report latihan industri jke psas

69
1 BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 PENGENALAN Saya MUHAMMAD HAMIZAN BIN HAMIDI, bernombor pendaftaran 15EET13F1004 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah, telah menjalani latihan industri yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik selama 20 minggu sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat wajib bagi mendapatkan diploma dalam kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik, seperti yang telah ditetapkan. Program ini telah bermula pada 1 DISEMBER 2014 hingga 17 APRIL 2015. Latihan industri merupakan salah satu kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar politeknik di seluruh Malaysia. Ia merupakan salah satu syarat yang telah di wajibkan ke atas setiap pelajar politeknik terutama Politeknik Sultan Azlan Shah sebelum layak untuk penganugerahan diploma bagi setiap jurusan yang diambil, dengan bermatlamat agar Latihan Industri ini akan dapat memberi pendedahan kepada pelajar akan situasi alam pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang. Selain itu, objektif utama latihan industri ini adalah untuk melengkapkan syarat penerimaan diploma, ia juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan alami pekerjaan yang sebenar. Oleh itu latihan industri banyak membantu pelajar-pelajar dalam menghasilkan kerja yang lebih terjamin mutunya di samping dapat menimba ilmu pengetahuan melalui kerja-kerja yang di berikan. Oleh yang demikian, pihak syarikat atau jabatan-jabatan yang terlibat dengan pengambilan pelajar praktikal untuk menjalani latihan industri haruslah memainkan peranan penting dalam melatih dan membantu pelajar bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi kelayakan dan kemahiran selaras dengan konsep Jabatan Pengurusan

Upload: muhammad-hamizan

Post on 22-Jul-2015

703 views

Category:

Education


49 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report Latihan Industri JKE PSAS

1

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Saya MUHAMMAD HAMIZAN BIN HAMIDI, bernombor pendaftaran

15EET13F1004 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan

Azlan Shah, telah menjalani latihan industri yang telah ditetapkan oleh

pihak politeknik selama 20 minggu sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat wajib bagi mendapatkan diploma dalam kursus Diploma

Kejuruteraan Elektrik, seperti yang telah ditetapkan. Program ini telah

bermula pada 1 DISEMBER 2014 hingga 17 APRIL 2015.

Latihan industri merupakan salah satu kursus yang diwajibkan

kepada semua pelajar politeknik di seluruh Malaysia. Ia merupakan

salah satu syarat yang telah di wajibkan ke atas setiap pelajar politeknik

terutama Politeknik Sultan Azlan Shah sebelum layak untuk

penganugerahan diploma bagi setiap jurusan yang diambil, dengan

bermatlamat agar Latihan Industri ini akan dapat memberi pendedahan

kepada pelajar akan situasi alam pekerjaan yang sebenar pada masa

akan datang.

Selain itu, objektif utama latihan industri ini adalah untuk

melengkapkan syarat penerimaan diploma, ia juga adalah untuk

memberi pendedahan kepada pelajar dengan alami pekerjaan yang

sebenar. Oleh itu latihan industri banyak membantu pelajar-pelajar

dalam menghasilkan kerja yang lebih terjamin mutunya di samping

dapat menimba ilmu pengetahuan melalui kerja-kerja yang di berikan.

Oleh yang demikian, pihak syarikat atau jabatan-jabatan yang

terlibat dengan pengambilan pelajar praktikal untuk menjalani latihan

industri haruslah memainkan peranan penting dalam melatih dan

membantu pelajar bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi

kelayakan dan kemahiran selaras dengan konsep Jabatan Pengurusan

Page 2: Report Latihan Industri JKE PSAS

2

Politeknik (Kementerian Pendidikan Malaysia). Ini membolehkan pelajar

dapat berkecimpung dalam bidang profesional yang berteraskan

kemahiran yang tinggi bagi menerapkan para pelajar dengan etika kerja

yang lebih efektif.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah salah satu daripada cara untuk memberi

pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai bidang dan suasana

pekerjaan sebelum pelajar menamatkan pengajian masing-masing.

Tujuan utamanya adalah bagi membolehkan pelajar ini agar dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar di alam pekerjaan nanti

dari pelbagai segi samaada dengan cara penampilan, komunikasi dan

cara penyusunan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang di

berikan pada masa hadapan.

Ia adalah penting untuk para pelajar bagi mengenali orang

ramai dengan lebih dekat. Cara berkomunikasi yang di terapkan juga

akan dapat memberikan keyakinan kepada pelajar ini untuk berhadapan

dengan organisasi lain.

Ini juga banyak membantu mengembangkan pemikiran dan

membentuk imej diri dengan cara membuat perancangan yang baik,

menampilkan sikap yang positif dan berinovatif dalam mengeluarkan

idea-idea yang bernas serta menanam semangat tidak berputus asa

dalam diri.

1.3 PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN

UPLI memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memilih

sendiri tempat bagi menjalani latihan industri, sama ada di jabatan

kerajaan atau swasta. Borang permohonan diserahkan pada setiap

pelajar bagi tujuan tersebut dan pelajar dibenarkan menerima satu

tempat latihan sahaja. Jika didapati pelajar mempunyai lebih daripada

Page 3: Report Latihan Industri JKE PSAS

3

satu tempat latihan, pelajar tersebut dikira melanggar etika yang telah

ditetapkan oleh pihak politeknik.

Tempoh yang diberikan kepada semua pelajar untuk mencari

tempat latihan adalah selama 4 bulan. Seandainya pelajar itu gagal

untuk mendapatkan tempat latihan, pihak pengurusan politeknik akan

menempatkan pelajar di tempat latihan yang dipilih melalui senarai

syarikat yang tersenarai di Unit Latihan Industri politeknik. Sekiranya

pihak pengurusan telah membuat keputusan penempatan, pelajar

perlulah mematuhi keputusan tersebut.

Pelajar juga dinasihatkan supaya mencari tempat latihan yang

mengamalkan fungsi keselamatan yang diiktiraf. Pihak politeknik berhak

untuk menarik balik hak penempatan tersebut jika mendapati

penempatan tersebut tidak mengamalkan fungsi keselamatan yang

sempurna. Sebagai panduan pelajar dinasihatkan supaya memilih

tempat latihan industri dengan mengambil kira faktor – faktor yang

bersesuaian dengan bidang kursus, bentuk latihan dan kemudahan

yang mampu diberikan oleh jabatan/syarikat.

1.3.1 Semasa Menjalani Latihan Industri

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pelajar

semasa menjalani latihan industri:

1.3.1.1 Disiplin dan Tatatertib

1. Setiap pelajar politeknik dipertanggungjawabkan

untuk menjaga nama baik politeknik. Pelajar perlu

mempamerkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan

baik sebagai lambang ciri – ciri seorang pelajar PSA

di tempat latihan atau firma.

2. Pelajar diingatkan supaya mematuhi segala

peraturan politeknik yang telah ditetapkan ketika

menjalani latihan industri. Ini adalah kerana,

peraturan politeknik masih lagi berkuatkuasa

terhadap pelajar walaupun semasa menjalani latihan

industri. Pelajar juga tidak terkecuali daripada

peraturan dan undang – undang yang ditetapkan

oleh jabatan/syarikat.

Page 4: Report Latihan Industri JKE PSAS

4

1.3.1.2 Kehadiran atau Cuti

1. Setiap pelajar yang menjalani latihan industri

mesti patuh dengan peraturan rekod kehadiran

yang telah ditetapkan oleh jabatan/syarikat yang

berkenaan. Berkaitan dengan permohonan cuti,

pelajar mestilah terus berhubung dengan majikan,

dan sekiranya pelajar mengambil cuti sakit, maka

surat tersebut haruslah diserahkan kepada

majikan dan bukannya kepada politeknik. Salinan

surat cuti yang telah diluluskan hendaklah dihantar

ke politeknik dengan kadar segera.

2. Bagi pelajar yang ingin cuti melebihi 3 hari,

hanya sijil akaun cuti daripada pegawai

perubatan kerajaan sahaja yang diterima.

1.3.1.3 Rahsia Syarikat

Menjaga maklumat sulit syarikat merupakan

tanggungjawab pekerja. Tidak ketinggalan juga

bagi pelajar yang menjalani latihan. Justeru,

pelajar adalah dilarang sama sekali untuk

mendedahkan rahsia syarikat kepada umum.

