rempah kasba

9
Rempah Nasi Kabsa Formulanya ialah semua rempah sama kuantitinya dan jangan masukkan kayu manis dan bunga lawang (jika tidak ia menjadi beriani dan bukannya nasi Arab). Untuk memudahkan penyediaan rempah, dapatkan rempah- rempah berikut dalam bentuk serbuk: Ada dijual dalam pek 15 gram atau 25 gram. 1. Jintan Putih 2. Jintan Manis 3. Ketumbar 4. Lada Hitam 5. Serbuk Cili (Merah) 6. Kunyit Nota: Gambar sekadar hiasan (Tidak semestinya guna brand Babas) Kemudian kisar (blend) bahan-bahan berikut: 1. Buah Pelaga (3 sudu makan jika rempah diatas adalah 15 gram, 5 sudu jika 25 gram) 2. Bunga Cengkih (3 sudu makan jika rempah diatas adalah 15 gram, 5 sudu jika 25 gram) Campurkan kesemua bahan- bahan di atas dan simpan rempah dalam bekas kedap udara. Untuk memasak 1 ekor ayam, 1 sudu makan pun sudah mencukupi. Boleh lebihkan jika anda suka berempah. NASI KABSA resipi : ResipiRaidah sumber: K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang 3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit,

Upload: mashitah-shaari

Post on 14-Dec-2015

271 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

resepi

TRANSCRIPT

Page 1: rempah kasba

Rempah Nasi Kabsa

Formulanya ialah semua rempah sama kuantitinya dan jangan masukkan kayu manis dan bunga lawang (jika tidak ia menjadi beriani dan bukannya nasi Arab).

Untuk memudahkan penyediaan rempah, dapatkan rempah-rempah berikut dalam bentuk serbuk:Ada dijual dalam pek 15 gram atau 25 gram.

1. Jintan Putih2. Jintan Manis3. Ketumbar 4. Lada Hitam5. Serbuk Cili (Merah)6. Kunyit

Nota: Gambar sekadar hiasan (Tidak semestinya guna brand Babas)

 Kemudian kisar (blend) bahan-bahan berikut:

1. Buah Pelaga (3 sudu makan jika rempah diatas adalah 15 gram, 5 sudu jika 25 gram)

2. Bunga Cengkih (3 sudu makan jika rempah diatas adalah 15 gram, 5 sudu jika 25 gram)

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan simpan rempah dalam bekas kedap udara.Untuk memasak 1 ekor ayam, 1 sudu makan pun sudah mencukupi. Boleh lebihkan jika anda suka berempah.

NASI KABSAresipi : ResipiRaidahsumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas2 sudu minyak masak1 sudu minyak sapi1 batang kayu manis3 biji buah pelaga2 biji bunga cengkih1 biji bawang besar - dipotong dadu3 ulas bawang putih - dipotong dadu1 batang karot ~ diparut1 biji buah tomato - dikisar2 sudu tomato puri1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)1 sudu besar rempah kabsa 1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk2 biji cili merah ~ jgn potong1/4 cawan kismisGaram secukup rasa dan gula (kalau suka)***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Page 2: rempah kasba

Cara penyediaan:1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.

Sos:1 biji tomato ~ hiris 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus

Garam Gula Perahan lemon.

Cara penyediaan:~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Resepi Ayam Panggang Serai

1/2 ekor ayam ( di bersihkan dan di kelar bhgn yang tebal isinya )1 biji bawang besar6 ulas bawang putih1/2 inci halia2-3 batang serai1 sudu makan lada hitam1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu makan jus limau/cuka1 sudu makan gula1-2 sudu makan kicap manisgaram secukup rasaperasa ( jika suka )Kentang yang sudah direbus 3/4 masakButter @ sedikit minyak @ minyak zaitun

Cara  membuatnya…

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lada hitam, serbuk kunyit, jus limau, kicap, gula, garam, perasa bersama dgn sedikit air.2. Lumurkan pada ayam dan gaul rata pada keseluruh bhgn ayam.3. Susun ayam dalam loyang pembakar bersama kentang.4. Gaulkan juga kentang tadi  dgn bahan kisar tadi.5. Sebelum bakar renjis2kan ayam dan kentang dengan butter @ minyak  supaya ayam tidak kering semasa dibakar.6. Bakar ayam tsb selama lebih kurang 1 jam pada suhu 180 – 200  darjah celsius…..7. Semasa bakar balik2kan ayam supaya ayam rata masaknya….8. sedia utu dihidangkan…

Resepi Nasi Minyak Bawang Goreng ( sumber: MyResipi )

Page 3: rempah kasba

4 cawan beras basmati ( sy guna beras basmathi Kashmir, Beras faizah )

5 cawan air2 kiub ayam

2 helai daun pandanpewarna merah, kuning dan hijau ( sy guna

warna oren )[bahan tumis]1/2 inci halia

2 ulas bawang putih1/2 biji bawang besar

2 sudu besar minyak masak1 sudu besar minyak sapi1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga[bahan hias]

bawang gorengkismis

Cara penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.

2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang

3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi4. Masukkan beras dan gaul rata.

5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.

6. Masaklah nasi sehingga masak7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk

setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.

8. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.

9. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

Resepi Nasi Minyak Pandan

3 cawan beras basmathi6 helai daun pandan4 cawan air1/2 cawan susu cair1 sudu minyak sapi1/2 inci halia ( dihiris)3 ulas bawang putih (dihiris)3 – 4 biji bawang merah (dihiris)1 btg kayu manis1 kuntum bunga lawang3 biji buah pelagaBawang goreng

daun ketumbar1/2 kiub ayam1 sudu makan garamsedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan

1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan dalam rice cooker. Masukkan secawan air kedalam beras tadi dan rendam seketika.2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan.3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan hiris, kiub ayam,  kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air kedalam tumisan.5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.7. Tekan ON pada rice cooker, dan masaklah nasi seperti biasa.8. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau keatas nasi. Kemudian tutup periuk nasi hingga masak.9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Resepi Ayam Masak Kuzi

Bahan-bahan:1 ekor ayam di potong 12 @ 162 biji bawang  besar – kisar5 ulas bawang putih – kisar3 cm halia – kisar2 biji bawang besar – di buat bawang goreng4 sudu makan rempah kuzi½ tin susu cair3 sudu makan tomato sos50 gm kismis50gm badam serbuk4 sudu makan minyak sapigaram secukupnyaKulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya750 ml air

Page 4: rempah kasba

Cara memasak,

1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.2. Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi yg dicampur dgn sedikit air.3. Masukkan ayam dan air, biarkan ayam masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.4. Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair, dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.5. Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam dan kismis yang digaul rata.6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Ayam Kalio Percik ( Sumber : ubah suai dari Majalah Rasa )

400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )4-5 ulas bawang merah ( kisar )3 ulas bawang putih ( kisar )2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )1 inci halia ( kisar )1 inci lengkuas ( kisar )2 batang serai ( kisar )2 cm kunyit hidup ( kisar )250 ml santan atau susu cair3 -5 keping daun limau purut2 keping asam kepinggaram secukup rasagula secukup rasa

Cara penyediaan

1.  Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.

5. Masakklah hingga kuah agak pekat. sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

*** kat majalah ayam tu di perap ngan rempah kisar tu dulu baru tumis…. tapi saya tak buat gitu kerana nak cepat!!! masing2 dah lapo…..

Nasi Tomato Ayam™

kak [email protected]

Sesuai dimasak untuk majlis2 keramaian.Kalau ingin memasak jumlah yg banyak,gandakan resipinya....

Bahan-bahan ( 8 0rang )

1 kg beras basmathi - cuci dan toskan 300 g ayam/isi ayam - potong kecil 1100 ml air 8 biji tomato buah - dicincang halus 4 sb tomato puri 1 1/4 cawan susu sejat 3/4 cawan minyak sapi/majerin garam secukup rasa BAHAN KISAR:- 3 biji bawang besar 15 ulas bawang putih 1 ibujari halia BAHAN PENUMIS:- 8 kuntum bunga cenkih 8 biji pelaga 3 inc. kulit kayu manis 4 batang serai - dititik 3 helai daun pandan - disimpul BAHAN HIASAN:- daun sup/bawang,bawang

goreng,gajus goreng

Cara-cara

Page 5: rempah kasba

1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.

3. Masukkan pila air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam tanak.

4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.

5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang...

Puding Roti Marble

[email protected]

olahan resepi dr Agar2 Roti sebelum nih. kali nih lebih sedap sbb ada rasa coklat. Boleh juga dtukar dengan perisa lain jika suka.

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn

2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa

230ml. 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga

guna choc emulco)

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!

5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

7.

Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu.

Page 6: rempah kasba

Puding Roti

MISS [email protected]

1st time buat puding roti dan Alhamdulillah menjadi. Texture nya sangat lembut. Senang sangat nak buat. Saya belajar dari Youtube

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

BAHAN A: Fresh milk/Cream milk 2 cawan Butter/ Mentega 2 sudu Tepung Castard 1 sudu BAHAN B: Telur 3biji Gula 1 cawan Esen Vanilla 1 sudu BAHAN C: Roti 5-6 keping Kismis Kuning Ligo 1 kotak

Cara-cara

1. BAHAN A: Cairkan mentega/butter dan ketepikan.

2. BAHAN A: Masukkan Fresh/Cream milk dan Tepung Castard dan kacau rata.

3. BAHAN B: Masukkan telur, gula dan esen vanilla dan pukul rata.

4. Campurkan Bahan A dan Bahan B dan kacau rata.

5. Potong roti bentuk segiempat dan susun dalam bekas.

6. Taburkan Kismis tadi ke atas roti. 7. Tuangkan Bahan A dan B ke atas roti

tadi dan mampatkan menggunakan sudu.

8. Bakar dalam oven selama 30-40 minit. 9. Keluarkan, biarkan sejuk, potong dan

hidang.

 NASI DAGING by Rinnchan

SUMBER : KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan-bahan: 3 pot beras (pot=tin susu pekat...) 1/2 cwn tomato puree cair 1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging : 500gm daging 2 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 sudu besar rempah kurma i camca teh lada putih 1/2 camca teh serbuk jintan manis 1/2 camca teh serbuk jintan putih 1/2 cawan tomato puri (yg ni akak yg tambah) Garam secukup rasa Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis : 1/2 biji bawang besar, dimayang 3 biji bawang putih, dimayang halus 1 inci halia, dihiris nipis 2 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:

1. Basuh beras dan toskan. 2. Panaskan minyak sapi dan

tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.

3. Masukkan beras dan kacau seketika.

Page 7: rempah kasba

4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.

5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan : 1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.

                                                                         AIR ASAMBAHAN BAHANNYA

2 tangkai cili merah dihiris nipis6 tangkai cili padi dihiris nipis1 labu bawang besar dipotong dadu1 biji tomato dipotong dadu 1 biji limau kasturi diambil jusnya1 sudu besar sos cili1 sudu besar kerisik1 inci belacan bakar1 sudu besar gulaGaram secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

- Campurkan kesemua bahan2 seperti diatas ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga betul2 sebati