malaysia pada tahun ini. JMM juga telah merancang sebanyak 140 program yang mampu dijadikan produk pelancongan negara bagi menarik pelancong selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Antara Pameran yang dirancang adalah seperti Pameran Firaun, Pameran Paranormal, Pameran Ular, Pameran Emas serta beberapa program signature JMM seperti Nostalgia Anak Kampung dan Denai Malam. Semua ini bakal membawa satu nafas baru dalam era permuziuman negara sepertimana yang digariskan dalam Dasar Permuziuman Negara 2020.

Walau bagaimanapun kedua-dua Pameran Negara Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms) dan Pameran Pesona Malaysia (Enchanting Malaysia) terpaksa melabuh tirainya lebih awal daripada perancangannya selaras dengan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini akibat penularan wabak COVID-19. Namun demikian, sepanjang tempoh pameran berlangsung, penerimaan pengunjung amat memberangsangkan. Daripada maklum balas yang diterima, pameran seterusnya anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) seharusnya diperkemas, ditambahbaik dan dipertingkatkan lagi untuk mencapai kepuasan para pelawat khususnya terhadap pameran berteraskan warisan sejarah.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan pameran ini telah berjaya menepati objektif yang cuba diketengahkan sebelum ini. Pengunjung dapat melihat secara dekat artifak yang selama ini hanya dibicarakan menerusi buku sejarah dan menepati dengan apa yang diperjuangkan oleh dunia permuziuman itu sendiri, “seeing is believing”. Ternyata program seperti ini berpotensi untuk berpotensi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke muzium disamping menjadikan muzium terus relevan dengan peranan dan fungsinya peranan dan fungsinya dalam menyebarluas warisan sejarah, seni, budaya dan alam semula jadi negara kepada para pelancong tempatan dan juga luar negara.

PROG

RAM U

TAMA

6

BERITA JMM | 1/2020

Page 7: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Pandemik Covid-19 yang dikenali sebagai pandemik koronavirus ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global dan berpunca daripada koronavirus sehingga boleh menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk. Wabak ini mula dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di Wuhan, China dan telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 18 April 2020, lebih daripada 2.3 juta kes Covid-19 telah dilaporkan melanda lebih 180 buah negara. Negara Malaysia tidak terkecuali daripada pandemik Covid-19 ini apabila telah disahkan merebak pada 25 Januari 2020. Sehingga 18 Mei 2020, terdapat 6,941 kes yang disahkan dengan sebanyak 5,615 kes telah pulih dan discaj serta 113 kes kematian. Berikutan peningkatan kes positif yang mendadak pada Mac 2020 di di seluruh negara maka Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dengan mengambil kira saranan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan perlaksanaan perintah berkurung separa negara atau lebih dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan daripada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 secara berperingkat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan ini, segala aktiviti berkaitan permuziuman telah terhenti. Namun begitu, bagi memastikan segala penyampaian ilmu tetap dapat disampaikan

TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK DISEDIAKAN OLEH:Juliyana binti Othman,Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

kepada masyarakat, Jabatan Muzium Malaysia telah mengambil inisiatif menjalankan aktiviti permuziuman secara online di media sosial facebook Jabatan Muzium Malaysia dengan menganjurkan program Tanya Kurator LIVE@facebook. Dalam segmen ini para penonton boleh bertanya secara terus di ruangan comment facebook kepada kurator berkenaan. Tanya Kurator LIVE@facebook telah bermula pada 17 April 2020, jam 10 pagi dimulakan dengan Encik Muhammad Azam bin Adnan, Kurator Muzium Negara dengan tajuk Koleksi Al-Quran Melayu Tulisan Tangan di Muzium Negara. Berikut adalah kurator-kurator yang terlibat dengan Tanya Kurator LIVE@facebook

7

BERITA JMM | 1/2020

Page 8: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

iaitu Puan Rosidah binti Abdullah, Pengarah Muzium Tekstil Negara dengan tajuk Batik Kotak: Teknik dan Asal Kejadian pada 20 April 2020. Encik Asmawi bin Mohamed Yunos, Ketua Muzium, Muzium Seni Kraf Orang Asli dengan tajuk Manifestasi Ukiran Dalam Ritual dan Kepercayaan Orang Asli pada 22 April 2020. Puan Munirah binti Kasim, Kurator Muzium Etnologi Dunia Melayu dengan tajuk Pelayaran Dunia Melayu pada 24 April 2020. Encik Mokhtar bin Tamby Ahmad, Pengarah Muzium Muzik dengan tajuk Muzik Masyarakat Sabah pada 26 April 2020. Cik Sitti Rabia binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Muzium Negara dengan tajuk Koleksi Terpilih Muzium Negara pada 28 April 2020. Encik Nasrulamiazam bin Mohd Nasir, Pengarah Muzium Adat dengan

