refleksi bmk

2
REFLEKSI MOHD NAZMI AZERI BIN SAIDI Terlebih dahulu, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Taksiran - Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu Kontekssual ini di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Tn. Haji Amidin bin Zim iaitu pensyarah kami. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat melaksanakan dengan baik sekali. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya berusaha untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dan mengikut kehendak soalan, pelbagai cara saya lakukan untuk menyiapkan tugasan ini iaitu termasuk mencari maklumat daripada akhbar, internet serta sumber-sumber lain. Melalui ini, saya dapat belajar dan mengetahui perkara-perkara baru yang berkaitan dengan pengucapan awam serta dapat meningkatkan kaedah serta cara saya mendapatkan maklumat. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar dan mengakses maklumat berkaitan pengertian dan kepentingan komunikasi daripada pelbagai sumber. Sebelum ini, saya tidak begitu mengendahkan dan kurang mengambil perhatian akan apa sebenarnya kepentingan Bahasa Melayu Konteksual. Tetapi, setelah ditugaskan melaksanakan tugasan ini dapatlah saya mengetahui apa itu kemahiran belajar termasuklah kepentingannya. Saya juga telah menghuraikan sumber dan media yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Seterusnya, saya juga

Upload: sitifatimah92

Post on 04-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

zxzzz

TRANSCRIPT

REFLEKSIMOHD NAZMI AZERI BIN SAIDITerlebih dahulu, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Taksiran - Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu Kontekssual ini di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Tn. Haji Amidin bin Zim iaitu pensyarah kami. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat melaksanakan dengan baik sekali.Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya berusaha untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dan mengikut kehendak soalan, pelbagai cara saya lakukan untuk menyiapkan tugasan ini iaitu termasuk mencari maklumat daripada akhbar, internet serta sumber-sumber lain. Melalui ini, saya dapat belajar dan mengetahui perkara-perkara baru yang berkaitan dengan pengucapan awam serta dapat meningkatkan kaedah serta cara saya mendapatkan maklumat.Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar dan mengakses maklumat berkaitan pengertian dan kepentingan komunikasi daripada pelbagai sumber. Sebelum ini, saya tidak begitu mengendahkan dan kurang mengambil perhatian akan apa sebenarnya kepentingan Bahasa Melayu Konteksual. Tetapi, setelah ditugaskan melaksanakan tugasan ini dapatlah saya mengetahui apa itu kemahiran belajar termasuklah kepentingannya.Saya juga telah menghuraikan sumber dan media yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Seterusnya, saya juga dapat belajar cara cara untuk menyampaikan sesuatu perkara melalui intonasi dan gaya gaya penyampaian. Selain itu saya juga belajar mengenai verbal dan non verbal.Sememangnya, selaku manusia biasa kita tidak boleh mengelak daripada melakukan kesilapan. Begitu juga dengan saya, terdapat beberapa kelemahan dalam saya menyiapkan tugasan ini antaranya ialah kekurangan sumber dan bahan rujukan. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini, saya terpaksa berkongsi sumber dengan sahabat-sahabat yang lain kerana bahan rujukan yang begitu terhad selain menggunakan Internet sebagai bahan rujukan lain. Walau bagaimanapun saya tetap berjaya menyiapkan tugasan ini.