rekabentuk perlandskapan rumah orang melayu kontemporari di desa wawasan

Upload: fairus

Post on 30-May-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    1/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    REKABETUK PERLADSKAPA RUMAH ORAG MELAYU

    KOTEMPORARI DI DESA WAWASAur Huzeima Mohd Hussain

    1and Suriati Ahmad

    2

    1Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA2Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA

    [email protected], [email protected]

    ABSTRACT

    Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan

    kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi

    yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan

    alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke atas cara hidup serta

    mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam

    mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam

    membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradabanserta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat

    pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat itu sendiri. Atas alasan inilah,

    perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat

    dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah

    bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya

    Wawasan (GDW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan

    perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke atas persekitaran. Antara lain, kajian

    Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan

    dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumber-

    sumber sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para

    responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciri-

    ciri taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman

    di Desa Wawasan yang lebih sistematik dan komprehensif. Natijahnya, keberkesanan konsep GDWdapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu

    sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.

    Kata Kunci: rekabentuk landskap, perlandskapan, orang melayu, desa wawasan, kontemporari

    1. PEGEALA

    Kepentingan landskap pada masa kini bukan lagi dianggap sebagai memenuhi kehendak manusia malahan

    sudah menular sebagai suatu keperluan dalam kehidupan. Rekabentuk landskap pada masa kini bukansahaja menjadi nilai tambah terhadap kuasa pembeli, tetapi juga merupakan suatu tawaran nilaian promosi

    yang acapkali menjadi hebahan. Namun, sejauh mana permintaan rekebentuk tersebut merangsangpemikiran dan citarasa masayarakat setempat? Apakah masih sinonim taburan laman tradisi dalam pola perlanskapan kontemporari ini? Bagaimana pula budaya dan peradaban mendatangkan impak dalam

    kehidupan masyarakat Melayu semasa? Perubahan modenisasi dan urbanisasi kini semakin rancakmengorak langkah. Pelbagai garapan dan unsur-unsur baru menjadi wacana Melayu kontemporari.Masyarakat seolah-olah dijajah kembali. Adakah pemikiran atau mentaliti masyarakat turut teranjak?Seterusnya bagaimana dapat dipastikan kesan pengaruh yang kian berkembang dari semasa ke semasa ini.

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    2/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    Justeru, pendekatan permasalahan yang sinonim terhadap landskap kontemporari dalam masyarakattempatan diketengahkan dalam melihat keberkesanan aprisiasi pembangunan dalam kehidupan masyarakat

    luar bandar khasnya dan rakyat Malaysia, amnya. Kajian ini memilih Desa Wawasan sebagai mediumpenunjuk pretasi rekabentuk perlandskapan di rumah orang melayu kontemporari. Sama ada keperluan

    semasa dengan peradaban tradisi masih kekal seiring ataupun sebaliknya. Kupasan persoalan seterusnya,akan menjurus kepada kelompok masyarakat di Desa Wawasan ini di mana Gerakan Desa Wawasan

    merupakan satu Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke Arah Tahun 2020 KementerianPembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menjadi teras Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandarsupaya masyarakat luar Bandar. Gerakan Desa Wawasan adalah usaha yang tersusun yang dibuat secara

    berterusan untuk menukar sikap penduduk desa dan budaya pertanian tradisional kepada amalan nilaihidup pertanian komersial serta perindustrian. Ke arah mencapai matlamat tersebut, strategi pembangunanluar bandar yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas

    (seperti pembinaan jalan kampung, bekalan letrik, air, balai raya, masjid dan sebagainya) yangdilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan perlu diubah, sesuai dengan keadaan dan persekitaran

    yang telah berubah dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara Wawasan 2020.Antara lain kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di DesaWawasan turut menyentuh berkenaan isu, pengaruh serta impak rekabentuk landskap dalam sesebuah

    landskap kediaman orang melayu kontemporari.

    2. KAJIA BAHA BERTULIS

    2.1 Pendekatan Teori

    Rangka Teori dapat digunakan sebagai panduan atau rujukan dalam memudahkan pemahaman dalam pembinaan awal konsep yang terlibat di peringkat awal kajian. Pendekatan teori yang diketengahkanadalah berkaitan dengan pemahaman persepsi. Maka pendekatan suatu teori yang berkenaan dirasakan

    dapat dijadikan panduan dalam mengukur atau mentafsir sesuatu pemahaman yang bersifat subjektif danuniversal.