tajuk The Lost Kingdom: Legasi dari Aspek Kesenian dan Kebudayaan pada 4 Mei 2020. Puan Shenna Anak Skem, Kurator Muzium Tekstil Negara dengan tajuk Adat dan Tradisi Pemakaian Tradisional Masyarakat Iban di Sarawak pada 8 Mei 2020. Encik Zamrul Amri bin Zakaria, Pengarah Muzium Negara dengan tajuk Aplikasi Preventif dalam Penjagaan Koleksi pada 8 Mei 2020 dan Encik Badrul Hisham bin Abd. Rahman, Kurator Bahagian Pengurusan Koleksi dengan tajuk Nostalgia Raya: Acuan Tradisi Warisan Kita pada 22 Mei 2020.

Semoga dengan program seumpama ini akan membantu Jabatan Muzium Muzium agar dapat terus menyalurkan maklumat yang berterusan kepada orang ramai khususnya pencinta sejarah di Malaysia.

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

8

BERITA JMM | 1/2020

Page 9: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Pada 6 hingga 7 Februari 2020 Galeria Perdana telah menerima seramai 120 penyertaan pelajar yang akan menduduki PT3 dan SPM dari enam buah sekolah sekitar Langkawi iaitu SMK Mahsuri, SMK Kedawang, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang, Maktab Mahmud dan Kolej Vokasional Langkawi. Program Bermalam yang berteraskan motivasi pelajar pada kali ini adalah jalinan kerjasama antara Galeria Perdana dan Yayasan Wiba Prima turut melibatkan seramai 12 orang fasilitator sukarela yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah di sekitar Langkawi.

Pada hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, taklimat penyertaan program dan keselamatan oleh Pegawai Tadbir Galeria Perdana iaitu Tuan Haji Mohamad Najib bin Adnan. Para pelajar telah dibahagikan kepada 12 buah kumpulan sebelum sesi ice breaking oleh mengikut kumpulan masing-masing. Seterusnya mereka berpeluang untuk bersama-sama dalam Bengkel Kenali Personaliti Belajar Pelajar yang memberi panduan untuk mereka mengenalpasti personaliti belajar dan cara belajar paling efektif berdasarkan

personaliti masing-masing yang dikendalikan oleh pelatih dari Real Leaders Solutions atas jemputan Yayasan Wiba Prima.

Bagi menyemai nilai-nilai rohani dalam diri pelajar, satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh Encik Amirul Aiman bin Amirul Iskandar. Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, program ini diteruskan dengan aktiviti Tresure Hunt@GP yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang kejayaan negara semasa era Perdana Menteri ke-4.

Pada hari kedua program dimulakan dengan acara senampagi yang disertai oleh pelajar dan fasilitator sebelum diteruskan dengan Program Kemahiran Free Hand Visualization Skills yang membantu dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh CEO Yayasan Wiba Prima, En Amirul Aiman bin Amirul Iskandar. Program ini berlangsung dengan jayanya serta dapat memberi pengetahuan dan motivasi kepada para peserta yang terlibat pelajar dalam mencapai kejayaan disamping menghargai sejarah dan jasa para pemimpin negara.

BERMALAM DI MUZIUM GALERIA PERDANA - YAYASAN WIBA PRIMA 2020DISEDIAKAN OLEH:Muhammad Nazhif Bin Mohamed Kassim,Galeria Perdana

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

9

BERITA JMM | 1/2020

Page 10: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Muzium Kota Kayang, Perlis sekali lagi terlibat dalam program Pesta Angin Timur (PAT) 2020 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis (JKKN) bermula pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020. Program ikonik Perlis yang berlangsung selama 3 hari ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer Perlis. Antara agensi kerajaan lain yang terlibat dalam pameran adalah Jabatan Warisan Negara, Kraftangan Malaysia, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Perangkaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perhilitan, MADA, KEMAS, AADK MARA, ADABI dan TNB. Muzium Kota Kayang terlibat dalam menjayakan program pameran agensi kerajaan di Perlis dengan mempamerkan koleksi berasaskan peralatan pertanian tradisional di samping mengadakan promosi “Muzium Kita Tamadun Kita”. Pelbagai acara telah disusun bagi menarik kedatangan pengunjung seperti senam seni, pertandingan bendang padang, futsal bendang, lumba kerbau besi, lumba gerek bendang, pertandingan burung, pertandingan mengemping

