refleksi laporan akhir hp sosial dan kebertanggungjawaban

4
REFLEKSI LAPORAN AKHIR FIESTA GALA GEOLOGI ‘15 TARIKH 25 APRIL 2015 TEMPAT DATARAN PAVILION, UKM DEWAN DE SERI ENDON, PUTRAJAYA ANJURAN KELAB GEOLOGI TEMA “WRECKING GEMSTONES AND ONE MAGICAL NIGHT”

Upload: asrulrezal-asri

Post on 09-Aug-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi laporan akhir hp sosial  dan kebertanggungjawaban

REFLEKSI LAPORAN AKHIR

FIESTA GALA GEOLOGI ‘15

TARIKH

25 APRIL 2015

TEMPAT

DATARAN PAVILION, UKM

DEWAN DE SERI ENDON, PUTRAJAYA

ANJURAN

KELAB GEOLOGI

TEMA

“WRECKING GEMSTONES AND ONE MAGICAL NIGHT”

Page 2: Refleksi laporan akhir hp sosial  dan kebertanggungjawaban

Saya merupakan pelajar Tahun Dua dari Program Geologi telah menyertai suatu acara tahunan program Geologi iaitu Fiesta Gala Geologi dibawah penasihat pensyarah program Geologi sendiri.

Nama : Intan Syahira Mohamed Hazanee

No. Telefon: 013-9614097

E-mel : [email protected]

Nama program : Fiesta Gala Geologi

Tarikh program dijalankan : 25/4/2015

Tempat : Dataran Pavilion,UKM dan Dewan De Seri Endon, Putrajaya.

No. Surat Kelulusan JPPel : DN00739/2014

Fiesta Gala Geologi merupakan gabungan Hari Keluarga Geologi dan Majlis Makan Malam bersama Alumni. Penasihat Fiesta Gala Geologi ’15 ialah Dr. Mohd Rozi bin Umor. Fiesta ini berlangsung selama sehari. Pada waktu pagi sehingga tengah hari, berlangsungnya Hari Keluarga Geologi bersama anak-anak yatim Darul Rukayah. Pada waktu malam pula, Majlis Makan Malam bersama Alumni Geologi telah diadakan.

Peranan saya dalam memenuhi HP Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban ini adalah saya perlu berinteraksi dengan pegawai hotel yang terlibat. Saya perlu mengetahui adakah barangan seperti red carpet,tatum plant,arche dan photo booth akan disewa secara percuma ataupun memerlukan bayaran tambahan. Sekiranya memerlukan bayaran tambahan, pihak post kami tidak akan menyewa barangan tersebut dan terpaksa menukar reka bentuk photo booth. Selain itu, saya juga perlu menanyakan saiz backdrop pentas untuk membuat banner. Lighting dewan juga penting agar setiap rekabentuk hiasan didalam dewan dapat diserlahkan dengan kilauan cahaya. Seterusnya, saya perlu meninjau dewan untuk mendapatkan ilham bagaimana untuk mencorakkan dewan dengan hiasan ala ala English Style.

Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk memastikan setiap anak buah saya melakukan kerja seperti yang diarahkan. Ini kerana dengan bajet yang terhad, hiasan yang dapat dibuat lebih kepada Do It Yourself (D.I.Y.) berbanding dengan membeli hiasan yang sudah siap. Seperti yang diketahui, proses D.I.Y. memerlukan masa yang lama dan tenaga yang ramai agar setiap hiasan dapat disiapkan dalam tempoh yang segera memandangkan masa telah kesuntukan. Disini bukan hanya ajk TTK sahaja yang memainkan peranan, bahkan seluruh ahli program telah menyumbangkan masa dan tenaga.

Akhir sekali, nilai sosial dan kebertanggungjawaban yang dapat saya tunjukkan melalui sumbangan kepada masyarakat adalah dengan menjemput anak-anak yatim Darul Rukayah untuk terlibat dengan aktiviti hari keluarga. Melalui aktiviti ini, saya dan rakan rakan dapat meluangkan masa dan berukhwah dengan anak anak yatim. Anak-anak yatim ini telah diberikan baju hari keluarga geologi secara percuma. Selain itu, sedikit sumbangan telah diberikan kepada anak anak yatim Darul Rukayah hasil daripada penat lelah mencari penaja untuk program ini.

Sepanjang program ini saya telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Tugas-Tugas Khas yang ditugaskan untuk :

Page 3: Refleksi laporan akhir hp sosial  dan kebertanggungjawaban

1. Memikirkan idea untuk hiasan dewan.2. Membeli barangan keperluan untuk hiasan dewan.3. Menentukan samada perlu menggunakan banner atau hias sendiri.4. Meminjam peralatan seperti gunting untuk menjimatkan kos.5. Memastikan tema yang dipilih dari undian sesuai dengan dewan.6. Menggunakan kekreatifan sendiri untuk membuat hiasan D.I.Y.7. Mereka bentuk hiasan pentas dan photobooth.8. Meletakkan perhiasan di sepanjang red carpet.9. Menghias dewan sebelum program berlangsung.

Walaupun terdapat masalah seperti tidak dapat mendapatkan photobooth kerana kekurangan bajet tetapi masalah tersebut dapat diatasi apabila pihak hotel memberikan photobooth berkenaan untuk mengelakkan kami menghias di dinding dewan. Seterusnya, saya tidak sempat untuk membeli barangan dengan lebih awal dek kerana ada kerja lapangan tetapi saya sempat menguruskannya dengan membahagikan tugas kepada ajk saya.Selain itu, terdapat barangan yang tercicir apabila dipunggah daripada UKM ke dewan berkenaan, barangan yang tercicir it tidak dijumpai dan saya telah mengambil insiatif dengan menampal menggunakan gam sahaja.

Kesimpulannya, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan dari program seperti ini. Selain itu, saya juga telah meningkatkan ilmu soft skills saya apabila ditugaskan oleh Majlis Tertinggi untuk mencari alumni UKM yang memegang jawatan agak tinggi sekarang. Melalui program ini, saya lebih bertanggungjawab untuk menguruskan masalah dan memberi arahan kepada ajk saya. Saya juga dapat menyumbang bakti dengan mewujudkan rasa ukhwah dengan anak anak yatim Darul Rukayah. Saya berharap agar program seperti ini lebih diuar-uarkan dan mendapat lebih sambutan pada masa akan datang. Sekian,terima kasih.