rancanganpengajaranharian kassrtahun4 140831000835 phpapp02

38
RPH BMM3117 Rancangan Pengajaran Harian [RPH] (Pengajaran Kemahiran Membaca: Pendekatan Tematik) Tarikh /Hari : Isnin Tahun : 4 Berlian Bil Murid : 34 orang Masa : 8.30 9.30 pagi Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Kesihatan Tajuk : Demam Denggi Wabak Membunuh STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul. 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyebut dengan intonasi yang betul dan memahami lirik lagu Nyamuk Aedes yang didengari dengan betul. ii. Membaca dan menyatakan maklumat yang tersurat dengan tepat daripada teks Demam Denggi Wabak Membunuhiii. Menulis maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat dalam borang grafik yang disediakan berpandukan teks Demam Denggi Wabak Membunuh . Sistem Bahasa Tatabahasa :Sebutan dan intonasi Kosa kata : keradangan , penguatkuasaan , berbahaya Pengisian Kurikulum Ilmu : PJK, Sains , Pendidikan Muzik Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , menghasilkan lakaran grafik yang menarik Elemen Keusahawanan EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran Norizat Jalil Page 1

Upload: vinodkumar-asokan

Post on 12-Feb-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Rancangan Pengajaran Harian [RPH](Pengajaran Kemahiran Membaca: Pendekatan Tematik)

Tarikh /Hari : IsninTahun : 4 BerlianBil Murid : 34 orangMasa : 8.30 – 9.30 pagiMata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : KesihatanTajuk : Demam Denggi Wabak Membunuh

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul.

4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menyebut dengan intonasi yang betul dan memahami lirik lagu Nyamuk Aedes yang didengari dengan betul.

ii. Membaca dan menyatakan maklumat yang tersurat dengan tepat daripada teks “ Demam Denggi Wabak Membunuh”

iii. Menulis maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat dalam borang grafik yang disediakan berpandukan teks “Demam Denggi Wabak Membunuh”.

Sistem Bahasa Tatabahasa :Sebutan dan intonasi Kosa kata : keradangan , penguatkuasaan , berbahaya

Pengisian Kurikulum

Ilmu : PJK, Sains , Pendidikan Muzik Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaranTeknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , menghasilkan lakaran grafik yang

menarik Elemen Keusahawanan

EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatuEK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran

Kepelbagaian Kaedah dan teknik

Norizat Jalil Page 1

Page 2: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk.

KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebersihan di rumah dan

persekitaran dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan nyamuk membiak. Pembelajaran konstruktivisme , Pembelajaran konstektual

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan1 Komputer riba 12 LCD 13 Lirik lagu :Nyamuk Aedes 344 Grafik peta pemikiran : Carta alir 345 Lembaran Petikan : Demam Denggi Wabak Membunuh 346 Peta Grafik : Kitar Hidup Nyamuk 17 Lembaran Kerja Penilaian 348 Lembaran kerja pemulihan 349. Lembaran Kerja Pengayaan 3410 Borang rekod penilaian 1

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa melihat nyamuk dan pernah mengetahui tentang demam denggi berpunca dari nyamuk.

Langkah dan Masa Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Induksi Set (7 minit)Didik Hibur

Nyanyian Lagu Aedes

1. Menyebut dan memahami nyanyian yang didengari. .

2. Mengaitkan nyanyian dengan isi pelajaran

Perkaitan Nyamuk Aedes dengan Demam Denggi

Guru mengaktifkan komputer riba dan memasang video lagu Nyamuk Aedes

Murid mendengar lagu.

Murid menyebut dan memahami nyanyian lagu Nyamuk Aedes.

Guru menghubungkaitkan nyanyian dengan isi pelajaran pada hari ini.

BBM Komputer riba LCD

KB Menghubung kait

BCB Memproses

maklumat

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait

kan kehadiran nyamuk dalam kehidupan murid sehari-hari

Norizat Jalil Page 2

Page 3: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Langkah 1 (10 minit)

Membaca Petikan

“ Demam Denggi Wabak Membunuh “.

Aktiviti 1

Guru mengedarkan petikan kepada murid.

Murid membaca petikan dengan senyap.

