reflektif jurnal

3
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pemilihan aktiviti menjadi perkara yang sangat penting dalam Pendidikan Jasmani. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam menghidupkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga sangat penting dalam memastikan murid mencapai objektif pembelajaran yang dirancang serta murid berasa seronok semasa belajar. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan sifat keyakinan terhadap diri sendiri dan subjek Pendidikan Jasmani mampu untuk membina perkembangan minda murid. Sewaktu saya mengajar subjek pendidikan jasmani saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang telah dibuat oleh pelajar. Antara kelemahan yang ketara ialah pelajar didapati tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti yang disuruh oleh guru. Contohnya jika pelajar disuruh membaling bola, pelajar hanya membalingnya tanpa ada kesungguhan dan tiada semangat kesukanan. Pelajar yang tidak aktif pula hanya melalukan aktiviti apabila disuruh tetapi jika terdapat peluang untuk tidak melakukannya mereka akan bersembunyi disebalik rakan yang aktif. Hal ini hanya akan menyebabkan hanya segelintir pelajar yang akan

Upload: muhamad-hafiza

Post on 10-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

1.2 Refleksi Pengajaran dan PembelajaranPemilihan aktiviti menjadi perkara yang sangat penting dalam Pendidikan Jasmani. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam menghidupkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga sangat penting dalam memastikan murid mencapai objektif pembelajaran yang dirancang serta murid berasa seronok semasa belajar. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan sifat keyakinan terhadap diri sendiri dan subjek Pendidikan Jasmani mampu untuk membina perkembangan minda murid. Sewaktu saya mengajar subjek pendidikan jasmani saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang telah dibuat oleh pelajar. Antara kelemahan yang ketara ialah pelajar didapati tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti yang disuruh oleh guru. Contohnya jika pelajar disuruh membaling bola, pelajar hanya membalingnya tanpa ada kesungguhan dan tiada semangat kesukanan. Pelajar yang tidak aktif pula hanya melalukan aktiviti apabila disuruh tetapi jika terdapat peluang untuk tidak melakukannya mereka akan bersembunyi disebalik rakan yang aktif. Hal ini hanya akan menyebabkan hanya segelintir pelajar yang akan terus aktif dan yang lain akan terus pasif. Walaubagaimanapun jika saya menjalankan permainan kecil selepas selesai sesuatu pengajaran saya dapati ramai pelajar yang terlibat secara aktif permainan tersebut. Di sini saya dapat lihat pelajar hanya akan berminat menyertai sesuatu aktviti jika terdapat unsur-unsur seperti permainan.

1.3 Refleksi Nilai PendidikanKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mendukung cita-cita murni dan unggul Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengubalan kurikulum berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif, dan berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai, dan amalan kecergasan (Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah, 1999 ). Menurut Choong Lean Keow (2008) antara objektif peringkat pendidikan rendah adalah supaya murid dapat menjaga kesihatan dan kecergasan diri, membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri, memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran, dan mengembangkan bakat dan kreativiti.