padi, pukul bantal, kebaya Perlis, teka berat padi, gusti lengan, kota jerami dan aktiviti permainan wau moden. Majlis perasmian PAT 2020 telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peralatan tradisional penanaman padi, mempromosikan sejarah Kota Kayang di Muzium Kota Kayang kepada semua lapisan masyarakat dan memperkukuh fungsi dan peranan muzium sebagai pusat sumber ilmu dan rujukan bagi semua lapisan masyarakat. Pameran Peralatan Pertanian Tradisional Muzium Kota Kayang telah menerima kunjungan pelawat seramai 6,000 orang sepanjang 3 hari tersebut. Program ini dapat menarik masyarakat luar dan dalam negeri Perlis untuk mengenali Muzium Kota Kayang melalui pameran, aktiviti kuiz dan demostrasi yang diadakan semasa program berlangsung. Secara tidak langsung turut dapat mempromosikan aktiviti dan fungsi Jabatan Muzium Malaysia dan muzium-muzium Iain yang terdapat di Malaysia melalui edaran pamplet kepada pengunjung.

PAMERAN PERALATAN PERTANIAN TRADISIONALSEMPENA PESTA ANGIN TIMUR NEGERI PERLISDISEDIAKAN OLEH:Nurul Azlida binti Ghozali,Muzium Kota Kayang

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

10

BERITA JMM | 1/2020

Page 11: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Pada 17 Februari 2020, Muzium Matang telah mengadakan pameran “Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM)” bersempena pelancaran Program “Jom Ke Sekolah” yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang. Program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia ini bermatlamat untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah serta mencegah salah laku murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah. Program ini telah dirasmikan oleh ASP Rahimi bin Abd Rahman (Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping).

Menerusi pameran “Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium” (IPIM) Muzium Matang telah mengambil peluang ini untuk memberi pengetahuan kepada pelajar dan guru pengenai modul pembelajaran (IPIM). IPIM merupakan antara usaha pihak Jabatan Muzium Malaysia dalam menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang harmonis, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani dengan menerapkan kaedah pendidikan secara menghiburkan. Secara tidak langsung ia juga dapat memberikan kelainan untuk memupuk minat murid terhadap sejarah negara.

Bagi memberi kefahaman dan impak yang besar kepada pelajar, Muzium Matang turut mengadakan aktiviti-aktiviti seperti demostrasi jumpaan artifak duit syiling. Ia adalah salah satu kaedah perolehan artifak melalui sumber cari gali. Manakala aktiviti demostrasi ikatan tengkolok membolehkan pelajar mempelajari dan mencuba teknik membuat ikatan tengkolok seperti ikatan ayam patah kepak dan ikatan mumbang belah dua. Pelajar-pelajar juga berpeluang menguji ketajaman minda dengan mencuba permainan melengkapkan puzzle gambar-gambar tokoh seperti Ngah Ibrahim, Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor. Selain tayangan video, para pelajar turut berpeluang menguji kefahaman mereka dengan menyertai kuiz yang dianjurkan berdasarkan pameran yang disediakan dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang telah sediakan oleh pihak Muzium Matang.

Pameran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana seramai 500 orang pelajar, guru dan komuniti setempat telah berkunjung ke pameran tersebut. Dengan adanya program seperti ini, pastinya akan dapat mengukuhkan peranan muzium sebagai penyokong perkembangan pendidikan negara. Pembabitan muzium dalam pendidikan negara sebenarnya memberi kelebihan kepada murid sekolah untuk merasai makna sejarah dan mengetahui lebih mendalam warisan negara yang perlu dipertahankan dan difahami dan seterusnya melahirkan masyarakat yang patriotik dan cintakan negara,” .

DISEDIAKAN OLEH:Noraini binti Hassan,

Muzium Matang

PAMERAN SEMPENA

PELANCARAN“JOM KE

SEKOLAH”

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

11

BERITA JMM | 1/2020

Page 12: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Lawatan Kedutaan Arab ke Muzium

Negara05 Februari 2020

Taklimat

Perlaksanaan

Program Inspirasi

Pelajar Inovasi

Muzium (IPIM)

29 Januari 2020

Lawatan Setiausaha

Agung Komanwel

dan deligasi ke

Galeria Perdana

13 Februari 2020

BERITA BERGAM

BAR

12

BERITA JMM | 1/2020

Page 13: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Selamat datangKSU ke JMM02 Mac 2020

Bicara@Muzium Kerajaan

Langkasuka - Bukti dan Legasi26 Februari 2020

Program Semarak Muzium @ MSKOA

2020 Di Laman Istana Satu

14-15 Mac 2020

BERITA BERGAM

BAR

13

BERITA JMM | 1/2020

Page 14: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Perubatan tradisi etnik Kedayan amat berkait rapat dengan pengaruh semangat alam, makhluk-makhluk halus dan roh nenek moyang yang dipercayai mempengaruhi serta menjaga kehidupan. Oleh yang demikian peranan bomoh, dukun atau pawang dilihat penting sebagai pengantara yang memiliki ilmu tinggi bagi melakukan upacara ritual memohon pertolongan kuasa-kuasa ghaib, kekuatan mahupun kesembuhan bagi pesakit. Lazimnya tarian yang mengandungi pergerakan khas turut digunakan sebagai pelengkap merealisasikan teknik pengubatan berkesan mengubati penyakit lahiriah mahupun batiniah.

