refleksi rbt aina

3
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN (RBT3193E) 2015 NAMA : NORAINASAFILA BINTI MUSA NO. KAD PENGENALAN : 870910-49-6164 OPSYEN : PISMP BAHASA MELAYU GSTT KUMPULAN 2 REFLEKSI Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana atas limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini iaitu subjek Perniagaan dan Keusahawanan RBT3193E. Tugasan ini telah diberi oleh Tuan pensyarah saya yang saya hormati iaitu Encik Suffian Bin Saheran. Sebaik menerima tugasan, saya dan rakan-rakan dalam kumpulan telah mengadakan sesi kolaborasi bersama dengan Tuan Pensyarah subjek RBT 3193E kami iaitu Encik Suffian Bin Saheran untuk lebih memahami kehendak soalan. Setelah itu, saya dan rakan-rakan dalam kumpulan juga mengadakan perbincangan dan mencari maklumat. Kemudian, untuk memudahkan pelaksanaan tugasan, kami menggunakan teknik pembahagian kerja. Tugasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah kami diminta untuk membina laman blog sendiri dan pembinaan blog tersebut seharusnya meliputi kriteria-kriteria seperti perlu ada reka bentuk blog, tema blog, pembezaan, kandungan dalam blog, rantaian atau niches dan value added semasa. Kemudian, setelah menghasilkan blog, di dalam blog tersebut perlu ada persembahan yang dapat meyakinkan para audien bahawa produk yang dijual mendapat sambutan yang baik

Upload: noraina-safila

Post on 01-Feb-2016

254 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Refleksi RBT

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Rbt Aina

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN (RBT3193E) 2015

NAMA : NORAINASAFILA BINTI MUSA

NO. KAD PENGENALAN : 870910-49-6164

OPSYEN : PISMP BAHASA MELAYU GSTT KUMPULAN 2

REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana atas limpah dan

kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini iaitu subjek Perniagaan dan

Keusahawanan RBT3193E. Tugasan ini telah diberi oleh Tuan pensyarah saya yang saya

hormati iaitu Encik Suffian Bin Saheran.

Sebaik menerima tugasan, saya dan rakan-rakan dalam kumpulan telah mengadakan

sesi kolaborasi bersama dengan Tuan Pensyarah subjek RBT 3193E kami iaitu Encik Suffian

Bin Saheran untuk lebih memahami kehendak soalan. Setelah itu, saya dan rakan-rakan dalam

kumpulan juga mengadakan perbincangan dan mencari maklumat. Kemudian, untuk

memudahkan pelaksanaan tugasan, kami menggunakan teknik pembahagian kerja.

Tugasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah kami diminta untuk

membina laman blog sendiri dan pembinaan blog tersebut seharusnya meliputi kriteria-kriteria

seperti perlu ada reka bentuk blog, tema blog, pembezaan, kandungan dalam blog, rantaian

atau niches dan value added semasa. Kemudian, setelah menghasilkan blog, di dalam blog

tersebut perlu ada persembahan yang dapat meyakinkan para audien bahawa produk yang

dijual mendapat sambutan yang baik berdasarkan kepada rancangan pemasaran yang telah

dirancang. Namun begitu, terdapat kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang dapat

dibuat sepanjang saya dan rakan-rakan membina blog perniagaan tersebut.

Dari aspek kekuatan, melalui tugasan ini saya mampu membaca dan memahami

tentang penghasilan blog perniagaan dan juga mengetahui tentang penyata kewangan bagi

sesebuah syarikat. Selain itu, kumpulan kami memperlihatkan semangat yang tinggi dan

kerjasama yang baik. Ini dapat dibuktikan melalui perbincangan bersama dengan rakan-rakan

dalam kumpulan mengenai pembinaan blog perniagaan.

Page 2: Refleksi Rbt Aina

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN (RBT3193E) 2015

Dari aspek kelemahan pula, saya dan rakan-rakan tidak dapat menyiapkan tugasan

pada masa yang ditetapkan, atas sebab banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Disebabkan

banyak aktiviti yang harus dilaksanakan, kerja-kerja kami telah tertangguh dan belum dapat

disiapkan dengan sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, saya dan rakan-rakan telah

bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan RBT3193E ini dengan bersungguh-sungguh.

Antara penambahbaikan yang dapat dibuat iaitu, saya perlu perlu menyedari bahawa

pengurusan masa itu penting. Justeru, saya akan sentiasa mempersiapkan diri untuk

menyiapkan dan menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, tugasan ini begitu menguji keupayaan saya dan rakan-rakan

dalam membuat blog perniagaan serta kami juga mempelajari tentang penyata dan analisis

tentang kewangan yang menarik dan mencabar. Semoga pengetahuan yang saya perolehi ini

akan saya praktikkan ketika berada di sekolah kelak.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah RBT

3193E saya iaitu Encik Suffian Bin Saheran kerana beliau telah memberi tunjuk ajar, dorongan

dan motivasi kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga, saya ingin

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan 3 atas kerjasama

dan komitmen yang diberikan dalam menyiapkan tugasan pada kali ini.