    Rangka Teori yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian ini menyentuh tentang ringkasanprojek Zube et.al (1982) yang meneruskan kerja-kerja pengkajian dalam psikologi persekitaran oleh W.H

    Ittelson yang membina suatu rangka teori persepsi landskap yang praktikal dan rasional. Beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk digunakan di dalam kajian landskap secara amnya menyentuhtentang saling kaitan interaksi antara manusia dan landskap. Hal ini akan menyentuh tentang keperluandan kehendak yang wujud dan praktikal antara kedua-dua instrument tersebut dan mengaitkannya dengankeperluan rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari.

    Menurut Zube et. Al (1982) analisis dari kandungan kajian bahan bertulis memperlihatkan empatparadigma atau model dalam penyelidikan ini iaitu pakar, psikofizikal, kognitif dan pengalaman. Dalammembangunkan satu rangka teori untuk persepsi terhadap landskap, beberapa isu perlu difahami dalam

    pencarian teori yang bernilai konseptual dan praktikal. Ini termasuklah:i) Bagaimana nilai dan perangai manusia berinteraksi dengan landskapii) Maksud interaksi-interaksi tersebut kepada individuiii) Bagaimana hasil atau akibat dari interaksi-interaksi tersebut mempengaruhi landskap dan

    individu-individu

    Antara lain, teori daripada Zube et al. (1982) ini turut menyentuh tentang kesimpulan yang digariskan olehIttelson tentang persepsi. Pertama, persepsi bebas dari kawalan rangsangan secara langsung. Kedua,

    persepsi tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dikenalpasti daripada lain-lain aspek psikologi dan ketiga,persepsi juga sesuai dan tepat kepada konteks persekitaran yang ianya dicetuskan.

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    3/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    2.2 Persekitaran Rumah Tradisional MelayuKonsep seni bina ruang dalaman rumah tradisional Melayu adalah bertoleransi dengan ruang luaran atau

    halaman rumah tradisional Melayu. Perlandskapan di persekitaran rumahnya menggambarkankesederhanaan di dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional berasaskan kepada kepercayaan dan

    falsafah mereka. Oleh itu, perlandskapan persekitaran rumah tradisional Melayu mempunyai hubungkaitdengan aktiviti-aktiviti di dalam rumah. Pada asasnya, semua elemennya mempunyai kepentingan dan

    fungsi, selain daripada cara kehidupan dan pantang larang yang memainkan peranan di dalam perletakanelemen-elemen landskap di persekitaran rumah tradisional masyarakat Melayu. Secara amnya,perlandskapan masyarakat Melayu tradisional adalah untuk mencapai keharmonian dengan alam sekitar.

    2.2.1 Ruang Halaman DepanRuang halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas dan mempunyai unsur-unsur estetika. Di ruang halaman depan, kanak-kanak boleh bermain dengan gembira dan selesa. Ruang

    ini, bebas daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk kampung) sebagailaluan. Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu ketika upacara kenduri

    kendara seperti berkahwin, bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi. Ianya adalah ruang yangmenggambarkan suasana kegembiraan dan nilai-nilai menjemput.

    2.2.2 Ruang Halaman Tepi

    Ruang tepi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu. Ruang ini berfungsi sebagai ruang laluanyang menghubungkan halaman depan dan halaman belakang. Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah

    tuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi kawasan permainan bagi kanak-kanak.

    2.2.3 Ruang Halaman Belakang

    Ruang halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung aktiviti ruang dapurrumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh dan memasak. Ruang ini adalah ruang aktiviti

    basahan dilakukan. Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi kaum wanita

    ketika kenduri-kendara dan juga aktiviti sosial yang lain.

    2.4Konsep Desa Wawasan

    Gerakan Desa Wawasan ialah proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desake arah transformasi luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri

    dalam proses perancangan program pembangunan ke arah menjadikan desa lebih maju, menarik danmenguntungkan. Matlamat Gerakan Desa Wawasan (GDW) ini adalah mewujudkan masyarakat desa yang

    berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk melaksanakan pemodenan desa. Melalui GDW ini juga perancangan dibuat untuk mempertingkatkan keupayaan penduduk desa untuk membentuk senario desa 2020. Pelbagai program dilaksanakan dalam GDW ini

    antaranya ialah Program Bina Insan dan Kesedaran, Ilham Desa, Program Keluarga Angkat dan ProgramPengindahan Persekitaran.