Dalam kehidupan etnik Kadayan, bomoh dan dukun dianggap sebagai pakar untuk berhubung dengan kuasa-kuasa ghaib atau disebut juga “Uang Alus” (makhluk halus). Ketika upacara mengubati pesakit, bomoh Kadayan bersama pembantunya akan mempersembahkan tarian sebagai satu cara

DALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN

berkomunikasi dengan dewa-dewi. Unsur-unsur pemujaan ini dikatakan mempunyai pengaruh hasil asimilasi budaya masyarakat dari Tanah Jawa iaitu tempat asal usul orang-orang Kedayan selain kepercayaan Hindu yang dibawa masuk dari pertapakan Kerajaan Majapahit dan Srivijaya di Borneo seawal tahun 400 Masihi.

Tarian berunsur pemujaan yang dikenali sebagai Tarian Anding pada dasarnya diiringi nyanyian bacaan mantera. Nyanyian dan tarian dipersembahkan seiring bagi mengubati pesakit tenat setelah pelbagai ikhtiar dengan menggunakan ubat-ubatan biasa tidak dapat menyembuhkan penyakit terutamanya penyakit yang melibatkan gangguan makhluk-makkluk halus. Keluarga pesakit lazimnya akan beralih kepada bomoh Anding yang mampu berkomunikasi dengan “dewa-dewi di kayangan” melalui tarian dan nyanyian mereka. Penyanyi utama yang akan memimpin pemujaan biasanya bomoh wanita yang

DISEDIAKAN OLEH:Zainon Halon,Muzium Chimney

MENYINGKAP KESENIAN ANDING

Tarian Anding yang dipersembahkan bagi meraikan majlis-majlis keramaian

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

14

BERITA JMM | 1/2020

Page 15: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

mempunyai suara yang lunak bagi menghidupkan tarian berkenaan. Bagi melakukan upacara pemujaan, terdapat peraturan ketat yang perlu dipatuhi bagi setiap pemain Anding. Pakaian mestilah berwarna hitam sepenuhnya dengan tanjak dan kasut atau sandal yang berwarna tertentu. Antara alat muzik yang lazimnya digunakan ialah biola, tangkung, guritik (dua buah beliong dan dua batang paku untuk memalu gendang) dan dumbak (rebana). Menurut orang-orang Kadayan dahulunya Anding terbahagi kepada tiga jenis iaitu Anding Rimba, Anding Mambang dan Anding Biasa yang mempunyai gerak tari yang sama tetapi berbeza tujuannya.

Apabila kemenyan dibakar, si penyanyi utama iaitu bomoh wanita akan berdendang memuja makhluk-makhluk halus manakala bomoh lelaki akan melakukan gerak tari mengalai sehingga beliau dimasuki roh makhluk ghaib. Ketika bomoh diresapi kuasa ghaib, beliau akan mula berkomunikasi dengan dewa dewi atau makhluk halus di dalam satu bahasa yang lain yang tidak difahami oleh sesiapa bagi tujuan berunding atau tawar menawar dengan kuasa ghaib tersebut. Selain itu, bomoh akan menari sambil mengibas-ngibaskan daun atau selembar kain di kedua-dua belah tangan, justeru menyebabkan pergerakannya harus sentiasa membongkok. Manakala seikat mayang pinang digantung di ruangan tengah rumah dan di sekelilingnya dihiasi dengan gantungan pelbagai jenis bunga-bungaan yang mungkin bertujuan menarik kehadiran makhluk halus yang diseru. Bukan itu, malah roh dewa-dewi tersebut turut dijamu dengan pelbagai jenis hidangan. Bait-bait lirik nyanyian Anding mempamerkan niat sebenar bomoh tersebut menyeru dewa dewi turun ke bumi bagi membantunya mengubati penyakit yang dideritai oleh pesakit. Antara bait-bait lirik nyanyian tarian Anding adalah seperti berikut:

Hi dangan hiyang-hiyangku dangan Tuun tah kau, tuun tah kau daie kayangan Datanglah untuk manjamu hidangan-hidangan Hidangan yang talah kami sediakan.

