refleksi 1 pbsm

7
Refleksi 1 Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini adalah “Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya telah memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya. Antara ilmu baharu yang telah saya dapat adalah melalui tugasan ini, saya telah dapat mengenali secara lebih mendalam tentang kehidupan pengasas Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia iaitu Jean Hendry Dunant. Contohnya, saya telah mengetahui bahawa Jean Hendry Dunant yang pada asalnya dilahirkan di sebuah keluarga yang kaya dan pernah memegang jawatan sebagai seorang pengurus bank serta seorang peniaga, akhirnya sanggup mengorbankan perniagaannya dan meninggalkan kehidupannya yang begitu mewah demi memberi bantuan kepada mangsa peperangan di Solferino dan memulakan penubuhan Jawatankuasa Palang Merah. Sifat mulia yang diamalkan dalam diri Jean Hendry Dunant iaitu sanggup berkorban demi kebajikan orang lain sebenarnya amat saya kagumi. Melalui sifat serta tindakan beliau, saya telah mendapat kesedaran bahawa kita sebagai seorang bakal guru seharusnya mencontohi sifat beliau yang sanggup berkorban contohnya mengorbankan masa untuk mengajar dan membimbing pelajar yang lemah supaya boleh membantu mereka untuk menjadi seorang pelajar yang berkebolehan seperti pelajar yang lain. Seterusnya, melalui tajuk sejarah penubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia pula, saya telah mendapat tahu bahawa cawangan pertama yang ditubuhkan adalah terletak di Borneo Utara (Sabah) pada Mei 1948 dengan nama Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo

Upload: rowena-lim

Post on 29-Dec-2015

123 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KKp

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi 1 PBSM

Refleksi 1

Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan

tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang

telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini

adalah “Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya

telah memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.

Antara ilmu baharu yang telah saya dapat adalah melalui tugasan ini, saya telah

dapat mengenali secara lebih mendalam tentang kehidupan pengasas Persatuan Bulan

Sabit Merah Malaysia iaitu Jean Hendry Dunant. Contohnya, saya telah mengetahui bahawa

Jean Hendry Dunant yang pada asalnya dilahirkan di sebuah keluarga yang kaya dan

pernah memegang jawatan sebagai seorang pengurus bank serta seorang peniaga,

akhirnya sanggup mengorbankan perniagaannya dan meninggalkan kehidupannya yang

begitu mewah demi memberi bantuan kepada mangsa peperangan di Solferino dan

memulakan penubuhan Jawatankuasa Palang Merah.

Sifat mulia yang diamalkan dalam diri Jean Hendry Dunant iaitu sanggup berkorban

demi kebajikan orang lain sebenarnya amat saya kagumi. Melalui sifat serta tindakan beliau,

saya telah mendapat kesedaran bahawa kita sebagai seorang bakal guru seharusnya

mencontohi sifat beliau yang sanggup berkorban contohnya mengorbankan masa untuk

mengajar dan membimbing pelajar yang lemah supaya boleh membantu mereka untuk

menjadi seorang pelajar yang berkebolehan seperti pelajar yang lain.

Seterusnya, melalui tajuk sejarah penubuhan Persatuan Bulan Sabit Malaysia pula,

saya telah mendapat tahu bahawa cawangan pertama yang ditubuhkan adalah terletak di

Borneo Utara (Sabah) pada Mei 1948 dengan nama Persatuan Palang Merah British

Cawangan Borneo Utara dan seterusnya adalah cawangan di negeri Sarawak. Beberapa

cawangan turut ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu. Selepas zaman kemerdekaan

pula, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1962.

Setelah Malaysia dibentuk pada tahun 1963, satu akta iaitu Malaysian Red Cross Society

(Incorporation) Act 1965 telah digubal untuk menubukan Persatuan Palang Merah Malaysia.

Sebagai seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, sejarah penubuhan persatuan

ini merupakan salah satu perkara yang perlu kita ketahui. Lebih-lebih lagi, kita sebagai bakal

guru perlu memenuhi diri kita dengan segala ilmu yang berkaitan dengan asal-usul

pertubuhan ini agar dapat menyampaikan ilmu yang betul dan tepat kepada anak murid

pada masa hadapan. Intihanya, tajuk ini telah mendatangkan pelbagai ilmu pengetahuan

baharu kepada saya.

Page 2: Refleksi 1 PBSM

Refleksi 2

Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan

tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang

telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini

adalah “Struktur dan Organisasi Persatuan Bulan Sabit Malaysia”. Segala isi dalam tajuk ini

sememangnya telah memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.

Antaranya adalah melalui tajuk ini, saya lebih memahami tentang struktur organisasi

dalam persatuan ini. Berdasarkan pengalaman di sekolah sebelum ini, saya hanya

mengetahui bahawa organisasi sesebuah persatuan semestinya terdiri daripada

jawatankuasa induk iaitu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari serta

beberapa orang jawatankuasa kerja. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa

struktur organisasi Persatuan Bulan Sabit Malaysia sebenarnya terdiri daripada 2 bahagian.

