projek ctu 555€¦ · rakyat malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa...

15
PROJEK CTU 555 “MENGGUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM SEMUA URUSAN RASMI DAN KEMASYARAKATAN” DISEDIAKAN OLEH : MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ 2015181935 MOHAMAD NOR AZIZI BIN YUSOFF 2015144423 NUR SALSABILA SYAMIMI BINTI MAT SIDI 2015134553 SITI NURUL FARHANA BINTI ASSERI 2015134509 NUR ASMA HUSNA BINTI ABDUL KADIR 2015115641 SITI NUR ALIA BINTI MAT YAZAZ 2015149067 SYAMIMI BINTI WAHAB 2015116077 DISEDIAKAN UNTUK : USTAZAH MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI KUMPULAN : AC220 / 4H

Upload: others

Post on 19-Nov-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

PROJEK CTU 555 “MENGGUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM SEMUA URUSAN RASMI DAN KEMASYARAKATAN”

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ 2015181935 MOHAMAD NOR AZIZI BIN YUSOFF 2015144423 NUR SALSABILA SYAMIMI BINTI MAT SIDI 2015134553 SITI NURUL FARHANA BINTI ASSERI 2015134509 NUR ASMA HUSNA BINTI ABDUL KADIR 2015115641 SITI NUR ALIA BINTI MAT YAZAZ 2015149067 SYAMIMI BINTI WAHAB 2015116077

DISEDIAKAN UNTUK : USTAZAH MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI

KUMPULAN : AC220 / 4H

Page 2: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

1.0 PENGENALAN

Ada pepatah Melayu yang berbunyi “Maju Bahasa Majulah Bangsa” dan “Bahasa

Jiwa Bangsa”. Kebenaran dan kebijaksanaan kata-kata ini memang tidak dapat dinafikan

lagi. Hal ini disedari melalui usaha-usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu menerusi

penerapan falsafah dan Dasar Bahasa Kebangsaan. Konsep “Satu Bahasa Satu Bangsa”

akan membolehkan usaha-usaha yang berterusan bagi mendaulatkan Bahasa Melayu

sebagai penyatuan rakyat yang berbilang kaum dan sebagai bahasa yang mencerminkan

masyarakat yang berdaulat dan berjaya. Bahasa Melayu semenjak zaman Empayar

Sriwijaya telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca di nusantara secara

berterusan sampai sekarang. Penjajahan kuasa asing tidak menjejaskan penggunaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Ciri ketahanan ini menunjukkan bahawa

Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk terus berkembang pada masa akan datang.

Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan

membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan; yang akhirnya kejayaan tercapai

dengan termaktubnya, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

menyebut “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu”.

Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat, Bahasa Melayu ditambah

peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa

pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman

terhadap fungsi Bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu. Hal ini

akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan menggunakannya

dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap bahasa

kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara.

Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan

persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.

Apa itu “Bahasa Jiwa Bangsa”?

“Bahasa Jiwa Bangsa” bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu

bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri

sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan

bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu

digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan

kuatnya sesuatu bangsa. Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” ini dicipta pada tahun 1952, di

Kuala Kangsar, Perak oleh 4 orang Ahli Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) iaitu,

Encik Khalid Abas -Penolong Setiausaha LEPAS, Encik Omar Nordin - Setiausaha

Penerbitan LEPAS, Encik Fadhil Khalik dan Encik Zulkifli Muhammad. (sumber rujukan:

Majalah Dewan Bahasa, Jun 2006). Jika kita membudayakan bahasa ibunda kita sendiri

dalam rencah kehidupan, maka jiwa kita akan memperadatkan keagungan bahasa Malaysia

dan mengukuhkan ketamadunan bangsa. Sejauh manakah kita memahami dan menjiwai

Page 3: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

"Bahasa Jiwa Bangsa"? Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya menyedari bahawa

Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa perhubungan tetapi lebih daripada itu. Antaranya

sebagai cerminan nilai jati diri nasionalisme dan patriotisme pelbagai kumpulan etnik negara

ini.

Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang

membentuk jiwa kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan. Justeru, jika seluruh

rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan,

akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia.

Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'.

Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia. Untuk

menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita sebagai rakyat Malaysia

mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri - dogma pemikiran bahasa yang

aneh sekali pada zaman pascakolonialisme. Perlu ditegaskan bahawa, dalam konteks

pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri,

pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan - bukannya bahasa-bahasa asing. Inilah

prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika benar kita serius untuk menghakikatkan

gagasan pembentukan bangsa Malaysia, seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ

langit dijunjung.

Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56, masih

ada suara-suara sumbang mempersoalkan status pribumi orang Melayu di bumi yang

pernah dikenali sebagai Tanah Melayu ini, sedangkan bukti forensik genetik sudah

didedahkan.Tidak terkecuali usaha memperkecilkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa

kebangsaan dalam peruntukan Perlembagaan negara apabila tulisan dan bahasa bukan

Melayu, khususnya bahasa Inggeris diutamakan dalam semua aspek harian termasuk nama

jalan, nama bangunan, nama kawasan perumahan, iklan dan banyak lagi. Tentu sekali

semua skrip drama ini dimainkan demi agenda tertentu pihak terbabit khususnya apabila

mereka melihat beberapa negara lain berjaya 'menjajah' bangsa Melayu yang lemah selepas

dihimpit keganasan dan penindasan.Namun, darjat dan keagungan silam orang Melayu

masih dapat diselamatkan dan diangkat kembali ke zaman kegemilangan Nusantara melalui

bahasanya yang menjadi lingua franca Asia Tenggara satu masa dahulu. Jika hanya orang

Melayu, bilangannya tidaklah begitu ramai tetapi mereka yang bertutur bahasa Melayu

sebenarnya kini melangkaui 300 juta orang di seluruh dunia dan semakin bertambah setiap

hari.Selain Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bahasa ini atau dialeknya turut

digunakan penduduk di Brunei, Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, Kemboja, Afrika

serta kelompok kecil di beberapa negara lain.

Justeru, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan

pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bangsa

yang maju-moden perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Mendaulatkan bahasa

kebangsaannya, menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-kesukuan) dan setia

pada nusanya yang satu. Secara jujur, perlu diakui bahawa kita belum mematuhi acuan

Page 4: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

tersebut. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia.

Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya. Persoalannya, mengapakah hanya

bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa, seperti yang

terpancar menerusi slogan ``Bahasa Jiwa Bangsa''? Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa

kebangsaan (bukannya bahasa asing atau bahasa ibunda) yang dapat menitiskan semangat

satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarak jati diri kebangsaan

(lawannya identiti perkauman), di samping pendaulatan bahasa kebangsaan yang menjadi

bukti ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada nusa tercinta. Malah, bahasa

kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu (dalam segenap bidang), bahasa

pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban moden.

Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain wadah

pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia

bersemboyankan gagasan ``satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'', jelas tidak sewajarnya

disangsikan oleh sesiapa pun. Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam

rancangan merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan

kepentingan bahasa kebangsaan, ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak

pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun,

Korea, selain pengasasan negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat,

sewajarnyalah kita teladani. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus

membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-

masing. Justeru, akan tercapaikah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa

Malaysia, jika rakyat tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka sendiri? Sehubungan

itu, kita perlu memperbetulkan beberapa kesilapan mengenai konsep bahasa kebangsaan

dan bahasa ibunda. Pertama, sejak bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-

kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, ia bukan lagi

menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh

warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, bahasa Melayu dengan sendirinya

menjadi hak milik orang Cina dan India yang menjadi warganegara Persekutuan Tanah

Melayu juga. Lebih penting lagi, bahasa Melayu itulah yang menjadi bahasa kebangsaan

orang Cina-India yang telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Masanya

telah hampir-hampir nazak, tetapi belum lagi terlambat. Keazaman politik amat diperlukan.

Jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, bahasa asinglah yang beruntung kerana ia

akan terus kekal sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden; sebaliknya bahasa

Malaysia akan terus mundur dan `mandul' di negaranya sendiri. Perlu ditegaskan bahawa

kita bukan antibahasa asing. Prinsip kita jelas dan tegas: Pelajari dan kuasailah bahasa

asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap

dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.

Page 5: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun Bahasa Inggeris

masih digunakan secara rasmi antara tahun 1957 hingga 1967. Bahasa

Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara

Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula

berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi 3 seksyen yang meliputi

aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam borang

rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan dan

mula berkuatkuasa pada 1 September 1967 di Semenanjung Malaysia. Akta ini

kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan

1063 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

2.2 Kedua-dua akta ini jelas menunjukkan tentang Bahasa Melayu yang

dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan

masyarakat. Akta bahasa kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas

1 September 1967, Bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud

rasmi, kecuali kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam

bahasa Inggeris, perhubungan antarabangsa, hubungan diplomatik dan

sebagainya. Penekanan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam semua

urusan rasmi ini semakin mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi.

2.3 Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata

tidak ada kementerian atau jabatan kerajaan yang menggunakan Bahasa

Melayu sepenuhnya dalam urusan rasmi termasuk dalam bentuk surat-

menyurat. Program Audit Bahasa Melayu yang dilaksana oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan mendapati

penggunaan bahasa Melayu masih belum mencapai tahap memuaskan. Beliau

berkata, Audit Bahasa Melayu yang dibuat terhadap beberapa kementerian

dan jabatan kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Awam,

Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan mendapati amalan itu belum dilaksana

sepenuhnya.

2.4 Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan

rasmi masih tidak mencapai tahap yang memuaskan seperti yang dikehendaki.

Page 6: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

3.0 PERNYATAAN MASALAH

3.1 STATISTIK DAN KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai penggunaan Bahasa

Melayu dan hasilnya di paparkan dalam bentuk statistik. Berikut adalah

statistik penggunaan Bahasa Melayu:

3.1.1 KECEKAPAN BERBAHASA DALAM MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK

1. Senarai semua bahasa yang dikuasai oleh setiap pelajar mengikut urutan dominan.

Sumber : https://husnaliyanataib.files.wordpress.com/

Didapati majoriti pelajar mengetahui lebih daripada dua bahasa. Bahasa pertama

yang dikuasai oleh para pelajar merupakan bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh,

pelajar Melayu menguasai bahasa Melayu, pelajar Cina menguasai bahasa Cina.

manakala pelajar India menguasai bahasa Tamil.

2. Bahasa yang digunakan oleh pelajar dalam aktiviti seharian.

Page 7: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

Sumber : https://husnaliyanataib.files.wordpress.com/

Analisis data di atas menunjukkan kesemua sepuluh pelajar menggunakan

bahasa pertama mereka dalam aktiviti seharian.

3. Bahasa yang selesa digunakan oleh pelajar apabila berjumpa dengan rakan-

rakan yang berlainan etnik.

Sumber : https://husnaliyanataib.files.wordpress.com/

Didapati majoriti pelajar selasa menggunakan bahasa Melayu baik pelajar Melayu, Cina mahupun pelajar India. Ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan yang difahami oleh semua orang.

Setiap rajah diatas jelas menunjukkan bahawa bahasa ibunda masih lagi menjadi bahasa

utama setiap etnik. Namun begitu, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama dalam

berkomunikasi di antara satu sama lain apabila melibatkan perbezaan etnik dan bahasa

ibunda yang digunakan.

3.1.2 KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA

PENYIARAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa:

1. Secara keseluruhannya, Tahap Penggunaan Bahasa Melayu RAGAM LISAN

dalam Media Penyiaran mencatatkan peratusan kesalahan yang tinggi iaitu

82.4%. Peratusan penggunaan bahasa Melayu yang betul mengikut stesen TV

Awam (10.8%) dan TV Swasta (20.3%) pula menunjukkan tidak ada banyak

perbezaan antara kedua-dua stesen tersebut.