Pelajar haruslah meminta kebenaran syarikat jika

ingin mengambil gambar, cetakan, atau contoh

bahan kerja. Pihak politeknik melarang sama

sekali tindakan ini sekiranya pelajar didapati

melakukan kesalahan ini, dan tindakan yang berat

akan dikenakan terhadap pelajar yang bersalah.

Page 5: Report Latihan Industri JKE PSAS

5

1.3.1.4 Tempoh Latihan

1. Tempoh latihan adalah 20 minggu (5 bulan ).

Pelajar akan menjalani latihan lebih awal daripada

tarikh yang ditetapkan sekiranya dikehendaki oleh

syarikat itu sendiri. Namun begitu, pelajar tidak boleh

menamatkan latihan lebih awal daripada tarikh yang

telah ditetapkan.

2. Sekiranya pelajar didapati menamatkan latihan

lebih awal, ia dianggap telah melanggar peraturan

latihan. Pihak politeknik boleh menggambil tindakan

tatatertib termasuk arahan untuk mengulang semula

latihan.

1.3.1.5 Peraturan dan Keselamatan serta Arahan &

Tindakan

Semasa latihan industri, pelajar haruslah

mematuhi semua peraturan organisasi latihan pada

setiap masa, akan tetapi di luar kawasan tempat

latihan pelajar adalah dalam peraturan politeknik

sebagai seorang pelajar. Disiplin diri harus dijaga dan

sentiasa mengamalkan budi bahasa yang baik.

Keselamatan di tempat kerja juga harus

dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pelajar

sepanjang tempoh latihan. Segala peraturan dan

keselamatan di tempat kerja harus dipatuhi dan

diamalkan sepanjang tempoh latihan

Semasa latihan industri ini, setiap arahan dari

orang atasan haruslah dipatuhi selagi tidak

melanggar apa – apa peraturan yang sedia ada.

Tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang tidak

mengikut arahan.

Page 6: Report Latihan Industri JKE PSAS

6

1.4 BUKU LAPORAN HARIAN

1. Pelajar dikehendaki mengisi buku laporan setiap hari untuk

menyenaraikan kerja atau aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari

berkenaan.

2. Pelajar juga diingatkan supaya membawa buku laporan harian ke

tempat latihan setiap hari untuk catatan dan ditandatangani oleh

penyelia syarikat setiap dua minggu.

1.5 OBJEKTIF LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

Satu Laporan Latihan Industri perlu di sediakan dan di bukukan

bagi syarat utama penganugerahan sijil dan diploma bagi pengesahan

tamat latihan industri. Penyediaan laporan industri ini adalah untuk

memberi gambaran kepada Unit Latihan Perhubungan Dan Industri

( UPLI ) mengenai latihan yang di jalankan.

Objektif utama penyediaan laporan ini adalah untuk melihat dan

menilai sejauh mana pelajar dapat memahami ilmu pengetahuan yang

di perolehi semasa menjalani latihan itu di salurkan kepada pelajar

dalam bentuk maklumat yang bercetak dan juga merupakan sebagai

tugasan bagi semester tersebut. Dengan cara ini juga, pelajar

berpeluang untuk merakam segala peristiwa dan pengalaman yang

berguna semasa mengikuti latihan industri dan sekaligus menimba

pengetahuan tentang bagaimana penyediaan laporan yang formal di

lakukan.

Penyediaan laporan juga dapat memberikan banyak

pendedahan kepada pelajar cara untuk mendapatkan maklumat bagi

menyediakan buku laporan ini dengan menemuramah pekerja-pekerja

dan organisasi bagi mendapatkan segala maklumat yang berkaitan.

Dengan cara ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk

berkomunikasi dengan individu lain. Tugasan ini akan memberi

panduan dan tunjuk ajar kepada pelajar lain cara penyediaan laporan.

Selain itu, ia dapat menjadi bahan rujukan bagi syarikat atau jabatan

mekanikal.

Page 7: Report Latihan Industri JKE PSAS

7

1.6 CARA PENYUSUNAN LAPORAN

Laporan disediakan berdasarkan pengalaman serta pengamatan

pelajar menerusi latihan yang di ikuti. Laporan ini di sediakan secara

tiga petingkat utama iaitu :-

I. Bahan hadapan

II. Kulit laporan, dedikasi, penghargaan dan isi kandungan.

III. Bahan laporan

IV. Latar belakang syarikat, ringkasan mingguan, laporan

teknikal dan dapatan serta cadangan.

V. Bahan belakang

VI. Kesimpulan.

Pada bahan atau isi laporan mengandungi maklumat-maklumat terperinci

mengenai latihan industri. Ia di susun dalam bentuk BAB. Badan atau isi

laporan di dahului dengan PENGENALAN sebagai BAB 1 dan di akhiri

dengan KESIMPULAN dalam BAB AKHIR. Kandungan dari pengenalan

hingga bahan belakang adalah seperti yang berikut :-

I. Pengenalan

II. Latar Belakang Syarikat

III. Ringkasan Mingguan

IV. Laporang Teknikal

V. Kesimpulan

VI. Dapatan & Cadangan

1.7 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan subjek yang penting dalam sistem

pembelajaran di politeknik. Ia merupakan satu subjek wajib di ambil oleh

setiap politeknik seperti mana yang di sarankan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. Latihan industri ini adalah penting kepada

pelajar dalam menerokai alam pekerjaan setelah tamat belajar. Antara

kepentingannya adalah :-

Page 8: Report Latihan Industri JKE PSAS

8

I. Membina semangat yang lebih mendalam di kalangan pelajar

bagi menghadapi segala cabaran semasa menjalani latihan

industri ini.

II. Memberi pengalaman dam pengetahuan untuk pelajar sebagai

persediaan awal pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan

yang sebenar pada masa akan datang.

III. Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan meluaskan

pengalaman kepada pelajar.

IV. Dapat mendisiplinkan diri, membentuk imej peribadi yang

unggul serta membina keyakinan dalam diri bagi menghadapi

cabaran yang bakal di tempuhi.

V. Membantu mengembangkan pemikiran dan membentuk imej

diri dengan cara membuat perancangan yang baik,

menampilkan sikap yang positif, kemahiran dan kesanggupan

pelajar dalam melakukan sesuatu kerja.

VI. Mewujudkan dan meningkatkan semangat amanah dan rasa

tanggungjawab dalam diri pelajar terhadap tugas atau kerja

yang diberikan dan bersesuaian dalam bidang kursus dan

pekerjaan pada masa akan datang.

1.8 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Prosedur penempatan pelajar ke sesebuah firma praktikal akan

di tentukan oleh Unit Perhubungan Pelajar dan Latihan Industri ( UPLI

) Politeknik Sultan Azlan Shah. Pelajar-pelajar bahagian kejuruteraan

khususnya akan di tempatkan ke firma-firma seperti sektor

Perkilangan, Jabatan Kerajaan, Swasta atau Perhotelan. Oleh itu,

skop Latihan Industri adalah berbeza-beza antara tempat praktikal

yang menempatkan pelajar.

Dengan subjek-subjek yang di pelajari, dapatlah saya

mempraktikkan di tempat latihan. Walaupun tidak semua yang di

pelajari semasa di kelas teori atau amali dititikberatkan. Ianya sedikit

Page 9: Report Latihan Industri JKE PSAS

9

sebanyak dapat memberi pengajaran dan pengetahuan. Antara

pengalaman dan ilmu pengetahuan yang di perolehi termasuklah :

I. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran kendiri dalam

menjalani dan melaksanakan sesuatu tugas yang di berikan.

II. Menajamkan lagi cara berfikir secara lebih efektif dan

berkesan serta kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu

yang baru.

III. Mempelajari bagaimana berhubung dan berkomunikasi

sesama pekerja, berkerja sebagai satu pasukan dan

seterusnya meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara

lebih berkesan.

IV. Meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri melalui

ketekunan kerja, mematuhi arahan, bersikap jujur dan

amanah, kesopanan, kreativiti, kesanggupan dan pelbagai

lagi unsur-unsur atau nilai diri dan sifat yang baik di perolehi

melalui latihan industri ini.

V. Dapat mendekatkan pelajar dengan sesuatu organisasi lain

bagi membantu dalam penyelesaian sesuatu tugas dan

kerja yang di berikan.

