refleksi dan hasil pembelajaran numoss

5
REFLEKSI PROGRAM STRATEGIC PLANNING AND TEAMBUILDING Melalui pelaksanaan program Strategic Planning and Teambuilding di bawah kelab NUMOSS, saya telah mempelajari untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan iaitu sebagai AJK Dokumentasi. Saya juga mempelajari bahawa komitmen yang tinggi perlu diberikan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya harungi, namun ketekalan diri dan sokongan dari kawan-kawan dan pensyarah menyebabkan saya tidak pernah berputus asa. Saya juga mempelajari bahawa kerjasama amat penting dalam melakukan sesuatu tugasan. Program ini tidak mungkin akan berjaya jika dilakukan tanpa kerjasama semua pihak. Program ini telah berjaya melatih meningkatkan tahap kecekapan berkomunikasi atau bersosial sesama pelajar di UKM dalam program Strategic Planning and Teambuilding. Selain itu, program ini juga melatih untuk bersikap berdisplin, bertanggungjawab, menepati masa, mendengar arahan dan paling penting berkerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas. Program ini juga telah mengajar saya bagaimana proses untuk berani bersuara di hadapan orang ramai untuk memberi arahan dalam menguruskan suatu pasukan. Malah, melalui program ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli NUMOSS serta dapat mengenali rakan-rakan yang lain dengan lebih rapat. Justeru, saya telah dapat mengaplikasikan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat melalui program

Upload: iffahroslan

Post on 27-Jul-2015

28 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi dan hasil pembelajaran numoss

REFLEKSI

PROGRAM STRATEGIC PLANNING AND TEAMBUILDING

Melalui pelaksanaan program Strategic Planning and Teambuilding di bawah kelab

NUMOSS, saya telah mempelajari untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan iaitu

sebagai AJK Dokumentasi. Saya juga mempelajari bahawa komitmen yang tinggi perlu

diberikan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang

terpaksa saya harungi, namun ketekalan diri dan sokongan dari kawan-kawan dan pensyarah

menyebabkan saya tidak pernah berputus asa. Saya juga mempelajari bahawa kerjasama amat

penting dalam melakukan sesuatu tugasan. Program ini tidak mungkin akan berjaya jika

dilakukan tanpa kerjasama semua pihak.

Program ini telah berjaya melatih meningkatkan tahap kecekapan berkomunikasi atau

bersosial sesama pelajar di UKM dalam program Strategic Planning and Teambuilding.

Selain itu, program ini juga melatih untuk bersikap berdisplin, bertanggungjawab, menepati

masa, mendengar arahan dan paling penting berkerjasama dalam melaksanakan sesuatu

tugas. Program ini juga telah mengajar saya bagaimana proses untuk berani bersuara di

hadapan orang ramai untuk memberi arahan dalam menguruskan suatu pasukan. Malah,

melalui program ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli NUMOSS serta

dapat mengenali rakan-rakan yang lain dengan lebih rapat. Justeru, saya telah dapat

mengaplikasikan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat melalui program

Strategic Planning and Teambuilding ini. Sesungguhnya saya sangat berterima kasih kepada

pihak yang telah banyak memberi tunjuk ajar bagi menjayakan program ini. Saya berharap

pengalaman yang saya timba melalui program ini dapat digunakan dalam program-program

akan datang.

Terima Kasih.

Page 2: Refleksi dan hasil pembelajaran numoss

HASIL PEMBELAJARAN

&

LAPORAN

HHHC 9301

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

Page 3: Refleksi dan hasil pembelajaran numoss

DEFINISI PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pengurusan maklumat bermaksud ilmu berkenaan kemahiran untuk menerima, mengesan, mengenalpasti, mendapat semula, menilai, memurni, menyusun, dan menggunakannya pada masa yang perlu dan mengambil manfaat untuk diri dan orang lain. Maklumat merupakan data, bahan dan pengetahuan yang tersusun dalam struktur yang mempunyai makna.

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi.

OBJEKTIF STRATEGIC PLANNING AND TEAMBUILDING

• Mendedahkan para pelajar kepada strategi pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen seterusnya lebih menyeronokkan.

• Memberi peluang kepada para pelajar membina kemahiran interpersonal dan komunikasi melalui aktiviti yang dianjurkan bersama.

• Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam berorganisasi dan berinteraksi dengan para peserta.

• Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah dalam kalangan pelajar serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa.

Page 4: Refleksi dan hasil pembelajaran numoss

Bagaimana Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dicapai melalui pelaksanaan Program Strategic Planning and Teambuilding?

Melalui Program Strategic Planning and Teambuilding, saya telah mempelajari untuk menguruskan

maklumat secara sistematik dan memberi maklumat dan data yang boleh difahami oleh semua pihak

iaitu AJK Tertinggi Program dan AJK-AJK lain. Saya juga sedar akan kepentingan penyediaan

maklumat yang tepat pada masa dan mudah difahami oleh semua pengguna maklumat supaya jelas

dan bebas dari sebarang kesilapan. Tambahan pula, melalui Program Strategic Planning and

Teambuilding saya juga telah mempelajari untuk menggalas tanggungjawab yang diberi dengan

sebaik-baiknya. Saya telah memberikan segala informasi kepada Ketua Pengarah Program supaya

semua perkara yang dalam perancangan dapat dilaksanakan.

Di samping itu, melalui program ini saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat

dipelajari secara teori dalam dewan kuliah. Contohnya, saya telah mempelajari cara-cara berurusan

dengan pihak-pihak atasan dan pihak luar. Kesabaran dan adab yang tinggi amat diperlukan dalam

urusan-urusan ini Program Strategic Planning and Teambuilding juga telah mengajar saya untuk

merancang masa dengan teratur supaya dapat melaksanakan setiap perkara dengan terancang

dalam tempoh yang tertentu.

Saya juga telah mempelajari pembelajaran sepanjang hayat dalam program OPKIM ini. Ini dapat

dibuktikan dengan saya sebagai AJK Dokumentasi iaitu menggunakan kamera untuk mengambil

gambar sepanjang program berlangsung. Kami menggunakan kamera telefon, kamera digital dan

kamera DSLR. Selain itu, saya juga mengunakkan software Photoshop untuk mengedit gambar dan

sebagainya yang berkaitan dengan program. Ini menunjukkan saya menggunakan pembelajaran

sepanjang hayat. Selain itu, saya juga dapat membuktikan lagi dengan mengunakan video maker

untuk menghasilkan video keseluruhan program. Saya juga dapat menimba ilmu dalam membuat

video kerana sebelum ini saya tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan video yang menarik.

Terima Kasih.