2. Daripada lima aspek bahasa Melayu yang dikaji, aspek kesantunan mencapai

tahap peratusan tertinggi (92.3%) dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul,

diikuti oleh nahu (64.9%), dan percampuran bahasa (62.2%). Manakala aspek

sebutan (52.9%) dan bahasa basahan (kolokialisme) (49.7%) mencatatkan

peratusan yang rendah dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Ini

Page 8: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

menunjukkan aspek sebutan,dan bahasa basahan (kolokialisme) adalah antara

aspek-aspek bahasa Melayu yang bermasalah dalam media penyiaran.

3. Manakala bagi RAGAM TULISAN pula, secara keseluruhannya, Tahap

Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Media Penyiaran mencatatkan peratusan

kepatuhan yang masih belum boleh dibanggakan lagi. Ini disebabkan peratusan

kesalahan iaitu 41.3% masih tinggi pada keseluruhannya.

4. Secara perbandingan, Stesen TV Awam (32.9%) didapati tidak banyak

melakukan kesalahan dalam ragam tulisan berbanding dengan stesen TV Swasta

(43.8%).

5. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul mengikut domain

rancangan, dokumentari (73.5%) , iklan (65.1%), hiburan (64.5%) dan berita

(56.4%) mencatatkan kadar peratusan yang lebih baik. Manakala bicarawara

(52.2%) dan sukan (43.2%) mencatatkan kadar peratusan yang sebaliknya.

6. Dari segi kualiti pencapaian bahasa Melayu, hanya aspek kesantunan

mencatatkan kadar peratusan yang baik iaitu 97.3%. Tiga aspek kebahasaan lain

iaitu percampuran bahasa (85.1%), ejaan (83.8%) dan nahu (79.0%) didapati

masih bermasalah dan tidak baik.

Kesimpulannya, kajian ini mendapati Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media

Penyiaran (Televisyen) baik di stesen penyiaran Awam dan Swasta adalah tidak

memuaskan berdasarkan enam domain rancangan yang utama iaitu berita, bicarawara,

dokumentari, hiburan, sukan dan iklan yang dikaji dalam ragam lisan dan tulisan. Perkara ini

seharusnya dibendung dengan segera dek kerana Media Penyiaran adalah salah satu

cabang yang amat berpengaruh dan memberi impak yang besar terhadap rakyat Malaysia.

Page 9: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

3.2 ISU SEMASA

3.2.1 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MAHKAMAH

Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di pejabat-

pejabat kerajaan seperti di mahkamah khasnya semakin berkurangan di mana

kebanyakan surat dan dokumen mahkamah, prosiding perbicaraan dan

alasan penghakiman dikemukakan dalam bahasa Inggeris.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis

Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ketika

diminta mengulas mengenai penggunaan bahasa Melayu di mahkamah

menyatakan, dokumen-dokumen dan surat yang dihantar ke mahkamah di

negara ini diwajibkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Realitinya, tiada usaha secara bersama daripada pihak mahkamah sendiri,

merealisasikan arahan itu. Beliau berkata, memang sukar bagi sesetengah

prosedur menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya lebih-lebih lagi

melibatkan istilah bahasa Inggeris yang diterjemah, namun usaha tersebut

telah lama dilakukan.

Isu peguam tidak fasih berbahasa Melayu selalunya menjadi alasan. Jadi

demi keadilan mahkamah membenarkan bahasa Inggeris digunakan.

Faktor yang menyumbang :

Kurangnya koleksi buku-buku rujukan undang-undang dalam bahasa

Melayu yang menyukarkan pengamal seperti peguam untuk membuat

rujukan

Kebanyakan hakim di Malaysia mendapat latihan dan ditauliahkan di

luar negara khususnya England yang menyebabkan mereka lebih

fasih berbahasa Inggeris.

Undang-undang Malaysia banyak bersandar kepada England , maka

tidak hairanlah terma-terma undang-undang dan istilah menggunakan

bahasa Inggeris yang membawa maksud lebih tepat.

