1. char kway teow - ppg.icu.gov.my · pdf filedan tidak menyebabkan sakit tekak. ... terdapat...

10
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Pulau Pinang. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Bahasa Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng menggunakan api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah. Pelbagai versi char koay teow telah dicipta dan terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya). Antara kawasan yang terkenal dengan penjualan char kuay teow ialah Sungai Dua, Permatang Pauh dan Bayan Baru 1. CHAR KWAY TEOW

Upload: truongtram

Post on 07-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Pulau Pinang. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Bahasa Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng menggunakan api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah. Pelbagai versi char koay teow telah dicipta dan terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya). Antara kawasan yang terkenal dengan penjualan char kuay teow ialah Sungai Dua, Permatang Pauh dan Bayan Baru

1. CHAR KWAY TEOW

Mee Udang juga merupakan makanan yang popular di Pulau Pinang. Biasanya mee udang (mee kuning) akan dimasak secara berkuah kemerahan dan dihidangkan bersama 5 hingga 10 ekor udang yang bersaiz besar. Harga mee udang biasanya dijual diantara RM 10 hingga RM 15 bergantung kepada saiz udang. Antara kawasan yang terkenal dengan penjualan mee udang ialah Sungai Dua, Teluk Kumbar, Pulau Aman dan Kuala Juru.

2. MEE UDANG

Sebenarnya asal usul laksa adalah tidak jelas. Ada teori yang menyatakan bahawa laksa berasal dari hindi atau parsi merujuk kepada perkataan lakshas iaitu bahasa Sanskrit yang membawa maksud "satu ratus ribu". Ada juga teori yang menyatakan laksa berasal dari perkataan cina (Letsa) yang bermaksud “pasir pedas”. Walau bagaimanapun, laksa Pulau Pinang mempunyai identitinya yang tersendiri seperti kuahnya yang kemerah-merahan,ulam, nenas, daun puding dan juga dicampur dengan otak udang. Antara kawasan yang terkenal dengan penjualan laksa ialah Balik Pulau, Air Itam, Batu Feringghi dan juga Sungai Dua.

3. LAKSA

4. JERUK

Pulau Pinang juga terkenal dengan jeruk buah buahan. Apa yang istimewanya, jeruk pulau pinang menggunakan 100 % gula putih dan tidak menyebabkan sakit tekak. Buah-buahan yang dibuat jeruk terdiri daripada buah salak, buah pala, buah kuinin, buah pelam, buah amra, buah betik, sengkuang, jambu batu, buah kelubi, bawang putih, anggur dan buah nau (kabong). Antara kedai jeruk yang terkenal di Pulau Pinang ialah jeruk madu Pak Ali, Jeruk Nasir, Jeruk Aishah dan Jeruk Pak Latif

Pulau Pinang juga terkenal dengan kari kepala ikan. Kari kepala ikan adalah masakan asal dari India yang telah meluas ke seluruh Asia Pasifik dan Eropah. Masakan Kari Kepala Ikan banyak dipengaruhi oleh masakan kari India. Ini disebabkan banyak warga india islam yang di bawa masuk oleh pemerintah Inggeris ke Malaysia melalui Pulau Pinang di abad ke 18 dahulu, lansung menjadi warga di sini. Antara restoran yang terkenal dengan kari kepala ikan ialah Restoran Pen Mutiara, Restoran nasi campur dan juga restoran nasi kandar.

5. KARI KEPALA IKAN

Bagi sesetengah orang yang tidak mengenali nasi kandar, mungkin mereka akan menganggapnya sekadar nasi putih biasa. Namun, jika dinikmati di Pulau Pinang, nasi kandar jauh lebih unik daripada nasi campur biasa. Sejarahnya, pedagang India Muslim dari wilayah-wilayah selatan India seperti Malabar datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-16 dan akhirnya mewariskan resepi nasi kandar oleh golongan India Muslim atau mamak. Terdapat pelbagai jenis rempah-ratus digunakan dalam resipi nasi kandar untuk cuba disesuaikan dengan persekitaran di Tanah Melayu ketika itu dan cuma dihidangkan pada waktu pagi. Dengan gelaran kandar yang kekal hingga kini jelas menceritakan tentang bagaimana gaya penjual nasi kandar pada dekad ke 1930-an yang mengandar bakul atau raga yang mengandungi nasi dan lauk dengan sebatang kayu tebal. Dengan cara mengandar di bahu, penjual akan memasuki bandar dan kawasan perkampungan seterusnya menjaja makanan tersebut. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa nasi kandar yang asli dihidangkan bersama lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus sahaja sebagai sarapan pagi.

6. NASI KANDAR

Sudah tentu juga, di Pulau Pinang, gulai kawah utara menjadi pilihan popular di kalangan pengunjungnya, lebih-lebih lagi kepada penggemar hidangan berkenaan. Gulai kawah pulau pinang biasanya akan dimasak bersama-sama dengan umbut pisang. Gulai umbut pisang biasanya lebih sedap di masak menggunakan ‘daging tetel’ atau bahagian yang banyak tulang. Selain dari bahan-bahan rempah ratus, santan dan kerisik, cara memasak menggunakan kayu adalah satu rahsia kesedapan gulai kawah hingga menjilat jari. Di Pulau Pinang juga, gulai kawah menjadi tradisi untuk hidangan kenduri kahwin di sesetengah tempat.

7. GULAI KAWAH

8. CENDOL

Salah satu pencuci mulut yang paling popular di Pulau Pinang ialah Cendol. Ia adalah pencuci mulut tradisional yang telah dipelbagaikan rasanya pada zaman ini. Cendol berasal dari Asia Tenggara, dan telah menjadi popular di Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura, Vietnam dan Thailand. Ia juga menjadi juadah pilihan kepada semua kaum di Pulau Pinang. Antara tempat yang terkenal dengan cendol ialah Penang Road dan Sungai Dua.

Di Pulau Pinang, tempat yang terkenal dengan penjualan Ais kacang dan Cocunut Shake ialah di Medan Selera Padang Kota. Ianya menjadi tumpuan pengunjung pada hari-hari kebiasaan, hari minggu dan juga hari cuti umum.

9. KACANG & COCONUT SHAKE

10. PASEMBUR

Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya. Biasanya pasembur akan dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Di Pulau Pinang, pasembur terbaik boleh didapati di Medan Selera Jalan Gurney dan Padang Kota Lama.