Page 10: Report Latihan Industri JKE PSAS

10

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Jabatan Kerja Raya ditubuhkan pada tahun 1872 dan diketuai oleh

Major J.F.A McNair. Peristiwa yang menyebabkan penubuhan JKR

bermula pada awal tahun 1872 apabila pihak British East India

Company - dagangan di antara England, India, dan China - memerlukan

sebuah stesen yang selamat untuk memperbaiki kapal-kapal dagangan

mereka. Mereka menemui Pulau Pinang sesuai untuk tujuan tersebut

disebabkan kedudukannya yang strategik.

Pada 1786, mereka memujuk Sultan Kedah untuk melepaskan hak

ke atas Pulau Pinang kepada syarikat mereka. Mereka berjaya

mendapat Pulau Pinang pada 1791 melalui satu perjanjian. Pada 1825,

melalui Anglo-Dutch Treaty, Melaka dikembalikan kepada British melalui

pertukaran dengan Bencoolen. Rafel, pada 1819, membuat satu

perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman

untuk memberi hak British ke atas Singapura. Tiga buah daerah ini

(Pulau Pinang, Melaka, Dan Singapura) menyebabkan penubuhan

Straits Settlement pada 1826.

Sebab lain yang membawa British menguasai rantau ini adalah

kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil bijih timah dan tanah

penanamannya yang subur . Penurapan jalan sewaktu Pangkor

Page 11: Report Latihan Industri JKE PSAS

11

Engagement (1874) menambahkan lagi pengaruh Inggeris dalam Tanah

Melayu.

Sepanjang tahun ini, mereka merancang untuk membina laluan

berturap termasuk di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Oleh yang

demikian, residen dan Subordiante Officers dihantar untuk berunding

dan menasihati raja-raja Melayu. Selepas itu, sistem residen diterima

pula di Pahang. Pada tahun 1896, sistem itu telah ditadbir secara

berpusat iaitu di Kuala Lumpur. Kesemua empat negeri dan Kuala

Lumpur akhirnya dikenali sebagai Tanah Melayu Bersekutu.

2.1.1 Penubuhan JKR Taiping

J.K.R Taiping terdiri daripada dua daerah iaitu Larut dan

Matang berserta Daerah Kecil Selama yang mempunyai

keluasan 2,048 km / per. (800 b / per).

RAJAH 2.1.1 Pejabat JKR Daerah Larut Matang & Selama

Dari cacatan silam yang dapat dikesan, JKR Taiping telah

diwujudkan pada tahun 1935 dan berfungsi di sebuah bangunan

dua tingkat di Jalan Taming Sari (dahulunya Jalan Besar),

Taiping yang ketika itu dikenali sebagai "TOWN HALL" yang

terletak berhampiran Padang Esplanade.

Di bangunan yang sama juga di atasnya pula merupakan Ibu

Pejabat JKR Perak atau "STATE ENGINEER OFFICE"

Bangunan ini telah pun dirobohkan pada tahun 1975 di mana

tapaknya kini telah dibina sebuah bangunan Dewan Perbandaran

Taiping yang baru.

Page 12: Report Latihan Industri JKE PSAS

12

Waktu pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu pada

tahun 1941 hingga 1945, pejabat JKR Taiping telah dipindahkan

ke Sekolah Menengah King Edward VII dan pada masa itu

pentadbiran ini diambil alih oleh Tentera Jepun dari tangan

Pegawai Teknik British. Pada bulan Disember 1945, British telah

kembali ke Tanah Melayu dan pentadbiran JKR telah disusun. Di

waktu itu JKR Taiping ditempatkan di sebuah bangunan

dipersimpangan antara Jalan Stesen dan Jalan Istana Larut.

Di antara tahun 1979 hingga 1980, satu perancangan membina

sebuah bangunan baru dan tersendiri bagi memuatkan

keseluruhan kakitangan telah dicadangkan memandangkan

bangunan yang digunakan ketika itu (di Jalan Stesen) tidak lagi

sesuai dan selesa bagi bilangan pekerja yang bertambah ramai.

Hasil dari perancangan ini, dalam tahun 1981, Kerajaan Negeri

Perak telah meluluskan projek pembinaan bangunan baru dan

kerja-kerja pembinaan bermula 10.08.1981 dan telah siap pada

03.07.1983 yang menelan belanja sebanyak RM 2,326,843.00.

Pada 15.10.1983 pentadbiran JKR Taiping telah berpindah ke

bangunan baru ini yang lebih selesa dan teratur beserta

kelengkapan pejabat terbaru. Bangunan ini memberi pelbagai

kemudahan kepada kakitangan di antaranya tempat letak kereta

yang luas, ruang rekreasi sukan, kolam ikan dan landskap yang

indah hasil dari usaha kakitangan secara bersepadu.JKR Larut

Matang & Selama, Taiping sebuah jabatan di bawah Pentadbiran

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang bertanggungjawab ke

atas projek-projek pembangunan untuk Negeri dan Persekutuan.

Ianya merupakan salah satu jabatan yang memberi khidmat

kepakaran teknikal kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi

kerajaan yang lain. Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan bagi

merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mempertingkatkan mutu

infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam serta prasarana

yang lain seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan

dan pengkalan.

Page 13: Report Latihan Industri JKE PSAS

13

2.1.2 Alamat Organisasi

JABATAN KERJA RAYA DAERAH LARUT MATANG &

SELAMA

Pejabat Jurutera Daerah,

JKR Larut Matang & Selama,

Jalan Istana Larut, 34000 Taiping,

Perak, Malaysia.

Tel: 605-8084040 / 8084841 Faks: 605-8084545

Toll Free: 1-800-88-3377 Email : [email protected]

JABATAN KERJA RAYA DAERAH LARUT MATANG &

SELAMA

(BAHAGIAN MEKANIKAL)

Jkr Bhg. Elektrik,

Jalan Panglima,

Assam Kumbang,

34000 Taiping.

Perak, Malaysia.

2.1.3 Piagam Pelanggan

Kami komited untuk menyedia dan menyenggara aset kerajaan

bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan

memberikan perkhidmatan professional yang berkualiti

berteraskan kepada:

I. Jangka masa yang ditetapkan

II. Kos yang ekonomik

III. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan

Page 14: Report Latihan Industri JKE PSAS

14

Jabatan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang

dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang

ditetapkan.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas kami

berjanji.

I. Pengurusan Projek

II. Selenggaraan

III. Khidmat Nasihat Teknikal

IV. Pengurusan Aduan

2.1.4 Objektif

I. Merancang, Memeriksa, Membentuk dan Melaksanakan

kemudahan infrastruktur.

II. Menjalankan di mana yang perlu kemudahan infrastruktur.

III. Menyenggara kemudahan infrastruktur.

IV. Memberi khidmat nasihat mengenai perkara-perkara

teknikal kepada kerajaan, kuasa-kuasa tempatan dan

badan-badan berkanun.

2.1.5 Misi Jabatan

I. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat

dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui

kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

II. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek

yang efektif dan inovatif.

III. Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang

lebih baik kepada semua kakitangan.

IV. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

V. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

VI. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

VII. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian

perkhidmatan.

Page 15: Report Latihan Industri JKE PSAS

15

2.1.6 Visi Jabatan

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan

Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset,

Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan

Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan

Inovatif Serta Teknologi Terkini.

2.1.7 Dasar Kualiti

JKR komited bagi menghasilkan produk berkualiti yang

memenuhi kepuasan pelanggannya berasaskan amalan

professional yang terbaik

JKR akan memastikan penambahbaikan yang berterusan

dilaksanakan ke atas system pengurusan berkualiti.

2.1.8 Carta Organisasi JKR ELEKTRIK LMS

Page 16: Report Latihan Industri JKE PSAS

16

2.2 PENGENALAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK JKR LARUT

MATANG & SELAMA

Bahagian ini di ketuai oleh Penolong Jurutera Elektrik JA29 yang

bertanggungjawab terus kepada Jurutera Daerah dalam perkara

berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Elektrik dan tugas lain.

2.2.1 Fungsi

I. Menyenggara dan membaiki alatan elektrik pada semua

bangunan-bangunan dan sekolah-sekolah kerajaan di daerah

Larut Matang & Selama.

II. Memantau dan menyelia termasuk penggantian peralatan

elektrik bagi bangunan kerajaan Negeri dan Persekutuan

termasuk sekolah-sekolah dan Kem-Kem Tentera di daerah

Larut Matang & Selama. Menyediakan rekabentuk dan

menyelia pemasangan kelengkapan elektrik baru dalam

bangunan di Bangunan-Bangunan Kerajaan.

III. Menilai peralatan-peralatan dan litar elektrik untuk tujuan

pendawaian semula dan ditukar ganti.