    3. METODOLOGI KAJIA

    3.1 Rekabentuk penyelidikanKajian penyelidikan terhadap rekabentuk perlandskapan persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu

    di desa wawasan ini dijalankan secara kualitatif. Hal ini merujuk kepada keperluan dan keupayaanmemperoleh data dan informasi bagi keperluan kajian ini.

    Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk melihat rekabentuk atau susun atur yang lazim dalamsesebuah persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu desa kontemporari. Ia bertujuan untuk

    mengetahui fenomena serta mendapatkan corak rekabentuk persekitaran luaran masyarakat Melayu yangtipikal, dewasa ini. Antara lain, kajian kes adalah untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang

    diketengahkan dalam kajian ini. Di samping itu, pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkanpembacaan dari sumber-sumber sekunder sebagai sororan kajian bertulis. Kaedah pembacaan ini penting bagi mengelakkan sebarang pertindihan pendapat dan fakta serta persamaan dengan kajian yang

    dijalankan sebelum ini.

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    4/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    3.2 Skop KajianKajian ini menetapkan skop kajian terhadap persekitaran rumah masyarakat Melayu kontemporari di Desa

    Wawasan. Selain itu, beberapa buah kampung di susur Sungai Perak yang mempunyai nilai tradisionalyang tinggi tetapi tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dipilih bagi memberikan respon terhadap

    kepelbagaian rekabentuk perlandskapan rumah masyarakat Melayu yang lazim. Antara kampung-kampung yang terlibat termasuklah Kampung Padang Changkat dan Kampung Sayong di Kuala Kangsar

    di samping Kampung Ekor di Bota. Kampung-kampung ini dipilih berdasarkan keistimewaannya sebagaiDesa Wawasan, selain bagi memenuhi persampelan bertujuan yang memberatkan kriteria kediaman yangmempunyai landskap sebagai subjek kajian.

    3.3 Pengumpulan Maklumat

    Secara amnya, sebanyak 60 buah rumah kediaman masyarakat Melayu kontemporari akan dipilih disekitar kawasan Pulau Pinang. Pemilihan ini akan mewakili kajian terhadap penyelidikan yang dijalankan

    ke atas rekabentuk perlandskapan kediaman masyarakat Melayu kontemporari. Ia bertujuan untuk melihatcorak susun atur serta rekaan terhadap penggunaan ruang luaran atau persekitaran sesebuah kediamanmasyarakat Melayu.

    Kampung yang terlibat Bilangan responden

    Sampel A Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar 20

    Sampel B Kampung Sayong, Kuala Kangsar 20Sampel C Kampung Ekor, Bota 20

    Jumlah 3 buah kampung 60 set responden

    Rajah 3.1 Jadual senarai sampel kajian

    3.3.1 Pendekatan Kualitatif

    Data kualitatif tidak dinyatakan dalam sifat perangkaan. Butir maklumat yang diperoleh menyatakan

    pendapat atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara. Selain itu, maklumat berdasarkan sumbersekunder seperti bahan bertulis, cerita-cerita daripada nenek moyang serta juga gambar-gambar foto yang

    berkaitan. Berikut adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dijalankan dalam kajian ini.

    3.3.1.1 Sumber data sekunder

    3.3.1.2 Kaedah Tinjauan

    3.3.1.3 Kaedah Temubual

    4. AALISIS DA PERBICAGA KAJIA

    Hasil yang diperoleh dalam kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di

    Desa Wawasan ini telah membantu mendapatkan gambaran sebenar tentang pola perlandskapan rumahmasyarakat Melayu semasa. Ia turut mengenengahkan beberapa isu-isu sampingan lain yang berkaitandengan peranan atau fungsi sesebuah perlandskapan. Antara lain, kajian ini turut berupaya menyingkap

    beberapa permasalahan yang cenderung mempengaruhi sesebuah rekabentuk perlandskapan.

    4.1 Pola Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari

    Hasil penyelidikan yang dijalankan ke atas beberapa kawasan kajian di sekitar Perak ini telahmemberikan suatu gambaran menyeluruh tentang unsur-unsur lazim atau bersifat tipikal yang cenderungdigunakan oleh masyarakat Melayu dalam sesebuah rekabentuk perlandskapan persekitaran halamanrumah mereka. Unsur-unsur lazim ini seterusnya boleh dijadikan asas dalam mengenalpasti sesuatu

    rekabentuk perlandskapan kediaman yang mencerminkan kediaman masyarakat Melayu pada masa kini.

