presentation perbahasan. pptx
DESCRIPTION
yfuTRANSCRIPT
Faktor Baka mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Oleh: Muhammad Syukri Bin Mustaffa
Clare Cheng Xiao Gia
Dee Dylrianye Genevye Dusi
Perkataan baka berasal daripada perkataan Latin" Heres".
Perkataan ini bermaksud sifat sifat fizikal, personaliti, pembawaan daripada ibu bapa diturunkan kepada anak anak.
DEFINISI
J.A. Thomsom Baka ialah satu istilah yang menyatakan perhubungan genetik di antara generasi manusia.
Amram Schein baka adalah menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait fizikal dan mental.
Ernest R. Hilggard Baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen
BEBERAPA PANDANGAN TENTANG BAKA TELAH DIBUAT OLEH AHLI PSIKOLOGI
Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.
Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datuk nenek.
Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen mereka.
FAKTOR 1 : CIRI FIZIKAL
Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka.
Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain
FAKTOR 1 : CIRI FIZIKAL
FAKTOR 1 : FAKTOR PEMAKANAN
Faktor Pemakanan
Kekurangan Makanan
Teori Bronfenbrenner
Teori Bronfenbrenner Mikrosistem merujuk kepada persekitaran
terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.
Teori Bronfenbrenner
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Teori Bronfenbrenner
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka.
Ekstrovert membawa maksud orang berminat terhadap hal yang berlaku di sekitanya (di luar dirinya), dan tidak mengikut emosi serta suka bergaul dengan orang lain dan mereka berfikran terbuka.
Introvert pula membawa maksud orang yang lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaanya sendiri
FAKTOR 2 : SAHSIAH
Secara umumnya, tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan pengaruh baka iaitu kesan atau ciri-ciri genetik yang diwarisi secara keturunan. Demikian adalah terbukti benar apabila segala bentuk atau permasalahan dalam aspek tingkah laku manusia telah banyak membuktikan tentang perwarisan emosi secara genetik
FAKTOR 2 : SAHSIAH
FAKTOR 2 : CORAK KEIBUBAPAAN
Diana Baumrind (1967;1971) menegaskan bahawa terdapat perkaitan yang rapat diantara cara gaya ibu bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan sosial dan konsep kendiri kanak-kanak.
FAKTOR 2 : CORAK KEIBUBAPAANGaya Didikan
Authoritarian : sifat kawalan yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab
Permisif: mesra dan bertanggung jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anakanak terlalu bergantung, mempunyai permintaan yang tinggi dan impulsif.
Autoritatif: bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif.
FAKTOR 2 : CORAK KEIBUBAPAANKecelaruan dalam keluarga & kurang perhatian ibu bapa
kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah maksiat
purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan membimbing anak mereka.
ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
FAKTOR 3 : KECERDASAN
FAKTOR 3 : INSTITUSI KELUARGA
Unsur-unsur seperti suasana tempat tinggal, pemakanan, asuhan dan didikan, status sosio-ekonomi keluarga, bangsa dan pendidikan ibu bapa.
Pengalaman Di Sekolah
Faktor kemudahan prasarana, saiz sekolah, didikan dan asuhan guru , serta rakan-rakan di sekolah juga mempengaruhi perkembangan individu
BIBLIOGRAFI Haliza Hamzah. (2009). Perkembangan kanak-kanak. UG press Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Bahari, A. Y. (n.d.). Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku.
hafiz, c. (2014, may). EDU3102 PERKEMBANGAN KANAKKANAK. Retrieved from Blog Spot : http://cikguhafiz18.blogspot.com/2014/05/edu3102perkembangankanakkanakfaktor.
http://www.leesharing.com/2014/04/faktoryangmempengaruhiperkembangan. (2012, 08). Faktor – Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan. Retrieved from blog spot: http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/faktorfaktormempengaruhipertumbuhan.
leesharing. (2014, 04). FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAKKANAK. Retrieved from blog spot : http://www.leesharing.com/2014/04/faktoryangmempengaruhiperkembangan.
muzikrbtpsikologi. (2012, 08). Faktor – Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan KanakKanak. Retrieved from Blog spot: http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/faktorfaktormempengaruhipertumbuhan.
PKK FAKTORFAKTOR. (2014, 11). Retrieved from sistemguruonline.my: http://www.sistemguruonline.my/2014/11/pkkfaktorfaktorperkembangankanak.
W.F.Connel. (1981). Asas Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN, TERIMA KASIH