refleksi hp nilai, sikap, etika dan profesionalisme

4
PROGRAM PESTA ANG POW UKM KE-20 SEMESTER 2 SESI 2013/2014 HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME PENSYARAH: DR. KAMARULZAMAN BIN ABDUL GHANI PELAJAR: CHIA YEE MEEN A143530

Upload: ymeenchia2793

Post on 29-Jul-2015

492 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi hp Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

PROGRAM PESTA ANG POW UKM KE-20

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

HHHC 9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PENSYARAH:

DR. KAMARULZAMAN BIN ABDUL GHANI

PELAJAR:

CHIA YEE MEEN A143530

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Page 2: Refleksi hp Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

REFLEKSI

Sepanjang kerja penyediaan Program Pesta Ang Pow ke-20 ini, saya berpeluang

mengembangkan kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Tugas saya dalam program

ini adalah sebagai ahli jawantankuasa kumpulan protokol. Tugas utama saya pada majlis

persembahan kebudayaan tersebut adalah sebagai usher yang bertugas di atas pentas. Saya

bertanggungjawab ke atas segala cenderamata, cek tiruan, hamper dan sijil penghargaan,

termasuk juga gimik perasmian dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan kumpulan protokol di

atas pentas.

Sewaktu semester bermula sehingga 13 April 2014 saya telah menghadiri beberapa

perjumpaan dengan ketua dan ahli kumpulan yang lain. Kami telah menunjukkan kesungguhan,

ketekalan dalam setiap aktiviti dan sesi yang dijalankan. Semasa perbincangan dijalankan, semua

ahli kumpulan kami memberi pendapat dan idea secara beretika dan profesional dalam setiap

mesyuarat perbincangan untuk menghasilkan tugasan yang sempurna. Sebagai contoh, semua

ahli kumpulan termasuklah saya telah menyumbangkan idea masing-masing mengenai gimik

perasmian. Di samping itu, sebagai ahli kumplan protokol terutamanya usher yang berdiri di atas

pentas, saya dikehendaki sentiasa menunjukkan sikap profesional dan menjaga tingkah-laku

saya. Kami dikehendaki mematuhi prosedur, kod,dan etika UKM ketika menjalankan urusan

sama ada pelaksanaan aktiviti atau dalam pemilihan pakaian usher. Dengan kerjasama semua

ahli kumpulan, setiap perjumpaan kami telah berjalan dengan lancar.

Pada malam persembahan tersebut, saya teleh berpakaian anggun, sopan dan tidak

melanggari etika UKM. Kami telah menjalankan beberapa kali rehearsal supaya saya dan ahli

kumpulan saya membiasakan diri sendiri dengan prosedur dan tentatif program dan berupaya

bertindak secara spontan di samping beretika sekiranya berlaku sebarang perubahan tentatif.

Gimik perasmian telah dijalankan selepas ucapan perasmi. Saya telah menjemput perasmi ke

tengah-tengah pentas dan selepas itu saya mengambil satu kotak emas dari belakang pentas yang

dalamnya ada perkataan ‘chun’ untuk dilekat oleh perasmi ke atas papan yang disediakan. Saya

telah melakukan semua ini dengan tingkah laku yang sopan dan tidak berlaku sebarang

kesilapan.

Page 3: Refleksi hp Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Sepanjang majlis tersebut, saya berasa bangga kerana telah berupaya melakukan setiap

prosedur seperti yang ditetapkan. Hal ini kerana rehearsal yang dijalankan tidak mencukupi

disebabkan tentatif yang sentiasa berubah. Saya haruslah sentiasa bersedia dengan perubahan

tentatif supaya tidak tergopoh-gopoh. Walaupun ada sedikit kesilapan berlaku apabila ahli

kumpulan cenderamata tidak sempat untuk mengambil cek tiruan untuk pihak penaja, namum

dengan sikap profesionalisme, saya tetap bertindak dengan secepat mungkin dan menangani

masalah tersebut dengan bersopan.

Melalui penglibatan saya sepanjang program ini, saya menyedari kepentingan mematuhi

prosedur, kod dan etika untuk menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Usher yang

bertugas di atas pentas merupakan simbol dan boleh menunjukkan imej bagi pihak seluruh ahli

program. Saya telah belajar cara untuk menangani segala masalah dengan beretika dan bersopan.

Ini amat memanfaatkan diri saya sewaktu saya menceburi diri ke alam pekerjaan nanti.