refleksi bmk

2
REFLEKSI AIZZATFITRI BIN OMAR Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian dan sebagainya. Selain itu,saya memperoleh dan mengetahui banyak ilmu pengetahuan baru mengenai pengucapan awam. Saya juga dapat menjelaskan takrif pengucapan awam. Selain itu saya dapat mengaplikasikan kemahiran menyampai secara kontekstual digarapkan dalam satu lingkungan kesantunan berbahasa yang baik. Melalui tugasan kerja kursus taksiran ini saya dapat melaksanakan aktiviti pengucapan awam dengan berkesan.Kelemahan yang saya alami sapanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya menyiapkan tugasan yang diberi pada saat akhir.Tugasan yang akan datang saya berazam akan menyiapkannya tugasan lebih awal dan tidak akan melengah-lengah untuk menyiapkan tugas.Saya bertekad akan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan saya. Disamping itu,saya dapat mengetahui mengenai kepentingan aspek komunikasi yang tepat mengikut kontekstual. Saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Selain itu saya berasa lebih

Upload: sitifatimah92

Post on 18-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

czczcdd

TRANSCRIPT

REFLEKSIAIZZATFITRI BIN OMAR

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian dan sebagainya. Selain itu,saya memperoleh dan mengetahui banyak ilmu pengetahuan baru mengenai pengucapan awam. Saya juga dapat menjelaskan takrif pengucapan awam. Selain itu saya dapat mengaplikasikan kemahiran menyampai secara kontekstual digarapkan dalam satu lingkungan kesantunan berbahasa yang baik. Melalui tugasan kerja kursus taksiran ini saya dapat melaksanakan aktiviti pengucapan awam dengan berkesan.Kelemahan yang saya alami sapanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya menyiapkan tugasan yang diberi pada saat akhir.Tugasan yang akan datang saya berazam akan menyiapkannya tugasan lebih awal dan tidak akan melengah-lengah untuk menyiapkan tugas.Saya bertekad akan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan saya. Disamping itu,saya dapat mengetahui mengenai kepentingan aspek komunikasi yang tepat mengikut kontekstual. Saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Selain itu saya berasa lebih yakin untuk berucap dihadapan khalayak ramai setelah menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Memberi kesedaran kepada saya mengenai kepentingan menguasai komunikasi mengikut tata cara dan kesantunan berbahasa untuk memantapkan kemahiran menyampai pengucapan awam kepada saya sebagai seorang guru. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan atas kerjasama yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada senior-senior dan rakan-rakan yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya.