reflektif teori.docx

3
REFLEKTIF Sebagai pembuka kata refleksi ini, saya Ahmad Fawwaz Danial Bin Fadzil sangat bersyukur kerana tugasan yang telah diberikan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Ching Ing Hoe yang telah banyak membantu sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya . Tanpa bantuan dan kerjasama yang baik, daripada mereka, sukar untuk saya menyelesaikan tugasan ini. Pelbagai informasi dan pengalaman baru telah saya peroleh sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Tidak kurang juga dengan halangan-halangan yang terpaksa saya tempuh bagi memastikan tugasan ini dapat saya selesaikan pada masa yang ditetapkan dan paling utama, ia dapat diselesaikan dengan berkualiti. Tugasan ini memberi peluang baru kepada saya dan rakan-rakan untuk mengaplikasikan ilmu teknologi maklumat yang telah kami pelajari di dalam tugasan ini. Saya yakin bahawa, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini tranformasi keguruan akan dapat direalisasikan. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat menyanyikan melodi secara solfa dalam nada major dan minor dalam pelbagai corak irama dan meter. Kami harus memilih dan menyanyikan 2 keratan daripada 5 keratan yang disediakan. Terdapat pelbagai proses pembelajaran untuk menyanyikan 2 keratan lagu tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan aplikasi Finale. Saya telah memasukkan notasi-notasi lagu kedua-dua keratan tersebut ke dalam aplikasi Finale. Ia memudahkan tugasan saya kerana apabila menyanyikan lagu dan berlatih pendengaran menggunakan lagu midi ini, kita akan dapat tahu jeda yang dimainkan. Apabila midi dimainkan, ianya akan berjalan mengikut notasi tersebut. Jadi, mudah untuk sesiapa yang ingin mendengar dan ingin tahu apakah not yang harus diikuti untuk menyanyikan lagu tersebut. Ia juga memudahkan untuk yang baru belajar notasi juga kerana notasi memang ada dipaparkan dalam perisian ini. Dengan mudahnya sekali gus dapat tahu jarak diantara not dan juga jenis notasi yang digunakan. Tambahan pula, ianya boleh diedit mengikut kesesuaian pengguna. Kaedah lagu midi ini sangat sesuai untuk latihan pendengaran bagi triad, jeda, kaden, dan juga latihan nada.

Upload: ahmad-fawwaz-danial

Post on 17-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

afd

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKTIF teori.docx

REFLEKTIF

Sebagai pembuka kata refleksi ini, saya Ahmad Fawwaz Danial Bin Fadzil sangat

bersyukur kerana tugasan yang telah diberikan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Terlebih

dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan

Ching Ing Hoe yang telah banyak membantu sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya . Tanpa bantuan dan kerjasama yang baik,

daripada mereka, sukar untuk saya menyelesaikan tugasan ini. Pelbagai informasi dan

pengalaman baru telah saya peroleh sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Tidak kurang juga

dengan halangan-halangan yang terpaksa saya tempuh bagi memastikan tugasan ini dapat

saya selesaikan pada masa yang ditetapkan dan paling utama, ia dapat diselesaikan dengan

berkualiti. Tugasan ini memberi peluang baru kepada saya dan rakan-rakan untuk

mengaplikasikan ilmu teknologi maklumat yang telah kami pelajari di dalam tugasan ini. Saya

yakin bahawa, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini tranformasi

keguruan akan dapat direalisasikan.

Dengan adanya tugasan ini, saya dapat menyanyikan melodi secara solfa dalam nada

major dan minor dalam pelbagai corak irama dan meter. Kami harus memilih dan menyanyikan

2 keratan daripada 5 keratan yang disediakan. Terdapat pelbagai proses pembelajaran untuk

menyanyikan 2 keratan lagu tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan aplikasi Finale.

