refleksi kendiri pengucapan awam

3
REFLEKSI KENDIRI BIG ( Seminar ) Etika Pakaian PENGENALAN Satu Seminar yang bertajuk Etika Berpakaian program Bina Insan Guru telah diadakan . Program ini bermula pada pukul 10.30pg dan berakhir pada pukul1.30 ptg. Program ini merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam proforma kursus pada semester ini. Program ini merupakan satu program wajib bagi guru PPG Ambilan Februari 2012. Oleh yang demikian sebuah jawatankuasa kerja induk telah dibentuk dan diberikan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas tertentu.. Seminar ini telah dijalankan oleh guru- guru PPG .Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk mendedahkan bagaimana cara etika pakaian dilakukan dengan berkesan. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran ceramah ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangan- kekurangan semasa pelaksanaan program ceramah ini adalah seperti yang berikut. KELEBIHAN

Upload: ecam-ali

Post on 20-Oct-2015

272 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

kkbi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kendiri Pengucapan Awam

REFLEKSI KENDIRI BIG ( Seminar )

Etika Pakaian

PENGENALAN

Satu Seminar yang bertajuk Etika Berpakaian program Bina Insan Guru telah

diadakan . Program ini bermula pada pukul 10.30pg dan berakhir pada pukul1.30 ptg.

Program ini merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia

terdapat dalam proforma kursus pada semester ini. Program ini merupakan satu

program wajib bagi guru PPG Ambilan Februari 2012. Oleh yang demikian sebuah

jawatankuasa kerja induk telah dibentuk dan diberikan tanggungjawab berdasarkan

bidang tugas tertentu.. Seminar ini telah dijalankan oleh guru- guru PPG .Tujuan utama

seminar ini diadakan adalah untuk mendedahkan bagaimana cara etika pakaian

dilakukan dengan berkesan. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat

dikenalpasti melalalui penganjuran ceramah ini. Kelebihan-kelebihan serta

kekurangan-kekurangan semasa pelaksanaan program ceramah ini adalah seperti

yang berikut.

KELEBIHAN

Melalui aktiviti ini, terdapat banyak perkara yang berguna yang dapat kami

pelajari dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kami. Ia juga dapat

menyedarkan kami tentang pentingnya untuk berpakaian dengan betul Masalah yang

perlu diatasi adalah diri saya sendiri. Alhamdulillah, serba sedikit perkongsian tips dari

penceramah dapat memberi impak yang sangat besar kepada saya,.

Page 2: Refleksi Kendiri Pengucapan Awam

KEKURANGAN

Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa seminar

ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengetahuan dan pengalaman. Kebanyakan

guru kurang mengetahui cara berpakaian dengan betul. Ini kerana kami kurang

didedahkan dengan etika pakaian yang betul. Satu lagi kekurangan yang dapat

dikenalpasti adalah masa terlalu terhad menyebabkan ramai guru tidak dapat

memafami sepenuhnya.

PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh

kami kerana terdapat banyak kekurangan yang berlaku semasa program seminar

diadakan pada kali ini, antaranya dari segi pengurusan masa, iaitu jika boleh pada

masa yang akan datang program ini boleh dilakukan pada masa interaksi. Ini kerana

pada masa tersebut semua guru PPG dapat berkumpul. Tetapi memandangkan ianya

perlu dilakukan di sekolah, jadi masalah ini akan timbul. Walaubagaimanapun kami

telah berbincang dan dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya. Bagi

menjalankan aktiviti seminar ini dicadangkan masa dan bahan dapat disesuaikan

dengan baik supaya semua yang menghadiri seminar tersebut mendapat maklumat

yang mencukupi. Diharapkan melalui cadangan penambahbaikan yang diutarakan,

permasalahan yang sama tidak akan berulang untuk program seterusnya.

CADANGAN / RUMUSAN

Program seminar ini merupakan program yang amat bagus dan sesuai kepada

kami selaku seorang guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak. program ini

banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami sebagai guru. Saya

Page 3: Refleksi Kendiri Pengucapan Awam

mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan dan aktiviti yang

lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi memberikan

pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.