kampung seronok

33
OBJEKTIF KAJIAN

Upload: sky-muhaimin

Post on 05-Jul-2015

1.052 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kampung Seronok

OBJEKTIF KAJIAN

Page 2: Kampung Seronok

Mengetahui lebih lanjut tentang sejarah/asal-usul Institusi Pentadbiran Tempatan.

- Dengan terhasilnya kerja kursus ini, saya dapat mengenali Kampung Seronok dengan

lebih lanjut tentang asal-usul Kampung Seronok yang sebelum ini dikenali sebagai

Kampung di Jalan Permatang dan saya juga dapat melihat cara pentadbiran masyarakat

setempat di Kampung Seronok.

Mengetahui cara-cara menhasilkan kerja kursus yang lebih baik.

- Semasa kerja kursus ini dijalankan, saya dapat membahagikan masa dengan sebaiknya.

Kerja kursus ini juga dapat mendisiplinkan diri saya dan saya dapat membuat kerja

kursus ini dengan lebih bersistematik.

Menambah pengalaman sendiri.

- Semasa kerja kursus ini dijalankan, saya dapat pengalaman baru seperti menemu bual

orang sumber, saya juga dapat belajar cara bercakap dengan lebih baik dengan

masyarakat dan ia adalah pengalaman saya sendiri sepanjang melaksanakan kerja kursus

sejarah ini.

Page 3: Kampung Seronok

KAEDAH KAJIAN

Page 4: Kampung Seronok

Pemerhatian di kawasan kajian.

- Semasa proses pemerhatian dilakukan, saya dapat melihat dengan lebih jelas mengenai

cara pentadbiran Kampung Seronok dan juga semangat kejiranan antara penduduk di

Kampung Seronok.

Rujukan Internet.

- Melalui internet, saya dapat memperolehi lebih banyak maklumat tentang Kampung

Seronok. Antara contoh laman web adalah seperti yang berikut :

o http://adiputra04.fotopages.com/?entry=380251

o Mhtml:file://E:l Asal Usul Nama Kampung Seronok.mht

Temu Bual.

- Dengan menemubual beberapa orang penduduk di Kampung Seronok , saya dapat

mengetahui dengan lebih mendalam mengenai asal-usul Kampung Seronok dan

sebagainya. Saya menemu bual orang sumber pada 28 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu

dan alamatnya di 945 mk 11, Kampung Seronok, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Page 5: Kampung Seronok

INSTITUT

PENTADBIRAN

TEMPATAN

Page 6: Kampung Seronok

NAMA RASMI

Saya ingin berkongsi maklumat tentang nama rasmi Kampung Seronok.

Kampung Seronok yang dahulunya dikenali sebagai Kampung di Jalan Permatang, kini gah

disebut-sebut oleh Negara luar oleh kerana keunikan kampong ini yang dapat menarik perhatian

orang luar. Nama rasmi bagi kampung ini adalah Kampung Seronok, yang kini di tadbir oleh

seorang ketua kampung yang berdedikasi iaitu Dato’ Haji Syed Ahmad.

Kemudian, nama ringkas bagi Kampong Seronok adalah KGS membawa maksud Kampung

Seronok dan nama ringkas ini direka khas oleh pentadbir Kampung Seronok iaitu Dato’ Haji

Syed Asmadi.

Nama rasmi dan nama ringkas adalah unik berbanding kampung-kampung yang lain.

Walaupun kampung ini hanya mempunyai satu kaum, namun masyarakatnya tetap hidup dalam

keadaan yang harmoni. Keadaan ini memang sesuai dengan nama Kampung Seronok.

Page 7: Kampung Seronok

LOKASI

Saya akan menceritakan apa yang saya tahu tentang lokasi Kampung Seronok.

Kampung Seronok yang dahulunya dikenali sebagai Kampung di Jalan Permatang terletak

di Bayan Lepas iaitu di daerah barat daya. Kebanyakan pelancong yang datang ke Kampung

Seronok mengetahui lokasi Kampung Seronok melalui pegawai pelancong yang menunjuk arah

bagi memudahkan pelancong mengunjungi tempat itu.

Alamat penuh bagi Kampung Seronok ialah Kampung Seronok, Bayan Lepas, daerah Barat

Daya, Pulau Pinang yang kini ditadbir oleh Dato’ Haji Syed Asmadi.

