totaps dan rice pbsm

26
KECEDERAAN DAN REHABILITASI SUKAN (DKK 4114) PROSES PENILAIAN KECEDERAAN SUKAN Department of Sport & Exercise Science Khairul Azlan Taib BSc .(hons) UiTM

Upload: marcus-gundi

Post on 10-Dec-2014

627 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Nota ringkas

TRANSCRIPT

Page 1: Totaps Dan Rice Pbsm

KECEDERAAN DAN REHABILITASI SUKAN(DKK 4114)

PROSES PENILAIAN KECEDERAAN SUKAN

Department of Sport & Exercise Science

Khairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM

Page 2: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Terapi R.I.C.E

R (“Rest”)

• Merehatkan bahagian yang cedera. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan di paras yang yang lebih tinggi drp jantung.

• Kedudukan ini mengurangkan pendarahan dalaman.

Page 3: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Terapi R.I.C.E

I (“Ice”)• Menggunakan ais pada bahagian yang cedera.

Keadaan yang sejuk akan mengecutkan kapilari darah dan akan menghentikan perdarahan.

• Ulang rawatan ais setiap 15-20 minit selama 2-3 jam. Tempoh rawatan terapi ais ini bergantung kepada tahap kecederaan.

Page 4: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Terapi R.I.C.E

C (“Compression”)• Membalut bahagian yang cedera.• Balut menggunakan pembalut yang sejuk atau

pek ais.• Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas

di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih longgar.

Page 5: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Terapi R.I.C.E

E (“Elevation”)• Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras

jantung.• Ini mengurangkan pengaliran darah ke bahagian

yang cedera dan boleh menyebabkan pembekuan darah di situ.

• Ia juga boleh mengelakkan keadaan tisu bengkak disebabkan pengumpulan cecair tisu yang melambatkan pemulihan.

Page 6: Totaps Dan Rice Pbsm

Bagaimana Mengelak Kecederaan

Tiga Peraturan Asas1. Benar-benar bersedia pada tahap

kecergasan yang dikehendaki secara individu untuk sesuatu jenis sukan.

2. Memanaskan badan dan menyejukkan badan.

3. Menggunakan peralatan dan teknik yang betul dan bersesuaian. Elakkan melakukan latihan berlebihan dari keupayaan sebenar.

Page 7: Totaps Dan Rice Pbsm

Kecederaan Kepala

AMARANKecederaan kepala dan leher boleh menjadi serius jika :

1. Rasa kekebasan atau rasa tercucuk-cucuk pada tangan dan kaki atau

2. Jika sama ada tangan ataupun kaki tidak boleh bergerak.

Page 8: Totaps Dan Rice Pbsm

PERINGATAN

• Terkeluar bendalir/cecair berwarna cerah daripada hidung atau telinga.

• Keluar darah daripada hidung dan telinga.

Menandakan Tengkorak Kepala Mengalami Keretakan

DAPATKAN SEGERA BANTUAN PERUBATAN

CALL 999

Page 9: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC

D (“Danger”)• Elakkan Bahaya kepada mangsa dari

persekitaran.

R (“Response”)• Periksa mangsa samada bertindakbalas

kepada deria cahaya, suara, bunyi, sentuh, bau dan rasa.

Page 10: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC

A (“Airway”)• Lapangkan saluran udara. Pastikan

pernafasan mangsa tidak tersekat-sekat atau berbunyi kuat.

B (“Breathing”)• Pastikan adanya pernafasan melalui mulut

dan hidung.

Page 11: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC

• Sekiranya mangsa tidak bernafas, segera lakukan cara pulih nafas “Expired Air Resuscitation” (EAR). Kaedah pulih nafas mulut ke mulut.

• 2 kali hembusan, periksa pernafasan, ulang sehingga pulih.

Page 12: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC

C (“Circulation”)• Peredaran darah melalui denyutan nadi – mengesan denyutan

jantung melalui denyutan nadi karotid. • Sekiranya tiada denyutan nadi bermakna denyutan jantung

telah berhenti. • Tindakan untuk merangsang semula denyutan jantung melalui

kaedah CPR “Cardiopulmonary resuscitation”.

Page 13: Totaps Dan Rice Pbsm

RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)• Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada

mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas

• Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada

• Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan

• Dua sebab utama CPR dilakukan: *terhenti pernafasan *tiada nadi

Page 14: Totaps Dan Rice Pbsm

Catatan:

• Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.

• Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.

• Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

Page 15: Totaps Dan Rice Pbsm

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR

1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.

2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.

3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

4. Buang sebarang benda asing dari mulut.

5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

7. Tentukan mulutnya terbuka.

8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

Page 16: Totaps Dan Rice Pbsm

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR

9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati.

11. Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.

12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.

13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.

14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit

Page 17: Totaps Dan Rice Pbsm

KAEDAH CPR SEORANG DIRISiasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan

badan. dapatkan bantuan.Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa

seluruh badan.Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.

Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit.

Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:

- letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang

dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)

- berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)

-selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.

-lakukan sehingga bantuan pakar tiba.Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan

bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya

nadi tiada.Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam

kedudukan pemulihan.

Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Page 18: Totaps Dan Rice Pbsm

KEDUDUKAN TEKANAN CPR

Page 19: Totaps Dan Rice Pbsm

KEDUDUKAN PEMULIHANApabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

Page 20: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.S

T (“Talk”)

• Bercakap bagi menenangkan mangsa.

O (“Observe”)

• Pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerak balas.

Page 21: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.S

T (“Touch”)• Sentuhan untuk menentukan tahap kesakitan dan

bahagian yang cedera.

A (“Active”)• Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa sendiri,

sekiranya ada kesakitan beri rawatan pertolongan cemas.

Page 22: Totaps Dan Rice Pbsm

Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.S

P (“Passive”)• Pembantu mula melakukan pergerakan pasif

dengan perlahan-lahan pada bahagian yang cedera melalui julat pergerakan yang normal.

S (“Skill Test”)• Menguji kemahiran sebelum dan selepas

rawatan. Pastikan mangsa dapat melakukan kemahiran yang digunakan dalam permainannya.

Page 23: Totaps Dan Rice Pbsm

CARA MEMERIKSA NADI

Page 24: Totaps Dan Rice Pbsm

Carta Aliran Prosedur DR ABC dan TOTAPS

Mangsa dalam keadaan bahaya ?

Mangsa sedar ?

TIDAK

YA

YA

TIDAK

Bertindak

Mengawal unsur yang mengancam keselamatan magsa.

Alihkan mangsa ke tempat yang selamat.

Bertindak Terus1. Memeriksa

saluran udara.2. Memeriksa

pernafasan.3. Memeriksa

pengaliran darah / denyutan nadi.

D

R

A

B

C

Page 25: Totaps Dan Rice Pbsm

ResponseResponse

CirculationCirculation

TOTAPTOTAPAirwayAirway

BreathingBreathing

No Response Response

BreathingNo Breathing (EAR)

No Pulse (CPR) Pulse (Continue EAR)

DANGERDR

B

A

C

Page 26: Totaps Dan Rice Pbsm

TERIMA KASIH