La bapang jualah kami dahulu Biarlah jati, jati jualah umah kami Hii lah bapang, bapang jualah kami dahulu Bang yang mati, ia mati tanggungan bumi.La salasih, la salasih la pisang pawana Daun ia hidup, jatinnya jati inda ia hidup Mangasi-mangailah kau ia tawaakau Owanglah mati, owanglah mati jua ianyaku hidup.

Kaduhung-kaduhung ia lompat karatang Daun salupih di langit jatuhlah kecewa hu Di langitlah sudah ngili, ngili aku talajuulah datang Indaku mungki, indaku mungki, jiwa babuangku jiwa hu.

Bakas ku ngambil jua posing panawaa Pargilah membawa inda lagi sabuting, nayi silalah Sila aku membuka tawaaku tawas Tawaaku ngili, tawaaku ngili jua tuun daie kepadaku Allah.

Walaupun Anding merupakan sebahagian daripada warisan kesenian tradisi etnik Kadayan namun ia masih kurang diketahui oleh masyarakat dan sebahagian besar generasi baru Kadayan sendiri kerana tarian ini tidak lagi diamalkan terutamanya tarian Anding yang melibatkan unsur-unsur pemujaan makhluk ghaib. Fungsi tarian Anding sudah berubah sejajar dengan perubahan masyarakat Kadayan yang telah menerima Islam sebagai pegangan hidup. Liuk lintuk tarian yang dikatakan menggambarkan pergerakan makhluk-makhluk halus seperti pergerakan membongkok kini hanya menjadi simbolik bagi menghormati para tetamu yang dihiburkan. Justeru melalui pelbagai usaha penyelidikan dan pendokumentasian berkenaan Tarian Anding diharap akan dapat mengekal, mempromosi seterusnya memartabatkan tarian kebudayaan ini sebagai elemen citra budaya warisan pelbagai etnik di Malaysia.

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

15

BERITA JMM | 1/2020

Page 16: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

DISEDIAKAN OLEH:Zairul Hida binti Hamdan,Muzium Perak

LAWATAN

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’afifullah Shah merupakan ahli kerabat Diraja Perak dari Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak telah berkenan melawat Muzium Perak pada 08 Januari 2020. Keberangkatan DYTM Raja Puan Besar diiringi bersama anakanda YM Syed Idris Alsagoff dan YM Raja Nor Azwina. Turut hadir semasa lawatan ini ialah Pegawai Daerah Larut Matang Selama, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan dan Penolong Pegawai Daerah, Puan Salwa Haslinda binti Che Ros. Tetamu Kehormat ini dibawa melawat galeri pameran sementara Pameran Cutam: Keunikan Kesenian Silam, pameran tetap dan perpustakaan Muzium Perak. Taklimat ringkas berkaitan pameran setiap galeri dan Pameran Cutam telah diberikan oleh Puan Zairul Hida binti Hamdan dan Encik Selvaraju a/l M. Pichaimutu.

DYTM RAJA PUAN BESAR PERAK RAJA NAZHATUL SHIMA KE MUZIUM PERAKPRO

GRAM

PERMU

ZIUM

AN

16

BERITA JMM | 1/2020

Page 17: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

DISEDIAKAN OLEH:Zairul Hida binti Hamdan,Muzium Perak

LAWATAN KERJA DARIPERBADANAN MUZIUM NEGERI MELAKA (PERZIM) KE MUZIUM PERAK

Pada 07 Januari 2020 (Selasa), Pegawai dan kakitangan dari Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) yang diketuai oleh Pengurus Besar, Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke Muzium Perak. Pihak PERZIM telah dibawa melawat

ke galeri pameran tetap, Pameran Cutam: Keunikan Kesenian Silam dan perpustakaan Muzium Perak. Rombongan ini telah disambut dan diiringi oleh Puan Zarinah binti Sarifan, Pengarah Muzium Perak dan beberapa orang kakitangan Muzium Perak.

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

17

BERITA JMM | 1/2020

Page 18: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu sejenis teknik menyungkit tenunan kain. Industri tenunan songket telah berkembang dengan pesat terutama di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Songket menggunakan teknik tenunan dimana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Songket juga lambang kehalusan seni tenunan M e l a y u y a n g d i w a r i s i z a m a n b e r z a m a n . Kemahiran kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.