Bahagian pertama adalah berdasrkan kepada akta Parlimen dimana penaung

persatuan ialah Seri Paduka Baginda Ynag Dipertuan Agong. Presiden persatuan pula

dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.Terdapat 5 orang naib presiden yang

terdiri daripada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Menteri

Kesihatan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran serta Menteri Pertahanan. Bahagian

kedua adalah struktur organisasi pusat PBSM yang terdiri daripada senat PBSM, Majlis

Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan serta Jawatankuasa-jawatankuasa

Kebangsaan.

Lebih-lebih lagi, melalui tugasan ini juga saya telah dapat mengetahui bahawa

cawangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang terdapat di setiap negeri dikenali

sebagai Cabang yang ditadbir oleh Jawatankuasa Cabang serta cawangan yang terdapat di

setiap daerah pula dikenali sebagai Chapter yang ditadbir oleh jawatankuasa Chapter. Unit-

unit di sekolah yang pernah saya sertai adalah di bawah peringkat Chapter.

Secara kesimpulannya, melalui tajuk tugasan ini saya telah mendapat kesedaran

bahawa sesebuah persatuan seharusnya mempunyai struktur organisasinya yang teratur

dan terdiri daripada para pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa. Hal ini demikian

kerana setiap pemimpin ini telah memainkan peranan yang penting dan mempunyai

tanggungjawab masing-masing bagi memastikan segala urusan dalam persatuan dapat

berjalan dengan lancar dan sempurna.

Page 3: Refleksi 1 PBSM

Refleksi 3

Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan

tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang

telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini

adalah “Perlembagaan Pertubuhan”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya telah

memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan yang biasanya dikenali

sebagai peraturan merupakan sesuatu perkara yang wajib diwujudkan dan dititikberatkan di

setiap persatuan yang telah ditubuhkan. Melalui tugasan ini, saya telah berpeluang untuk

mengenali dan memahami secara lebih mendalam lagi tentang perlembagaan Persatuan

Bulan Sabit Merah Malaysia. Merujuk kepada subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-

persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta

Kerajaan Malaysia jilid 42, No.11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh

1998, perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia termasuklah 15 perkara,

antaranya adalah nama dan alamat persatuan, matlamat, objektif, keahlian, guru penasihat,

ahli jawatankuasa, bidang tugas ahli jawatankuasa, bahagian kewangan, penyertaan,

aktiviti, peraturan-peraturan, pindaan perlembagaan, perbubaran persatuan, tindakan

disiplin serta hal-hal lain.

Selain itu, saya juga mendapat tahu bahawa terdapat juga beberapa perkara lain

yang turut boleh dimasukkan dalam perlembagaan persaturan. Antaranya termasuklah

lencana atau logo persatuan, cogan kata, tugas persuratan di peringkat institusi pendidikan,

cawangan, daerah, negeri dan cawangan, pendaftaran persatuan serta jawatankuasa kecil.

Tugasan ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa perlembagaan

sebenarnya merupakan satu elemen yang tidak boleh dikurangkan atau diabaikan dalam

proses menubuhkan sesuatu persatuan. Hal ini demikian kerana dengan adanya

perlembagaan atau peraturan yang telah dirancang dan ditetapkan, maka setiap orang ahli

dalam persatuan tersebut perlulah mematuhinya. Setiap urusan pentadbiran juga perlu

dilaksanakan berdasarkan kepada perlembagaan tersebut. Hal ini secara tidak langsung

dapat memastikan segala urusan dalam sesebuah persatuan dapat berjalan dengan lancar

dan teratur. Dengan ini juga, setiap ahli persatuan dapat dilatih untuk menjadi ahli yang

berdisiplin.

Page 4: Refleksi 1 PBSM

Refleksi 4

Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan

tugasan tajuk pertama ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tajuk pertama yang

telah saya siapkan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus Unit Beruniform ini

adalah “Pengurusan dan Pentadbiran”. Segala isi dalam tajuk ini sememangnya telah

memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada saya.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari tentang visi, misi serta motto Persatuan

Bulan Sabit Merah Malaysia. Visi persatuan ini adalah “Untuk dikenali sebagai organisasi

kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”, misinya pula

adalah “Berkhidmat kepada golongan yang memerlukannya dengan berkesan” manakala

motto bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ““Inter arma carita” (di dalam

peperangan ada kebajikan) dan “PerHumanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju

keamanan)”.

Di samping itu, saya juga mempelajari tentang beberapa pelan strategik yang

berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti teras persatuan. Antara aktiviti-aktivit teras persatuan

termasuklah promosi prinsip-prinsip asas pergerakan dan nilai-nilai kemansiaan,

pengurusan bencana, perkhidmatan ambulans, kesihatan dan penjagaan dalam masyarakat

dan latihan pertolongan cemas.

Tambahan pula, sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini, saya juga boleh

mengetahui secara lebih mendalam tentang pembangunan organisasi bagi Persatuan Bulan

Sabit Merah Malaysia, Institut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah ditubuhkan

di sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT), serta Belia Persatuan.

Segala pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Persatuan

Bulan Sabit Merah Malaysia ini sememangnya amat berguna kepada saya. Hal ini demikian

kerana dengan adanya pengetahuan ini, saya dapat menguruskan Persatuan Bulan Sabit

Merah di sekolah secara lebih lancar dan teratur sekiranya saya diberi peluang untuk

menjadi guru penasihat bagi persatuan ini pada masa akan datang.