Page 8: Kampung Seronok

MATLAMAT

Saya akan berkongsi sedikit pengalaman mengenai matlamat ataupun objektif yang dicapai

oleh pentadbir Kampung Seronok iaitu Dato’ Haji Syed Asmadi serta penduduk Kampung

Seronok.

Objektif yang ingin dicapai oleh pentadbir serta penduduk di Kampung Seronok adalah

berlandaskan wawasan 2020 iaitu ingin mencapai lebih banyak kemajuan mealui infrastruktur

seperti lebih banyak bangunan dibina di sana.

Seterusnya, menerusi temu bual dengan pentadbir Kampung Seronok yang telah saya

lakukan, pentadbir memberitahu saya bahawa matlamatnya adalah menaikkan nama Kampung

Seronok hingga tersebar luas ke seluruh pelosok dunia melalui ekonomi yang dijalankan di

Kampung Seronok ini.

Page 9: Kampung Seronok

CARTA ORGANISASI

Syed Asmadi

Pentadbir Kampung Seronok

Saod Bin Othman

Ketua MKJR

Fatimah Binti Idris

AJK wanita

Haji Samat

Setiausaha Qaryah

Hj Mat Salleh

Pengerusi Kariah

Hj Agusti bin Abd Hamid

Pengerusi Komuniti

Yusrizal bin Awang

Setiausaha komuniti

Che Salmah bt Din

AJK MKJR

Hamzi Bin Zakaria

AJK Komuniti

Hasna bin Din

Timbalan Ketua MKJR

Page 10: Kampung Seronok

Latar belakang

Page 11: Kampung Seronok

SEJARAH PENUBUHAN

Saya akan menceritakan latar belakang Kampung Seronok yang sebelum ini Kampung

Seronok dikenali sebagai Kampung di Jalan Permatang. Kampung Seronok juga kemungkinan

membawa maksud yang tersingkap disebalik nama itu yang bererti penduduknya sentiasa

bekerjasama dan seronok tinggal di kampung ini.

Jepun telah menyerah kalah pada 12 September 1945. Pihak inggeris kembali memerintah

Tanah Melayu dalam tahun1945. Penduduk Kampung Seronok sentiasa bekerjasama dan banyak

majlis-majlis kesyukuran telah diadakan.

Seorang jurutera inggeris yang bernam,a D.W Grehan telah menghadiri beberapa majlis

perayaan yang diadakan di Kampun Seronok. Sebelum itu, Kampung Seronok belum mendapat

nama ini dan D.W Grehan sangat minat dan tertarik dengan cara hidup penduduk di sini kerana

adatnya dan segala aktiviti kemasyarakatan. Semangta kerjasama penduduk di sini yang

membuatkan D.W Grehan sentiasa melawat ke kampung ini.

D.W Grehan telah mencadangkan Kampung Seronok yang sebelum ini dikenali sebagai

Kampung di Jalan Permatang diberikan nama Kampung Seronok. Cadangan C.W Grehan telah

dipersetujui oleh orang-orang tua kampung ini.

Satu majlis telah diadakan bagi merasmikanb Kampung di Jalan Permatang sebagai

Kampung Seronok mendapat nama rasminya pada 30 Ogos 1945.

Page 12: Kampung Seronok

TANGGUNGJAWAB PENTADBIR

Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai tanggungjawab pentadbir iaitu, Dato’ Hj

Syed Asmadi.

Tanggungjawab setiap pentadbir adalah bagi memastikan setiap penduduk berasa

tenteram tinggal di kawasan perumahan. Suasana memainkan peranan yang sangat penting

kerana melalui keadaan seperi ini, keharmonian akan wujud dikalangan setiap penduduk.

Suasana di Kampun Seronok sangat berbeza oleh kerana itu, pentadbir telah mengadakan

beberapa aktiviti yang dapat menghiburkan penduduk antaranya golongan kanak-kanak, remaja

dan dewasa. Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pentadbir dan bertujuan

menghiburkan penduduk dan tidak membuatkan mereka berasa bosan tinggal di kampung ini

antaranya ialah sambutan hari raya, majlis kesyukuran, aktiviti gotong-royong dan lain-lain lagi.

Ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk.

Setiap pentadbir memainkan peranan penting dalam mentadbir Kampung Seronok,

mereka haruslah sentiasa bertanggujawab dan amanah ketika menjalankan tugas. Pentadbir juga

haruslah mengambil berat akan tugas yang dipegang.

