rawkeberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum terhadap guru pendidikan khas di sekolah rendah...

9
KEBERKESANAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM TERHADAP GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DI SEKOLAH RENDAH. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pendidikan Khas di Negara kita telah berkembang di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak di tubuhkan pada bulan Oktober 1995 selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan ini bertanggung jawab ke atas hal- hal professional bagi semua program pendidkan khas yang dilaksanakan termasuk program integrasi dan program inklusif (Kementerian, Pendidikan. Malaysia 2004). Di Malaysia pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pelajaran pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti yang dijelaskan di atas adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2). Akta ini menjelaskan bahawa seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh di didik, jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Seseorang murid dengan keperluan khas itu perlu di sahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan mengikut program pendidikan kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut : 1

Upload: anissya

Post on 20-Feb-2016

166 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

proposal bab 1

TRANSCRIPT

Page 1: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

KEBERKESANAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM TERHADAP GURU

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DI SEKOLAH RENDAH.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan Khas di Negara kita telah berkembang di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan

Khas Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak di tubuhkan pada bulan Oktober 1995 selaras

dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan ini bertanggung jawab ke

atas hal-hal professional bagi semua program pendidkan khas yang dilaksanakan termasuk

program integrasi dan program inklusif (Kementerian, Pendidikan. Malaysia 2004). Di Malaysia

pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, dilaksanakan melalui sekolah

khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala

program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah

pelajaran pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah

harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang

mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas

seperti yang dijelaskan di atas adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-

peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2). Akta ini menjelaskan bahawa

seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh di didik, jika dia mampu untuk mengurus

diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Seseorang murid dengan keperluan khas itu

perlu di sahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai Kementerian

Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan mengikut program pendidikan kebangsaan layak untuk

menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut :

1

Page 2: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti

murid biasa; dan

b) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan yang sangat cacat anggotanya atau terencat

akal yang berat

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warganegara tanpa mengira

latarbelakang akan memperolehi pendidikan asas yang berkualiti. Di antara peluang-peluang

pendidikan yang di beri ialah :

a) Pendidikan khas di sediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuklah yang mengalami

kecacatan pendengaran; dan

b) Matapelajaran vokasional disediakan bagi murid yang berminat

Di samping itu, hasrat pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada setiap individu

memperkembangkan semua potensi yang mereka miliki. Ia dinyatakan dalam matlamat dan misi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001)

2

Page 3: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan

diluar bilik darjah. Menurut Abd. Alim (1995), aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan

dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum.

Kegiatan kokurikulum adalah penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan

proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping itu dapat menunjukkan perubahan tingkah

laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran

telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar pula

ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah diprogramkan. Kementerian

Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak

pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum

boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti bidang badan beruniform, bidang

persatuan dan kelab dan bidang sukan dan permainan. Namun begitu, sekolah-sekolah di

Malaysia masih terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dan keberkesanan gerak kerja

kokurikulumnya. Antara sebab-sebabnya adalah wujudnya anggapan bahawa gerak kerja

kokurikulum ini tidak penting kerana tidak menekankan domain intelek. Rentetan daripada itu,

tugas sebagai guru penasihat setiap unit kokurikulum kebanyakannya diserahkan kepada guru-

guru aliran Pendidikan Khas kerana guru-guru aliran Perdana lebih menumpukan perhatian

terhadap tugas-tugas akademik. Hal ini timbul kerana persepsi bahawa guru-guru Pendidikan

Khas tidak mempunyai beban tugas yang banyak berbanding guru-guru aliran perdana.

3

Page 4: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Penglibatan guru Pendidikan Khas di dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di aliran

perdana secara optimum sekali gus menyimpang dari fokus sebenar peranan guru Pendidikan

Khas. Kebanyakan sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi menyerahkan

tugas sebagai guru penasihat unit kokurikulum kepada guru Pendidikan Khas dan kebiasaannya

aktiviti itu tidak melibatkan murid-murid Pendidikan Khas. Walhal, murid-murid Pendidikan

Khas juga diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum yang sepatutnya di kendalikan oleh guru

Pendidikan Khas itu sendiri. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, penyelidik ingin

mengenalpasti sejauh mana keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum terhadap guru

pendidikan khas di sekolah rendah integrasi memandangkan tugas dan peranan mereka telah

menyimpang dari fokus asal.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1.4.1 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum dalam kalangan guru pendidikan khas integrasi di sekolah rendah?

1.4.2 Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pendidikan khas semasa

pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah intergrasi?

1.4.3 Apakah kaedah yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi

murid pendidikan khas integrasi di sekolah rendah?

4

Page 5: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian, diharapkan penyelidik dapat :

1.5.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan

aktiviti kokurikulum dalam kalangan guru pendidikan khas di sekolah rendah

integrasi.

1.5.2 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pendidikan khas

semasa perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah intergrasi.

