tajuk ke - 2 - maruwiahacis.files.wordpress.com · khalifah al-makmun dan rombongannya telah sampai...

16
IDA152 16/07/2013 MARUWIAH AHMAT 1 Maruwiah Ahmat BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA I IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN Menjelaskan kesan kedatangan Islam ke Nusantara Menjelaskan faktor- faktor perkembangan Islam di Nusantara 4.1 Kedatangan Islam ke Nusantara 4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara 4.3 Kedudukan Islam di Malaysia 2 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN PENDAHULUAN

Upload: nguyennhu

Post on 25-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 1

Maruwiah Ahmat

BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA I

IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN

Menjelaskan kesan

kedatangan Islam ke

Nusantara

Menjelaskan faktor-

faktor perkembangan

Islam di Nusantara

4.1 Kedatangan Islam

ke Nusantara

4.2 Kegemilangan Islam

di Nusantara

4.3 Kedudukan Islam di

Malaysia

2

FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN

PENDAHULUAN

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 2

3

Nusantara termasuk wilayah Asia Tenggara yang termasuk pulau-pulau Melayu seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Maluku, Luzon, dan Mindanao.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

4

Terdapat 2 jenis kepercayaan yang menguasai Alam Melayu iaitu:

1. Amalan warisan budaya tempatan yang kuat berpegang kepada aninisme dengan mempercayai wujudnya roh yang boleh menguasai manusia.

2. Pengaruh Hindu-Buddha, ajaran Hindu-Buddha yang mengagongkan dewa dewi telah mempengaruhi masyarakat Melayu. Budaya agama Hindu masih mempengaruhi masyarakat Melayu.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 3

5

Pengaruh agama Hindu dari kitab-kitab Mahabratha,

Bhagawad Gita dan Baratayudha mempengaruhi

kesenian masyarakat Melayu.

Contoh seperti wayang kulit.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

6

Kesusateraan Hindu yang mempengaruhi kesusasteraan Melayu ialah dari Epik Mahabharata:

Hikayat Pendawa Lima

Hikayat Pendawa Jaya

Hikayat Panca Kelima

Hikayat Pandawa

Hikayat Sang Boma

Daripada Epik Ramayana:

Hikayat Seri Rama

Hikayat Maharaja Rawana

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 4

7

Pengaruh Hindu

terhadap sistem politik

Nusantara mewujudkan

sistem feudal

berasaskan sistem

kasta yang

dipraktikkan oleh

agama Hindu.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Raja

Pembesar/

Bangsawan

Pegawai-pegawai Kerajaan

Tuan-tuan tanah

Rakyat/petani

8

Kerajaan-kerajaan Hindu yang menguasai rantau

Asia Tenggara ialah kerajaan Langkasuka,

Tambralinga, Kedah Tua (Lembah Bujang),

Srivijaya, Mataram dan Majapahit.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 5

9

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Kedatangan Islam ke Nusantara?

China

India

Arab

10

Islam dari India:

Teori ini dibawa oleh sarjana Barat – Snouck Hugronje,

Moquette, Brian Harrison, Thomas Arnorld, Weirtheim.

Kerana telah ada hubungan perdagangan masyarakat

Nusantara dengan pedagang India Muslim di sekitar

abad ke-13 M.

Namun orientalis Barat tidak sepakat dari mana

tempatnya, sama ada Gujerat, Banggala atau

Malabar.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 6

11

Gujerat – Kebanyakan orientalis dan G. P. Moquette; hujah - batu nisan di Pasai (Maulana Malik Ibrahim) bertarikh 1428 M dan Gerisek (Umar ibn Ahmad Kazaruni) 1419 M mempunyai bentuk di Gujerat.

Tolak - Tetapi Kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042 M lagi, sedangkan Gujerat menerima Islam semasa berada di bawah Kesultanan Delhi iaitu tahun 1301 M.

Banggala atau Malabar – Thomas Arnorld & B. Harrison; hujah - pedagang Mazhab Syafie yang terdapat di daerah-daerah ini adalah sama mazhab dengan mazhab di Nusantara. Sedangkan di Gujerat Mazhab Hanafi.