    Berdasarkan hasil yang diperoleh didapati bahawa masyarakat Melayu kini sungguhpun menerimapelbagai pengaruh luar yang mencorak kehidupan pada hari ini namun, hakikatnya, masyarakat ini masihtidak mengenepikan beberapa aspek kebudayaan yang menjadi pegangan secara tidak langsung. Aspek

    kebudayaan yang dikekalkan juga bukanlah meliputi kesemua peradaban tradisi dahulu. Anasir-anasirkepercayaan karut serta berunsurkan tahyul tidak lagi mendapat perhatian dalam masyarakat tempatan.Malah, mentaliti masyarakat sudah semakin terbuka dan lebih memenuhi kehendak semasa.

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    5/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    4.2 Keperluan ruang dan aktiviti tipikal dalam perlandskapan Rumah Orang Melayu

    Kontemporari

    Keperluan ruang dan aktiviti dalam perlandskapan rumah orang Melayu ini adalah berdasarkan hasildaripada kajian kecenderungan sesuatu elemen ditempatkan dalam sesebuah ruang berdasarkan sesuatu

    fungsi atau aktiviti.

    Rajah 4.1 Taburan elemen-elemen lazim dalam perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari

    Penemuan kajian melalui kaedah pemerhatian mendapati bahawa taburan pola perlandskapan bagikediaman-kediaman sampel kajian menunjukkan beberapa kecenderungan persamaan atau similiariti yang

    boleh diistilahkan sebagai ciri-ciri lazim atau tipikal.

    Umunya, taburan yang diperoleh tidak dapat tidak masih lagi sinonim kepada taburan perlandskapantradisional. Hal ini mungkin disebabkan mentaliti serta sifat kecenderungan sesebuah bangsa yang sukardibuang daripada kehidupan mereka. Aspek ini secara khususnya menyentuh tentang habit masyarakat

    Melayu yang sememangnya lebih mementingkan tafsiran atau persepsi masyarakat luar terhadap dirimahupun kediaman serta landskapannya berbanding untuk mempertimbangkan kepentingan sendiri.Situasi ini dapat dilihat pertama sekali pada perletakan halaman yang luas di bahagian hadapan rumahnya.Kemudian halaman ini akan dihiasi pepohon menarik agar dapat menarik perhatian dan memberikeselesaan kepada pengunjung kediamannya. Maka tanaman hiasan memainkan peranannya lebih banyak

    dibahagian hadapan dan tepi rumah berbanding kawasan belakang yang terselindung. Bagi reruang dalamrumah itu sendiri membuktikan sikap masyarakat sebegini dapat dilihat pada penggunaan anjungdihadapan rumah sebagai penyambut tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan

    buat para tetamu. Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan rumah, hiasanyang menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah masyarakat Melayu juga lazimnya mempunyai

    ruang di salah satu bahagian sisi tumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti. Ruangan ini jugasebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis seperti kenduri, berpersatuan dansebagainya.

    Sementara itu, bahagian yang bersifat peribadi tidak terlalu diberi perhatian dalam masyarakat Melayu

    umumnya. Hal ini dapat dilihat pada perletakan tanaman dapur dibahagian belakang rumah. Sungguhpuntanaman berkenaan diperlukan dalam pemasakan seharian namun, ianya disimpan untuk pandangansendiri sahaja dalam ruang yang lazimnya lebih kecil berbanding dengan ruang halaman hiasan hadapanrumah.

    Justeru perkara peradaban, persepsi atau mentaliti yang membawa kepada sebarang tindak tandukmasyarakat khususnya masyarakat Melayu dalam konteks hiasan lamannya dilihat memenuhi hasil

    penemuan kajian ini. Perkara ini sungguhpun tidak dapat dikatakan akan benar salahnya namun hasil darikecenderungan yang diperoleh sudah dapat menyimpulkan sesuatu kesimpulan terhadap sebarang

    C1 C2 C3

    B1 B2 B3

    A1 A2 A3

    C

    A

    B

    321

    Tanaman

    Hiasan

    Ruang

    Aktiviti

    RumahRuang

    Aktiviti

    Pokok

    Sederhana

    Tanaman

    Hiasan

    Pokok Palma

    Tanaman

    dapur

    Tanaman

    teduhan

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    6/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    tindakan yang dibuat mempunyai alasan dan sebabnya yang tersendiri. Maka alasan ini dapat memenuhimatlamat kajian dalam mengkaji dan mengenalpasti sesuatu taburan rekabentuk perlandskapan rumah

    orang Melayu kontemporari yang lazim di beberapa buah desa wawasan.