Pada zaman silam motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus serta benang emas dan kebiasaannya kain songket dipakai oleh keluarga kerabat Raja Melayu, golongan bangsawan dan orang besar negeri. Meskipun songket mempunyai corak benang yang rumit, permintaan songket amat tinggi dan pemasaran songket juga popular di luar negara. Ini kerana kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang. Kini, songket di komersialkan menjadi baju pengantin, sampin baju melayu mahupun busana kurung harian. Keanggunan kain songket selain dijadikan sebagai pakaian tradisi ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

Pada masa kini kain songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Terdapat sekitar lapan proses yang perlu dilalui oleh seorang penenun untuk menghasilkan

sehelai kain songket. Antara proses-prosesnya adalah seperti proses mencelup benang, proses menerai atau melerai benang, proses menganing, proses menggulung, proses menyampak, proses mengarat, proses menyongket dan proses menenun. Oleh sebab itu tidak dinafikan harga sehelai songket tenun adalah mahal, bukan sahaja mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan sehelai kain songket tapi proses membuatnya adalah rumit. Harga songket juga akan bergantung kepada kualiti dan jenis benang yang digunakan. Seseorang penenun mengambil masa selama enam minggu untuk menyiapkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Sesuatu yang mengagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya idea tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi dan unik.

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket yang banyak dipasaran adalah seperti motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam/benda dan motif kuih. Corak kain songket lazimnya terdiri dari susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur, susunan bercorak, songket corak berdiri, songket corak melintang songket corak siku keluang, songket corak tapak catur dan songket corak pucuk rebung. Antara yang popular adalah tiga sahaja iaitu Songket bercorak penuh, corak bertabur dan susunan bercorak.

SongketINDUSTRI TENUNAN

DISEDIAKAN OLEH:Roseanida binti Abdul Kadir,Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

18

BERITA JMM | 1/2020

Page 19: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Songket Corak Penuh

Corak penuh bersulam juga dikenali songket Cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain. Corak ini biasanya digunakan di bahagian utama kain atau badan kain.

Songket Corak Bunga Tabur

Corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak bunga pecah empat, bunga bintang dan bunga sinar matahari. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

Songket Susunan Bercorak

Susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang. Songket corak jalur mempunyai dua jenis jalur, iaitu jalur berdiri dan jalur melintang. Corak jalur ini sesuai untuk orang lelaki. Kain songket kegunaan wanita biasanya mengandungi lebih banyak benang emas dan motif-motif jalur yang halus seperti bunga kerongsang berantai, siku keluang dan potong seri kaya. Songket tapak catur terdapat pada kain sarung dan samping. Ia diperbuat daripada benang tenunan yang berwarna-warni dan diilhamkan oleh corak papan catur.

Pucuk rebung adalah motif yang sering terdapat pada bahagian kepala kain, dan kadang-kadang pada kaki atau tepi kain songket. Motif pucuk rebung juga dikenali sebagai motif tumpal dan berbentuk tiga segi. Antara motif yang terdapat pada kain songket berasaskan pucuk rebung ialah pucuk rebung lawi ayam, pucuk rebung kendung, pucuk rebung gigi bota dan pucuk rebung tunjuk langit. Motif-motif kecil yang berada dalam pucuk rebung ialah bunga tiga dara, gigi yu, bunga bintang, tampuk manggis, tudung celak, bunga cengkih dan lain-lain lagi. Motif-motif ini cukup menarik dan menghiasi bahagian kepala kain sarung atau samping dan juga punca kain selendang.

Kegunaan

Pada masa dahulu, kain songket merupakan pakaian kaum bangsawan. Pada masa itu, songket terdapat pada kain samping, tanjak, kain sarung limar, kain sarung, kain panjang atau kain punca potong, baju belah labuh, baju kurung, baju kebaya dan kain selendang. Kini, kain songket digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat sebagai pakaian pengantin, pakaian penari tradisional, pakaian semasa menghadiri majlis rasmi, dan hiasan pada

jubah konvokesyen universiti tempatan. Selain pakaian, kain songket juga dihasilkan sebagai kain ela. Kain ini kemudiannya digunakan untuk membuat pelbagai jenis barang seperti sarung kusyen, beg tangan, alas meja, alas pinggan dan barang-barang untuk cenderamata seperti fail eksekutif, kotak barang kemas dan sebagainya. Ada juga songket yang ditenun khas untuk dijadikan perhiasan dinding. Songket yang dibuat begini berbentuk bunga, tumbuh-tumbuhan dan tulisan khat. Harga kain songket didasarkan kepada kehalusan tenunannya. Kehalusan tenunan dapat dinilai dari segi kerumitan proses menyongket bunga-bunga, jenis benang yang digunakan sama ada sutera, kapas atau poliester juga menentukan kelembutan, seri dan mutu kain tersebut.