Tolak – mereka mengatakan Islam datang pada abad ke-13 M, tetapi Islam telah bertapak di Nusantara sejak abad ke-7 M lagi berdasarkan batu nisan di Jawa.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

12

Pengaruh India di Tanah Melayu:

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Pedagang Muslim terutama di utara – mamak atau keling

Budaya India-Hindu di Tanah Melayu

Masjid berseni bina India/dibina orang India-Muslim

Strata sosial dalam Hukum Kanun Melaka

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 7

13

Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang dibina pada abad ke-18 oleh saudagar India Muslim.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Masjid India Muslim di Ipoh dibina pada 1908 digunakan oleh masyarakat India-Muslim bermazhab Hanafi.

14

Islam dari China:

Teori ini berdasarkan catatan orang Cina Islam bahawa

orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman

pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Pang

(627-650 M).

Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah

mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi

Kabsyah yang kemudian meninggal dunia di Canton dan

dikebumikan di sini.

Khalifah Uthman ibn Affan pernah mengutus Saad ibn Abi

Waqqas yang telah mengasaskan sebuah masjid di

Canton yang diberi nama Wan Shin-zi (masjid kenangan

Nabi).

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 8

15

Masjid

Huaisheng

telah

dibina oleh

Saad bin

Abi Waqas

pada 650-

an.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

16

Hubungan erat antara Islam dengan China terjalin apabila

Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Abbasiyah telah menghantar

10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk

membantu Maharaja Hsnan Tsung (755 M) mengalahkan

pemberontakan menentangnya. Kesannya, kerajaan China

memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada orang

Islam di sana.

Pada tahun 878 M, tercetus satu pemberontakan besar di Canton

yang dikaitkan dengan rasa tidak senang hati dengan kemajuan

ekonomi yang dicapai oleh orang Islam di China.

Seramai kira-kira 100,000 orang asing terbunuh, majoritinya

orang Arab. Ini menyebabkan baki orang Arab di Canton

melarikan diri ke Nusantara dan menyebarkan Islam.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 9

17

Terdapat juga catatan Dinasti Sung bahawa

kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui

sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa

oleh pedagang-pedagang Islam dari negara China

pada awal 977 M.

Terdapat batu nisan Fatimah binti Maimon yang

bertarikh 1082 M di Leran, Jawa Timur ada

persamaan dengan batu nisan di Phanrany,

Champa Selatan bertarikh 1035 M dan 1039 M.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

18

S. Q. Fatimi & R. O. Windstedt – hujah- Terdapat kewujudan batu nisan yang bertulis khat Khufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M di Champa (Vietnam).

Khat khufi popular di China.

Pada tugu ini terdapat catatan yang berkait dengan hukum-hukum Islam.

Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu memperkukuhkan teori Islam dibawa dari China dan Champa kerana penggunaan khat Khufi.

Tolak – orang Cina bermazhab

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 10

19

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Pengaruh/Hubungan China-Tanah Melayu:

Masjid berseni bina China di Melaka

Sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho

Penyebaran penggunaan khat khufi

Hubungan diplomatik kerajaan Melaka-China (Dinasti Tang)

20

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling (1748) dibina pada abad ke-18, antara masjid tertua di Malaysia. Namun seni binanya juga mempunyai pengaruh Hindu pada ukiran selain pengaruh China pada menara pagoda.

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 11

21

Islam dari Arab:

Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat

sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutama

sejarawan tempatan + Prof. Dr. Syed Muhammas

Naquib Al-Attas, Prof. Dr. HAMKA.

Hujah – Pengaruh tulisan jawi, sama dengan Arab,

Cuma beberapa penambahan utk disesuaikan dengan

bahasa Melayu.

Cara sebutan Arab (bacaan Al-Quran) di Nusantara

sama dengan cara di Asia Barat dan Timur Tengah.

3.2 KEMASYARAKATAN 4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

22

Bukti daripada catatan sejarah dengan jelas menyatakan pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah.

