waj3111 pbsm

6
2.1 jenis-jenis gajet dan kegunaannya Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah. Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya; i. kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya. ii. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya iii. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan. Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya. Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan.

Upload: syakir-maarif-bin-mastor

Post on 27-Oct-2015

285 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

2.1 jenis -jenis gajet dan kegunaannya, 3.2 tujuan perkhemahan,3.5 pemilihan tempat perkhemahan

TRANSCRIPT

Page 1: WAJ3111 pbsm

2.1 jenis-jenis gajet dan kegunaannya

Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah.

Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya;

i. kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.

ii. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya

iii. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.

Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh

dibuat dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.

Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan.

Maksud Gajet

i. Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil.

Page 2: WAJ3111 pbsm

Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan

dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak

perkhemahan

Jenis-jenis gajet:

1. Gajet dapur

2. Gajet peralatan kerja

3. Gajet meja

4. Gajet tempat kasut

5. Gajet ampaian pakaian

6. Gajet pintu gerbang dan jambatan

7. Gajet tiang bendera

8. Gajet papan kenyataan

9. Gajet makanan

10. Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak

11. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya.

12. Gajet pagar dan sebagainya

Page 3: WAJ3111 pbsm

3.2 tujuan perkhemahan

1. Sebagai satu proses kaedah

pembelajaran

2. Melatih berdikari dan konsep kendiri positif

3. Membina kerjasama dan persatuan dan persaudaraan

4. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.

5. Meningkatkan kecekapan dan kendiri.

6. Menghayati erti batasan kehidupan.

Page 4: WAJ3111 pbsm

7. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.

8. Meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan disiplin.

9. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

10. Memupuk semangat tolong menolong.

11. Mengisi masa lapang

3.5 pemilihan tapak perkhemahan

  Faktor Pemilihan tapak atau kawasan perkhemahan yang sesuai :

1. Keselamatan.

2. Kesesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan.

3. Kesesuaian dari segi keluasan tapak berdasarkan bilangan peserta.

4. Tanah atau tapak yang rata

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah

dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walau pun tapak yang

rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang

menjadi tapak khemah tersebut. Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada

berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan

turun.

5. Tapak yang lebih tinggi dari punca air

Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan

daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di

pantai.

6. Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air.

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah

mengenai punca air bersih. Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan

diri dan sebagainya. Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak

kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah

dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut

atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. Punca air ini juga

seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada

pencemaran.

7. Mendapatkan kebenaran dan maklumat.

Page 5: WAJ3111 pbsm

Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti

Polis dan Jabatan Perhutanan.

8. Banyak bahan bakar.

9. Tiada gangguan bahaya.

10. Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.

Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat

yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak

perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau

mudah dihubungi

11. Hutan yang tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari.

12. Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumut.

13. Cuaca dan arah angin.

14. Dahan atau pokok yang reput.

Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar,

khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan

tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. Ini

penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati

tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan

tersebut.

15. Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya

Arbakyah Hassan merupakan tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus P.Pinang,

Mengajar subjek Bahasa Melayu dan KRS bagi kumpulan KPLI, PPISMP dan PISM

2010

http://lestari-intelek.blogspot.com/2010/04/panduan-perkhemahan.html