wawasan 2020-nota

39
Wawasan 2020 PENSYARAH: Kapten Aznan DI SEDIAKAN OLEH : Ahmad Ikram Hanif bin Ibrahim Bey Sulaiman Hasan Jagathisen A/L Mariappan

Upload: jega84m

Post on 20-Jun-2015

1.876 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

wawasan 2020 PNB pembinaan negara bangsa

TRANSCRIPT

Page 1: Wawasan 2020-nota

Wawasan 2020

PENSYARAH:Kapten Aznan

DI SEDIAKAN OLEH : Ahmad Ikram Hanif bin Ibrahim Bey

Sulaiman HasanJagathisen A/L Mariappan

Page 2: Wawasan 2020-nota

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan suatu gagasan atau cetusan fikiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau menyampaikan ucapan, “Malaysia: Langkah Ke Hadapan”, ketika melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991.

Ucapan itu mengemukakan beberapa pandangan mengenai arah masa depan negara dan peranan yang boleh dimainkan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan sebuah negara yang maju sepenuhnya pada tahun 2020.

Page 3: Wawasan 2020-nota

Sifat & Konteks

Suatu cetusan fikiran dan bukan satu dasar khas. Namun begitu, wawasan 2020 mungkin merupakan mukadimah atau pengenalan kepada pembentukan beberapa dasar baru atau menjadi teras kepada Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam arena tempatan, wawasan 2020 muncul dalam satu majlis yang dihadiri oleh ahli perniagaan, usahawan, dan birokrat elit negara, manakala dalam arena antarabangsa, wawasan 2020 muncul di tengah-tengah era pembentukan semula orientasi hidup manusia di seluruh dunia dengan berlakunya dua bentuk transformasi besar dalam bidang pembangunan sosial, ekonomi, dan politik antarabangsa, iaitu transformasi dari era industri kepada era maklumat dan transformasi dari Zaman Orde Lama Dunia kepada Zaman Orde Baru Dunia.

Page 4: Wawasan 2020-nota

Wawasan 2020 mempunyai banyak konsep dan ungkapan ekonomi perdagangan seperti budaya ekonomi, masyarakat perdagangan, perindustrian bumiputera, keusahawanan yang berdikari, pembangunan sumber tenaga manusia, pelonggaran ekonomi, dasar penswastaan, transformasi pembangunan luar bandar, hubungan perdagangan anatarabangsa, keadilan sosial ekonomi, pembangunan infrastruktur, pengawasan dan hak milik ekonomi moden, ekonomi yang pelbagai, dasar utama ekonomi sektor awam, dan perkongsian penuh dalam kemajuan.

Lebih kurang dua pertiga daripada isi kandungan Wawasan 2020 bertumpu kepada isu pembangunan ekonomi dan keadilan sosial ekonomi.

Page 5: Wawasan 2020-nota

Isi KandunganWAWASAN 2020

MATLAMAT

Negara MajuNegara IndustriAcuan Tempatan

CABARAN

Mental dan SosialEkonomiPolitikSistem NilaiPsikologi bangsaIlmu bersepadu

STRATEGI

Dasar Pembangunan NasionalDasar Pendidikan KebangsaanDasar PenswastaanDasar Perindustrian NegaraDasar pensyarikatan NegaraDasar Pertanian Negara, dan lain- lain

TEMPOH MASA

30 Tahun(1991 – 2020)

PERSPEKTIFSatu Negara Bangsa MalaysiaNegara PerindustrianKeadilan Sosial dan EkonomiMoral dan EtikaPembanguna Keluarga

Page 6: Wawasan 2020-nota

Matlamat

Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020 seharusnya didukung oleh setiap warganegara, khususnya masyarakat Islam. Buat masa ini masyarakat Islam adalah merupakan golongan terbesar di negara ini masih dicirikan oleh kemiskinan dan kemunduran ekonomi berbanding dengan masyarakat lain yang ada di sini.