IV. Memproses perolehan aset-aset baru elektrik untuk JKR. Larut

Matang & Selama.

V. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang Kejuruteraan

Elektrik kepada Jabatan Kerajaan, Sekolah, Agensi Kerajaan,

dan lain-lain.

VI. JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik juga menjalankan kerja-

kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di Jalan

Persekutuan dan Jalan Negeri.

Page 17: Report Latihan Industri JKE PSAS

17

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Secara keseluruhannya, selama 5 bulan saya telah menjalani latihan

industri di Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Larut

Matang Dan Selama banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Ini

kerana organisasi tersebut merupakan tempat yang bersesuaian

dengan kursus yang saya ambil dan pelajari di politeknik. Saya juga

telah dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kerja – kerja

dalam bidang elektrik kuasa dan sebagainya. Aktiviti mingguan akan

dinyatakan sepanjang tempoh latihan yang telah saya dan rakan-

rakan yang lain lakukan di JKR (E), Larut Matang Dan Selama.

Page 18: Report Latihan Industri JKE PSAS

18

MINGGU AKTIVITI

Minggu 1

1 Disember 2014

-

-5 Disember 2014

Melapor diri di HNZ Services.

Memasang pendawai di dalam sebuah main

switch board.

Memasang 9 buah MCCB 40A pada main switch

board.

Memasang zct, ct, mccb pada main switch board.

Minggu 2

8 Disember 2014

-

12 Disember 2014

Memasang soket alir keluar 13A pada bilik di

KUISAS dan bilik komputer sekolah STAR.

Menukarkan mentol lampu pendaflour dan starter

dengan yang baru.

Memasang suis 2 hala kepada lampu di tangga

sekolah.

Minggu 3

15 Disember 2014

-

19 Disember 2014

Membuat pendawaian lampu dengan

menggunakan suis perantaraan di dalam dewan.

Menukarkan ELCB 40A satu fasa.

Memasang kipas dinding dan kipas syiling di

sebuah rumah.

Menukarkan soket alir keluar 13A yang rosak di

rumah tersebut.

Minggu 4

22 Disember 2014

-

26 Disember 2014

Mempelajari tentang kabel XLPE ( cross link poly

ethylene)

Mempelajari cara-cara dan jenis-jenis pengujian

kabel.

Mempelajari litar di dalam sebuah lampu

pendaflour.

Cuti Krismas

Minggu 5

29 Disember 2014

-

2 Januari 2015

Tukar ELCB 63A yang rosak di sebuah pejabat.

Memasang suis dwikutub serta soket alir keluar

15A untuk memasang pengahawa dingin.

Cuti awal tahun baru.

Memasang spotlight pada parking kereta di

rumah.

Page 19: Report Latihan Industri JKE PSAS

19

Minggu 6

5 Januari 2015

-

9 Januari 2015

Menukarkan kotak agihan yang lama kepada

yang baru.

Mempelajari litar pendawaian pendaflour.

Mempelajari litar pendawaian pendaflour

berkembar.

Menukarkan soket alir keluar 13A yang baru.

Minggu 7

12 Januari 2015

-

16 Januari 2015

Menukarkan kipas syiling yang rosak didalam

sebuah rumah.

Memasang 10 unit lampu pendaflour di sebuah

rumah.

Mempelajari fungsi komponen dalam lampu

pendaflour.

Mengenalpasti jenis-jenis kerosakan serta punca

kerosakan lampu pendaflour.

Minggu 8

19 Januari 2015

-

23 Januari 2015

Menukarkan kotak agihan yang lama kepada

yang baru.

Menukarkan soket alir keluar 13A yang tidak

berfungsi.

Menukarkan tiub lampu pendaflour 36W.

Memasang kipas syiling pada sebuah khemah

kenduri.

Minggu 9

26 Januari 2015

-

30 Januari 2015

Melapor diri di JKR ELEKTRIK Larut Matang

Dan Selama.

Membaiki semula lampu pendaflour yang rosak.

Menukarkan lampu isyarat yang bewarna merah

yang tidak berfungsi.

Menukarkan pemuat pada lampu pendaflour di

Klinik Kesihatan Taiping.

Memasang litar sementara pada feeder pillar

lampu isyarat.

Minggu 10

2 Februari 2015

Memprogramkan semula lampu isyarat yang

“amber flashing”.

Cuti sempena Hari Thaipusam.

Page 20: Report Latihan Industri JKE PSAS

20

-

6 Februari 2015

Menukarkan loceng yang rosak di Sekolah

Kebangsaan Jelutong, Taiping.

Minggu 11

9 Februari 2015

-

13 Februari 2015

Membaikpulih Sekolah Kebangsaan Sultan Idris

2, Taiping yang tiada bekalan elektrik.

Menukarkan suiz satu hala dua geng yang telah

cair di dalamnya.

Mempelajari cara untuk melukis plan di Blok C

Penjara Taiping.

Mempelajari jenis-jenis sistem pembumian.

Minggu 12

16 Februari 2015

-

20 Februari 2015

Memasang kipas syiling di Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Tasik, Taiping.

Mengesan kerosakan litar pendawaian pada

kotak agihan di Balai Polis Kamunting, Taiping.

Menukarkan choke pada pendaflour di bilik guru

Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor, Taiping.

Cuti sempena Tahun Baru Cina 2015.

Minggu 13

23 Februari 2015

-

27 Februari 2015

Menukarkan ELCB yang terbakar di Sekolah

Kebangsaan Bukit Jana, Taiping.

Membaiki lampu isyarat yang rosak di Simpang

Empat Taman Kaya, Taiping akibat disambar

kilat.

Membuat pemasangan sementara 6 kipas syiling

dan 12 lampu pendaflour pada khemah di Pejabat

Penghulu Mukim Trong sempena majlis Maulidur

Rasul Peringkat Daerah Larut Matang Dan

Selama.

Minggu 14

2 Mac 2015

-

6 Mac 2015

Menukarkan lampu pendaflour 18W yang rosak di

SK Seri Aman, Pokok Assam, Taiping.

Mengenalpasti kerosakan pada kotak agihan dan

menghidupkan semula pemuat di SK Bagan

Baharu, Ijok, Selama.

Mempelajari cara menstabilkan arus 3fasa di

SMK Redang Panjang, Ijok, Selama.

Page 21: Report Latihan Industri JKE PSAS

21

Minggu 15

9 Mac 2015

-

13 Mac 2015

Menukarkan auto on ELCB pada feeder pillar

lampu isyarat di Simpang Empat Taman Mewah,

Kamunting.

Mengesan kerosakan yang mengakibatkan

bekalan elektrik terputus di SK Assam Kumbang,

Taiping.

Membaikpulih litar lampu jalan pada feeder pillar

lampu jalan Simpang Tiga Jelutong,Taiping.

Membuat pemasangan sementara pada masjid

Felda Ijok sempena majlis Tadarus Al-Quran

peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama.

Minggu 16

16 Mac 2015

-

20 Mac 2015

Menukarkan lampu pendaflour yang tidak

menyala di Pejabat Oranag Besar Jajahan,

Taiping.

Membuat pemeriksaan pendawaian elektrik di

kuaters Balai Polis Redang Panjang, Selama.

Menukarkan lampu dan suis satu hala di SK King

Edward VII 2, Taiping.

Menukarkan bekalan kuasa jenis “OMRON

PA206” pada feeder pillar lampu isyarat Simpang

Empat Taman Kaya, Taiping.

Membaikpulih lampu jalan yang tidak menyala di

jambatan Pondok Tanjung, Selama.

Minggu 17

23 Mac 2015

-

27 Mac 2015

Menukarkan tiub lampu pendaflour 36W di unit

bangunan Pejabat JKR Larut Matang Dan

Selama.

Membaikpulih lampu jalan di Jalan Air Kuning,

Taiping.

Mengambil laporan tentang kecurian sistem

pembumian di SMK King Edward VII, Taiping.

Membaikpulih punat tekan lampu isyarat pejalan

kaki di depan SK Changkat Jering, Taiping.

Page 22: Report Latihan Industri JKE PSAS

22

Minggu 18

30 Mac 2015

-

3 April 2015

Membaiki litar lampu kawasan di pejabat JKR

Daerah Larut Matang Dan Selama.

Menukarkan soket alir keluar 13A di SMS Raja

Tun Azlan Shah (SERATAS).