Pemakaian songket pada masa kini semakin meluas dan semakin mendapat permintaan tinggi. Ramai pereka fesyen telah mereka cipta fesyen baju berasaskan kain songket bagi menggalakkan lebih ramai suka memakai songket dan fabrik songket telah dijadikan sebagai fabrik utama dalam rekaan baju terkini seperti baju kurung moden, baju kurung tradisional, baju Melayu dan juga potongan peplum. Dengan cara ini, pemakaian kain songket tidak mungkin akan ketinggalan zaman. Bahkan akan lebih menyerlah di masa akan datang dalam dunia fesyen.

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

19

BERITA JMM | 1/2020

Page 20: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Koleksi artifak adalah nadi utama sesebuah pameran kerana tanpa koleksi maka tiadalah tarikan dan makna sesebuah pameran yang dilangsungkan. Oleh yang demikian pemeliharaan dan penjagaan penuh koleksi artifak adalah tanggungjawab bagi semua pihak di dalam bidang permuziuman. Proses pemeliharaan adalah satu proses tindakan awal yang perlu dititik beratkan oleh semua penjaga muzium, supaya koleksi yang dipamerkan dapat berada di dalam sesebuah muzium dalam jangka masa yang panjang dan sentiasa terpelihara sepanjang tempoh peragaan ataupun apabila disimpan di dalam repositori.

Bagi menjamin jangka hayat koleksi, Bahagian Pengurusan Konservasi telah mengambil inisiatif dengan melakukan naziran ke beberapa buah muzium. Sebanyak sembilan naziran telah dilakukan di serata Muzium-Muzium Wilayah iaitu Muzium Adat, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Labuan, Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Kota Kayang, Muzium Arkeologi Lembah Bujang,

SATU PENCEGAHAN AWAL KESINAMBUNGAN BUDAYA

PEMELIHARAAN KOLEKSI ARTIFAK

DISEDIAKAN OLEH:Nor Jawahir binti Raduian,Bahagian Pengurusan Konservasi

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

20

BERITA JMM | 1/2020

Page 21: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Muzium Kota Johor Lama, Muzium Seni Bina dan Muzium Sungai Lembing . Antara perkara yang diperhatikan semasa naziran berlangsung adalah dari aspek pemantauan persekitaran galeri, kawalan makhluk perosak, sistem sokongan dan juga naziran berkaitan dengan pengurusan risiko.

Objektif utama naziran ini adalah untuk memastikan artifak yang dipamerkan atau disimpan di dalam muzium sentiasa berada di dalam keadaan baik serta terkawal. Secara umumnya, proses konservasi boleh dilaksanakan melalui dua jenis pendekatan iaitu pendekatan kuratif dan pendekatan preventif. Konservasi kuratif lebih tertumpu kepada rawatan, manakala preventif pula tertumpu kepada penjagaan dan perlindungan artifak daripada agen pemusnah.

Sepanjang naziran dijalankan, kebanyakan koleksi yang berada di pameran dan berisiko adalah koleksi yang berunsurkan bahan organik; seperti tekstil dan kayu. Perkara yang perlu diambil berat adalah kawalan suhu, kawalan kelembapan, kawalan pencahayaan dan kawalan debu dan udara di sekeliling galeri. Bagi pendedahan awal pemeliharaan koleksi bahan

organik, tips dan senarai semak adalah seperti berikut:

üPastikan objek bersifat organik terhindar daripada cahaya matahari, suhu stabil iaitu 18°C - 22°C dan dalam keadaan kelembapan relatif yang sederhana iaitu 45% hingga 55%.

üPastikan pemeriksaan berkala dilakukan bagi memastikan ketiadaan serangga perosak.

üPastikan sokongan secara dalaman dan luaran, jangan sesekali menggunakan paku kepada objek untuk menggantung objek untuk peragaan.

üGunakan kotak bebas asid dan kertas bebas asid untuk pembungkusan dan penyimpanan.

üJangan sesekali menggunakan air sebagai agen pembersihan.

Tips dan senarai semak ini boleh diambil sebagai satu langkah awal bagi pemeliharaan koleksi di muzium- muzium. Tindakan yang sedikit, apabila diamalkan sentiasa akan memberi kesan jangka masa panjang. Ini adalah satu pencegahan awal bagi memastikan koleksi yang merupakan satu bukti budaya dapat dipanjangkan kesinambungannya sehingga ke akhirnya.

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

21

BERITA JMM | 1/2020

Page 22: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

Pandemik COVID-19 telah mendorong kerajaan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai satu langkah untuk mengenal pasti individu yang telah terkena wabak serta mengurangkan risiko penularannya secara berleluasa. Tepat jam 10 malam waktu Malaysia pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berucap secara langsung di kaca televisyen bagi mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Melalui PKP ini terdapat beberapa larangan yang mesti dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia.