Fenomena kemiskinan dan kemunduran tidak boleh disalahkan kepada takdir semata-mata. Sebenarnya Allah telah melengkapkan setiap manusia dengan akal fikiran, potensi fitrah, pancaindera, dan tenaga fizikal, yang dengannya manusia dapat mengubah keadaan dirinya daripada jahil kepada pintar cerdas, daripada miskin kepada kaya, dan daripada lemah kepada kuat.

Page 7: Wawasan 2020-nota

Keadaan hidup seseorang individu bergantung kepada sikap dan ikhtiar individu tersebut. Misalnya, individu yang kuat berusaha, berikhtiar , dan bertawakal akan ditakdirkan Allah untuk hidup dalam keadaan senang dan maju, manakala individu yang kurang berusaha dan tidak bersedia mengikut perubahan zaman akan ditakdirkan Allah untuk hidup dalam kemunduran dan kehinaan. Malah masyarakat Islam yang menyalahkan takdir sedangkan masyarakat itu mampu berikhtiar memperbaiki nasibnya adalah masyarakat yang kurang percaya kepada keadilan Allah.

Jadi, jika masyarakat Islam menjadi masyarakat yang maju, barulah masyarakat itu dapat bertahan sekiranya sekatan ekonomi, bantuan, maklumat, dan dagangan dilancarkan terhadapnya. Sebaliknya, jika masyarakat Islam tidak dapat mengejar kemajuan di dunia dan berjaya seperti masyarakat bukan Islam, ada kemungkinan mereka akan kecewa sehingga hilang kepercayaan kepada ajaran Islam.

Page 8: Wawasan 2020-nota

Pendekatan

Masyarakat Islam tidak boleh bertindak dan beroperasi menurut strategi, tatacara, dan agenda yang disediakan oleh golongan lain sahaja. Sebaliknya, mereka perlu menggubal suatu Pelan Tindakan Menyeluruh bagi menterjemahkan hasrat dan matlamat Wawasan 2020 dengan memastikan kedudukan dan kepentingan orang-orang Islam sebagai satu mayarakat induk dan unggul di negara ini dalam tahun 2020. Justeru itu, terdapat beberapa pendekatan dalam memerihalkan Wawasan 2020 ini.

Pendekatan Pesta: Menjadikan Wawasan 2020 sebagai slogan untuk dilaung-laungkan semata-mata dan golongan yang mengamalkan pendekatan ini menjadi “tiung yang pandai bercakap”. Mereka tidak memahami atau berminat untuk memahami apa yang mereka ucapkan. Bagi mereka, Wawasan 2020 hanya bahan mentah untuk pameran bagi mengaut habuan atau keuntungan sementara.

Page 9: Wawasan 2020-nota

Pendekatan anti-establishment: Menentang Wawasan 2020 kerana wawasan itu dianjurkan oleh pihak pentadbir atau kerajaan, walaupun pada tanggapan umum saranan pentadbir atau kerajaan itu mempunyai faedah. Namun mereka tidak boleh memberi hujah yang konkrit dan rasional mengapa mereka menentang suatu dasar atau rancangan kerajaan. Sebaliknya, mereka hanyut dalam budaya “retorik” atau “pidato emosi” yang hanya sedap didengar semata-mata. Golongan ini merasakan mereka sajalah pejuang kebebasan dan keadilan sejagat.

Pendekatan pasif: Membincangkan kesan dan implikasi Wawasan 2020 terhadap masyarakat Islam semata-mata dan tidak berminat untuk memikirkan peranan utama yang sepatutnya dimainkan oleh masyarakat Islam dalam mengisi dan mencorakkan wawasan itu. Mereka tidak menghiraukan mengenai arus perubahan dan gelombang pembangunan serta aspek-aspek penting perancangan pembangunan, penggubalan dasar, dan pembentukan Pelan Tindakan Menyeluruh. Mereka berada dalam mentaliti menerima pengaruh, bantuan, dan belas kasihan daripada golongan lain.

