refleksi bimbingan dan kaunseling

2
REFLEKSI Nama : Wan Mohamad Saufi bin Wan Mustafa Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang saya hormati, Tn. Haji Mohamad Ali bin Che Awang Teh kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat lain yang membantu terutamanya saudara Farhan kerana meminjamkan saya banyak buku rujukan berkenaan tugasan ini. Sebelum Sebelum memulakan tugasan ini, saya bersama pasangan saya, Muhammad Zulfadli Akmal Muzaffar membaca dengan teliti terlebih dahulu tentang tugasan yang diberikan. Pertamanya kami melihat soalan yang diberikan dan kemudian kami melihat pula bagaimana kriteria yang yang diperlukan untuk mendapat jawapan yang baik. Apabila kami dapat memahami dengan baik soalan yang telah diberikan, kami membahagikan tugasan supaya senang untuk kami membuatnya secara serentak. Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B dimana saya perlu menyiapkan bahagian A dan Akmal perlu menyiapkan bahagian B. Selesai pembahagian tugas, kami bersama-sama bergerak untuk mencari bahan rujukan di perpustakaan IPG Sultan Mizan dan juga perpustakaan di Kampong Raja. Namun, kebanyakan buku yang kami pinjam tidak begitu menepati kehendak soalan. Alhamdulillah saudara Farhan banyak memberi pinjam bukunya kepada saya untuk dijadikan rujukan. Semasa Dalam tempoh yang diberikan ini, saya cuba menyiapkan tugasan yang ini walaupun dalam sibuk berpraktikum. Oleh itu, saya perlu

Upload: ibnu-mustafa

Post on 24-Apr-2017

271 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

REFLEKSI

Nama : Wan Mohamad Saufi bin Wan Mustafa

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang saya

hormati, Tn. Haji Mohamad Ali bin Che Awang Teh kerana telah banyak membantu saya dalam

menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat lain yang membantu

terutamanya saudara Farhan kerana meminjamkan saya banyak buku rujukan berkenaan

tugasan ini.

Sebelum

Sebelum memulakan tugasan ini, saya bersama pasangan saya, Muhammad Zulfadli

Akmal Muzaffar membaca dengan teliti terlebih dahulu tentang tugasan yang diberikan.

Pertamanya kami melihat soalan yang diberikan dan kemudian kami melihat pula bagaimana

kriteria yang yang diperlukan untuk mendapat jawapan yang baik. Apabila kami dapat

memahami dengan baik soalan yang telah diberikan, kami membahagikan tugasan supaya

senang untuk kami membuatnya secara serentak. Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu bahagian A dan B dimana saya perlu menyiapkan bahagian A dan Akmal perlu

menyiapkan bahagian B. Selesai pembahagian tugas, kami bersama-sama bergerak untuk

mencari bahan rujukan di perpustakaan IPG Sultan Mizan dan juga perpustakaan di Kampong

Raja. Namun, kebanyakan buku yang kami pinjam tidak begitu menepati kehendak soalan.

Alhamdulillah saudara Farhan banyak memberi pinjam bukunya kepada saya untuk dijadikan

rujukan.

Semasa

Dalam tempoh yang diberikan ini, saya cuba menyiapkan tugasan yang ini walaupun

dalam sibuk berpraktikum. Oleh itu, saya perlu membahagikan masa saya dengan baik supaya

saya sempat menyelesaikan tugasan ini disamping saya membuat Rancangan Pengajaran

Harian dan Bahan Bantu Mengajar. Saya tidak mampu untuk menyiapkannya diwaktu hujung

minggu kerana terdapat tanggungjawab yang perlu diselesaikan dirumah. Hal ini adalah kerana

keadaan ibu saya yang kurang sihat dan hanya mampu untuk berjalan menggunakan tongkat 4

kaki sahaja.

Dalam menyelesaikan tugasan A, saya sedikit kurang faham bagaimana mahu

menganalisis masalah murid. Oleh itu, Farhan banyak membantu saya dalam hal ini. Saya

Page 2: REFLEKSI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

banyak menggunakan buku rujukan yang lepas seperti Murid dan Alam Belajar dan juga buku

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Dalam kedua-dua buah buku rujukan ini, banyak

diterangkan bagaimanauntuk menganalisis masalah murid. Alhamdulillah saya mampu untuk

menyiapkan tugasan tentang cara menganalisis murid itu.

Selepas

Selesai daripada tugasan ini, bila direnungkan kembali, terdapat banyak input yang

membantu saya dalam kehidupan saya sebagai seorang guru. Guru merupakan orang yang

sangat hampir dengan murid-murid. Oleh itu, apabila mereka mempunyai masalah, kita adalah

orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi murid-murid disekolah

rendah. Disinilah permulaan bagi mereka untuk membentuk peribadi yang baik kelak dan guru

adalah orang yang diamanahkan. Akhir kata, saya berharap saya dapat mengaplikasikan teori

dan terapi dalam bidang bimbingan dan kaunseling ini semasa sesi praktikum ini dan waktu

saya bekerja sebagai seorang guru kelak. Insyallah.