3.2.2 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KEMUKAKAN HUJAH DI

DALAM DEWAN RAKYAT ATAU PARLIMEN

Isu penggunaan Bahasa Melayu sering ditimbulkan dalam Dewan Parlimen

mahupun Dewan Rakyat. Isu penggunaan bahasa kebangsaan dalam Dewan

Rakyat adalah tertakluk di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1957 dan

Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Penggunaan Bahasa Inggeris atau bahasa selain daripada bahasa

kebangsaan oleh mana-mana anggota Parlimen ketika mengambil bahagian

berucap dan berbahas di Dewan Rakyat boleh dilakukan dengan kebenaran

atau keizinan Yang Dipertua Dewan Rakyat sahaja.

Isu ini timbul apabila Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang

mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan

Page 10: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri mengemukakan

soal hak Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam Bahasa

Inggeris.

Usul tersebut telah menimbulkan kekecohan dan pertikaman lidah dengan

beberapa anggota parlimen. Tindakan beliau adalah tidak wajar dan seolah-

olah ingin memperlekehkan penggunaan bahasa melayu di dalam dewan

parlimen.

Walaupun Sarawak berbeza daripada negeri lain dari segi penggunaan

bahasa, tetapi di peringkat kebangsaan, Bahasa Melayu adalah bahasa

rasmi dan termaktub dalam perlembagaan malaysia

Secara ringkasnya, para pemimpin sendiri perlu memartabatkan Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan rasmi kerana mereka

merupakan cerminan kepada rakyat dalam menggunakan Bahasa Melayu

ketika menjalankan urusan rasmi.

3.2.3 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM RANCANGAN HIBURAN

Bagi mencapai matlamat menyatukan rakyat berbilang bangsa di negara ini

terutamanya kaum Melayu, Cina dan India, medium bahasa memainkan

peranan yang cukup penting. Banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi

mencapai objektif tersebut, misalnya dengan cara mengutamakan serta

menyeragamkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua aktiviti hiburan

terutamanya menerusi siaran-siaran televisyen (TV), radio dan juga

persembahan-persembahan pentas di negara ini.

Inisiatif RTM dalam mengharamkan rancangan yang menggunakan

menggunakan bahasa Melayu dalam dialek Cina dan Tamil seharusnya diikuti

oleh stesen-stesen penyiaran swasta. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini

pihak –pihak ini begitu ghairah mengutamakan bahasa Inggeris dalam

rancangan-rancangan hiburan yang mereka terbitkan. Fenomena itu secara

tidak langsung telah meminggirkan status bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan selain seolah-olah menggambarkan rakyat negara ini tidak faham

bahasa Melayu sehinggakan ada stesen TV swasta yang menggunakan

dwibahasa dalam rancangan-rancangan hiburan terbitan mereka.

Kerancuan penggunaan bahasa dalam media elektronik berlaku dalam dua

aspek, iaitu aspek ejaan dan kecenderungan mencampuradukkan bahasa

Melayu dengan bahasa Inggeris, khususnya dalam pemaparan judul drama

atau filem yang ditayangkan di stesen televisyen kerajaan dan swasta

Dari aspek ejaan, terdapat beberapa kesilapan pengejaan kata pinjaman

daripada bahasa Inggeris, selain penterjemahan yang salah dari segi

semantiknya. Kata “legenda” yang berasal daripada kata legend selalu disalah

eja menjadi “lagenda”. Contohnya dalam judul drama Lagenda Budak Setan.

Page 11: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

Wujud juga penggunaan perkataan yang lewah dan penterjemahan kata

majmuk yang tidak tepat. Contohnya, kata majmuk “Bual Bicara” untuk Talk

Show dan “Guna pakai” bagi adopted. “Talk Show” boleh diterjemahkan

sebagai “Bicarawara”, dan ungkapan “terima pakai” untuk adopted.

Selain itu, terdapat banyak drama masa kini yang menggunakan dwibahasa

atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak pada tajuk drama mereka. Sebagai

contoh, drama “Abang Bomba I Love You”, “Suri Hati Mr Pilot”, dan “Cinta Si

Wedding Planner”. Selain itu, terdapat juga filem-filem Melayu yang

menggunakan bahasa Inggeris dalam tajuk filem, contohnya, “KL Gangster”,

“Pilot Café”, “Interchange”, dan “I’m Not Single”.