Menukarkan kabel kemasukan yang telah cair

kepada saiz yang lebih besar di SJK (C) Khea

Wah Matang, Taiping.

Menukarkan ELCB yang rosak di SK Banggol

Jas, Selama.

Menukarkan suis satu hala 3 geng dan lampu

yang rosak di SK Matang Gelugor, Taiping.

Minggu 19

6 April 2015

-

10 April 2015

Menukarkan fius perkhidmatan fasa merah di SK

Pondok Tanjung, Selama.

Menukarkan tiub lampu pendaflour 18W pada SK

RTBK Pondok Tanjung, Selama.

Menukarkan lampu kawasan yang tidak menyala

di Kompleks Mahkamah Taiping.

Mengenalpasti kerosakan pada litar di Blok

Pendidikan Khas SK Seri Aman, Pokok Assam,

Taiping.

Membuat pemasangan sementara di Flat PPR

Batu 2½ Taiping.

Minggu 20

13 April 2015

-

17 April 2015

Membaiki lampu isyarat merah yang tidak

menyala di Simpang Empat Changkat Jering,

Taiping.

Mengira jarak di antara tiang lampu ke tiang

lampu sebelah di jalan Bukit Jana Kamunting,

Taiping.

Menukarkan ELCB yang rosak di JKM Taiping.

Menukarkan kipas syiling yang rosak di SMK

Dato’ Wan Ahmad Rasdi, Taiping.

Page 23: Report Latihan Industri JKE PSAS

23

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Lampu Isyarat

4.1.1 Pengenalan

Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang

ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau

lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk

mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat

(dan suatu urutan yang persis bagi orang-orang yang menderita

buta warna).

Sistem pengaturan lampu lalu-lintas pertama kali diperkenalkan

di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember

1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu

dikendalikan secara manual. Penggunaannya tidak bertahan

lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912,

lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City,

Utah. Kemudian pada tahun 1918 di New York. Sistem lampu

isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu-lintas

diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.

Page 24: Report Latihan Industri JKE PSAS

24

Sistem lampu isyarat berkait pertama kali digunakan di Salt Lake City

pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis

manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem

pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk pertama kalinya.

Biasanya lampu isyarat terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan

hijau. Di dalam keadaan biasa,

a) Lampu hijau: Meneruskan perjalanan sekiranya tiada

halangan.

b) Lampu kuning: Bersedia untuk berhenti; jika terlalu

hampir dengan garisan dan tidak selama tuntuk berhenti,

teruskan perjalanan.

c) Lampu merah: Berhenti.

Biasanya lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya

dan lampu hijau pula mempunyai warna biru untuk membantu

orang yang buta warna mengenali warna merah dan hijau.

4.1.2 Pengesan Bulatan Induktif

Satu sistem kawalan lampu isyarat untuk kenderaan

kecemasan dengan menggunakan sistem isyarat bulatan

induktif. Isyarat bulatan induktif terletak di simpang empat untuk

menentukan dua keadaan samada kenderaan aktif atau

kenderaan pasif.

Apabila berada dalam keadaan kenderaan aktif, ini bermakna isyarat

bulatan induktif mengesan kehadiran kenderaan kecemasan. Elemen

pasif yang berada di bulatan akan menghantar tag ID dan ianya

menghantar maklumat ke penerima yang berada di dalam kenderaan

Page 25: Report Latihan Industri JKE PSAS

25

kecemasan. Kenderaan kecemasan akan menghantar semula signal

kecemasan dan memberi arahan kepada pusat kawalan. Pusat

kawalan akan memproses signal yang di hantar. Selepas di pastikan

data yang di hantar ialah dari kenderaan kecemasan, barulah sistem

lampu isyarat akan berubah kepada keadaan kecemasan. Apabila

berada dalam keadaan kenderaan pasif, ini bermakna penerima yang

berada di simpang tidak diaktifkan dan sistem lampu isyarat berada

dalam keadaan sedia ada.

Gambar rajah 4.1.1 : Isyarat bulatan induktif

Page 26: Report Latihan Industri JKE PSAS

26

4.1.3 Pengesan Logik Aturcara

Dalam era baru yang serba maju, canggih dan kian mencabar

ini kursusnya dalam persaingan dunia industri dan permodenan

teknologi, kita hendaklah sentiasa fleksibel dan peka mengenai

perkembangan informasi teknologi dunia kerana ianya sejajar dengan

perkembangan dunia teknologi dan automasi. Perkembangan

teknologi yang begitu positif menyebabkan pelbagai kebaikan pada

Negara lebih-lebih lagi di sektor industri.

Hal ini menyebabkan pelbagai jenis sistem kawalan telah

diwujudkan sejajar dengan perkembangan teknologi di Negara kini

yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sistem kawalan ini

dibangunkan bertujuan untuk membantu dan memudahkan proses

pengawalan sesuatu bahagian di dalam industri termasuklah kelajuan

proses, keboleh ulangan yang cepat dan pengeluaran produk sesuatu

syarikat industri. Kini terdapat pelbagai jenis sistem kawalan yang ada

di Negara antaranya ialah “hard-wire relay”, sistem kawalan logik dan

sistem kawalan menggunakan komputer yang kerap digunakan di

dalam industri kini.

Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan

yang timbul jika dibandingkan dengan penggunakan Pengawal Logik

Boleh Aturcara.

Pengawal Logik Boleh Aturcara (Programmable Logic Control)

di mana sistem kawalan ini digunakan bagi mengawal lampu isyarat.

Pengawal Logik Boleh Atur cara juga merupakan sistem

elektronik digital yang menggunakan sistem memori dengan

melaksanakan fungsi-fungsi tertentu antaranya kawalan on/off,

pemasa (timing), pengiraan (counting), turutan (sequencing), arimatik

(arimethic) untuk mengawal samaada analog atau digital dan

pengurusan data (data handling). Peningkatan permintaan yang tinggi

Page 27: Report Latihan Industri JKE PSAS

27

oleh syarikat-syarikat industri dunia menyebabkan terdapat pelbagai

jenama yang dikeluarkan untuk memenuhi kehendak aplikasi oleh

pengguna. Antaranya ialah OMRON, ALLEN-BRADLEY, ABB,

MITSUBISHI, PHILIPS, SCHNEIDER, TEXAS INSTRUMENT,

TOSHIBA, SEIMENS dan lain-lain lagi. Fungsi kesemua PLC adalah

sama dan ianya dapat dibezakan melalui rajah tetangga untuk setiap

PLC.

4.1.4 Kelebihan Pengawal Logik Boleh Aturcara

Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, penggunaan

PLC amat popular dan menyeluruh semenjak awal 1970-an

lagi. Penggunaannya semakin meningkat dan dianggap sebati

di dalam sektor industri lebih-lebih lagi di dalam sektor industri

besar. Ini bermakna, penggunaannya mendatangkan

keuntungan kepada syarikat dan ia mempunyai kelebihannya

yang tersendiri. Berikut merupakan kelebihan PLC yang sudah

dikenalpasti. Antaranya ialah:

a) Mudah dan senang ketika membuat

penyambungan atau pengubahsuaian litar.

b) Memerlukan masa, kos dan ruang yang minimum

semasa pengoperasiannya.

c) Kos permulaan sesuatu projek yang murah.

d) Merekabentuk system dengan menggunakan

perisian CX-Programmer.23

e) Melakukan sebarang perubahan atau

pertambahan fungsi hanya dengan mengubah

perisian sebelumnya.

f) Julat yang besar di dalam aplikasi kawalan.

g) Mudah dan cepat untuk menyelanggarakan

masukan dan keluaran sesuatu proses.

h) Mudah untuk mengesan dan mencari sebarang

Page 28: Report Latihan Industri JKE PSAS

28

permasalahan yang berlaku terhadap pendawaian

perkakasan melalui perisian. Kebolehulangan

yang tinggi untuk melakukan sesuatu proses.

i) Penggunaan yang lebih fleksibel.

4.1.5 Asas Rekabentuk Lampu Isyarat

Kumpulan Isyarat (Signal Group)

“Signal group” adalah kumpulan hala (arah haluan jalan) pada sesuatu

fasa jalan. Ia boleh di tanda mengikut kreativiti dan kesesuaian

semasa merekabentuk.

Fasa (Phasing)

“Phasing” ialah untuk menentukan giliran haluan pada sesuatu masa.

Ia merupakan gabungan daripada kumpulan isyarat (signal group).

Fasa ini bergantung pada berapa simpang yang digunakan.