Page 10: Wawasan 2020-nota

Pendekatan konstruktif: Memberi tumpuan yang analitis dan kritis terhadap peranan besar yang perlu dimainkan oleh masyarakat Islam dalam memahami, mengisi, dan mencorakkan Wawasan 2020. Golongan yang mengamalkan pendekatan ini juga akan menganalisis persiapan dan persediaan yang perlu dibuat oleh setiap individu muslim bagi membolehkannya merealisasikan matlamat Wawasan 2020 dengan berkesan dan selaras dengan tuntutan Islam.Bagi mereka, Wawasan 2020 merupakan satu rangka kerja tindakan bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju, tenteram, dan makmur.Golongan yang menghayati pendekatan konstruktif akan berusaha mewujudkan negara maju impian Wawasan 2020 agar secocok dengan ajaran Islam. Mereka sedar bahawa segala hak dan keistimewaan yang dijamin oleh perlembagaan sekarang boleh berubah jika masyarakat Islam lemah dan ketinggalan.

Page 11: Wawasan 2020-nota

Definisi dan MekanismeDalam aspek tindakan dan operasi yang masih pada tahap percubaan dan perancangan, beberapa ungkapan dan konsep telah dikaitkan dengan langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan Wawasan 2020. antaranya adalah:

Negara Malaysia yang bersatu. Kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Liberalisasi ekonomi. Masyarakat saintifik dan progresif. Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi. Pembangunan sumber tenaga manusia. Revolusi pemikiran dan transformasi budaya. Masyarakat demokratik dan bermoral. Keadilan sosial ekonomi. Ekonomi usahawan yang berdikari.

Page 12: Wawasan 2020-nota

Dasar PembangunanPencapain matlamat Wawasan 2020, antara lainnya, bergantung

pada pelaksanaan dasar ekonomi dan pembangunan negara yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Dua belas daripada Dasar Ekonomi Baru adalah seperti berikut:

1) Dasar Pembangunan Nasional.2) Dasar Perindustrian Negara.3) Dasar Pertanian Negara.4) Dasar Penswastaan.5) Dasar Pensyarikatan Malaysia.6) Dasar Sains dan Teknologi Negara.7) Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Pentadbiran.8) Dasar Pandang ke Timur.9) Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam.10) Dasar Wanita Negara.11) Dasar Pendidikan Kebangsaan.12) Dasar Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti

dalam Perkhidmatan Awam.

Page 13: Wawasan 2020-nota

Asas perlaksaanWawasan 2020 bukan mementingkan persoalan pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat dan budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyanyang dan budaya menyanyangi). Untuk memahami proses perlaksanaan wawasan pembangunan seperti itu, asas-asas bersepadu bagi perlaksanaannya perlu diteliti. Dengan meneliti asas-asas ini, dapatlah difahami perspektif, nilai, mekanisma, dan realiti sesuatu wawasan pembangunan dan tindakan khusus dalam melaksanakan wawasan tersebut.

Lapan asas bagi perlaksanaan wawasan pembangunan negara (termasuk Wawasan 2020) diringkaskan dan dipaparkan perkaitan antara kelapan-lapan asas itu seperti gambarajah di bawah:

Page 14: Wawasan 2020-nota

Pembangunan Manusia

Proses Penilaian

Reformasi Pendidikan

Nilai-nilai Murni

Persediaan Guru

Penglibatan Aktif

Ideal dan Realiti

Kreativiti

Page 15: Wawasan 2020-nota

BIDANG-BIDANGCABARAN

WAWASAN 2020

Mental dan Sosial

Ekonomi

Politik

Sistem

Nilai

Psikologi BangsaIlmu

Bersepadu

Page 16: Wawasan 2020-nota

SEMBILAN CABARAN YANG

PERLU DIREALISASIKAN

Page 17: Wawasan 2020-nota

CABARAN 1

Melahirkan Negara Malaysia yang bersatu.