Selain penggunaan dan penyeragaman bahasa Melayu yang betul di TV,

usaha itu juga sepatutnya diperluaskan lagi melalui siaran-siaran radio

terutamanya yang menggunakan medium bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Sebagai negara demokrasi, kita tidak boleh menafikan hak-hak

siaran radio dalam bahasa-bahasa lain, tetapi yang menyedihkan apabila ada

kalangan penyampai stesen-stesen radio berbahasa Melayu turut

mencampur-adukkan bahasa Inggeris dalam rancangan-rancangan kendalian

mereka. Antara segmen radio yang menggunakan bahasa rojak adalah

“Soundtrack ERA” dan “Hello HOT”.

Selain itu, kecelaruan penggunaan bahasa Melayu rojak sejak kebelakangan

ini juga banyak melibatkan lirik lagu, judul album dan nama khas untuk

konsert ataupun persembahan teater yang dilihat tidak menjurus kepada

penyatuan rakyat negara ini dalam penggunaan bahasa rasmi. Penggunaan

lirik lagu yang menggunakan bahasa rojak semakin berleluasa pada dewasa

ini. Antara lirik lagu yang popular menggunakan bahasa rojak adalah:

Kantoi

Semalam I call you, you tak answer

You kata you keluar pergi dinner

You kata you keluar dengan kawan you

But when I called Tommy he said it wasn’t true

Page 12: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

4.0 METODOLOGI PENYELESAIAN MASALAH

4.1 ISU PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MAKHAMAH

4.1.1 Untuk menangani isu ini, agensi yang perlu memainkan peranan

adalah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan

Bahasa dan Pusaka (DBP). ITBM perlu mempergiat usaha untuk

menterjemah buku-buku rujukan undang-undang ke dalam Bahasa

Melayu supaya pengamal undang-undang tidak bergantung

sepenuhnya kepada buku yang berpenulisan Inggeris. DBP pula

bertanggungjawab menyemak semula kosa kata Bahasa Melayu dan

memperluaskannya dengan menerima pakai lebih banyak istilah

undang-undang bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

4.2 ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KEMUKAKAN HUJAH

DALAM DEWAN RAKYAT ATAU DEWAN PARLIMEN

4.2.1 Yang Dipertua Dewan Rakyat sepatutnya menegaskan penggunaan

Bahasa Melayu diwajibkan dalam dewan rakyat. Sekiranya menteri-

menteri menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu, Yang

Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menegur dan

memperbetulkan penggunaan bahasa yang dituturkan oleh menteri-

menteri dalam Dewan Parlimen atau Dewan Rakyat.

4.2.2 Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu memberi amaran tegas kepada

ahli parlimen yang menggunakan bahasa selain daripada Bahasa

Melayu. Sekiranya mereka masih menggunakan bahasa lain selain

Bahasa Melayu, mereka perlu diusir daripada berada daripada dewan

tersebut.

4.2.3 Dalam konteks ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat memainkan peranan

penting bagi memartabatkan Bahasa Melayu kerana penggunaan

bahasa lain selain Bahasa Melayu yang dituturkan oleh setiap ahli

parlimen perlulah meminta kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan

Rakyat.

4.3 ISU PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM RANCANGAN HIBURAN

4.3.1 Stesen TV menetapkan syarat kepada produser drama atau filem

untuk menerbitkan hasil karya yang menerapkan nilai ketinggian

bahasa Melayu yang digunakan.

4.3.2 FINAS juga perlu memberikan kerjasama dalam menggariskan

peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi produser filem atau drama

untuk menjaga kepentingan Bahasa Melayu.

Page 13: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

4.3.3 Pengguna perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk

mengesahkan ejaan sebenar sesuatu perkataan sebelum diguna

pakai secara meluas kerana apabila ia menjadi kebiasaan di kalangan

masyarakat, agak sukar untuk membetulkannya semula.