Page 13: Kampung Seronok

CARA PELANTIKAN

Saya juga ingin berkongsi maklumat mengenai cara perlantikan pentadbir tempatan di

Kampung Seronok.

Dengan menemubual responden, beliau memberitahu bahawa pemilihan ketua kampung

berdasarkan persetujuan daripada semua pihak untuk mengelak daripada perasaan tidak puas hati

dan untuk mengelak daripada perbalahan sesame penduduk.

Penduduk kampung melantik Dato’ Haji Syed Asmadi Bin Syed Ali menjadi ketua

kampung. Kemudian, apabila beliau sudah tua, beliau melantik anaknya menjadi ketua kampung

sehingga kini.

Page 14: Kampung Seronok

PERANAN

i. EKONOMI

Page 15: Kampung Seronok

Ekonomi dalam kawasan Kampung Seronok ialah sumber yang menjana pendapatan

kampung. Antara pembangunan ekonomi yang semakin giat dijalankan di Kampung Seronok

ialah aktiviti perniagaan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa. Kebanyakan

peniagaan yang terdapat di Kampung Seronok dapat membantu penduduk kampung

menghasilkan.

Selain itu, dari segi perniagaan yang semakin digmari penduduk mahupun pekerja yang

sudah berpencen, jualan ikan meningkat kerana nelayan yang tidak jemu menangkap ikan. Jualan

ikan di Kampung Seronok telah bermula pada tahun 1986, kini sudah mencecah 25 tahun sejak

mula ia diusahakan. Pengusaha penjual ikan di Kampung Seronok ialah Mohamed Bin Hussen.

Beliau menjual ikan pada setiap pagi dan beliau diabntu oleh isterinya yang member sokongan

hingga kini perniagaannya telah berkembang dengan pesat.

Kemudian, jualan ais ketul juga cukup memberansangkan dari segi ekonomi di Kampung

Seronok. Jualan ais ketul juga tinggi permintaanya ketika terdapat kenduri kahwin, majlis

keramaian dan sebagainya dan ini juga dapat menambahkan lagi ekonomi di Kampung Seronok.

Jualan ais ketul ini diusahakan oleh Said Bin Mat Deris yang diwariskan oleh ayahnya.

Perniagaan ini juga dapat membantu penduduk jika penduduk ingin mengadakan majlis

perkahwinan atau sebagainya. Perniagaan ini telah bermula sejak dari tahun 1983 dan kini telah

mencecah 28 tahun sejak ia diusahakan.

ii. KEMASYARAKATAN

Page 16: Kampung Seronok

Saya akan menceritakan apa yang saya dapat mengenai kemasyarakatan semasa saya

menjalankan kerja kursus ini di Kampung Seronok.

Pentadbiran Kampung Seronok iaitu Dato’ Syed Haji Asmadi sentiasa merancang bagi

memastikan hubungan sesama masyarakat sentiasa erat. Antara aktiviti kemasyarakatan yang

sudah dijalankan adalah seperti aktiviti gotong-royong yang pertama kali dijalankan pada 2007

dan kini sudah menjadi mangli bagi memastikan kebersihan di Kampung Seronok.

Seterusnya, antara aktiviti kemasyarakatan yang sudah dijalankan adalah seperti Public

Speaking, Majlis Tilawah Al-Quran dan banyak lagi. Pertandingan-pertandingan ini dijalankan

agar hubungan sesama masyarakat lebih erat dan dapat menaikkan nama Kampung Seronok.

Akhir sekali, antara aktiviti yang mendapat sambutan dari orang ramai ialah sukaneka. Ia

diadakan pada bulan May setiap tahun bagi memastikan hubungan antara ahli keluarga erat.

iii. PENDIDIKAN

Page 17: Kampung Seronok

Saya akan berkongsi pengalaman saya semasa menjalankan kerja kursus ini tentang peranan

yang kini dianggap sangat penting kerana kerana pendidikan dapat membantu kita menjadi

seorang manusia yang Berjaya dan dikenali oleh semua masyarakat. Oleh itu, pentadbir

Kampung Seronok iaitu Dato’ Syed Haji Asmadi telah memainkan peranan penting dalam

peranannya untuk memajukan bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berguna di

Kampung Seronok.

Selain itu, kerajaan juga telah mencari cara alternatif yang lain untuk memajukan bidang

pendidikan dengan membina Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas. Dengan wujudnya sekolah ini,

penduduk Kampung Seronok berharap agar pendidikan anak mereka lebih terjamin. Melalui

penubuhan sekolah itu juga, ia diharap dapat membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan

yang berterusandalam bidang akedemik dan kokorikulum.