Contohnya Maharaja Derbar II (Kedah) yang memerintah pada 1136 M telah memeluk Islam daripada Syed Abdullah bin Syeikh Ahmad dari Yaman dengan memakai nama Sultan Muzaffar Shah.

Negeri Kedah juga digelar Darul Aman.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 12

23

Parameswara (1414), raja Melaka

yang pertama pula memeluk Islam

dari Syeikh Abdul Aziz dari

Jeddah serta menukar namanya

kepada Megat Iskandar Shah.

Pengislamannya membawa kepada

tersebarnya Islam di Melaka.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

24

Semua catatan sejarah melaporkan sultan-sultan Melayu dari Melaka hingga Sulu disilamkan oeh orang Arab.

Para pedagang Arab yang berdagang di Nusantara melalui pelabuhan Yaman. Pelabuhan Hadhramaut menjadi tempat persinggahan pedagang dari seluruh dunia termasuk pedagang Melayu. Antara barang dagangan orang Melayu ialah rempah ratus dan kapur barus.

Bahasa Melayu menerima banyak pengaruh bahasa Arab.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 13

25

C. A. Manjul & Wang Gungwu – perkembangan Islam di

Nusantara walaupun datang dari India tetapi disebarkan oleh

orang Arab. Tiada catatan sejarah menyebut bahawa

kedatangan Islam di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah

berketurunan India mahupun China.

Khalifah Muawiyah ibn Abi Sufyan pernah melakukan dakwah

Islamiyah ke atas Kerajaan Srivijaya.

Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pemerintah

Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Sri Indavarman telah

memeluk Islam. Kerajaan Srivijaya dinamakan Sribuza Islam.

Khalifah al-Makmun dan rombongannya telah sampai di Perlak,

Sumatera.

3.2 KEMASYARAKATAN 4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

26

Pada tahun 100 H (718 M)

Maharaja Srivijaya yang

bernama Sri Indravarman

mengutus sepucuk surat kepada

Khalifah Umar bin Abdul

Aziz dan memohon baginda

menghantar seorang

ulama bagi menerangkan

tentang agama Islam. Surat

tersebut berbunyi:

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 14

27

Daripada Raja kepada sekalian Raja yang merupakan keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga merupakan cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu gajah, yang di dalam wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon jadam, rempah wangi, buah pala dan limau nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu. Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah. Aku telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan. Aku mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh mengajarku tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

28

Kajian tentang salasilah kebanyakan raja-raja Melayu

seperti Brunei, Perlis, Acheh, Patani, Champa dan

Pontianak menunjukkan mereka berketurunan Ahli Bait.

Orang Arab yang berdakwah datang dari

Hadhramaut, Yaman menyebarkan Islam di Tanah

Melayu.

Buktinya nama-nama keluarga seperti Syed/Syarifah

di Alam Melayu seperti al-Sagoff, al-Junaid, al-Bar

dan al-Hadid mempunyai perkaitan dengan

Hadhramaut.

Mazhab Hadhramaut adalah Mazhab Shafie.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 15

29

Yaman

India

Nusantara

Arab Saudi

China

30

Islam datang dari pelbagai arah sama ada secara kecil-kecilan atau secara berkelompok. Memang ada orang Islam datang dari India dan China menyebarkan Islam di Nusantara namun tidak menyeluruh.

Islam di Nusantara khususnya di Malaysia lebih terkesan dengan fahaman atau cara pembawaan Islam yang datang dari Tanah Arab. Bukti yang jelas ialah cara sebutan huruf Arab orang Melayu tidak sama dengan cara sebutan orang India di India dan orang Islam tanah besar China.

4.1 KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

IDA152 16/07/2013

MARUWIAH AHMAT 16

31

Aktiviti 11 – Pemahaman (Lisan)

1. Sebenarnya, pada pendapat kamu, golongan

manakah yang menyebarkan Islam di Nusantara

berdasarkan hujah-hujah yang nyata?

2. Bagaimana persamaan mazhab mempengaruhi

punca penyebaran Islam?

3. Apakah faktor-faktor lain yang boleh menjadi

bukti dari mana Islam itu disebarkan?