    Sehubungan itu, dapatlah disimpulkan bahan hasil yang diperoleh antara lain menunjukkan bahawamasyarakat Melayu pada masa sekarang cenderung mengamalkan budaya lazim selaku budaya yang

    diamalkan secara tradisi sungguhpun menerima pelbagai pengaruh luar. Sungguhpun begitu, amalantersebut tidak bersifat terlalu fanatik dan khusus memandangkan kecenderungan pemilihan tanamanhiasan sebagai elemen khusus bagi sebuah taman menunjukkan betapa masyarakat sudah teranjak akan

    paradigmanya untuk menerima pembangunan serta perkembangan teknologi memandangkan pelbagaiusaha yang dilakukan adalah untuk mendapat kepuasan hasil daripada penerimaan masyarakat secarakeseluruhannya.

    4.3 Elemen - elemen tipikal dalam Perlandskapan Rumah orang Melayu Kontemporari

    4.3.1 Elemen landskap LembutLandskap lembut adalah elemen-elemen yang diistilah sebagai elemen landskap yang bersifat semulajadi.Ia terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai kategori atau jenis.

    Hasil kajian mendapati, elemen landskap lembut yang lazimnya mempunyai kecenderungan yang tinggi

    digunakan sebagai hiasan laman bagi kediaman masyarakat Melayu kontemporari terdiri daripadatanaman hiasan, tanaman herba / dapur, tanaman teduhan serta tanaman palma. Disamping itu, tanaman-

    tanaman lain yang turut tidak diketepikan adalah seperti tanaman air, tanaman memanjat, tanaman orkid ,tanaman exotic serta tanaman bermusim. Namun, tanaman-tanamn tersebut tidak memenuhikecenderungan pemilihan responden sebagai elemen perlandskapan yang lazim.

    Dalam konteks tanaman hiasan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah meliputi tanaman-tanaman

    yang terdiri daripada tanaman renek, semak perdu juga tanaman-tanaman exotic. Bagi kebanyakanresponden, tanaman hiasan diistilahkan sebagai tanaman yang mempunyai keistimewaan baik dari segiwarna, bau, bentuk, saiz serta bunganya. Tanaman hiasan ini juga merangkumi tanaman yang ditanam di

    atas tanah, tanaman didalam pasu, tanaman gantung serta juga tanaman air.

    Tanaman herba/dapurpula di kelompokkan bagi tanaman-tanaman yang mempunyai kepentingan lainselain dari tujuan hiasan serta makanan. Tanaman ini lazimnya ditanaman berdasarkan petua-petuagolongan terdahulu seperti penanaman daun sirih, pokok dukung anak, pokok gelenggang serta lain-lain

    lagi. Tanaman ini juga antara lain meliputi tanaman yang ditanam untuk tujuan memasak atau sumbermakanan seperti sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman yang dikenali sebagai tanaman dapur. Hal ini

    demikian kerana tanaman dapur ini lazimnya ditanam berhampiran dengan pintu dapur sesebuah rumahmasyarakat Melayu.

    Selain itu, tanaman teduhan pula adalah tanaman yang terdiri daripada pokok-pokok besar baik darikategori pokok overstory trees mahupun dari kategori pokok sederhana understory trees . Pokok-

    pokok ini berfungsi sebagai peneduh serta membekalkan sistem akar bagi memberi sokongan kepadasesuatu kawasan. Antara lain, pokok-pokok besar ini lazimnya merupakan pokok buah-buahan seperti

    pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga, selain beringin, ketapang, serta hujan-hujan turut

    berkecenderungan tinggi ditanam oleh masyarakat Melayu. Mereka seterusnya akan merekabentukkawasan rehat seperti bangku, pangkin, buaian dan khemah rehat sebagai tempat rehat serta semasa

    menjalankan aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

    Tanaman palma sememangnya sudah sinonim terhadap kehidupan masyarakat kampung ini. Tanaman palma adalah spesis tanaman yang paling mudah duklasifikasikan mengikut kumpulan palmae. Adatmasyarakat dahulu mencerminkan kelapa sebagai penanda kawasan selain sebagai penanda bagi setiap

    kelahiran dimana setiap bayi yang baru dilahirkan akan ditanam dengan sebatang pohon kelapa.

