report

3
Program Bina Insan Guru bertemakan seminar dan aktiviti kemasyarakatan dijalankan supaya dapat membina jati diri yang kukuh dan kuat di dalam diri peserta program. Program ini juga dapat memberi pengalaman dan memberi peluang kepada peserta program untuk menyumbang sesuatu tanpa meminta sebarang ganjaran atau bayaran. Program ini juga amat penting kerana merupakan salah satu kredit atau program yang perlu dikelola dan diselia dengan sepenuhnya oleh peserta program agar memenuhi kehendak yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Pada 21 hingga 22 Februari 2011 , suatu seminar telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada aktiviti Program Bina Insan Guru yang ke-5. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Kuliah IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Kumpulan Pelatih yang terlibat ialah guru pelatih ambilan Januari 2009 yang terdiri daripada 9 buah kumpulan iaitu Pemulihan Bahasa Melayu 1 dan 2, Kumpulan Rekan Bentuk dan Teknologi 1, 2 dan 3, kumpulan sains 1 dan 2 dan kumpulan Matematik 1 dan 2. Kumpulan guru pelatih terlibat ialah kumpulan semester 3 ambilan 2010 seramai 164 orang. Program BIG ke-5 ini merupakan seminar transplantasi organ “Transplantasi organ.. Sinar Sebuah Harapan”. Seminar ini telah disampaikan oleh seorang doktor yang terlibat dengan program pendermaan organ Malaysia.

Upload: trevor-riley

Post on 12-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Page 1: Report

Program Bina Insan Guru bertemakan seminar dan aktiviti kemasyarakatan

dijalankan supaya dapat membina jati diri yang kukuh dan kuat di dalam diri peserta

program. Program ini juga dapat memberi pengalaman dan memberi peluang kepada

peserta program untuk menyumbang sesuatu tanpa meminta sebarang ganjaran atau

bayaran. Program ini juga amat penting kerana merupakan salah satu kredit atau

program yang perlu dikelola dan diselia dengan sepenuhnya oleh peserta program agar

memenuhi kehendak yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

Pada 21 hingga 22 Februari 2011 , suatu seminar telah dianjurkan sebagai

sebahagian daripada aktiviti Program Bina Insan Guru yang ke-5. Ceramah ini telah

diadakan di Dewan Kuliah IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Kumpulan

Pelatih yang terlibat ialah guru pelatih ambilan Januari 2009 yang terdiri daripada 9

buah kumpulan iaitu Pemulihan Bahasa Melayu 1 dan 2, Kumpulan Rekan Bentuk dan

Teknologi 1, 2 dan 3, kumpulan sains 1 dan 2 dan kumpulan Matematik 1 dan 2.

Kumpulan guru pelatih terlibat ialah kumpulan semester 3 ambilan 2010 seramai 164

orang. Program BIG ke-5 ini merupakan seminar transplantasi organ “Transplantasi

organ.. Sinar Sebuah Harapan”. Seminar ini telah disampaikan oleh seorang doktor

yang terlibat dengan program pendermaan organ Malaysia.

Seminar telah dilaksanakan pada 22. Februari 2011 tetapi pada 21 Februari

telah diletakkan boot bagi menggalakkan pelajar-pelajar untuk pendaftaran pendermaan

organ. Pelajar-pelajar akan berdaftar telah diberikan kad keahlian dan prosedur-

prosedur yang berkenaan dengan pendermaan organ. Ramai pelajar yang telah

sanggup untuk mendaftar.

Seminar pada hari tersebut telah dimulakan dengan pendaftaran pelatih-pelatih

di Dewan Kuliah. Mentor-mentor setiap kumpulan juga turut menghadiri seminar

Page 2: Report

tersebut. Ceramah telah dimulakan setelah penceramah memasuki Dewan Kuliah.

Ceramah telah diberikan oleh seorang doktor yang berwibawa dalam bidang ini.

Ceramah beliau adalah merangkumi tentang organ-organ, organ manusia yang boleh

diderma, kebaikan menderma dan sebagainya. Input yang diberikan oleh doktor

tersebut amat memberangsangkan dan boleh mengubah persepsi seseorang itu

terhadap pendermaan.

Setelah selesai sesi seminar, didakan pula sesi soal jawab bersama seorang

doktor lagi. Ramai guru pelatih telah mengemukakan soalan soalan yang

memberangsangkan. Keadaan ini menunjukkan komitmen pelajar-pelajar yang terlibat

dalam seminar tersebut. Stelah selesainya sesi soal jawab, kami pula di soal jawab bagi

menguji kefahaman kami. Kami telah diberi ganjaran jika dapat menjawab soalan yang

dikemukakan oleh doktor tersebut.

Saya berasa persiapan bagi seminar ini adalah baik kerana saya tidak melihat

sebarang cacat celanya. Malah telah berjaya membuka hati ramai orang untuk

membantu orang yang memerlukan selain daripada duit. Selain itu, seminar tersebut

juga merupakan suatu ruang pada pelajar-prlajar untuk melihat dunia ini dengan lebih

luas dari persperktif kesihatan.

Kesimpulannya, Pelatih-Pelatih mendapat pelbagai input mengenai

pendermaan organ dan saluran-saluran yang terlibat dengan pendermaan organ. Saya

berharap seminar sebegini harus dijalankan pada masyarakat awam juga supaya

mreka turu mendapat kesedaran.