rekreasi matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam...

4
Soalan 2 Rekreasi Matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran Matematik menjadi seronok untuk dipelajari. Aplikasi rekreasi Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Selain itu, murid juga dapat merasai keindahan Matematik, sedar tentang kepentingan Matematik dan seterusnya membantu mereka menguasai matapelajaran ini dengan lebih baik, (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Rekreasi Matematik akan membantu murid untuk memahami kepentingan konsep matematik dengan lebih terperinci. Rekreasi Matematik ini sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas pemulihan. Kaedah ini membantu murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran Matematik atau memahami konsep Matematik. Murid dapat memahami sesuatu konsep dengan mudah dan senang. Saya telah memilih sebuah jurnal Bahasa Inggeris untuk membuat kajian penggunaaan Rekreasi Matematik dalan pengajaran Matematik serta kesan penggunaan tersebut. Jurnal yang bertajuk Recretional Mathematics ini telah ditulis oleh Vera Sanford. Jurnal ini merangkumi pelbagai aktiviti rekreasi matematik yang telahpun diketahui ramai sejak dahulu dan masih lagi terkenal sehingga kini. Salah satu daripada aktiviti rekreasi matematik yang telah disebut oleh beliau adalah Teka-Teki Cincin Cina yang telah diperkenalkan oleh Girolamo Cardano. Girolamo Cardano merupakan salah seorang saintis yang paling terkenal di zaman beliau dan seorang pencipta dalam pelbagai bidang. Bukan itu sahaja, alat penghubung kotak gear dengan bahagian belakang kereta pancuan roda juga diketahui dengan versi nama beliau iaitu ‘Batang Cardan’. Dalam sebuah buku lama De Subtilitate (1550), Cardano membentangkan suatu permainan yang sering dipanggil sebagai Teka-Teki Cincin Cina (Rajah 1), yang dibuat menggunakan bar dengan beberapa cincin diatasnya yang kekal popular sehingga kini. Penyelesaian teka-teki ini adalah berkait rapat dengan Gray kod binary iaitu alat yang membetulkan ralat yang telah diperkenalkan pada tahun 1930 oleh seorang jurutera bernama Frank Gray. Teka-teki Cincin Cina juga mempunyai persamaan dengan Tower of Hanoi, yang telah dicipta pada tahun 1883 oleh Edouard Lucas (1842- 1891).

Upload: suganti-mayeelvanam-suganti-mayeelvanam

Post on 20-Jul-2015

297 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rekreasi matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran matematik menjadi seronok untuk dipelajari

Soalan 2

Rekreasi Matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran Matematik

menjadi seronok untuk dipelajari. Aplikasi rekreasi Matematik dalam pengajaran dan

pembelajaran dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik. Selain

itu, murid juga dapat merasai keindahan Matematik, sedar tentang kepentingan Matematik

dan seterusnya membantu mereka menguasai matapelajaran ini dengan lebih baik,

(National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia,

1998).

Rekreasi Matematik akan membantu murid untuk memahami kepentingan konsep

matematik dengan lebih terperinci. Rekreasi Matematik ini sangat sesuai diaplikasikan

dalam kelas pemulihan. Kaedah ini membantu murid yang menghadapi kesukaran dalam

menguasai kemahiran Matematik atau memahami konsep Matematik. Murid dapat

memahami sesuatu konsep dengan mudah dan senang.

Saya telah memilih sebuah jurnal Bahasa Inggeris untuk membuat kajian penggunaaan

Rekreasi Matematik dalan pengajaran Matematik serta kesan penggunaan tersebut. Jurnal

yang bertajuk Recretional Mathematics ini telah ditulis oleh Vera Sanford. Jurnal ini

merangkumi pelbagai aktiviti rekreasi matematik yang telahpun diketahui ramai sejak dahulu

dan masih lagi terkenal sehingga kini. Salah satu daripada aktiviti rekreasi matematik yang

telah disebut oleh beliau adalah Teka-Teki Cincin Cina yang telah diperkenalkan oleh

Girolamo Cardano.

Girolamo Cardano merupakan salah seorang saintis yang paling terkenal di zaman

beliau dan seorang pencipta dalam pelbagai bidang. Bukan itu sahaja, alat penghubung

kotak gear dengan bahagian belakang kereta pancuan roda juga diketahui dengan versi

nama beliau iaitu ‘Batang Cardan’. Dalam sebuah buku lama De Subtilitate (1550), Cardano

membentangkan suatu permainan yang sering dipanggil sebagai Teka-Teki Cincin Cina

(Rajah 1), yang dibuat menggunakan bar dengan beberapa cincin diatasnya yang kekal

popular sehingga kini. Penyelesaian teka-teki ini adalah berkait rapat dengan Gray kod

binary iaitu alat yang membetulkan ralat yang telah diperkenalkan pada tahun 1930 oleh

seorang jurutera bernama Frank Gray. Teka-teki Cincin Cina juga mempunyai persamaan

dengan Tower of Hanoi, yang telah dicipta pada tahun 1883 oleh Edouard Lucas (1842-

1891).