PKP telah banyak mengubah amalan hidup masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan supaya masyarakat mematuhi operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan. Banyak larangan dan SOP dikeluarkan dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan. Dalam norma baru ini, sistem bekerja dari rumah diperkenalkan, pemakaian penutup hidung dan mulut menjadi wajib, penggunaan media sosial dan medium atas talian dipertingkatkan. Di awal tempoh PKP hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar mendapatkan bekalan makanan di pasaraya. Semasa PKP, ada individu yang begitu panik membeli sehinggakan barangan runcit basah seperti telur ayam dan sayur-sayuran hampir kehabisan stok di pasaraya. Di negara Barat pula, isu untuk mendapatkan tisu tandas menjadi bahan kejutan

dan lawak bila terdapatnya insiden perebutan dan pergaduhan di pasaraya yang telah diviralkan di media sosial. Betapa masyarakat dunia sedang mengalami ketakutan dan panik ketika itu. Manusia berhadapan dengan isu kesihatan mental dan psikologi. Kota menjadi sunyi tanpa kehadiran manusia dan kenderaan bermotor, seolah-olah terdapat “Zombie” di luar sana yang membuatkan manusia menjadi paranoid dan berhati-hati ketika keluar. Kesan ini bukan sahaja dilihat dari sudut yang negatif tetapi juga meninggalkan kesan yang positif. Alamlam kembali kepada fitrah bila kurangnya penggunaan kenderaan bermotor dan kilang-kilang berhenti beroperasi yang menyebabkan kualiti udara dan alam menjadi bertambah baik.

Penularan Corona Virus telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan harian masyarakat. Malaysia juga telah terkesan setelah wabak ini dikesan penularannya di akhir bulan Disember 2019. Namun kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengekang penularan ini menjadi lebih buruk. Pengenalan kepada norma baru kehidupan telah memberi pelbagai reaksi dan cabaran kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan. Penjarakkan sosial, pengasingan, pematuhan kepada SOP dan juga kuarantin telah menjadi satu cara hidup baharu yang tidak dapat dilupakan bagi setiap warga negara. Walaupun begitu hidup perlu diteruskan dan harus menerima norma-norma baru ini sehinggalah terdapatnya penawar virus ini dihasilkan bagi kesejahteraan semua.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DISEDIAKAN OLEH:Mohd Syahrul bin Ab. Ghani, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.

PROG

RAM PERM

UZIU

MAN

22

BERITA JMM | 1/2020

Page 23: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

23

BERITA JMM | 1/2020

Page 24: Muzium-Muzium di Bawah JABATAN MUZIUM MALAYSIA JMM Jld 30 Bil 1 (Januari-April 2020).pdfmuzium etnologi dunia melayu, kuala lumpur muzium tekstil negara, kuala lumpur muzium marin

BERITA JMM JILID 30 | BIL.1/2020 | JANUARI - APRIL ISSN 2231-8321

JABATAN MUZIUM MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN,SENI & BUDAYA

T

Jabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara 50566, Kuala Lumpur.

(+603) 2267-1000 (+603) 2284-9103 [email protected]

JABATAN MUZIUM MALAYSIAMuzium-Muzium di Bawah

MUZIUM NEGARAKUALA LUMPUR

MUZIUM ADAT JELEBU, NEGERI SEMBILAN

MUZIUM DIRAJAKUALA LUMPUR

MUZIUM PERAKAIPING PERAK

GALERIA PERDANA, LANGKAWI

MUZIUM MATANG,PERAK

MUZIUM ARKEOLOGILEMBAH BUJANG, KEDAH

MUZIUM SUNGAI LEMBING,PAHANG

MUZIUM CHIMNEY,LABUAN

MUZIUM SENI KRAF ORANG ASLI,KUALA LUMPUR

MUZIUM SENI BINA MALAYSIA,BANDAR HILIR, MELAKA

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH,KEDAH

MUZIUM KOTA KAYANG,PERLIS

MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL,SEPANG

MUZIUM KOTA JOHOR LAMA,JOHOR

MUZIUM LABUAN,LABUAN

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU,KUALA LUMPUR

MUZIUM TEKSTIL NEGARA,KUALA LUMPUR

MUZIUM MARIN LABUAN,LABUAN

MUZIUM LUKUT,NEGERI SEMBILAN PERASMIAN PAMERAN NEGARA KOTA

YANG HILANG

TANYA KURATOR LIVE@FACEBOOK

MENYINGKAP KESENIAN ANDINGDALAM ASPEK PERUBATAN ETNIK KEDAYAN

Menarik di dalam