refleksi basic math

2
Refleksi NURDIANA BINTI YUNUS (850428-10-5278) Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan yang diberikan dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh yang diberikan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebelum melaksanakan tugasan. Apabila mendapat tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya memahami kehendak soalan bersama dengan rakan sekumpulan dan cuba untuk mencari maklumat didalam internet dan didalam perpustakaan.Kami memberikan tugas bersama ahli kumpulan yang lain.Perasaan saya pada masa itu sangat teruja untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam pada masa sama saya merasa sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan ini kerana memikirkan terlalu banyak tugasan yang perlu di siapkan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan pelbagai halangan saya hadapi,antaranya dari segi kos,masa dan sumber rujukan. Pelbagai halangan dapat saya tempuhi dengan tenang dan alhamdulillah saya berpuas hati dengan hasil kerja bersama dengan rakan-rakan. Pada semester ini basic matematik menekankan kepada tajuk pengumpulan data dan sedikit sebanyak saya pelajari untuk membuat pengiraan data yang tepat dan cepat. Dalam tajuk ini saya dapat memahami dengan lebih dalam tajuk min, mod dan mediam. Selain daripada itu juga kami telah membuat soalan kaji selidik dan bertanya kepada responden yang terlibat dan alhamdulilah kami telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 16-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Refleksi NURDIANA BINTI YUNUS (850428-10-5278)Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan yang diberikan dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh yang diberikan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebelum melaksanakan tugasan. Apabila mendapat tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya memahami kehendak soalan bersama dengan rakan sekumpulan dan cuba untuk mencari maklumat didalam internet dan didalam perpustakaan.Kami memberikan tugas bersama ahli kumpulan yang lain.Perasaan saya pada masa itu sangat teruja untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam pada masa sama saya merasa sedikit tertekan untuk menyiapkan tugasan ini kerana memikirkan terlalu banyak tugasan yang perlu di siapkan.Sepanjang proses menyiapkan tugasan pelbagai halangan saya hadapi,antaranya dari segi kos,masa dan sumber rujukan. Pelbagai halangan dapat saya tempuhi dengan tenang dan alhamdulillah saya berpuas hati dengan hasil kerja bersama dengan rakan-rakan. Pada semester ini basic matematik menekankan kepada tajuk pengumpulan data dan sedikit sebanyak saya pelajari untuk membuat pengiraan data yang tepat dan cepat. Dalam tajuk ini saya dapat memahami dengan lebih dalam tajuk min, mod dan mediam.Selain daripada itu juga kami telah membuat soalan kaji selidik dan bertanya kepada responden yang terlibat dan alhamdulilah kami telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua responden. Ini juga pengalaman yang sangat baru yang saya pelajariSaya berasa amat bersyukur kerana mendapat rakan-rakan yang sering membantu jika terdapat kesulitan sepanjang menyiapkan tugas ini. Tambahan pula mendapat pensyarah matematik yang sering memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menyiapkan tugasan ini terutama Cik viji serta puan Nazimah yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan, rakan-rakan kumpulan iaitu Nurhasliza dan munirah serta rakan-rakan didalam kelas yang banyak memberikan pandangan dan pendapat dalam menyiapkan tugasan ini. Dan kepada keluarga yang banyak memberikan dorongan dan semangat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.