Page 2: Rekreasi matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran matematik menjadi seronok untuk dipelajari

HAJAR 1 :TEKA-TEKI CINCIN CINA

Teka-teki Chessboards (daripada pelbagai dimensi yang berbeza bentuk) dan buah

catur sentiasa digunakan untuk rekreasi matematik. Sepanjang lima abad yang lalu, banyak

masalah seperti ini telah timbul. Mencari jalan semula di papan catur yang terdiri daripada

strategi menggerakkan kuda supaya ia bergerak secara berturut-turut untuk setiap persegi

dan ianya hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap petak dan seterusnya

menamatkan jelajah mereka di dataran permulaan adalah sukar bagi sesetengah pihak. Ia

menunjukkan bagaimana untuk meletakkan 8 permaisuri pada 8x8 papan catur supaya tidak

ada ratu ang boleh diserang oleh pihak lawan.

Seperti permainan-permainan yang lain, catur menyerupai beberapa cabang

matematik yang lain. Penyelesaian pelbagai masalah dan teka-teki di papan catur

mempunyai kaitan dengan teori graf, topology, teori nombor, aritmetik, analisis kombinasi,

geometri, teori matriks dan juga topic lain. Pada tahun 1913, Ernst Zermelo menggunakan

sambungan ini sebagai asas untuk membangunkan teori strategi permainan, yang dianggap

sebagai salah satu pelopor teori permainan.

Selain daripada dua permainan diatas, terdapat banyak lagi permainan yang berkait

rapat dengan pengajaran dan pembelajaran matematik murid pemulihan. Kesemua

permainan ini sememangnya mempunyai peranan yang amat besar dalam membantu

meningkatkan kefahaman murid terhadap subjek matematik yang mungkin dipandang

remeh atau dianggap rumit oleh murid pemulihan.

Hal ini kerana permainan ini akan melibatkan proses berfikir dengan kreatif dan kritis

dalam diri murid-murid tersebut. Soalan yang ditujukan kepada murid-murid akan

membuatkan mereka berfikir untuk memahami permasalahan yang diberikan dalam soalan

tersebut. Mereka sudah pasti akan cuba mencari jalan penyelesaian dan memilih formula

atau kaedah yang bersesuaian untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Page 3: Rekreasi matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran matematik menjadi seronok untuk dipelajari

Setelah memperolehi jawapan daripada pengiraan, mereka akan menilai jawapan yang telah

mereka perolehi dan berfikir bagaimana jawapan yang lebih tepat dapat diperolehi.

Permainan matematik boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran bagi melatih murid-

murid supaya dapat memperkembangkan tahap dan keupayaan pemikiran mereka.

Selain itu, penggunaan permainan semasa pengajaran minat murid juga dapat

ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini adalah kerana rata-rata

permainan rekreasi matematik menggunakan masalah-masalah yang berkaitan dengan

kehidupan seharian murid. Sebagai contoh, permainan Jutaria, Saidina dan sebagian akan

dapat membantu murid memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai-nilai matawang

berserta dengan urusan jual beli. Maka apabila seseorang guru mengajar topic operasi

tambah misalnya dengan menggunakan permainan Jutaria, murid-murid akan dapat

memahami dengan lebih jelas dan mendaam mengenai operasi tersebut kerana dalam

permainan itu, merela akan menambah nilai matawang mereka atau nilai harta mereka

sepanjang tempoh permainan dimainkan sehinggalah permainan itu tamat. Ini akan

menghilangkan kebosanan murid dalam mempelajari operasi tambah tersebut secara lazim

menggunakan papan hitam atau buku teks.

,

Permainan rekreasi matematik sememangnya berupaya meningkatkan keupayaan

dan keyakina diri murid pemulihan. Mereka juga akan mendapat keberanian dan keyakinan

untuk turut melibatkan diri dalam apa-apa permainan yang digunakan oleh guru tanpa

mengendahkan sikap segan mereka. Ini kerana keinginan untuk turut serta dalam

permainan tersebut akan mengatasi masalah kirang keyakina diri murid. Sebagai contoh,

permainan Chess buka pandai dimain oelh semua orang. Maka apabila seseorang murid

pemulihan pandai bermain permainan Chess tersebut, murid-murid lain akan berasa

terpegun dengan kemahiran yang dimiliki oleh murid tersebut. Ini secara tidak langsung

akan menerbitkan rasa bangga dan ingin berkawan dengan murid pemulihan tersebut. Murid

pemulihan tersebut pula akan berasa dihargai dan bangga dengan kemahiran yang

dimilikinya walaupun dia tidak begitu mahir dalam pembelajaran.

Selain daripada itu, permainan rekreasi matematik seperti simulasi atau lakonan

berupaya meningkatkan keupayaan bertutur murid pemulihan. Terdapat murid pemulihan

yang kurang berinterasi dengan guru atau rakan sebaya. Ini mungkin disebabkan mereka

takut diejek oleh rakan sebaya jika tersalah sebut perkataan. Apabila guru menggunakan

teknik permainan simulasi, semua murid akan mendapat peluang untuk bertutur mengikut

keupayaan mereka. Maka keyakinan dan keberanian untuk bertutur akan meningkat.

Page 4: Rekreasi matematik boleh didefinisikan sebagai satu cara atau kaedah yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya matapelajaran matematik menjadi seronok untuk dipelajari

Dengan itu , rekreasi matematik sangat berguna kepada murid-murid

pemulihan.Mereka harus didedahkan dengan pelbagai rekreasi matematik semasa

pengajaran dan pembelajaran.Di sampig itu, guru-guru pemulihan harus mempunyai

kemahiran untuk menjalankan rekreasi matematik kerana murid dapat mengikuti guru dalam

pengajaran dan pembelajaran.