refleksi kem motivasi

3
Pada akhirnya, saya telah berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini dengan bangga sekali. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan dahulu untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membimbing dan membantu saya semasa saya berada dalam keadaan yang keliru iaitu semasa dalam mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Batu Putih di Batu Pahat. Dalam mengadakan program tersebut, saya telah berpeluang untuk menjadi seorang pemimpin dengan membawa kelas saya dan kelas RBT (SJKC), PP (SJKC), PP (SJKT), TESL (SK) untuk mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Batu Putih di Batu Pahat. Dengan adanya peluang yang sebegini, saya telah dapat mengenali tentang tugasan-tugasan yang harus saya melaksanakan untuk menjayakan program ini tersebut. Program ini juga telah memberi dedahan kepada saya bahawa nilai bekerjasama adalah sangat penting kepada salah satu kumpulan yang hendak melaksanakan sesuatu aktiviti yang berdasarkan kepada suatu kumpulan. Antara perkara yang saya dapat lihat bahawa kerjasama adalah sangat penting iaitu semasa menyiapkan satu kertas kerja itu tersebut. Jika ahli-ahli dalam kumpulan itu tersebut tidak bekerjasama maka kertas kerja itu tersebut akan dihasilkan dengan tidak sempurna dan pada bila-bila masa juga akan tidak dapat disiapkan. Justeru itu, program ini juga telah memberi peluang mendidik saya dan kumpulan saya untuk bekerjasama semasa ingin melaksanakan suatu aktiviti, permainan ataupun persembahan haruslah bertolak ansur antara satu sama yang lain dahulu.

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 16-Jan-2016

201 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kem

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kem Motivasi

Pada akhirnya, saya telah berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa 4 ini dengan bangga sekali. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan dahulu

untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak

membimbing dan membantu saya semasa saya berada dalam keadaan yang keliru iaitu

semasa dalam mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Batu Putih di Batu

Pahat.

Dalam mengadakan program tersebut, saya telah berpeluang untuk menjadi

seorang pemimpin dengan membawa kelas saya dan kelas RBT (SJKC), PP (SJKC),

PP (SJKT), TESL (SK) untuk mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Batu

Putih di Batu Pahat. Dengan adanya peluang yang sebegini, saya telah dapat

mengenali tentang tugasan-tugasan yang harus saya melaksanakan untuk menjayakan

program ini tersebut. Program ini juga telah memberi dedahan kepada saya bahawa

nilai bekerjasama adalah sangat penting kepada salah satu kumpulan yang hendak

melaksanakan sesuatu aktiviti yang berdasarkan kepada suatu kumpulan. Antara

perkara yang saya dapat lihat bahawa kerjasama adalah sangat penting iaitu semasa

menyiapkan satu kertas kerja itu tersebut. Jika ahli-ahli dalam kumpulan itu tersebut

tidak bekerjasama maka kertas kerja itu tersebut akan dihasilkan dengan tidak

sempurna dan pada bila-bila masa juga akan tidak dapat disiapkan. Justeru itu,

program ini juga telah memberi peluang mendidik saya dan kumpulan saya untuk

bekerjasama semasa ingin melaksanakan suatu aktiviti, permainan ataupun

persembahan haruslah bertolak ansur antara satu sama yang lain dahulu.

Kesimpulannya, nilai kerjasama adalah sangat penting bagi seseorang individu yang

akan melaksanakan sesuatu perkara bersama dengan kumpulan.

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyertai program BIG Fasa 4 tahun

2014 di Kampung Batu Putih, Batu Pahat. Hal ini demikian kerana saya dapat lebih

memahami kebudayaan dan kesenian yang berbilang kaum serta menjamin silaturahim

antara satu sama lain. Saya juga berasa bangga kerana dapat bertinggal dalam rumah

Ketua Kampung Batu Putih kerana beliau merupakan seorang penjaga yang baik dan

berpengalaman. Hal ini demikian kerana beliau telah mengongsikan banyak

pengalaman-pengalaman yang telah dilakulan dalam kehidupan beliau sebagai satu

Page 2: Refleksi Kem Motivasi

tanda kenangan supaya kami generasi yang muda dapat menjadi seorang insan yang

cemerlang. Selain itu, beliau juga mengajar saya beberapa kemahiran sebagai seorang

pekebun. Saya berasa sangat bahagia kerana mendapat sebuah keluarga angkat yang

baik dan menambahkan ilmu pengetahuan saya selama tiga hari dua malam itu.

Tambahan pula, bagi sesiapa yang ingin mengadakan sesuatu program dengan

sempurna haruslah mempunyai satu ciri yang utama iaitu haruslah pandai

menguruskan masa dengan baik supaya program tersebut tidak terlalu lama atau

singkat. Dengan itu, saya telah berpeluang untuk belajar dengan rakan-rakan saya

untuk menguruskan masa dengan bijak agar program itu tersebut dapat dijalankan

dengan apa yang kita sudah dirancang. Dengan adanya pengalaman tersebut, saya

berharap saya dapat menganjurkan sesuatu program lagi di mana-mana tempat yang

saya berada supaya saya dapat mencari pengalaman yang lebih banyak.

Secara kesimpulannya, program Anak Angkat tersebut adalah program yang

pertama sekali saya menjadi pemimpin kepada rakan-rakan saya untuk mengadakan di

sekolah Kampung Batu Putih di Batu Pahat. Saya berasa sangat gembira kerana saya

dapat menjayakan program tersebut dengan rakan-rakan saya. Di sini saya ingin

mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua

Kampung Batu Putih serta tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang telah bekerja

bersungguh-sungguh untuk membantu dan memberi kerjasama yang banyak kepada

saya untuk menyempurnakan program tersebut dan juga tidak lupa lagi kepada tutor

saya iaitu PN. KEE LI LI yang banyak memberi panduan kepada saya untuk

menjalankan tugasan serta idea-idea yang dikongsikan kepada saya.