1.5.3 Mengenal pasti kaeadah yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum

bagi murid pendidikan khas.

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini mengandungi dua hipotesis iaitu:

1.6.1 HO: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara keberkesanan

pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan tahap kemahiran guru

Pendidikan Khas.

HI: Terdapat hubungan yang signifikan di antara keberkesanan

pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan tahap kemahiran guru

Pendidikan Khas.

1.6.2 HO: Tahap keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang rendah

bukanlah satu faktor utama terhadap pencapaian kokurikulum guru

Pendidikan Khas.

HI: Tahap keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang rendah

merupakan satu faktor utama terhadap pencapaian kokurikulum

guru Pendidikan Khas.

5

Page 6: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Adalah diharapkan hasil daripada kajian ini dapat memberi panduan kepada beberapa

pihak seperti :

1.7.1 Sumber rujukan kepada guru-guru pelatih serta guru-guru yang baru dilantik

untuk mengendalikan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi di dalam

melaksanakan aktiviti kokurikulum.

1.7.2 Menjadi sumber rujukan kepada pihak-pihak yang memberi latihan seperti

Institusi Perguruan, Pusat Perkembangan Kokurikulum dan Jabatan

Pendidikan Khas di dalam merencanakan kursus-kursus yang perlu diwujudkan untuk

guru- guru Pendidikan Khas dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

guru-guru di dalam mencapai matlamat perlaksanaan Program Pendidikan

Khas Integrasi.

1.7.3 Memberi panduan kepada pihak-pihak terlibat seperti Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam mengenalpasti dan menyiasat

bagi penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru

Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Integrasi disekolah-sekolah

harian biasa.

6

Page 7: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

1.8 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk tinjauan diskriptif iaitu kajian

yang menggunakan soal selidik. Kajian deskriptif juga dapat memberikan gambaran dan

maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping menerangkan

perancangan masa akan datang (Wiersma, 2000). Ia juga merupakan kaedah yang paling popular

dikalangan penyelidik. Ini kerana soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data

juga senang diproses untuk dianalisa. Menurut Mitchell (1991), cara soal selidik adalah teknik

yang paling sesuai untuk mengumpulkan data dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Data

yangdiperolehi seterusnya akan diproses dan dianalisa. Segala data akan dikumpulkan dan di

satukan untuk dianalisis mengikut kaedah likert dari maklumbalas responden. Menurut Gay

(1981), kaedah tinjauan dalam pendidikan, deskriptif melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat

daripada pelajar, guru atau mereka yang terlibat dalam proses pendidikan.

1.9 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji memilih guru Pendidikan sebagai populasi. Seramai 30 orang

guru Pendidikan Khas dari 5 buah sekolah kelompok 1 daerah Kinta Utara yang telah

melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah yang terpilih telah dijadikan

responden untuk kajian ini. Pemilihan guru Pendidikan Khas ini adalah berdasarkan kepada

beberapa indikator yang mencakupi:-

1.9.1 Mereka terdiri daripada guru Pendidikan Khas yang melaksanakan Program

Pendidikan Khas Integrasi;

1.9.2 Mereka mempunyai pengalaman mengajar pelajar Pendidikan Khas dan

mempunyai pengalaman yang berbeza antara satu sama lain; dan

1.9.3 Mereka terdiri daripada guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar di dalam kelas

Program Pendidikan Khas Integrasi.

7

Page 8: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dipilih, diharapkan ia dapat mencapai keputusan yang

menepati syarat-syarat keperluan tajuk penyelidik.

1.10 DEFINISI ISTILAH

1.10.1 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), keberkesanan ialah perihal berkesan,

berkesannya ( sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya ).

1.10.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum merujuk kepada Kemeterian Pendidikan Malaysia

merupakan Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan

Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah.

Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah

kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran.

1.10.3 Keberkesanan Pelaksanaan Akiviti Kokurikulum

Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum pula merujuk kepada kesan dan

perubahan daripada pelaksanaan aktiviti kokurikulum terhadap peningkatan kemahiran

dan pencapaian guru-guru Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Rendah.

1.10.4 Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Rendah

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan suatu program pendidikan

bagi murid berkeperluan   pendidikan khas (MBK) yang hanya dihadiri oleh MBK di

kelas khas di sekolah Kerajaan  atau sekolah bantuan kerajaan. Dalam skop kajian ini

merujuk kepadasekolah rendah yang terdapat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

8

Page 9: Rawkeberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Terhadap Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Rendah Integrasi

RUJUKAN

1. Gay, L.R ( 1981), Education Research 2nd Edition London : A Bell & Howell Company.

2. Kamus Dewan, Edisi Baru (1991). Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001

5. Mok Soon Sang (1992). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Wiersma, W ( 2000) Research Methods In Education: An Introduction 7th Ed Boston :

Allyn & Bacon.

7. http://www.moe.gov.my/v/program-pendidikan-khas-integrasi-informasi-program

9