rbt3119_slaid_topik2.pptx

38
BAB 2 RANCANGAN PEMASARAN

Upload: yan-kew-tan

Post on 18-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Slide 1

BAB 2

RANCANGAN PEMASARAN

Rujukan:

Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong (2005). Rancangan Perniagaan : Garis Panduan dan Strategi Untuk Perniagaan Kecil & Sederhana. Kuala Lumpur Pena Media .ms 19-26 .

www.insken.gov.my/html/themes/mec_ins/.pdf

RANCANGAN PEMASARAN2.1Pengenalan2.2Pasaran sasaran2.3Trend dan saiz pasaran2.4Persaingan2.5Syer pemasaran2.6Strategi pemasaran2.7Belanjawan pemasaran2.8Masalah pemasaran

RANCANGAN PEMASARAN2.1PENGENALAN

Pasar atau pasaran boleh ditakrifkan sebagai:

1. American Marketing Association mentakrifkan pasar sebagai suatu keadaan di mana pembeli dan penjual membuat keputusan yang membolehkan pemindahan barang-barang dan perkhidmatan.

2. Pasaran adalah jumlah permintaan untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan

3. Pasar merupakan suatu kumpulan pembeli dan penjual dalam sesuatu kawasan untuk sesuatu keluaran di suatu peringkat dalam saluran perdagangan dan pada sesuatu masa yang tertentu.

RANCANGAN PEMASARAN2.1PENGENALAN

Pasar atau pasaran boleh ditakrifkan sebagai:

4. Pasar adalah suatu kawasan yang di dalamnya:i) Terdapat permintaan untuk barang-barang dan perkhidmatanii) Terdapat kuasa-kuasa penawaran dan permintaan yang bergerak untuk menetapkan harga.iii) Berlaku pertukaran barangan atau perkhidmatan

Melalui pentakrifan pasar yang telah diberikan, mungkin sekarang anda lebih bersedia untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pemasaran.

2.1Pengenalana.Definisi Pemasaran:Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi.

Definisi Pemasaran:

Phillip Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses sosial ataupun pengurusan di mana individu ataupun kumpulan memperoleh apa yang dikehendaki dan diperlukan sama ada dengan menciptanya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.

b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:

Keperluan, Kehendak, PermintaanProduk/ servis/ perkhidmatanNilai, kepuasan, kualitiPertukaran, urus niaga, perhubunganPasaran Pemasaran

b. Elemen/ Konsep Asas Dalam Pemasaran:

1.KeperluanManusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang.

Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya.

2.KehendakKehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini adalah terhasil dari keperluan asasnya.

b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:

3.PermintaanBilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan.

b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:

4.PertukaranPertukaran merupakan satu aktiviti di mana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat berikut:

i.Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza.ii.Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran.iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

5.Urus niagaApabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urus niaga telah berlaku.

6. Perhubungan

Bagi tujuan memaksimumkan keuntungan urus niaga jangka pendek, pemasar perlu membina perhubungan ekonomi dan sosial dengan pelanggan, pengedar, wakil penjual dan pembekal yang amat berharga kepada pemasardengan menjanjikan dan menghasilkan secara konsisten produk yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan.

Caranya: pembinaan perhubungan dua hala atau bina rangkaian perhubungan yang baik dengan pihak yang berkepentingan dan keuntungan akan menyusul kemudiannya.

7. Produk dan PerkhidmatanProduk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikkan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.

Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk.

Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga termasuklah perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting rambut dan banyak lagi.

Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara umumnya, produk termasuklah entiti-entiti lain seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti dan idea.

8.NilaiKonsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan.

Nilai yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan di antara nilai yang pelanggan peroleh daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu.

Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih mahal berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang mereka tanggap sebelum ini.

9.Kepuasan pelanggan :Pelanggan akan merasa puas hati apabila jangkaan menepati apa yang mereka jangkakan .