Page 18: Wawasan 2020-nota

Mewujudkan sebuah negara yang aman Berintegrasi peringkat wilayah dan kaum Hidup dalam harmoni dan bekerjasama Secara adil dan didokong oleh satu

bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara

Mempunyai matlamat yang dikongsi bersama

Page 19: Wawasan 2020-nota

CABARAN 2

Melahirkan masyarakat yang berjiwa

bebas, tenteram, yakin diri, maju, gagah

dan dihormati.

Page 20: Wawasan 2020-nota

Masyarakat Malaysia dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya

Maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri

Gagah menghadapi pelbagai masalah Tidak mengalah kepada sesiapa dan

dihormati oleh rakyat negara lain

Page 21: Wawasan 2020-nota

CABARAN 3

Melahirkan masyarakat demokratik yang matang dan

wajar dicontohi.

Page 22: Wawasan 2020-nota

Mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang

Demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun

Page 23: Wawasan 2020-nota

CABARAN 4

Melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, dan

beragama.

Page 24: Wawasan 2020-nota

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi

Tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan dalam negara.

Page 25: Wawasan 2020-nota

CABARAN 5

Melahirkan masyarakat yang liberal

dan bertolak-ansur.

Page 26: Wawasan 2020-nota

Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka masing-masing

Tetapi meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara

Page 27: Wawasan 2020-nota

CABARAN 6

Melahirkan masyarakat yang saintifik, inovatif,

progresif dan berpandangan jauh.

Page 28: Wawasan 2020-nota

Mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbangan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Page 29: Wawasan 2020-nota

CABARAN 7

Melahirkan masyarakat yang penyayang dan

mempunyai sistem keluarga yang kukuh.

Page 30: Wawasan 2020-nota

Satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri

Kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluraga yang kukuh.

Page 31: Wawasan 2020-nota

CABARAN 8

Melahirkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Page 32: Wawasan 2020-nota

Masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama

Wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi

Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Page 33: Wawasan 2020-nota

CABARAN 9

Melahirkan masyarakat makmur yang mempunyai

ekonomi yang kukuh dan dinamik.

Page 34: Wawasan 2020-nota

Ekonomi yang kukuh mampu menghadapi persaingan dan mempunyai daya ketahanan

Page 35: Wawasan 2020-nota

Sembilan cabaran yang digariskan mempunyai fokus-fokus yang tertentu:

Cabaran pertama hingga kelima bertumpu kepada aspek mental dan nilai masyarakat

Cabaran keenam bertumpu kepada aspek saintifik dan teknologikal

Cabaran ketujuh bertumpu kepada aspek sosial psikologi bangsa

Cabaran kelapan dan kesembilan bertumpu kepada aspek ekonomi

Page 36: Wawasan 2020-nota

KESIMPULAN

Analisis terhadap sembilan cabaran menunjukkan bahawa Wawasan 2020 sebenarnya menjanjikan bukan sahaja kesamaan kekayaan tetapi juga maruah dan kehormatan sebagai sebuah negara dan bangsa yang berdaulat dan menjadi sebuah negara yang dikenali dan disegani di mata dunia.

Page 37: Wawasan 2020-nota

• MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU YANG MEMPUNYAI KUALITI HIDUP YANG TINGGI MALAYSIA HARUS MEMPELAJAI KELEMAHAN DAN KEKUATAN YANG BERLAKU DI NEGARA MAJU.

• WAWASAN 2020 TIDAK MEMINTA MALAYSIA MENJADI NEGARA BARAT ATAU JEPUN TETAPI SEBUAH NEGARA BARU DAN LEBIH MANTAP DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Page 38: Wawasan 2020-nota

SEKIAN TERIMA KASIH

Page 39: Wawasan 2020-nota

BIBLIOGRAFIAbd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme

Keguruan: Prospek Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Sarji (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami Konsep, Implikasi Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributor Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.