refleksi-praktikal 1

Upload: fatin-nazirah

Post on 03-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 REFLEKSI-praktikal 1

    1/2

    REFLEKSI-PRAKTIKAL 1

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan

    tugasan eksperimen yang telah diberikan ini.Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada

    pensyarah pembimbing kerana banyak memberi tunjuk ajar dan juga kepada rakan-rakan kelas

    yang sudi membantu saya dalam menyiapkan laporan amali 1 ini.

    Sebagai persediaan, sebelum amali dijalankan, saya telah mengulangkaji sedikit sebanyak

    mengenai tindak balas haba peneutralan, cara menulis persamaan kimia dengan betul dan juga

    bagaimana untuk mengira haba tindak balas peneutralan. Selain itu juga, saya memastikan

    bahawa saya benar-benar memahami prosedur amali supaya saya tidak tersalah langkah sewaktu

    ingin menjalankan amali tersebut.

    Bagi saya, kekuatan yang ada pada eksperimen kali ini ialah saya mempunyai

    pengetahuan asas tentang amali yang akan dijalankan. Sekurang-kurangnya saya tahu jenis asid

    dan alkali yang digunakan, bagaimana persamaan kimia yang terlibat. Tambahan lagi,

    eksperimen ini juga telah dilakukan sewaktu peringkat sekolah menengah tetapi dengan cara

    yang berlainan.

    Kelemahan saya yang saya dapati ialah saya mempunyai masalah untuk menulis

    persamaan kimia yang terlibat iaitu persamaan ion. Setelah disemak semula oleh pensyarah

    barulah saya memahami bagaimana untuk menulis persamaan ion yang terlibat. Saya juga

    mempunyai masalah apabila mengira haba peneutralan yang melibatkan asid dwibes kerana ia

    akan menghasilkan 2 mol air. Oleh itu, saya cuba mengira dahulu haba peneutralan dan selepas

    itu saya merujuk kepada pensyarah untuk menyemak jalan pengiraannya.

    Melalui eksperimen yang dijalankan sedikit sebanyak membantu saya untuk

    mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi sewaktu pengajaran nanti terutamanya sewaktu

    mengajar tajuk asid dan alkali (Tahun 5). Ini juga satu persediaan kepada saya seandainyaterdapat soalan daripada murid mengenai asid-asid kuat dan juga alkali kuat.

    Bagi saya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap amali ini ialah masih

    lagi menggunakan tindak balas peneutralan tetapi menggunakan bahan lain seperti asid lemah

  • 7/29/2019 REFLEKSI-praktikal 1

    2/2

    dan alkali kuat, asid lemah dan alkali lemah, juga asid kuat dan alkali lemah supaya perbezaan

    setiap tindak balas lebih difahami dan juga dapat dilihat.