refleksi semester satu mte 3101

3
REFLEKSI SEMESTER SATU (MTE 3101) Kesimpulan daripada sesi SEMESTER 1 ini, saya mendapati banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya timba sepanjang hampir 5 bulan saya belajar. Bermula dengan tajuk Sistem Pernomboran pada tutorial 1, saya merasakan banyak perkara yang membuka mata saya tentang sejarah Matematik. Dengan itu, saya lebih menghargai nilai estetika dan warisan Matematik dan boleh dikongsi bersama murid-murid di sekolah. Seterusnya, tutorial 2 tajuk Nombor Asli memperkenalkan saya dengan kemahiran baru contohnya pemfaktoran nombor perdana menggunakan Algoritma Euclidean dan juga Nombor Modular. Ini juga membantu saya untuk lebih memahami dan meningkatkan kemahiran Matematik kendiri. Untuk tutorial 3, masih lagi belajar Nombor Asli, namun pada kali ini, saya menghadapi kesukaran kerana terpaksa melalui pengalaman baru mengenal kemahiran tentang rekreasi nombor seperi Fibonacci dan Golden Ratio. Masa yang agak pendek semasa tutorial

Upload: nuwa-ainun

Post on 22-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Semester Satu Mte 3101

REFLEKSI SEMESTER SATU (MTE 3101)

Kesimpulan daripada sesi SEMESTER 1 ini, saya mendapati banyak pengalaman dan

pengetahuan baru yang dapat saya timba sepanjang hampir 5 bulan saya belajar.

Bermula dengan tajuk Sistem Pernomboran pada tutorial 1, saya merasakan banyak

perkara yang membuka mata saya tentang sejarah Matematik. Dengan itu, saya lebih

menghargai nilai estetika dan warisan Matematik dan boleh dikongsi bersama murid-

murid di sekolah. Seterusnya, tutorial 2 tajuk Nombor Asli memperkenalkan saya

dengan kemahiran baru contohnya pemfaktoran nombor perdana menggunakan

Algoritma Euclidean dan juga Nombor Modular. Ini juga membantu saya untuk lebih

memahami dan meningkatkan kemahiran Matematik kendiri.

Untuk tutorial 3, masih lagi belajar Nombor Asli, namun pada kali ini, saya menghadapi

kesukaran kerana terpaksa melalui pengalaman baru mengenal kemahiran tentang

rekreasi nombor seperi Fibonacci dan Golden Ratio. Masa yang agak pendek semasa

tutorial membuatkan saya sedikit gusar tentang pengetahuan rekreasi nombor yang

baru dikenali ini. Namun, berkat bimbingan pensyarah, Pn.Norizah Ahmad, saya dapat

laluinya dengan baik.

Kesinambungan dari situ juga, pada tutorial 4, saya mempelajari tentang Nombor

Nisbah dan Nombor Bukan Nisbah. Di sinilah tekanan mula dihadapi kerana saya

merasakan agak sukar untuk memahami inti pelajaran berkenaan Punca Kuasa Dua

Page 2: Refleksi Semester Satu Mte 3101

dan Surd terutamanya kerana kemahiran menguasai agak perlahan. Saya perlu belajar

dari awal dan membuat ulangkaji tentang pelajaran ini dengan merujuk buku-buku teks

dan buku rujukan SPM dan STPM. Di samping itu, pensyarah juga banyak

menyediakan soalan latihan untuk membantu kami mengatasi masalah ini.

Semasa tutorial 5 pula, Nombor Kompleks pula dipelajari namun, ia adalah suatu

perkara yang sangat baru saya temui. Ini juga telah menyebabkan saya berasa tidak

selesa dan sukar untuk belajar dengan baik. Banyak kemahiran yang perlu saya kuasai

dalam masa yang singkat. Malangnya, saya tidak mampu untuk mengatasinya

sendirian. Justeru, kaedah belajar secara kumpulan dan perkongsian idea, maklumat

serta kemahiran dengan rakan-rakan sekelas mahupun dengan rakan dari IPG lain

telah membantu saya untuk memahami tajuk ini dengan lebih baik.

Keseluruhannya, tajuk-tajuk dipelajari semasa semester satu ini merupakan cabaran

baru buat diri saya dan banyak membuka mata saya selaku guru Matematik di sekolah

rendah. Ini menunjukkan bahawa sebagai seorang guru yang bijak dan perlu

berpenampilan genius, guru seharusnya meningkatkan pengetahuan dan belajar ke

peringkat lebih tinggi supaya dapat meningkatkan prestasi murid-murid.

Akhir sekali, saya mengharapkan segala tugasan dan pengalaman belajar semasa

tutorial dan peperiksaan yang dihadapi akan dapat membantu saya untuk mencapai

impian bergelar guru bersiswazah. Semoga saya juga dapat meneruskan pengajian

pada semester akan datang, insyaAllah.

Page 3: Refleksi Semester Satu Mte 3101