Saya telah memasukkan notasi-notasi lagu kedua-dua keratan tersebut ke dalam aplikasi

Finale. Ia memudahkan tugasan saya kerana apabila menyanyikan lagu dan berlatih

pendengaran menggunakan lagu midi ini, kita akan dapat tahu jeda yang dimainkan. Apabila

midi dimainkan, ianya akan berjalan mengikut notasi tersebut. Jadi, mudah untuk sesiapa yang

ingin mendengar dan ingin tahu apakah not yang harus diikuti untuk menyanyikan lagu

tersebut. Ia juga memudahkan untuk yang baru belajar notasi juga kerana notasi memang ada

dipaparkan dalam perisian ini. Dengan mudahnya sekali gus dapat tahu jarak diantara not dan

juga jenis notasi yang digunakan. Tambahan pula, ianya boleh diedit mengikut kesesuaian

pengguna. Kaedah lagu midi ini sangat sesuai untuk latihan pendengaran bagi triad, jeda,

kaden, dan juga latihan nada.

Page 2: REFLEKTIF teori.docx

Seterusnya saya berlatih keratan lagu tersebut menggunakan kibod. Latihan

menggunakan kibod ini adalah latihan pendengaran yang amat penting untuk meningkat daya

ingatan pada not. Pada kibod, pelbagai cara dan bentuk boleh digunakan seperti jeda, triad dan

sebagainya. Kesemua ini adalah untuk meningkatkan daya pendengaran dan dapat mengenal

pasti not itu dengan betul serta tepat. Jika kita jarang mendengar dan menggunakan kibod

apabila berlatih, maka susah dan sukar untuk kita mendengar nada yang akan dimainkan dan

dinyanyikan. Pada kibod terdapat key dan ianya mudah untuk kita mengingat. Kibod ini adalah

alat muzik universal untuk melatih mendengar, menyanyi dan juga memperbetulkan nada yang

salah. Kesemua aktiviti pendengaran dan juga latihan pendengaran amat sesuai diaplikasi

dalam permainan kibod. Jika tidak pasti dengan jawapan ataupun tidak pasti dengan not yang

didengar, boleh terus merujuk kepada kibod.

Kaedah terakhir adalah , dengan menggunakan kaedah Solfege . Kaedah ini merupakan

gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l

t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable

‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic

‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.

Setiap tugasan yang diberikan semestinya akan wujud permasalahan, tetapi itu

bukanlah sesuatu alasan untuk menghalang saya untuk menyiapkan tugasan ini. Antaranya

kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, ialah saya masih keliru apabila ingin

menyanyikan keratan lagu tersebut kerana kami harus menyanyi secara solfa dalam nada

major (2# dan 2b) dan nada minor (1# dan 1b) dalam pelbagai corak irama dan meter dengan

tepat dan secara semerta. Tambahan pula , kami harus menyanyikan keratan lagu ini dengan

harmoni yang tepat secara berpasangan , ini bermakna jika antara kami berdua tersalah

menyanyikan keratan lagu dari segi pic atau tempo, ia akan mencacatkan lagu tersebut dan

unsur harmoni dalam lagu tidak akan wujud. Selain itu , saya berpendapat bahawa lagu-lagu

yang diberikan adalah bukan di tahap pengetahuan kami kerana kami baru sahaja mengenal

solfa dalam masa kurang dari setahun dan mahir belum mahir dan mempunyai kesalahan-

kesalahan dalam nyanyian keratan lagu tersebut. Kekangan masa latihan yang tidak cukup juga

berlaku apabila kami sedang sibuk dengan tugasan kerja kursus yang harus dihantar pada

minggu tersebut.

.

Page 3: REFLEKTIF teori.docx

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai aural dan

nyanyian semerta. Tugasan ini telah melatih saya menguasai pendengaran dengan baik dan

dapat membina kemahiran pendengaran yang merangkumi mengenal pasti melodi , irama ,

jeda , triad , kord dan kaden. Proses pembelajaran semasa tugasan ini dijalankan membantu

saya untuk mendalami teknik-teknik nyanyian semerta dengan betul. Bukan kelancaran

nyanyian sahaja diambil kira , tetapi teknik pernafasan , postur , sebutan dan penghasilan ton

juga memainkan peranan penting dalam teknik nyanyian. Akhir sekali , dengan adanya ilmu

baru yang dipelajari ini , saya sebagai bakal guru akan berkongsi ilmu ini kepada generasi

seterusnya kerana jika bukan saya sebagai bakal guru muzik siapa lagi yang akan memberi

maklumat ini kepada mereka. Sekian.