refleksi acara trek lari jarak sederhana

6

Click here to load reader

Upload: pei-see-lps

Post on 15-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Refleksi Acara Trek Lari Jarak Sederhana

Refleksi Acara Trek Lari Jarak Sederhana

Setelah membaca berita Atlet Pilihan tersingkir dari Olimpik dalam Utusan Online, saya memahami bahawa Lari Jarak Sederhana biasanya terdapat dua acara yang digolongkan sebagai acara jarak sederhana, iaitu 800 meter dan 1500 meter. Kedua-dua acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Keperluan acara jarak sederhana ini meliputi komponen-komponen seperti kelajuan, kekuatan dan daya tahan otot dan kardiovaskular. Pemegang rekod untuk acara 800 meter adalah bagi kategori lelaki iaitu Wilson Kipketer (1: 42.11) cologne 24 Ogos 1997 dan bagi wanita ialah Jarmila kratochilova (1:53.28) Munich 26 Julai 1983. Malah, bagi lelaki remaja pula ialah AbuBaker Kaki Khamis (1:42.69) Oslo 6 Jun 2008 dan remaja wanita ialah Pamela Jelimo (1:54.01) Zurich 29 Ogos 2008.

Pemegang rekod untuk acara 1500 meter bagi kategori lelaki ialah Hicham El Guerrouj (3:26.00) Rome 14 Julai 1998 dan bagi wanita ialah Yunxia Qu (3:50.46) Beijing 11 September 1993.

Semasa Sukan Olimpik Sydney 2000, atlet Jerman, Nils Schumann telah mencipta kejutan dalam 800 meter lelaki akhir apabila dia menewaskan pemegang rekod dunia, Wilson Kipketer. Pada masa itu, Aissa Djabir Said-Geurni dari Algeria meraih gangsa. Acara lari jarak sederhana iaitu acara 800 meter adalah sejenis acara larian yang dijalankan di atas trek sama ada berturap atau di atas rumput. Semasa permulaan larian, setiap peserta akan ditentukan lorong masing-masing mengikut undian. Pelari yang diletakkan di lorong pertama dianggap paling baik, kerana dia dapat melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh peserta lain memandangkan kedudukan mereka adalah di hadapan mengikut lorong.

Bagi acara lari jarak jauh sederhana iaitu 800 meter, apabila pelari melepasi 100 meter pertama, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Di sini pelari yang berada di lorong paling luar perlu memotong masuk mengikut satu garisan lurus. Dalam acara 800 meter, pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut (spikes) atau tidak memakai kasut. Namun begitu berlari dengan memakai kasut adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek. Selain daripada itu, baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud halangan ketika berlari (seperti gambar yang dirujuk). Pakaian mesti bersih dan tidak lut sinar serta tidak menjolok mata apabila pakaian peserta basah. Jika pakaian tidak senonoh maka pelari itu boleh dibatalkan penyertaannya. Ini adalah kerana dia akan mengganggu konsentrasi peserta lain. Pada setiap pelari, nombor mesti dilekatkan pada baju dan seluarnya supaya mereka senang dikenal pasti oleh pengadil.

Semua peserta bagi acara ini akan dimulakan dengan arahan ke garisan (bersedia) kemudian pistol akan ditembak. Dalam acara 800 meter, cara permulaan dengan cara berdiri amat sesuai sekali. Satu perkara yang penting di sini ialah ketika pelari dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan linear force. Begitu juga dengan horizontal force dan vertical force. Ini kerana dengan adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila ditolak. Selain itu, pelari juga dilarang tolak-menolak ketika larian berlangsung. Jika ada di antara peserta menolak maka penyertaan mereka akan dibatalkan. Selain daripada itu, mereka juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari lain. Jika ada di antara pelari yang mendapat sebarang bantuan dari luar maka dengan automatik larian mereka dibatalkan walaupun mendapat kedudukan pertama.

Bagi pelari dalam acara jarak sederhana (800 meter) selalu menggunakan cara berdiri semasa permulaan. Ia digunakan kerana kaki dapat diletak paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki. Setiap peserta perlu menghabiskan dua pusingan dalam sebuah trek 400 meter. Untuk menghabiskan dua pusingan itu, jika mereka menerima bantuan luar atau tidak berlari atas trek maka mereka dibatalkan keputusan walaupun mereka mendapat tempat pertama.

Apabila tiba di garisan penamat, pelari berusaha melepasi badan dan kaki mereka masing-masing . Dengan kata lain, bahagian dada menjadi ukuran penting. Masa diambil apabila api kelihatan dari pistol hingga peserta tiba ke garisan penamat (dada menyentuh benang).

Kesimpulannya, untuk melakukan acara ini ataupun acara-acara lain dengan sempurna, ianya hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan (warming down). Aktiviti memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat mengadaptasikan dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlet melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlet bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot. Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ini boleh dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fisikal seseorang atlet yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlet untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik.Acara

Trek Lari

Jarak Sederhana