refleksi editing

8
Kadet Remaja Sekolah REFLEKSI KESELURUHAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH NAMA : PARAMESWARY A/P PERUMAL NO.KAD PENGENALAN: 891201-08-6122 KURSUS: PISMP MATEMATIK SEMESTER 4 AMBILAN : JUN 2013 Sebagai seorang pelajar saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam perkhemahanUnit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta perkhemahan unit beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Page 1

Upload: parameswary-perumal

Post on 12-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Kadet Remaja Sekolah

REFLEKSI KESELURUHAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMKADET REMAJA SEKOLAH

NAMA: PARAMESWARY A/P PERUMALNO.KAD PENGENALAN: 891201-08-6122KURSUS: PISMP MATEMATIK SEMESTER 4AMBILAN : JUN 2013Sebagai seorang pelajar saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam perkhemahanUnit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.

Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta perkhemahan unit beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Mutiara, Bukit Mertajam pada 09 April hingga 12 April 2012. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal.Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih semester 4.Semua guru pelatih PISMP semester 4 menyertai 4 unit uniform yang berlainan iaitu badan beruniform Kadet Remaja Sekolah, Pengkap, Pandu Puteri dan juga Bulan Sabit Merah. Selain itu, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester 4 juga turut mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.

Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya.Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di Kem Mutiara, Bukit Mertajam. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.

Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami di kem tersebut. Perkhemahan ini telah diketuai oleh saudari Logeswari a/p Kanagarajah. Kami telah berbincang mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPG Kampus Pulau Pinang. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber.

Saya telah dilantik sebagai AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan aktiviti-aktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut. Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di Kem Mutiara, Bukit Mertajam dan juga menguruskan jadual aktiviti untuk Kadet Remaja Sekolah. Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.

Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti telah mengadakan perjumpaan bersama semua ahli-ahli KRS untuk mendapatkan penyertaan ahli pasukan. Ahli-ahli KRS yang berminat telah memasuki pertandingan orentaring dan masakan rimba. Bagi station pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan pandu arah pula, semua guru pelatih perlu mengambil bahagian kerana ia adalah aktiviti wajib. Markah juga telah diambil bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi menyeimbangi kemasukan ahli-ahli dalam pertandingan yang diadakan saya mencadangkan agar semua ahli KRS perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan diadakan pada hari Sabtu di sebelah malam.

Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti. Tidak banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli KRS mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual aktiviti menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.

Pada 09 April 2015 Program Perkhemahan Unit Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 2 petang semua guru pelatih PISMP semester 4 telah diminta untuk berkumpul di gelenggara IPGKPP. Saya telah bersiap dengan beg galas dan berkumpul di gelenggara. Kemudian semua ahli yang berkumpul di gelenggara telah bergegas ke Unit Kokurikulam untuk mengambil barang-barang perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu. Kami ke bilik stor untuk memungah semula semua barang-barang tersebut ke gelenggara.

Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan kami menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian kami menunggu kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada pukul lebih kurang 2.00 petang. Kami telah disediakan dengan sebuah bas dan 3 buah van. Kami telah menyusun semua barang-barang perkhemahan di dalam bas. Seterusnya saya menaiki van yang disediakan oleh IPGKPP dan mendapatkan tempat duduk bersebelahan tingkap. Pada pukul 2.15 pagi bas dan van-van yang ditempah khas itu telah mula beredar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Perjalanan selama 40 minit telah diambil untuk sampai ke tapak Perkhemahan Mutiara Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Selepas sahaja sampai ke tapak perkhemahan, kami telah mendapat arahan untuk memilih khemah yang telah siap dipasang. Selepas khemah telah dipilih oleh semua guru pelatih, kami telah membersihkan khemah tersebut dengan menyapu dan lap kotoran yang terdapat. Di dalam khemah kami tersebut semua ahli KRS iaitu pelajar perempuan tinggal di khemah tersebut. Khemah kelihatan agak kotor dan air bertakung di atas tanah. Khemah tersebut tidak mempunyai sebarang kemudahan. Walaupun khemah kami tidak begitu baik seperti unit beruniform lain, kami dapat sesuaikan diri dengan khemah yang diberikan untuk kami.Kebersihan khemah yang kami tinggal sentiasa dijaga dengan baik. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain juga turut dipraktikan.

Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Zaki untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan juga peraturan-peraturan yang perlu kami diikuti sepanjang perkhemahan. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi untuk menyiapkan diri untuk memasang khemah dan juga membina gajet. Saya bersama rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasang khemah dan juga membuat gajet..Kami telah diberi 2 buah khemah.Kami telah diberikan tugas untuk memasang khemah dan juga membina gajet dalam masa 2 jam. Kami juga telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada 10 orang. Semua ahli dalam kumpulan mengambil bahagian dalam membuat pelbagai gajet dengan menggunakan beberapa ikatan yang kami telah dipelajari. Akhirnya, kami dapat berjaya menghiaskan kawasan khemah kami,. Sepanjang membina gajet, kami berasa sangat gembira kerana dapat pengalaman yang sangat ternilai. Banyak aktiviti telah dijalankan selama 4 hari tersebut. Refleksi semua aktiviti tersebut telah saya nyatakan dan juga telah disertakan dalam refleksi harian.

Pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Semua ahli dalam KRS juga saling bantu membantu dan juga saling bekerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti. Disinilah saya memahami betapa pentingnya hubungan antara kawan dan juga nilai-nilai murni yang patut ada pada setiap orang. Pensyarah-pensyarah juga turut membantu kami semasa kami melakukan aktiviti. Pensyarah sangat bersabar terhadap semua kesalahan yang kami buat sewaktu aktiviti dan mereka masih mengajar kami tentang sesuatu ilmu supaya tidak berlaku sebarang kesalahan dalam sesuatu aktiviti seperti ikatan dan juga memasang khemah. Memang tidak boleh dinafikan bahawa jika ketiadaan pensyarah maka tiadalah kami.

Sepanjang perkhemahan kami, juga terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan utama adalah kekurangan makanan yang telah disediakan untuk kami. Kuih muih hanya disediakan dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu seorang satu. Memang kesihan melihat pelajar lelaki yang minta kuih daripada pelajar lain. Makanan pagi juga tidak cukup untuk kami. Sebagaimana kita tahu bahawa kita perlu mengambil makanan pagi dengan kuantiti yang banyak. Hal ini kerana badan kita berfunsi dengan kadar pantas pada waktu pagi dan juga mudah berasa lapar apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang kuat. Tidak sampai pukul 10pg kami berasa sangat lapar dan apabila kami pergi untuk minuman pagi, kami hanya diberikan satu kuih.

Ancaman yang kami mengalami sewaktu perkhemahan kami adalah hujan lebat. Hujan sangat lebat pada hari Jumaat, Sabtu. Semasa aktiviti masakan rimba, kami terpaksa mempercepatkan masakan kita akibat hujan yang lebat. Selain itu, bumbung tempat tinggal kami bocor dan beg-beg kami telah basah akibat kebocoron bumbung. Suasana pada masa itu, sangat menjadi kelam kabut apabila kain-kain dan semua peralatan kami basah akibat hujan. Kami berasa sangat sejuk semasa tidur dan kami mengalami kesakitan bahagian tumit akibat kesejukan yang teruk .

Beberapa perkara yang boleh diperbaiki semasa perkhemahan. Antaranya ialah, penasihat unit beruniform perlu memberi masa yang mencukupi untuk tidur sekurang-kurangnya 7 jam. Hal ini kerana, ketidakcukupan tidur membawa keletihan kepada kami untuk menjalankan aktiviti dan juga tidak dapat menumpukan perhatian semasa berlaku pembelajaran teori. Jika seseorang mencukupi tidur, maka kita dapat menujukkan kekuatan kita sepenuhnya sepanjang aktiviti. Selain itu, kami juga perlu bangun pada pukul 5.30pg. Jika kami pergi tidur pada pukul 12am lebih dan bangun awal pagi 5.30, kami berasa sangat mengantuk dan langsung tidak boleh memberi perhatian yang sepenuhnya sewaktu latihan CPR yang diberikan untuk kami. Oleh sebab itu, pihak penganjur perlu memberi masa yang secukupnya kepada para pelatih guru yang akan datang menjalani perkhemahan.

Refleksi Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah

Page 1