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    7/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    Sementara itu kegunaan palma lain seperti pinang makan yang digunakan dalam adat memakan sirih jugamembuktikan bahawa pokok palma ini berperanan dalam masyarakat Melayu sejak berzaman dahulu.

    Justeru, tanaman ini lebih mudah diadaptasikan dalam sesuatu rekabentuk perlandskapan masyarakatMelayu.

    4.3.2 Elemen landskap Kejur

    Dalam konteks sesebuah perlandskapan, landskap kejur adalah senitaman yang terdiri daripada hasilnrekaan buatan manusia. Ia adalah rekabentuk sesuatu elemen tambahan yang menjadi pelengkap dalamsesebuah rekaan senitaman.

    Hasil pemerhatian di tapak kajian, didapati bahawa, masyarakat semasa cenderung menggunakanpendekatan landskap kejur ini sebagai daya penarik terhadap landskap mereka. Antara elemen landskap

    kejur yang lazim digunakan dalam perlandskapan rumah masyarakat Melayu kontemporari termasuklahbinaan wakaf sebagai tempat berkumpul, binaan pergola, pasu-pasu konkrit, kolam-kolam air, air pancut,

    buaian serta bangku-bangku taman.

    Pencahayaan juga memainkan peranan di dalam landskap terutama sekali untuk membekalkan cahaya

    terang dipersekitaran khususnya pada waktu malam. Hal ini bukan sajhaja memberikan keselesaan penghuni malahan dapat berwaspada daripada sebarang bahaya yang berkemungkinan. Penggunaan

    lampu-lampu taman, pelita, lampu-lampu LED didapati mempunyai kecenderungan yang tinggidigunakan oleh masyarakat semasa khususnya pada musim-musim perayaan. Tambahan pula,

    penggunaan elemen ini dirasakan mampu menambahkan keistimewaan serta kecantikan sesuatu lamanpersekitaran khususnya bagi kediaman masyarakat Melayu kontemporari.

    5. RUMUSAKAJIA

    Hasil daripada kajian yang meninjau tentang aspek identiti perlandskapan rumah masyarakat Melayusemasa di beberapa buah kampung di desa wawasan ini mendapati bahawa budaya atau peradaban tradisimasih tidak diketepikan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Sungguhpun secara amnya,

    persepsi serta mentaliti masyarakat kian dijajah, namun pada dasarnya, adat dan budaya masih lagimenjadi kayu pengukur terhadap cara hidup sesebuah masyarakat khususnya masyarakat Melayu

    kontemporari. Justeru, faktor budaya boleh dipertimbangkan dalam merencana atau merekabentuk sebuahimej atau identiti untuk mengukur ciri perlandskapan sesebuah masyarakat.

    Peranan yang dimainkan oleh desa wawasan misalnya banyak membantu dalam meningkatkankeberkesanan sesebuah perancangan khususnya dalam konteks merekabentuk perlandskapan persekitaran.

    Aktiviti dan aspirasi yang digarap oleh gerakan sedemikian dilihat lebih berkesan dan efektifmemandangkan usaha yang diterapkan mampu merangsang penglibatan sejumlah besar warga desa.Penglibatan yang dijalankan secara menyeluruh ini bersifat lebih komprehensif dan praktikal untuk

    memelihara kesinambungan dan kelangsungan habit dan peradaban yang berupaya menjadi suatu budayapada masa kini serta buat generasi yang mendatang.

    Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa, hasil kajian yang diperoleh menunjukkankecenderungan masyarakat semakin memperakui dan menerima aktiviti perlandskapan sebagai suatu

    pelengkap atau keperluan bagi sesebuah persekitaran baik dari sekecil-kecil skop seperti tapak rumahmahupun meliputi segenap kawasan dalam sesebuah Bandar misalnya. Landskap yang kian berkembang

    ini sungguhpun masih baru dan samar dalam penentuan identiti sendiri namun, faktor-faktorkecenderungan budaya, perancangan GDW serta habit dapat dipertimbangkan dalam melaksanakan

    sebuah kajian bagi membentuk atau mencorakkan sesebuah identiti bangsa khususnya dalam konteks perlandskapan kontemporari atau semasa ini. Antara lain, pendekatan kontemporari yang digunakanadalah sebagai wadah dalam megeneralisasikan perkembangan antara dua zaman yang berbeza baik secara

    tradisi mahupun untuk kemajuan interaktif pada masa hadapan. Justeru, kajian yang bersifat kontemporari

