sejarah pbsm

15

Upload: mohdmuliadi

Post on 16-Jul-2015

441 views

Category:

Education


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah pbsm
Page 2: Sejarah pbsm

SEJARAH BSMM

• Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Jean Henry Dunant (1828-1910)

Page 3: Sejarah pbsm

SEJARAH BSMM• Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan

sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959.

• Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Atas kesedaran ini, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu mangsa perang.

• Tajuk buku tersebut ialah: ‘A Memory of Solferino' . Buku tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah.

• Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk.

Page 4: Sejarah pbsm

JAWATANKUASA AWAL PALANG MERAH

Page 5: Sejarah pbsm

MEMORIAL HENRY DUNANT DI HEIDEN, SWITZERLAND

Page 6: Sejarah pbsm

7 PRINSIP ASAS Kemanusiaan

(Humanity)

Kesaksamaan(Impartiality)

Berkecuali(Neutrality)

Kebebasan(Independence)

Sukarela(Voluntary

Service)

Bersatu(Unity)

Kesejagatan(Universality)

Page 7: Sejarah pbsm

• PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH• KEMANUSIAAN• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa

diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan, serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

• KESAKSAMAAN• Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah

meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

• KEBERKECUALIAN• Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang

bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. • KEBEBASAN• Walaupun berupa badan sokongan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara,

Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

• KHIDMAT SUKARELA• Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari untung.• • BERSATU• Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka

kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. • KESEJAGATAN • Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai

taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

Page 8: Sejarah pbsm

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA• PENDAHULUAN

• Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

• Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

• " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

• Cawangan Sabah• Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan

pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

• Cawangan Sarawak• Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu

permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

• Cawangan Semenanjung Malaysia• Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu

cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

Page 9: Sejarah pbsm

• AKTA PERTUBUHAN

• Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

• 1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

• 2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

• 3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

Page 10: Sejarah pbsm

LOGO PBSM

Page 11: Sejarah pbsm

LAGU BSMM

BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIAGIAT BERJASA UNTUK NEGARATIDAK KIRA KAUM DAN AGAMAWAKTU AMAN ATAU BAHAYA

DI MANA JUA ADANYA SENGSARADI SAMA ADA KITA

DI DARAT DAN LAUT KITA BERSEDIAWALAUPUN DIANCAM BAHAYA

BULAN SABIT MERAHGERAKAN SEDUNIA

MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITABADAN SUKARELA BERKHIDMAT

DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT

Page 12: Sejarah pbsm

PAKAIAN SERAGAM

PAKAIAN RASMIPAKAIAN AKTIVITI

Page 13: Sejarah pbsm

SUKATAN PELAJARAN PBSM DI SKTSG

BALUTAN LUKA/DRESSINGKEMAHIRAN KAIN ANDUHCPRKAWAD ASAS

Page 14: Sejarah pbsm

Ikrar bulan sebit merah •

BAHAWA KAMI,ALHI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,AKAN TAAT TUHAN,SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,NEGERI KAMI,BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;KAMANUSIAN

• KESAKSAMAAN• KEBERKECUALIAN• KEBEBASAN• PERKHIMATAN SUKARELA• KETANGGALAN• KESEJAGATAN

Page 15: Sejarah pbsm