kertas kerja projek naik taraf dan perolehan aset program pendidikan khas integrasi

14
PROJEK NAIK TARAF DAN PEROLEHAN ASET PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI. 1. LATAR BELAKANG PROJEK Program Pembangunan infrastruktur PPKI bagi keperluan pelajar-pelajar berkeperluan khas SMKDC merupakan satu usaha menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kecacatan pelajar serta membantu mengurangkan penderitaan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas. Adalah diharapkan melalui projek naik taraf ini, PPKI SMKDC akan dapat membangunkan potensi pelajar berkeperluan khas selari dengan matlamat pendidikan untuk semua, selain menjadi insan yang cemerlang di dunia selaras dengan tuntutan agama. BIODATA SEKOLAH Nama Sekolah : SMK DESA CEMPAKA Kod Sekolah : NEA4104 Daerah : Bandar Baru Nilai Status : Sekolah Kerajaan Bil. Guru PPKI : 7 orang (1 lelaki /6 perempuan) Bil. Staf Sokongan : 2 orang (PPM) Bil. Enrolmen Murid PPKI : 40 orang Bil. Darjah sedia ada (PPKI) : 6 Sesi : 2 sesi Lokasi : Bandar 2. OBJEKTIF PROJEK 2.1 Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dan kondusif dengan keperluan dan keselamatan pelajar berkeperluan khas. 1

Upload: noorulfadhilah-binti-mat-aris

Post on 13-Dec-2014

990 views

Category:

Documents


83 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

PROJEK NAIK TARAF DAN PEROLEHAN ASET PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SMK DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI.

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Program Pembangunan infrastruktur PPKI bagi keperluan pelajar-pelajar berkeperluan khas SMKDC merupakan satu usaha menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kecacatan pelajar serta membantu mengurangkan penderitaan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas. Adalah diharapkan melalui projek naik taraf ini, PPKI SMKDC akan dapat membangunkan potensi pelajar berkeperluan khas selari dengan matlamat pendidikan untuk semua, selain menjadi insan yang cemerlang di dunia selaras dengan tuntutan agama.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SMK DESA CEMPAKAKod Sekolah : NEA4104Daerah : Bandar Baru NilaiStatus : Sekolah KerajaanBil. Guru PPKI : 7 orang (1 lelaki /6 perempuan)Bil. Staf Sokongan : 2 orang (PPM)Bil. Enrolmen Murid PPKI : 40 orangBil. Darjah sedia ada (PPKI) : 6Sesi : 2 sesiLokasi : Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK

2.1 Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dan kondusif dengan keperluan dan keselamatan pelajar berkeperluan khas.

2.2 Membangunkan potensi individu pelajar berkeperluan khas sesuai dengan kemampuan diri masing-masing.

2.3 Membina hubungan baik antara semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan potensi pelajar berkeperluan khas.

1

Page 2: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

3. SKOP PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti berikut:

3.1 Pemasangan sesekat (partition) antara kelas Lili dan Kekwa. RM 8,000.3.2 Pembelian meja dan kerusi guru. RM 3,360.3.3 Membina laluan OKU ke padang, gelanggang petanque dan kantin. RM 2500.3.4 Membina laluan OKU ke Makmal ICT sepanjang 10 kaki. RM 500.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan selesa.

4.2 Mampu menjamin keselamatan guru kerana meja dan kerusi yang sedia ada telah usang dan rosak.

4.3 Memudahkan pergerakan pelajar terutama yang berkerusi roda untuk bergerak ke padang, gelanggang petanque, kantin dan makmal ICT.

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional projek naik taraf bagi PPKI SMKDC ini adalah untuk:

5.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan golongan pelajar berkeperluan khas

5.2 Menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar kerana keadaan kelas yang lebih selesa dan kondusif.

5.3 Kepentingan keselesaan dan keselamatan guru. 5.4 Meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar sepanjang P&P berlangsung di

sekolah.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

6.1 Matlamat KPM untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif tidak tercapai.

6.2 Keselamatan guru tidak terjamin.6.3 Menyukarkan pergerakan pelajar ke padang, gelanggang petanque, kantin dan

makmal ICT sekolah.

2

Page 3: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

7. GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN7.1 Cadangan pemasangan sesekat ( partition ) di kelas Lili dan Kekwa.

Terpaksa menempatkan dua buah kelas dalam satu bilik darjah.

3

Page 4: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

7.2 Cadangan pembelian meja dan kerusi guru.

Meja guru yang rosak terpaksa di gam dan di paku.

Meja guru yang rosak dan berlubang.

4

Page 5: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

Keadaan kerusi di bilik guru yang koyak dan berlubang.

5

Meja dan kerusi murid terpaksa digunakan sebagai meja dan kerusi guru di kelas.

Page 6: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

7.3 Cadangan membina laluan OKU ke padang dan kantin.

Laluan sedia ada dari bilik guru ke padang.

Laluan sedia ada dari bilik guru ke padang.

6

Page 7: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

Laluan sedia ada pertama turun ke padang.

Cadangan laluan OKU ke kelanggang petanque.

7

Page 8: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

Laluan sedia ada kedua turun ke padang.

Laluan sedia ada dari padang ke kantin.

8

Page 9: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

Laluan sedia ada ke kantin.

9

Page 10: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

7.4 Cadangan membina laluan OKU ke makmal ICT.

Cadangan laluan OKU sepanjang 10 kaki.

Cadangan membina tutup longkang bersimen.

10

Page 11: Kertas Kerja Projek Naik Taraf Dan Perolehan Aset Program Pendidikan Khas Integrasi

8. LAMPIRAN

8.1 Pelan sedia ada. (Rujuk Lampiran A)

8.2 Pelan Tapak Cadangan Projek. ( Rujuk Lampiran B)

Disediakan oleh, Disah dan disemak oleh,

……………………………………. ………………………………………(ROSANIZA BT ROBUAN) (HJH MAIMON BT TALIB)Guru PPKI PengetuaSMK Desa Cempaka SMK Desa Cempaka

11