Contohnya pelanggan yang membeli sabun pencuci pinggan akan merasa puas hati apabila sabun pencuci pinggan tersebut dapat mencuci pinggan yang berminyak dengan mudah.

Pelanggan yang berpuas hati akan membuat pembelian yang berulang dan mereka akan memberitahu pengguna lain tentang pengalaman mereka menggunakan produk.

Perkara utama di sini ialah memadankan jangkaan pelanggan dengan prestasi produk.

10.Kualiti:

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM), direka untuk terus memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan proses pemasaran.

Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.

11. PasaranPasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.

Adalah tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk bertukar produk antara mereka.

Contoh pasaran : pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.

Pembeli mempunyai keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan.

Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang (yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka kehendaki. )

Pemasaran Adalah melibatkan aktiviti:mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran perhubungan untuk mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak. pembentukan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain.Aktiviti lain: pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran.

Contoh: Pengguna menjalankan pemasaran untuk mencari produk yang diperlukan pada harga yang mereka mampu.

Agen pembelian syarikat menjalankan pemasaran apabila berjaya mendapatkan penjual lalu agen membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.

RANCANGAN PEMASARAN2.2Sasaran Pasaran

Maksud: pengguna/ pelanggan

Usahawan perlu kenal pasti siapakah sasaran pasaran iaitu orang yang akan menggunakan barang / perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan.

Profil pelanggan:Demografi umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, latar belakang akademik, bilangan ahli dalam keluarga

Psiko grafik keinginan, cita rasa, ego, status

RANCANGAN PEMASARAN

2.3Trend dan saiz pasaran

Perlu buat analisis pemasaran sebelum membuat rancangan pemasaran

Trend pasaran:Iaitu perkembangan semasa industri/ perniagaan

Contoh: perniagaan berkembang/ menurun/ stabil. nyatakan statikJalankan penyelidikan berterusanKenal pasti perubahan cita rasa pelanggan

Saiz pasaran:

Adalah jumlah keluasan pasaran / potensi pasaran untuk kawasan tertentu dalam tempoh setahun.

Pertimbangan bagi menentukan saiz pasaran:

Tidak mengambil kira pembahagian mengikut pesaing dalam pasaran yang luas

Saiz pasaran perlu dinyatakan dalam bentuk unit/ RM.

Contoh menentukan saiz pasaran: Kedai Pakaian Lily Sdn. Bhd.

Pasaran sasaran sekitar 50 km persegi dari lokasi premis perniagaan. Tiga kumpulan pembeli utama:Wanita berkerjaya pembeli utama6000 keluarga yang menetap di kawasan sekitar premisPemborong pakaian wanita

Hasil kajian untuk pembelian sebulan:Wanita berkerjaya = belian RM500 seminggu atau RM 2000 sebulanKeluarga = belian RM200 seminggu atau RM 800 sebulanPemborong = belian RM 1000 seminggu atau RM 4000 sebln

Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 tahun)= RM (2000 + 800 + 4000) x 12 bulan= RM81600.00Saiz Pasaran = RM 81600.00

RANCANGAN PEMASARAN2.4Persaingan Usahawan perlu kenal pasti dari aspek:

Keadaan sebenar yang berlaku di pasaranSiapa tawarkan produk/ perkhidmatan samaSiapa tawarkan barang pengganti kepada pelanggan samaApakah kualiti, keupayaan pesaing, harga jualanKekuatan dan kelemahan pesaing

RANCANGAN PEMASARAN2.5Syer pasaraniaitu anggaran (%) yang dibuat dalam mengenal pasti bahagian/pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan seseorang usahawan.

Menggunakan konsep sharing of cake,.

Perniagaan yang mempunyai bahagian besar dikenali adalah pemimpin pasaran atau market leader.

Contoh syer pasaran (perlu ambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing):Pesaing A : 39 % (market leader)Pesaing B : 27 % Pesaing C : 12 % Pesaing D : 12 % Perniagaan anda: 10%

RANCANGAN PEMASARAN2.6Strategi pemasaranIaitu terdiri daripada elemen produk, tempat, harga dan promosi.