Kitaran Masa

Kitaran masa ialah jumlah masa yang diambil untuk memenuhi 1 kitar

masa bagi satu fasa. Jumlah keseluruhan kitaran masa yang baik

ialah 160 saat (4 fasa). Jika dapat disingkatkan la ianya lebih baik.

Masa menunggu juga dapat dikurangkan. Jika lebih kitar masa maka

trafik akan menjadi sesak.

Kabel

Pemilihan kabel juga turut penting bagi memastikan tiada

pembaziran berlaku. Jumlah penggunaan kabel penting dalam sistem

Page 29: Report Latihan Industri JKE PSAS

29

lampu isyarat. Ia digunakan untuk fasa dan kumpulan isyarat.

Terdapat 5, 7, 12, dan 19 lembar yang digunakan dalam satu kabel.

Kabel ini digunakan untuk penyambungan lampu isyarat dan papan

litar di dalam kotak sistem. Jenis kabel yang digunakan ialah jenis

“steel wire armed”. Dan bagi kabel bulan induktif pula ialah jenis “

violet heat resistant”

Gambar rajah 4.1.2 : Feeder Pillar Lampu Isyarat.

Page 30: Report Latihan Industri JKE PSAS

30

4.2 LAMPU KALIMANTANG

4.2.1 Pengenalan

Lampu kalimantang adalah sejenis lampu yang digunakan dalam

system pencahayaan. Di dalam system pendawaian sesebuah

bangunan dan rumah kediaman.

4.2.2 ISTILAH PENCAHAYAAN

Lumen

Adalah unit lumen flux atau kadar pengaliran cahaya dari suatu punca.

Contohnya mentol 100W yang biasa boleh mengeluarkan sehingga

1200 lumen. Bagi tujuan pemilihan lampu kalimantang nilai lumen

hendaklah diambil kira. Nilai lumen tercatat pada setiap

mentol.

LUX

Lux adalah unit matrix untuk pencahayaan iaitu 1 lumen semester

persegi.(1 lumen persegi).Contohnya

4.2.3 Jenis-Jenis lampu kalimantang

1) Lampu kalimantang 1 x 18W

2) Lampu kalimantang 2 x 18W

3) Lampu kalimantang 1 x 36W

4) Lampu kalimantang 2 x 36W

5) Lampu kalimantang 3 x 36W

Page 31: Report Latihan Industri JKE PSAS

31

6) Lampu kalimantang 4 x 36W

4.2.4 Komponen lampu kalimantang

Terdapat beberapa komponen penting di dalam sesebuah lampu

kalimantang. Jika terdapat komponen yang gagal berfungsi dengan

baik, ia mampu mengganggu kendalian sesebuah lampu kalimantang.

Komponen yang terdapat pada lampu kalimantang adalah:

KOMPONEN FUNGSI

Badan lampu

kalimantang

Berfungsi untuk menempatkan komponen-

komponen utama lampu kalimantang.

Mentol @ tiub Berfungsi untuk menghasilkan cahaya dalam

unit lumen.

Pencekik (choke

@ Ballast)

Berfungsi untuk menaikkan nilai voltan dan arus.

Starter Berfungsi untuk Memacu arus bagi

menghasilkan voltan tinggi pada tiub.

Pemegang lampu Berfungsi untuk memegang tiub.

Kapasitor @

pemuat

Membaiki faktor kuasa.

Tiub Mengeluarkan cahaya.

Page 32: Report Latihan Industri JKE PSAS

32

Gambar rajah 4.2.1: Pendawaian lampu kalimantang

Gambar rajah 4.2.2: Komponen lampu kalimantang.

Page 33: Report Latihan Industri JKE PSAS

33

4.3 PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.3.1 Kehendak Perundangan

Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 - mensyaratkan semua

pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak

dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu

mendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

4.3.2 Merancang Kerja-Kerja Pendawaian

Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah

merancang dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil

kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. Pendawai/kontraktor

perlulah:-

i. membuat lawatan tapak;

ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna;

iii. mengira permintaan beban maksimum; dan

iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

Page 34: Report Latihan Industri JKE PSAS

34

Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan Fasa Tunggal Dan Tiga Fasa:-

Gambar Rajah 4.3.1 :Carta aliran merancang pemasangan pendawaian

bangunan.

Page 35: Report Latihan Industri JKE PSAS

35

Lawatan Tapak

Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:-

i. kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan;

ii. permintaan beban maksimum;

iii. bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga;

iv. jenis pendawaian; dan

v. susunatur kelengkapan.

Mengenalpasti Keperluan Beban Pengguna

Melalui pelan lantai bangunan keperluan pemasangan seperti cadangan beban,

penempatan kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh

ditentukan.

Mengira Permintaan Beban Maksimum

Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi

kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan

pelan pepasangan elektrik. Mengikut MS IEC 60364 Part 1 klausa 311,

pengiraan permintaan

maksimum bagi setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang

ekonomi, berdaya harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor

Kepelbagaian boleh diambil kira. Pengiraan kesemua permintaan arus

maksimum setiap litar perlu disediakan dengan lengkap. Butiran ini dapat

menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan juga

membantu dalam menentukan saiz kabel. Rujuk Jadual Ketiga (Jadual A dan

Jadual B), Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk

menghitung permintaan arus maksimum dan kelonggaran bagi kepelbagaian

untuk pepasangan domestik.

Page 36: Report Latihan Industri JKE PSAS

36

Mengemukakan Pelan, Lukisan Dan Spesifikasi

Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan kelayakan

Pendawai mengemukakan pelan adalah seperti berikut:- i. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal – Voltan rendah fasa tunggal

sehingga 60 ampiar. ii. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga – Voltan rendah sehingga 60 ampiar.

4.3.3 Ciri-Ciri Pendawaian Elektrik

Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel,

papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus

baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lain-lain

lekapan elektrik. Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal seperti Gambar

rajah 4.3.2 dan tiga fasa seperti Gambar rajah 4.3.3.

Gambar rajah 4.3.2: Contoh litar pendawaian elektrik fasa tunggal.

Page 37: Report Latihan Industri JKE PSAS

37

Gambar rajah 4.3.3: Contoh litar pendawaian elektrik tiga fasa.

Page 38: Report Latihan Industri JKE PSAS

38

Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Lampu

Gambar rajah 4.3.4: Contoh litar skematik pendawaian lampu.

Page 39: Report Latihan Industri JKE PSAS

39

Gambar rajah 4.3.5: Contoh litar skematik pendawaian lampu.

Page 40: Report Latihan Industri JKE PSAS

40

Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Soket Alir Keluar

Gambar rajah 4.3.6: Contoh litar skematik pendawaian soket alir keluar.

Page 41: Report Latihan Industri JKE PSAS

41

4.3.4 Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluar 13A

Jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz konduktor yang digunakan

serta luas lantai maksimum yang dibenarkan boleh ditentukan dengan

berpandukan jadual 4.3.1.

Jadual 4.3.1: Jenis litar dan saiz minimum konduktor yang diperlukan

Page 42: Report Latihan Industri JKE PSAS

42

4.3.5 SISTEM KAWALAN DAN PERLINDUNGAN PENDAWAIAN

Pemilihan Sistem Kawalan dan Perlindungan Pendawaian

Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan atau

pengasingan dan pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalam

setiap pendawaian domestik.

Pengasingan dan Pensuisan

Contohnya suis, palam kuasa dan soket alir keluar serta pemutus litar. Ianya

berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan secara manual pada

sesuatu litar tanpa mengganggu litar lain. Ia bertujuan untuk mencegah bahaya

renjatan elektrik semasa penyenggaraan, pengujian, mengesan kerosakan dan

pembaikan.

Perlindungan

Memberi perlindungan kepada sistem pendawaian, kelengkapan elektrik atau

pengguna daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus

lebih, arus bocor ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. Litar di bawah

menunjukkan alat pengasing dan perlindungan yang mesti dipasang pada

sistem pendawaian elektrik domestik.

Page 43: Report Latihan Industri JKE PSAS

43

Perlindungan Arus

Secara amnya, perlindungan bagi arus boleh dibahagikan kepada dua ;

i. Perlindungan arus lebih (arus beban lebih atau litar pintas).

Pemutus litar atau fius hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi

perlindungan arus beban lebih atau litar pintas.