Akhir sekali, sumber alternative yang telah diambil bagi meningkatkan kualiti pendidikan di

Kampung Seronok adalah dengan menubuhkan perpustakaan.

iv. PELANCONGAN

Page 18: Kampung Seronok

Peranan pentadbir dengan mengadakan aktiviti pelancongan dapat mengurangkan rasa

kebosanan penduduk tinggal di Kampung Seronok.

Peranan setiap pentadbir adalah dengan memastikan setiap penduduk berasa gembira

tinggal di Kampung Seronok. Sebenarnya, aktiviti pelancongan ini dirancang sendiri oleh

penduduk di sini kerana dengan adanya aktiviti pelancongan ini, hubungan antara penduduk

dapat dieratkan.

Pelancongan ini selalunya dibuat pada cuti akhir tahun dan ini mendapat sambutan yang

hangat daripada masyarakat setempat, kebanyakannya terdiri daripada golongan veteran. Antara

tempat yang sudah dilawati adalah seperti Thailand, China, Pahang, Kelantan dan negara-negara

lain.

Selain itu, golongan remaja yang turut serta rombongan pelancongan turut memeriahkan

lagi rombongan tersebut. Dan, mereka juga dapat menambah pengalaman mereka tentang

tempat-tempat lain.

Kebanyakan aktiviti pelancongan ini dapat memberikan kepuasan kepada penduduk

Kampung Seronok.

Page 19: Kampung Seronok

PERKEMBANGAN

Page 20: Kampung Seronok

i. PENGIKTIRAFAN

Saya akan menceritakan mengenai pengiktirafan ataupun penghargaan yang telah diterima

oleh Kampung Seronok berikutan kemajuan kampung ini yang sentiasa menjadi penyumbang

kepada setiap sijil yang diterima. Pengiktirafan dalam sesebuah kampung sangat penting kerana

melalui pengiktirafan seperti ini akan dapat menaikkan nama Kampung Seronok.

Antara pengiktirafan yang membuatkan nama Kampung Seronok megah didengar adalah

sijil penghargaan mengenai Kampung Seronok johan pertandingan “kampung idaman”. Melalui

penyertaan seperti ini, nama Kampung Seronok akan tersebar luas hingga ke luar negara dan ia

dapat menaikkan nama negara juga. Pengiktirafan seperti ini jarang didengar oleh kebanyakan

kampung lain tetapi penghargaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Kampung

Seronok.

Selain itu, Kampung Seronok juga menjadikebanggan penduduknya apabila ia

dianugerahkan johan pertandingan kebersihan ataupun kampung terbersih. Mungkin ia adalah

berkat daripada kerjasama di kalangan penduduk Kampung Seronok.

Seterusnya, penduduk Kampung Seronok juga boleh berbangga dengan nama Kampung

Seronok apabila kampung ini dinobatkan sebagai johan pertandingan boria diadakan di

Kampung Seronok. Selepas itu, pentadbir turut mengadakan majlis kesyukuran bagi memanjat

kesyukuran kepada Allah.

Page 21: Kampung Seronok

ii. PEMBANGUNAN PRASARANA

Saya akan menceritakan mengenai pembangunan prasarana yang terdapat di Kampung

Seronok.Pembangunan prasarana seperti ini dapat meningkatkan ekonomi kewangan serta

mencantikkan lagi Kampung Seronok. Pentadbir Kampung Seronok iaitu Dato’ Haji Syed

Asmadi juga berkata bahawa beliau sangat kagun dengan kegigihan penduduk di sini dalam

pembangunan prasarana yang dapat dilihat dengan jelas kian meningkat.

Antara pembangunan prasarana yang dapat menambah ilmu kepada setiap lapisan

masyarakat adalah melalui perpustakaan. Melalui perpustakaan, masyarakat dapat menambahkan

lagi ilmu dengan membaca buku-buku ilmiah dan lain-lain lagi. Pembangunan seperti inilah

dapat membina modal insan yang berguna dan masyarakat di sini juga memberikan sokongan

yang sepenuhnya dalam menjayakan minggu membaca serta aktiviti yang dianjurkan oleh

perpustakaan Kampung Seronok.