Murid membaca teks secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu , berpasangan dan kelas

Aktiviti 2. Guru dan murid

berbincang tentang petikan yang dibaca- Punca demam

denggi- Tanda-tanda demam

denggi- Langkah

pencegahan- Kos rawatan

BBM Laptop Lembaran Petikan

Teknik Pemerhatian Tunjuk cara

sebutan yang betul Pergerakan kreatif

KP Intrapersonal Verbal linguistik Kinestatik

Nilai Murni Kebersihan

Persekitaran

Pembelajaarn kontekstual

Menghubungkaitkan dengan kebersihan di rumah dan persekitaran untuk mengelakkan nyamuk membiak

EK EK 2: 2.2

Langkah 2 ( 15 minit)

Membaca dan mencatat maklumat di dalam lakaran

grafik yang disediakan.

Aktiviti 1 Murid berada di dalam

kumpulan seramai 4 orang.

Murid berbincang di dalam kumpulan dan mencatatkan maklumat dengan betul berdasarkan petikan yang dibaca.

Murid mencatat hasil perbincangan pada lakaran grafik yang disediakan..

BBB Lembaran Petikan Lakaran Grafik

Pendekatan Konstruktivisme

Teknik Perbincangan

KP Intrapersonal Verbal linguistik

Nilai Murni Bekerjasama

PAS Bertanggungjawab

terhadap kebersihan rumah dan kawasan persekitarannya.

Langkah 3 Membaca dan menyatakan Aktiviti 1 (Penilaian) BBM

Norizat Jalil Page 3

Page 4: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

( 23 minit)

maklumat dari Gambarajah 1. Guru menayangkan

gambar kitar hidup nyamuk menggunakan LCD

2. Murid memerhati dan menyatakan maklumat yang diperolehi dari gambarajah.

3. Murid membaca penyataan yang diberi dengan sebutan yang betul.

4. Murid menyusun penyataan tentang kitar hidup mengikut urutan dengan betul

.

Aktiviti ii

Pengayaan1. Murid diminta menjawab

soalan pemahaman yang diberi.

Pemulihan

1. Murid diminta melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul berdasarkan petikan.

Laptop Paparan

Gambarajah Kitar Hidup Nyamuk

Lembaran Penyataan Kitar Hidup Nyamuk

KB Mengubungkiatkan

KP Verbal Linguistik Intrapersonal

EK EK 5: 5.1

Penilaian objektifPemerhatian : Rekod PenilaianMurid dapat membaca dan menyusun penyataan kitar hidup nyamuk

Lembaran kerja aktiviti pengayaan

Lembaran kerja aktiviti pemulihan

Penutup Kognitif : Murid bersoaljawab BBB

Norizat Jalil Page 4

Page 5: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

5 minitMerumuskan isi pelajaran hari ini dengan soal jawab

Sosial :

Menyanyikan lagu “Aedes:

tentang apa yang telah dipelajari hari ini

Menyanyikan lagu Aedes bersama-sama

LCD Skrin Lirik lagu

KB Merumus isi

pelajaran

Nilai Murni Kebersihan

PAS Bertanggungjawab

menjaga kebersihan rumah dan persekitaran

KP: Verbal linguistik Intrapersonal Kinestetik

Catatan Refleksi:

Norizat Jalil Page 5

Page 6: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Norizat Jalil Page 6

Baca dan fahami teks di bawah

Deman Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya adalah melalui gigitan nyamuk Aedes. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Deman Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi

Deman denggi bermula dengan deman mengejut, sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal. Ciri-ciri

keradangan deman denggi ialah bintik-bintik merah

terang, biasanya muncul pada anggota bahagian bawah

Amalan pencegahan boleh dilakuakan deangan menjaga kebersihan sekeliling rumah samaada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Cara untuk menghalang pembiakan nyamuk adalah dengan, menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik kedalam bekas simpanan air, menutup bekas simpanan air untuk mencegahnya daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran

Deman denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup serta masyarakat setempat. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasaan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk. Sekirannya pekara ini dilaksanakan secara berterusan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangan. Ingatlah "DenggiMembunuh".