Pemutus litar atau fius hanya digunakan pada konduktor hidup sahaja. Bagi

penggunaan litar tiga fasa, semua pemutus litar atau fius hendaklah

digabungkan dalam satu kumpulan litar. Pemilihan alat perlindung arus lebihan

mestilah berpandukan kepada paras kerosakan arus litar pintas pemutus litar

atau suis utama [kA].

ii. Perlindungan arus bocor ke bumi.

Pemutus Arus Baki (RCD) hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai

bagi perlindungan arus bocor ke bumi (mengelakkan daripada renjatan elektrik).

a) Peraturan 36(1), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di

tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi

hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi

10 miliampiar;

b) Peraturan 36(2), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di

tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding

atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap

arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki

berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar;

c) Peraturan 36(3), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan jika

kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan,

perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan

peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 30 miliampere; dan

d) Peraturan 36(4), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan

selain daripada (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran

bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak

melebihi 100 miliampere.

Page 44: Report Latihan Industri JKE PSAS

44

4.3.6 PEMILIHAN KABEL

Pemilihan saiz kabel perlulah mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:-

i. Semua kabel pendawaian mestilah berpenebat PVC atau PVC/PVC

dan berkonduktor kuprum.

ii. Konduktor dengan luas keratan rentas 16mm2 atau kurang mestilah

daripada jenis kuprum.

iii. Konduktor aluminium tidak dibenarkan.

iii. Kabel dalam kolam renang hendaklah dari jenis kalis air bertebatkan

PE. (polyethylene).

iv. Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan

cekap.

v. Saiz kabel mampu membawa arus beban tanpa memanaskan kabel.

vi. Kadar susut voltan kabel tidak melebihi 4 % voltan bekalan.

vii. Penebat kabel mestilah bersesuaian dengan keadaan persekitaran

pepasangan seperti mempunyai ketahanan suhu persekitaran dan

ketahanan perlindung mekanikal.

viii. Setiap konduktor dalam pemasangan mesti dilindungi daripada

lebihan arus dengan alat-alat pelindung lebihan arus yang diperlukan

supaya penebat kabel tidak akan rosak.

Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Keupayaan Membawa Arus Kabel.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan keupayaan membawa arus kabel

berikut perlu diambil kira :-

i. Pendawaian permukaan menggunakan klip – faktor kumpulan.

ii. Pendawaian menggunakan pembuloh - faktor ruang 40%.

iii. Pendawaian menggunakan sesalor - faktor ruang 45%.

iv. Pendawaian terbenam - faktor kumpulan.

v. Pendawaian terbenam menggunakan sesalor - faktor suhu persekitaran.

Page 45: Report Latihan Industri JKE PSAS

45

Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas Minimum Konduktor

Pendawaian.

Berikut adalah luas keratan rentas minimum konduktor mengikut kegunaannya

seperti dalam jadual 4.3.2.

Jadual 4.3.2: Luas keratan rentas.

Fungsi dan Pengenalan Warna Kabel Tidak Boleh Lentur

Berikut adalah fungsi dan pengenalan warna kabel tidak boleh lentur seperti

dalam jadual 4.3.3.

FUNGSI WARNA KABEL

Fasa bagi litar fasa tunggal Merah atau kuning atau biru

Fasa R bagi litar tiga fasa Merah

Fasa Y bagi litar tiga fasa Kuning

Fasa B bagi litar tiga fasa Biru

Neutral bagi litar Hitam

Pembumian Hijaum atau hijau-kuning

Jadual 4.3.4: Fungsi kabel tidak boleh lentur.

Page 46: Report Latihan Industri JKE PSAS

46

Kabel Boleh Lentur

untuk pemasangan pada aksesori elektrik seperti siling ros, penetap atau

lekapan lampu, palam soket ke radas mudah alih dan sebagainya.

r tidak boleh digunakan untuk pendawaian kekal.

melebihi 3 meter.

Fungsi dan Pengenalan Warna Kabel Boleh Lentur

Berikut adalah fungsi dan pengenalan warna kabel boleh lentur seperti dalam

jadual 4.3.5:

Jadual 4.3.5: Fungsi kabel boleh lentur.

Penebat Konduktor Dan Jenis Pendawaian

Terdapat pelbagai jenis bahan dan lapisan penebat yang digunakan untuk

perlindungan konduktor. Pemilihan kabel mengikut lapisan penebat perlu betul

untuk tujuan pemasangan pendawaian seperti jadual 4.4.6 di bawah:

Jadual 4.4.6: Jenis pendawaian dan Lapisan Penebat Konduktor

Page 47: Report Latihan Industri JKE PSAS

47

4.4 PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK

4.4.1 Pembumian

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam

pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi

mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke

bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin

keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila

terjadi arus bocor ke bumi. Secara amnya, system pepasangan elektrik

dibumikan bagi tujuan berikut :-

i. Keselamatan .

ii. Sistem Perlindungan.

iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.

iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.

v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

4.4.2 Pembahagian Pembumian

Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

i. Pembumian Sistem

a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;

b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat

disesuatu kawasan.

c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam

keadaan yang berbeza.

ii. Pembumian Peralatan

Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau

pengguna. Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga

elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akan mengalir melalui badan

manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan

yang lebih tinggi berbanding

dengan rintangan ke bumi.

Page 48: Report Latihan Industri JKE PSAS

48

4.4.3 Jenis Dan Fungsi Aksesori Pembumian

Aksesori pembumian adalah seperti berikut:

i. Elektrod bumi

Jenis elektrod yang digunakan untuk pendawaian rumah ialah rod besi

bersalut kuprum (copper jacketed steel core rod).

ii. Konduktor Pengikat Utama (equipotential bonding)

Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke

bahagian logam terdedah. Saiz minima kabel ialah 10 mm².

iii. Konduktor pelindung

Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke

bahagian lain pemasangan yang memerlukan pembumian yang saiznya

adalah sebagaimana dibawah:-

a) Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16 mm².

b) 16mm² jika saiz kabel fasa diantara 16 mm² hingga 35 mm².

c) Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35

mm².

Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem

i. Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.

ii. Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalam pemasangan

pengguna.

T - pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumi sendiri.

T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lainlain

disambung terus kebumi.

Page 49: Report Latihan Industri JKE PSAS

49

Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan

membawa arus) seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur

dawai katenari dan sebagainya.

itan sekunder bagi pengubah.

Metal Roof Truss).

Bahagian – Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan

yang mempunyai sarung bukan logam selain pembuluh yang disambung

sebagai tempat laluan masuk antara bangunan dan pembuluh untuk melindungi

kabel lampu-lampu nyahcas.

lip logam untuk memasang kabel.

mpu yang dibuat daripada logam.

kan dengan

menggunakan penebat.

kan lampu dan peralatannya.

Rintangan Elektrod Bumi

Rintangan elektrod bumi maksimum yang dibenarkan mengikut jenis

pepasangan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.4.1 di bawah:

Jadual 4.4.1: Jumlah rintangan elektrod bumi.

Page 50: Report Latihan Industri JKE PSAS

50

4.5 PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.5.1 Kehendak Perundangan

-Peraturan Elektrik 1994

menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu

diselia oleh Pendawai dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga.

Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan suatu Perakuan

Penyeliaan dan Penyiapan.

-Peraturan Elektrik 1994

menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan

Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa

untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan

Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan

Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12

dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan

dalam Jadual Pertama.

Page 51: Report Latihan Industri JKE PSAS

51

4.5.2 Pengujian

Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap

pepasangan pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar

pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum

pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah dibuat. Keputusan

pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah menggunakan Borang G.

Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut

hendaklah dilakukan;

gan Elektrod Bumi; dan

Ujian Keterusan

Terdapat 3 Ujian keterusan litar akhir yang utama:-

i. Ujian keterusan konduktor pelindung.

iii. Ujian keterusan konduktor litar akhir gtelang.

iv. Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral.

Page 52: Report Latihan Industri JKE PSAS

52

Ujian Keterusan Konduktor Pelindung

• Untuk memastikan semua konduktor pelindung disambung

secara betul dan berkesan.

• Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm

• Kaedah Pengujian

i. Pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off )

dan semua beban ditanggalkan.

ii. Sambungkan test lead penguji seperti rajah;

iii. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Gambar rajah 4.5.1: Ujian keterusan konduktor pelindung.

Page 53: Report Latihan Industri JKE PSAS

53

Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang

Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan

disepanjang litar gelang.

- Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

i. Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB,

konduktor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari

terminal bumi di kotak fius agihan.

ii. Sambungkan lead penguji seperti gambarajah dibawah ( E-E).

iii. Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N).

iv. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Gambar rajah 4.5.1: Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang.