Selain itu, kemudahan prasarana ataupun pembangunan prasarana yang juga dapat dilihat

dengan jelas adalah penternakan ikan di dalam kolam. Banyak ikan yang dipelihara di dalam

kolam itu dan antaranya ialah ikan keli, ikan patin dan lain-lain lagi. Semua ikan-ikan itu

kelihatan cantik dan bersih.

Page 22: Kampung Seronok

iii. SARANAN DAN HARAPAN

Saya akan berkongsi maklumat tentang saranan dan harapan penduduk Kampung Seronok

supaya pengiktirafan yang berterusan dapat dicapai. Pentadbir Kampung Seronok iaitu Dato’

Haji Syed Asmadi sering mengingatkan penduduk kampun tentang harapan warga Kampung

Seronok yang ingin mencapai kemajuan berlandaskan wawasan 2020 yang mengikuti

perkembangan Malaysia pada tahun 2020.

Selain itu, antara saranan dan harapan pentadbir Kampung Seronok adalah mengekalkan

perkembangan ekonomi yang berada di dalam dan di luar Kampung Seronok. Melalui

perkembangan ekonomi, sumber kewangan Kampung Seronok akan bertambah maka lebih

banyak prasarana yang boleh ditambah di Kampung Seronok. Pentadbir Kampung Seronok

sering memberi nasihat kepada Kampung Seronok supaya mengingati harapan Kampung

Seronok.

Seterusnya, setiap lapisan masyarakat di Kampung Seronok juga berharap pentadbir mereka

iaitu Dato’ Haji Syed Asmadi terus mengekalkan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan kerana

melalui aktiviti, perpaduan antara masyarakat lebih terjamin dan kukuh dan mereka juga

berharap supaya peranan dalam bidang pendidikan akan terus dikekalkan bagi anak-anak mereka

yang diharap akan menjadi seorang yang berguna pada masa depan.

Page 23: Kampung Seronok

iv. KEISTIMEWAAN

Saya akan berkongsi mengenai keistimewaan ataupun keunikan yang terdapat di Kampung

Seronok berbanding kampung-kampung lain. Keunikan di Kampung Seronok ini telah dapat

menarik ramai pengunjung untuk datang melawat ke sini sama ada dari luar dan dalam negara.

Antara keunikan yang dapat dilihat di Kampung Seronok adalah keunikan rumah tradisional

yang sangat istimewa ini. Pengunjung yang kebanyakannya datang ke sini, memuji penduduk

Kampung Seronok kerana keaslian rumah tradisional itu masih dipelihara elok sehingga

sekarang. Di dalam rumah tradisional ini, terdapat sedikit galeri pameran seperti sijil yang

dianugerahkan kepada Kampung Seronok serta barang warisan yang masih elok dijaga.

Keunikan yang lain adalah kolam ikan yang besar dan cantik. Penternakan kolam ikan ini

suda beroperasi sejak tahun 1996 yang kini sudah mencecah 15 tahun sejak ia dibina. Hasil

penternakan ini member keuntungan yang berlipat ganda dan ia adalah keistimewaan Kampung

Seronok berbanding kampung-kampung.

Page 24: Kampung Seronok

RUMUSAN

Page 25: Kampung Seronok

Saya dapat merumuskan pelbagai unsure patriotism hasil daripada kajian yang telah

dijalankan di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Seterusnya, melalui kajian ini saya dapat mendisiplinkan diri saya dengan berkelakuan

sopan dan berhemah tinggi ketika bercakap dengan orang lain. Saya dapat mempratikkan diri

saya supaya bersifat amanah dan jujur terutaman ketika menjalankan sesuatu kerja yang

diamanahkan.

Selain itu, antara iktibar kepada negara yang dapat saya rumuskan adalah sifat semangat

kejiranan iaitu bekerjasama dalam melakukan apa jua aktiviti yang diadakan dan berharmoni

sesama masyarakat dan melalui sifat ini, negara kita akan dipandang tinggi oleh negara asing dan

negara kita akan bertambah aman. Muhibah atau semangat masyarakat juga adalahg antara

iktibar yang dapat saya perolehi ketika menjalankan tugasan.

Akhir sekali, iktibar kepada bangsa yang sangat penting adalah bersemangat setia negara

kerana melalui ini, konsep cinta akan raja dan negara daoat lebih jelas difahami. Kita juga

sewajarnya bersyukur sebagai warganergara Malaysia kerana jumlah penduduk yang sekata dan

mempunyai negara yang ekonominya stabil.