4.3.4 Stesen radio memulau lagu-lagu yang menggunakan bahasa rojak

dalam lirik dengan tidak memutarkan lagu-lagu tersebut supaya

komposer lagu sensitif dengan bahasa yang digunakan dalam

pembikinan lagu.

Page 14: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

5.0 DAPATAN

Secara keseluruhannya, melalui kajian ini kami mendapati bahawa tahap penggunaan

Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan kemasyarakatan masih belum mencapai tahap

yang memuaskan. Hal ini kerana masyarakat dipengaruhi oleh pengaruh besar seperti

pemimpin, tokoh masyarakat dan seniman melalui media massa dimana golongan ini sering

menjadi perhatian dan ikutan masyarakat. Para pemimpin dan tokoh masyarakat seharusnya

menggunakan bahasa yang betul kerana mereka adalah contoh ikutan dalam

memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan seniman pula, tidak sewajarnya menggunakan

bahasa yang tidak betul seperti bahasa rojak dalam menyampaikan karya mereka. Oleh

yang demikian, semua pihak tidak kira samada kerabat diraja, para pemerintah, para

seniman, golongan pendidik mahupun masyarakat awam tidak memandang enteng terhadap

penggunaan Bahasa Melayu.

6.0 PERBINCANGAN / REFLEKSI

Berdasarkan projek CTU555 yang bertajuk “Menggunakan bahasa kebangsaan dalam

urusan rasmi dan kemasyarakatan” dapat kami simpulkan bahawa penggunaan bahasa

kebangsaan dalam urusan rasmi dan kemasyarakatan dalam kalangan masyarakat

Malaysia perlu diperkasakan serta dimantapkan lagi. Walaupun Bahasa Melayu adalah

bahasa rasmi negara sepertimana yang telah termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaan Malaysia sejak 59 tahun yang lalu, penguasaan dan penggunaan Bahasa

Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat masih belum mencapai status yang

memuaskan.

Projek ini telah membuka mata kami agar berusaha untuk memantapkan lagi

penguasaan dan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kehidupan harian kami kerana

tidak dinafikan kami sendiri tergolong dalam golongan masyarakat yang tidak

memandang serius terhadap isu penggunaan bahasa kebangsaan. Setiap perubahan

besar bermula dari perubahan kecil, adalah mustahil untuk kami mengubah masyarakat

sekiranya kami tidak mengubah diri terlebih dahulu. Maka dengan itu kami berazam

untuk memperbaiki diri agar menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat sekeliling.

Page 15: PROJEK CTU 555€¦ · rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan ... Agak menyedihkan di ketika negara menghampiri tahun kemerdekaan ke-56,

7.0 KESIMPULAN

Sebagai penutup, dapat kami ringkaskan, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah

berbangga dengan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Hal ini kerana, Bahasa

Melayu telah menjadi bahasa utama di Tanah Melayu sejak zaman kegemilangan

Kesultanan Melayu yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah diguna pakai

sebagai bahasa perantaraan oleh pelbagai golongan yang datang dari seantero dunia

terutamanya dalam urusan perdagangan. Ini jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu

bukanlah hanya untuk kaum Melayu sahaja malah untuk semua rakyat Malaysia tanpa

mengira agama, bangsa, warna kulit dan bahasa ibunda yang dituturkan. Bahasa Melayu

juga melambangkan identiti kebangsaan dan kedaulatan negara dimana ia

menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kita sebagai rakyat

Malaysia tidak perlu malu untuk menuturkan bahasa kebangsaan kita walau dimana jua

kita berada agar kita dapat mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu sebagai lingua

franca.

8.0 RUJUKAN

https://husnaliyanataib.wordpress.com/2012/05/21/survey-monkey-kecekapan-

berbahasa-dalam-masyarakat-pelbagai-etnik/

http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdf

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bahasa-rasmi-makin-dipinggirkan-

1.369121

http://postmetro.net/penggunaan-bahasa-dewan-rakyat-tertakluk-bawah-akta-

bahasa-kebangsaan-1957/

http://www.bharian.com.my/node/97800