ProdukPromosiTempatHarga

Produk - nilai/ faedah barang dan perkhidmatan; kualiti, reka bentuk, prestasi barang, ikut standard;- pembungkusan selamat, menarik, sesuai, label yang lengkapMenepati ciri-ciri asas untuk bezakan produk sendiri dengan produk pesaing

Promosi Objektif untuk memberitahu, mengingatkan, memujuk pelanggan untuk membeli.

strategi komunikasi 2 hala peniaga dan pelanggan untuk bertahu mesej dan maklum balasMenyampaikan promosi dalam bentuk: pengiklanan, jualan langsung, promosi jualan dan publisiti

Cara tentukan objektif strategi promosi:(AIDA) attention (perhatian), interest (minat), desire (keinginan), action (tindakan untuk membeliTentukan sasaran pengguna kanak-kanak, wanita, orang dewasa, lelakiMereka bentuk mesej yang ingin disampaikan utamakan kebersihan, kecantikan, jimat masaMemilih media bagi saluran penyampaian mesej elektronik, bercetakMenyediakan kos promosi sebab ia sebahagian daripada kos jualanPenilaian aktiviti promosi yang dijalankan adalah berkesan atau tidak.

Tempat Pengedaran:Tempat adalah penentu untuk sampaikan produkSupaya pengguna dapat akses produkTempat sesuai dengan kualiti dan kuantiti barangBarang diedarkan menggunakan saluran secara langsung (penjual > pengguna) atau tidak langsung (penjual > pemborong > pembeli)

Faktor pemilihan saluran pengedaran:Saiz pasaran Ciri-ciri produkStrategi pemilihan orang tengahSaluran pengedaran yang digunakan pesaingKeupayaan perniagaan dalam merancang saluran pengedarannya.

Harga:

Iaitu nilai yang harus dibayar oleh pengguna sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan oleh peniaga

Faktor menetapkan harga:i . jumlah kos sebenar produkii. Nilai harga jual yang ditawarkan pesaingiii. Menilai struktur diskaun yang akan diberikan oleh peniagaiv. Menilai tanggapan pengguna terhadap produk kita dengan pesaing (jika produk bagus- harga tinggi)

RANCANGAN PEMASARAN2.7Belanjawan pemasaranAKTIVITIBELANJA ASET TETAPBELANJA BULANANLAIN-LAIN BELANJAPapan tanda3,000Promosi10,000Urusniaga harianGajiKomisenPengangkutan5,0005,0005,000Jumlah3,00015,00010,000

RANCANGAN PEMASARAN2.8Masalah pemasaran

Pengembangan Idea Kreatif Melakukan Inovasi Menyusun Jadual Waktu Menyampaikan Maklumat Kerjasama Pasukan Yang Handal Menyatukan Persepsi/ Tanggapan Fokus Pada Sasaran Menganalisis Perniagaan/Data Mengelola Sumber Manusia Membangun Komunikasi Menyimpan Maklumat/Data Menjalin Hubungan Meraih Kejayaan/Untung Entrepreneurship

Tamat

SOALAN:

Rancangan pemasaran merupakan satu proses sistematik yang melibatkan penilaian ke atas peluang dan sumber pemasaran, menentukan objektif pemasaran dan membentuk rancangan untuk pelaksanaan dan pengawalan pemasaran.

Anda dikehendaki:1. Memilih satu jenis perniagaan yang akan diusahakan dan menyediakan portfolio rancangan pemasaran dengan lengkap dan kemas yang mengandungi:

a) Pengenalanb) Pasaran Sasaranc) Trend dan Saiz Pasarand) Persaingane) Syer Pasaranf) Ramalan Jualang) Strategi Pemasaranh) Belanjawan Pemasarani) Masalah Pemasaran

3. Menyediakan refleksi

SOALAN TAMAT