refleksi lawatan penanda aras

Upload: mohd-izzuddin-muhammad

Post on 14-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Refleksi Lawatan Penanda Aras

    1/3

    REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS

    KE

    SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN TIGA (SEJATI) , BANDAR BARU BANGI

    Pada 27 Jun 2013, saya telah mengikuti lawatan penanda aras ke Sekolah

    Berprestasi Tinggi yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bangi.

    Lawatan ini telah disertai oleh semua guru pelatih kumpulan G6.5 diiringi oleh Puan

    Hafidzah bt Khafiz. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memenuhi tuntutan

    pengajian semester lima bagi program Bina Insan Guru (BIG). Manakala, pemilihan

    Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga sebagai lokasi lawatan adalah kerana sekolah ini

    merupakan sebuah sekolah yang tergolong dalam Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

    Sepanjang mengikuti lawatan penanda aras ini, saya dapati terdapat pelbagai

    kebaikan dan kelebihan yang dapat dikongsi khususnya dari segi kecemerlangan dan

    kejayaan sekolah tersebut. Pelbagai tanggapan yang telah didengar tentang

    kecemerlangan sekolah ini dari segi akademik dan juga dari kokurikulum sebelum

    lawatan penanda aras ini diadakan. Setelah diberikan taklimat oleh Guru Besar, iaitu

    Puan Nor Hainei Bt Abu Bakar , tanggapan yang bermain difikiran saya telah berjaya

    beliau buktikan. Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh sekolah

    tersebut antaranya termasuklah kejayaan di peringkat nasional dan juga di peringkat

    antarabangsa. Kejayaan yang paling mengharumkan nama sekolah tersebut ialah

    kejayaan dari segi percapaian dalam bidang akademik.

    Selain itu, program perantarabangsaan sentiasa memenuhi taqwim tahunan

    sekolah ini. Hal ini melonjakkan lagi nama dan kualiti yang dibina oleh warga sekolah

    ini. Apabila saya ditunjukkan senarai program dan pencapaian sekolah, saya tidak

    berasa pelik kerana saya dapat melihat kesungguhan dan kerjasama daripada pihak

    sekolah dan persekitaran sekolah. Setiap kejayaan bermula daripada usaha yang gigih.

    Menurut beliau lagi, terdapat beberapa amalan dan budaya yang diamalkan di sekolah

    tersebut yang dijadikan sebagai resipi kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi.

    Antaranya ialah perjumpaan mingguan yang dijalankan dalam kalangan guru.

  • 7/27/2019 Refleksi Lawatan Penanda Aras

    2/3

    Perjumpaan ini penting bagi membincangkan pelbagai masalah yang timbul dalam

    sesuatu tugasan yang dijalankan oleh guru dan langkah untuk mengatasinya. Pada

    perjumpaan ini juga, guru-guru berpeluang bertanya khabar dan berkongsi maklumat

    terbaru khususnya mengenai dunia pendidikan.

    Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah berjaya menaikkan tahap

    kecemerlangan sekolah. Antaranya ialah, mewujudkan hari kerjaya, kem-kem motivasi,

    bengkel menjawab soalan dan sebagainya. Kesemua aktiviti yang dijalankan oleh pihak

    sekolah mendapat sokongan penuh daripada murid-murid, ibu bapa dan juga badan-

    badan korporat contohnya Panasonic dan Media Prima. Sokongan yang diterima

    adalah disebabkan oleh kesungguhan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu

    aktiviti. Menurut Guru Besar itu lagi, resipi utama kejayaan yang diraih oleh pihak

    sekolah adalah disebabkan oleh sokongan yang diberikan oleh pihak ibu bapa melalui

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Peranan yang diberikan oleh pihak PIBG sangat

    membantu program yang dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya dari segi

    kewangan, bantuan peralatan sekolah dan lain-lain lagi. Satu lagi kelebihan yang saya

    dapat lihat adalah nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri setiap warga sekolah

    terutamanya dalam diri murid-murid. Mereka sangat menghormati dan akan memberi

    layanan yang baik kepada tetamu yang datang. Persekitaran sekolah yang senyap

    membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sangat baik.

    Kebersihan sekolah juga berada pada tahap yang cemerlang dengan usaha pihak

    sekolah sentiasa cuba menambahbaik dan menceriakan suasana sekolah. Sistem

    pengurusan sekolah ini sangat cemerlang dan warga sekolah menunjukkan budaya

    kerja kelas pertama.

    Namun, terdapat kelemahan yang dapat saya perhatikan sepanjang mengikuti

    lawatan ini. Kelemahan yang paling besar yang dapat saya perhatikan adalah dari segi

    peruntukan masa untuk kami melakukan lawatan penanda aras ini. Tempoh lawatan

    yang sekejap menyebabkan kami tidak dapat mengenali dan mengetahui sekolah ini

    dengan lebih mendalam. Kami juga tidak sempat melawat ke beberapa bilik khas

    sekolah tersebut. Hal ini berlaku kerana lawatan kami adalah serentak dengan lawatan

  • 7/27/2019 Refleksi Lawatan Penanda Aras

    3/3

    dari pihak sekolah lain dari Negeri Sembilan. Ini menyebabkan pihak sekolah tidak

    dapat memfokuskan lawatan ini kepada pihak kami sahaja.

    Sebagai langkah mengatasi masalah di atas, saya ingin menyatakan cadangan

    yang boleh diperbincang dan diperhalusi oleh pelbagai pihak. Tarikh lawatan adalah

    perlu dirancang dengan lebih baik agar kami dapat memaksimakan lawatan ke sana. Ini

    penting kerana pengalaman dan pengetahuan yang kami peroleh amat berguna untuk

    diaplikasikan apabila menjalankan tugas sebagai seorang guru nanti.

    Sebagai penutup, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak

    membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan

    dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan

    semaksimum mungkin. Lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang kami inginkan

    secara amnya. Secara tidak langsung, lawatan ini telah berjaya membuka minda bakal

    guru untuk menempuh alam sebagai seorang guru. Pelbagai cabaran yang mendatang

    perlu dihadapi oleh guru sebaiknya seterusnya mencapai matlamat yang diinginkan

    seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

    MOHD IZZUDDIN MUHAMMAD

    PISMP G6.6