  • 8/14/2019 REKABENTUK PERLANDSKAPAN RUMAH ORANG MELAYU KONTEMPORARI DI DESA WAWASAN

    8/8

    C S S R 0 8 0 9 14 - 15 March 2009C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C &S O C I A L R E S E A R C H

    Paper number: 5344616

    atau semasa ini turut berupaya mengenengahkan unsur-unsur dari tradisi yang dirasakan evergreen ataumampu memenuhi perkembangan sepanjang zaman untuk diperkenalkan pada masa hadapan atau

    sekurang-kurangnya tidak diketepikan memandangkan yang tradisi merupakan cerminan yang menjadikanbangsa hari ini berkembang dan berjaya sehingga hari ini.

    PEGHARGAA

    Berbanyak-banyak doa dan kesyukuran dipanjatkan ka hadrat Ilahi, kerana dengan limpahan rahmat yangdikurniakan, akhirnya penghasilan kajian ini terlaksana dengan jayanya. Alhamdulillah.

    Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya rakamkan buat kesemua pihak-pihak yang terlibat, baik secaralangsung mahupun tidak langsung di sepanjang proses penghasilan kajian ini. Terima kasih yang tidak

    terhingga juga ingin saya sampaikan kepada pihak-pihak yang terlibat, khususnya pihak pentadbirkawasan kajian serta para responden yang banyak membantu melicinkan proses pengumpulan maklumat.

    Segala maklumat dan kerjasama yang telah diperoleh daripada kesemua pihak yang terlibat akan sayakenang sentiasa. Ucapan penghargan ini juga ditujukan khas buat suami, keluarga dan rakan-rakan yangsentiasa memberi sokongan dan dorongan serta terus memahami dalam menjalani jerih payah kehidupan.

    Akhir kata, semoga kita sama-sama terus mendapat keredhaan dari yang Maha Esa dan terus berjayamengecap kebahagian hidup di dunia dan akhirat, Insyaallah.

    SEARAI RUJUKA

    Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh. (1997) Warisan Senibina Melayu. Bangi: PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

    Abdul,R.E.2000.egara Pasaran dan Pemodenan Malaysia.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan(UKM)Asmad. (1990) Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Cetaktama Sdn.Bhd.

    Asnarulkhadi, A. S. dan A. Jawan. 1997.Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra(UPM)Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Dr. Julaihi Wahid (2003) Globalisasi, Modernisme dan Aliran Arsitektur usantara Dimana kita ?;

    Simposium Jelajah Arsitektur Nusantara, Brastagi, Medan, Indonesia; 11 14 Disember 2003.Ervin H.Zube (1975) Landscape Assessment : Values, Perceptions, and Resources. Stroudsburg,

    Pennsylvania: Dowden, Hutchingson & Ross, Inc.Garrett Eckbo (1978) Home Landscape; The Art of Home Landscaping. United States of America:

    Halliday Lithograph Corporation.

    John Lecte (2001) 50 Filsuf Kontemporer, Dari strkturalisme sampai Postmodernitas. Yogyakarta,Indonesia: Penerbit Kanisius.

    Laurie. M. (1986). An Introduction to Landcsape Architecture. New York : Elsevier SciencePublishing Co. Inc.

    Lim Jee Yuan (1997) The Malay House : Rediscovering Malaysias Indigenous Shelter System.

    Institut Masyarakat, Malaysia.McHarg, Ian L. (1967). Design With ature. New York: John Wiley & Sons, Inc.

    Mohd Koharuddin, M.B. 2005.Pembangunan Luar Bandar di Malaysia: Gerakan Desa Wawasan (GWD)sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Muhammad Afandi Yahya. (1995) Simbolisme dalam Senibina Rumah Melayu. Kuala Lumpur: DBP.

    Norman K. Booth, ASLA (1991) Residential Landscape Architecture : Design Process for The PrivateResidence. New Jersey: Pearson Education Inc.

    Simon Bell (1993) Elements of Visual Design in the Landscape. London: E& FN Spon, An Imprint ofChapman & Hall.

    Syed Husin Ali.(1979)Orang Melayu:Masalah&Masa depannya. K.Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.