rbt

3
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan telah didirikan pada tahun 1878 apabila Pemekrisa Jentera yang pertama dilantik. Selepas itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Jentera sehingga tahun 1970. Nama jabatan ini kemudian ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera (JKJ). Dengan terwartanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994, jabatan ini sekali lagi mengubah nama kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). JKKP kini merupakan agensi kerajaan utama yang berfingsi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja semasa bekerja. Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga aktiviti penting iaitu perumusan piawaian, penguatkuasaan dan penggalakan. JKKP dari semasa ke semasa akan menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan yang berkaitan, untuk membimbing para majikan dan pekerja. Bagi memastikan agar segala perundangan dan kod amalan yang digubal itu dipatuhi, Jabatan ini menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan berkesan. Untuk tujuan ini, JKKP mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri kecuali negeri Perlis. JKKP juga menjalankanaktiviti penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan pameran serta kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Tujuannya ialah meningkatkan kesedaran majikan, pekerja dan masyarakat mengenai pentingnya KKP dan untuk mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

Upload: adven-tan

Post on 14-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: RBT

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan telah didirikan pada tahun 1878

apabila Pemekrisa Jentera yang pertama dilantik. Selepas itu, jabatan ini dikenali

sebagai Jabatan Jentera sehingga tahun 1970. Nama jabatan ini kemudian ditukar

kepada Jabatan Kilang dan Jentera (JKJ). Dengan terwartanya Akta Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994, jabatan ini sekali lagi mengubah nama

kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). JKKP kini

merupakan agensi kerajaan utama yang berfingsi memastikan keselamatan,

kesihatan dan kesejahteraan pekerja semasa bekerja.

Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga

aktiviti penting iaitu perumusan piawaian, penguatkuasaan dan penggalakan. JKKP

dari semasa ke semasa akan menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan

yang berkaitan, untuk membimbing para majikan dan pekerja. Bagi memastikan agar

segala perundangan dan kod amalan yang digubal itu dipatuhi, Jabatan ini

menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan berkesan. Untuk tujuan ini, JKKP

mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri kecuali negeri Perlis. JKKP juga

menjalankanaktiviti penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan

pameran serta kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Tujuannya

ialah meningkatkan kesedaran majikan, pekerja dan masyarakat mengenai

pentingnya KKP dan untuk mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

Page 2: RBT

Objektif JKKP

Penubuhan JKKP mempunyai 3 objektif utama iaitu:

1. Menggubal da mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripartisme

dasar, undang-undang, tata-amalan dan garis panduan keselamatan,

kesihatan dan kebajikan pekerjaan, sebagai asas memastikaan keselamatan

dan kesihatan semasa bekerja.

2. Menjalankan kegiataan penguatkuasaan dan galakan supaya majikan, pereka

bentuk dan pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan

budaya kerja yang selamat dan sihat, dan sentiasa mematuhi kehendak

undang-undang, tata-amalan dan garis panduan yang sedia ada.

3. Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan,

penyebaran maklumat dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan

kerajaan IPT, persatuan-persatuan majiakn, pekerja dan professional dalam

usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan

pekerja.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk

menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya

dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai

matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Jabatan ialah:

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang

selamat dan sihat;

Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan,

latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat

dan tanpa risiko kepada kesihatan;

Page 3: RBT

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian

berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-

kejadian tersebut tidak berulang lagi;

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan

mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan

tataamalan yang diluluskan;

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan

Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Jabatan ini juga yakin bahawa keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan

secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan

penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan

kejayaan misi jabatan ini.

Perundangan JKKP