Page 54: Report Latihan Industri JKE PSAS

54

Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral

Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik

disepanjang litar.

- Jangka Pelbagai (Juat Ohm) atau Jangka Ohm

i. Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka ( Switch Off ).

ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan.

iii. Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).

iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar

tutup.

4.5.2.

Gambar rajah 4.5.2: Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral.

Page 55: Report Latihan Industri JKE PSAS

55

Ujian Rintangan Penebatan

konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi.

- Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester).

Voltan kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T

atau 500V A.T.

i. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off )

ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan.

iii. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch

on )

• Jalankan ujian sebagaimana jadual 4.5.1 di bawah.

• Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm

Jadual 4.5.1

Page 56: Report Latihan Industri JKE PSAS

56

Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual 4.5.2 di bawah.

Jadual 4.5.2

Gambar rajah 4.5.3: Ujian rintangan penebatan.

Page 57: Report Latihan Industri JKE PSAS

57

Ujian Kekutuban

peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja.

fasa.

fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul.

- Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

I. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch

off).

II. Semua beban hendaklah ditanggalkan.

III. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup

(switch on ).

IV. Jalankan ujian sebagaimana dibawah berdasarkan gamba

rajah 4.5.4.

V. Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada

konduktor fasa.

VI. Menguji punca sambungan soket keluaran.

VII. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru.

VIII. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Page 58: Report Latihan Industri JKE PSAS

58

Gambar rajah 4.5.4: Ujian kekutuban.

Page 59: Report Latihan Industri JKE PSAS

59

BAB 5

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sepanjang 5 bulan menjalani latihan industri.

Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi yang boleh dijadikan

sebagai panduan dalam menghadapi alam pekerjaan kelak. Semasa menjalani

latihan industri di JKR (E) Larut Matang Dan Selama, saya telah diberi tunjuk

ajar oleh juretera dan staf-staf yang berpengalaman bagaimana hendak

memulakan sesuatu kerja elektrikal ataupun mekanikal bagi sesuatu projek

yang bakal di lakukan. Kesempatan ini saya guna sepenuhnya untuk

mendalami bidang elektrikal yang selama ini hanya dipelajari secara teori

sepenuhnya di dalam kelas. Di sini,saya berpeluang untuk mempraktikkan apa

yang telah pernah saya belajar dan sedang belajar. Sepanjang menjalani

latihan industri juga, saya diberi peluang dan kepercayaan untuk melawat tapak

pembinaan dan kawasan kerja bersama-sama jurutera dan staf-staf yang lain.

Ini banyak memberi pendedahan kepada saya dan mengajar saya cara

bagaimana menghadapi mereka yang bergelar pekerja dan majikan.

Di samping itu juga, saya dapat membina keyakinan diri untuk

berkomunikasi dengan semua lapisan pekerja. Selain daripada itu, saya juga

dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan rasional. Di samping itu,saya

perlu bijak dalam melakukan tugas supaya tidak merumitkan keadaan tersebut.

Dengan pendedahan ini membuatkan saya berasa tidak kekok dan seterusnya

meningkatkan keazaman dalam diri.

Walaubagaimanapun, program ini tidak akan tercapai objektifnya jika

tidak ada kerjasama daripada semua pihak yang terbabit terutamanya daripada

diri pelatih itu sendiri dan pembabitan sesebuah firma itu sendiri. Ini kerana

kesudian dan kesediaan firma itu untuk menerima pelajar menjalani latihan

industri di firma nya yang merupakan satu aset terpenting dalam perjalanan

pelaksanaan program ini. Oleh yang sedemikian, setiap perkara yang di pelajari

oleh pelatih dapat di gunakan pada masa mendatang mengikut keperluan

Page 60: Report Latihan Industri JKE PSAS

60

keadaan semasa. Di samping itu, saya tidak lupa juga ilmu yang dipelajari dan

yang diperolehi untuk membuat penulisan laporan akhir latihan industri menjadi

lebih menarik.

Daripada pengamalan saya sendiri, apa yang dapat saya simpulkan di

sini adalah setiap pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan industri

dengan sempurna bolehlah di anggap telah berjaya menghadapi peringkat awal

dalam menempuh alam pekerjaan. Dengan demikian dapatlah di sini saya

katakan bahawa program sebegini yang dirancang oleh pihak kementerian

sangatlah memberi faedah kepada para graduan dan bakal graduan. Pada

masa yang akan datang, kebanyakan majikan akan lebih berkeyakinan dan

lebih terarah terhadap para graduan yang berkemahiran, berpengalaman dan

berkelulusan untuk di ambil bekerja dengannya. Agak tidak keterlaluan jika

saya hanya ada kelulusan tetapi sifar kemahiran atau pengalaman adalah tidak

mencukupi untuk mengukuhkan kita dalam dunia yang penuh saingan ini.

Page 61: Report Latihan Industri JKE PSAS

61

BAB 6

DAPATAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada pengalaman yang telah dilalui, di sini saya

mencadangkan beberapa cadangan sebagai panduan bagi memantapkan

lagi latihan industri pada masa akan datang. Saya amat menyokong 100%

langkah yang telah dilakukan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah dalam

mewajibkan ke semua pelajar pada semester 4 untuk kursus Sijil menjalani

latihan industri. Ini penting sebagai persediaan kepada pelajar tersebut untuk

menempuh alam kerjaya di masa akan datang. Namun begitu saya ingin

memberi beberapa pendapat dan saranan bagi mempertingkatkan mutu dan

keberkesanan latihan industri.

1) Tempat penempatan industri seboleh-bolehnya dibuat di

tempat yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Pihak

politeknik perlu memberi maklumat terkini kepada pelajar yang

menjalani latihan industri. Memaklumkan kepada pelajar

tentang syarikat yang memerlukan pelajar untuk menjalani

latihan industri di syarikat mereka.

2) Penerangan mengenai tempat latihan yang disediakan oleh

pihak politeknik seboleh-bolehnya diberi lebih awal untuk

pelajar berkenaan menjalani latihan industri.

3) Lawatan pensyarah ke tempat latihan seboleh-bolehnya wajib

dijalankan walaupun tempat latihan berkenaan hanya

menempatkan seorang pelajar. Ini membolehkan pelajar

berkenaan mendapat nasihat dan panduan serta maklumat

terkini.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati

dengan tempat latihan yang diberikan kepada saya, pihak politeknik telah

mencuba sebaik yang mungkin untuk pelajar-pelajarnya.

Tidak keterlaluan sekiranya saya menyatakan disini bahawa JKR

Cawangan Elektrik adalah salah satu jabatan kerajaan yang banyak

membantu pelajar terutama pelajar bumiputra untuk sebuah syarikat yang

disegani di dalam industri pembangunan perindustrian negara.

Page 62: Report Latihan Industri JKE PSAS

62

RUJUKAN

i. www.st.gov.my

ii. Buku Peraturan Elektrik 1994

iii. Buku Akta Bekalan Elektrik 1994

iv. www.lms.jkrperak.gov.my

v. www.google.com.my

Page 63: Report Latihan Industri JKE PSAS

63

LAMPIRAN

sxsKerja membaiki kapasitor bank..

On lampu isyarat pada feeder pillar.

Memprogramkan lampu isyarat menggunakan PLC.

Page 64: Report Latihan Industri JKE PSAS

64

Menukarkan ELCB pada feeder pillar.

Membaik pulih kerosakan lampu pendaflour.

Menukarkan fius yang telah rosak.

Page 65: Report Latihan Industri JKE PSAS

65

Membaiki kerosakan feeder pillar lampu isyarat.

Menukarkan lampu kawasan

Mencari dan mengesan kerosakan pada litar.

Page 66: Report Latihan Industri JKE PSAS

66

Membaiki kerosakan pada tiang lampu isyarat.

Membaik pulih punat tekan lampu isyarat pejalan kaki.

Soket alir keluar 13A

Page 67: Report Latihan Industri JKE PSAS

67

Memasang pendawaian dalam MSB.

Lampu isyarat LED.

Menggantikan timer yang rosak pada feeder

pillar lampu jalan.

Page 68: Report Latihan Industri JKE PSAS

68

Kapasitor yang terbakar pada lampu

pendaflour.

Membaiki feeder pillar lampu kawasan yang telah rosak

Page 69: Report Latihan Industri JKE PSAS

69

Sistem lampu isyarat yang menggunakan sistem sms.

Kenderaan yang digunakan semasa bekerja.