Page 7: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Norizat Jalil Page 7

Tuliskan maklumat penting pada lakaran grafik yang disediakan

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 8: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Norizat Jalil Page 8

Kitaranhidupnyamuk

Nyamuk betina menghisap darah

Telur

LarvaPupa

Page 9: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Norizat Jalil Page 9

Telur- selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekolompok iaitu kelompok telur berbentuk rakit. Telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalirPupa- Pupa tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk yang dipanggil sifon. Sifon terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makanNyamuk- Nyamuk mengalami transformasi lengkap. Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, larva, pupa dan nyamuk dewasa. Kitaran hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.Larva- Dalam seminggu, telur itu akan menetas dan menghasilkan larva atau dipanggil jentik-jentik. Larva bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahan organik yang terapung dan juga makan sesama sendiri. Seterusnya larva akan bertukar menjadi pupaNyamuk dewasa keluar daripada pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahajaSusun dan nomborkan peryataan berikut mengikut urutan kitaran hidup nyamuk

Page 10: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Norizat Jalil Page 10

Isi tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai berdasarkan teks

1. Deman denggi disebabkan oleh nyamuk

___________________.

2. Cara penyebarannya ialah melalui ___________________

gigitan nyamuk aedes.

3. Salah satu daripada tanda kita dijangkiti deman denggi ialah

________________________.

4. Kita boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan

_____________________ kawasan rumah.

5. Sentiasa ________________ di dalam bekas simpanan air

supayanyamuktidakmebiak.

Page 11: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Norizat Jalil Page 11

Baca dan jawab soalan-soalan

Pemahaman di bawah ini

Berapa jumlah kitaran hidup nyamuk?

__________________________________________________________________________________________

______

Berap aanggaran seekor nyamuk betina bertelur?

__________________________________________________________________________________________

______

Apakah nama peringkat kedua sebelum nyamuk menjadi pupa?

__________________________________________________________________________________________

______

Nyatakan peringkat kitaran hidupnya mukse cara ringkas

__________________________________________________________________________________________

______

Page 12: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK

1.0 Pengenalan

Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang

saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu

proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-

konsep ini , apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu

pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.

Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini

perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan

peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk

dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang

hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas

dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

Norizat Jalil Page 12

DefinasiPendekatan

Page 13: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

2.1 Pendekatan

2.2 Strategi

Norizat Jalil Page 13

PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu

kumpulan andaian yang membentuk sifat bahasa pembelajaran dan pengajaran

yang dijalankan

Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju

sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in

any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-

pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang

tertentu.

STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang

digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan

tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.

Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang

dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai

matlamat atau kejayaan.

Page 14: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

2.3 Kaedah

2.4 Teknik

Norizat Jalil Page 14

TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran

yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu

bahagian.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya

Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di

mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu

bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan

yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.

            Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar

ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan

teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu

sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang

guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif

pengajaran, maka itu adalah kaedah. 

Page 15: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

TEKNIK

Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

3.1 Konsep pendekatan

Norizat Jalil Page 15

PENDEKATAN

STRATEGI

tT

KONSEP

KAEDAH

TEKNIK

Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan

mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak,

mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar

tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak

mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan

satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.

Page 16: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

3.2 Konsep strategi

3.3 Konsep Kaedah

3.4 Konsep teknik

Norizat Jalil Page 16

Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi

membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan

oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang

diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil

pembelajaran yang telah ditentukan

Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif

pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai

kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah

penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini

bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan

yang berkaitan dengan model dan prinsip.

Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk

menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru

mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main

peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan

sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras

pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga

penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan

pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang

mementingkan isi kandungan ataupun proses.

Page 17: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan

sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai

klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang

digunakan untuk meneliti proses pengajaran.

Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan

4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar

Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi

dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan

demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan

yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti

permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk

mendapatkan bahan atau maklumat .

Norizat Jalil Page 17

PENDEKATAN

Page 18: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

4.2 Cara- cara fakta disampaikan

Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan

diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum

hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif

pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia

merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain

yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan

pendekatan dari maujud ke abstrak

4.3 Cara pengelolaan murid

Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid

adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan,

pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi

kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah

4.4 Pengajaran bahasa

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi,

pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan

pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori

pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris.

4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit

dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema

yang diajar.

Norizat Jalil Page 18

Page 19: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran

Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa

pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya

atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah

serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu

mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan,

kecenderungan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang

berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas

Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan

antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan

kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat

menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari

jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang

bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya

Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran

Norizat Jalil Page 19

Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penontonInteraksi sehala sahajapencapaian murid diutamakanmurid pasif dan tidak kreatifciri kepimpinan guru bersifat autokratikmengutamakan keputusan ujian dan peperiksaankaedah keseluruhan kelasPemusatan guru

Page 20: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran

Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana

setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang

dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara

bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.

Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif

6.1 langkah-langkah yang teliti

Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang

proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak

berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya.

Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum

melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang

tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.

Norizat Jalil Page 20

Objektif yang tepat dan boleh dicapaiStrategi yang tersusun dan kemasLangkah-langkah yang telitiKaedah pengajaran yang baik dan proaktif

Page 21: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

6.2 Strategi yang tersusun dan kemas

Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting

dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang

ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan

Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta

penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui

pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan

sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai.

Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu

pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif

tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang

terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.

Norizat Jalil Page 21

Page 22: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran

Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan

melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu

mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat

pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama

dengan pendekatan yang dianuti.

7.1 Tujuan – tujuan teknik

Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan

Norizat Jalil Page 22

Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.Mengekalkan perhatian dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaranMembangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guruMemberi satu pengalaman baru kepada murid untuk diaplikasiakan semasa atau selepas persekolahan

Page 23: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa

Rajah 7 : Jenis-jenis teknik

7.2.1 Teknik main peranan

1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik

darjah.

2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang

ditentukan dalam situasi yang diberikan

3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip

4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau

mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.

5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas

selesai aktiviti main peranan.

Norizat Jalil Page 23

Teknik pengajaran bahasamain perananpermainan bahasalatih tubiberceritainkuiriperbahasankuizsumbangsaransoaljawabsimulasidramaperbincanganforumdemontrasi

Page 24: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.2.2 Permainan Bahasa

Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan

pemulihan.

Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka,

silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata,

menangga kekata dan sebagainya.

Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.

Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman,

latihan intensif dan sebagai alat dianogstik.

Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar

seperti

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

7.2.3 Latih tubi

Norizat Jalil Page 24

Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan

kemahiran.

Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk

murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.

Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut

suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun

huruf-huruf.

Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan

maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)

Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.

Page 25: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.2.4 Bercerita

Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.

Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar

rakaman dan melalui pementasan boneka.

Tujuan bercerita untuk:

Menimbulkan minat murid untuk belajar

Melatih kemahiran mendengar

Memupuk nilai-nilai murni

Memperkayakan pengalaman murid

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid

7.2.5 Inkuiri

Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

kesimpulan yang berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah

2. Mengkaji ramalan

3. Mengumpul maklumat

4. Menganalisis

5. Membuat rumusan

Norizat Jalil Page 25

Page 26: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.2.6 Perbahasan

Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil

Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.

Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang

hujah.

Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara

spontan .

Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan

hujah yang bernas, logik dan berfakta.

7.2.7 Kuiz

Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman

pelajar mengenai topik-topik tertentu.

Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.

Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara

teka-teki.

Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.

Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi

bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran

berfikir

7.2.8 Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid

Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan

dalam sesi umum.

Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap

ahli berpeluang memberi cadangan

Norizat Jalil Page 26

Page 27: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.2.9 Soaljawab

7.3.0 Simulasi

@ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama

dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah

@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan

aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah

@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.

@ Tujuannya ialah :

Murid dapat menguasai kemairan bertutur

Membina pemikiran yang kreatif dan kritis

Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi

Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa

Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian

Norizat Jalil Page 27

Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.

Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran

dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di

samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras

pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan

pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan

Page 28: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.3.1 Drama

Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan

perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan,

memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain

Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu

alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan

pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.3.2 Perbincangan

Norizat Jalil Page 28

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas

Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea

ataupun masalah.

Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep

kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan

pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.

Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan

terhadap hasil perbincangan mereka.

Page 29: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

7.3.3 forum

Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana

idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan

secara formal.

Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam

pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman

mereka,

Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan

fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.

Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah,

menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat

umur pelajar.

7.3.4 Demontrasi

Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.

Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk melakukannya.

Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan sesuatu aktiviti

Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.

Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun aras pencapaian mereka rendah

Norizat Jalil Page 29

Page 30: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

REFLEKSI KENDIRI

Syukur Alhamdulillah, pertamanya dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya serta dengan rahmatNya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus BM 3117 yang telah diamanahkan kepada kami pelajar-pelajar sains 3 ambilan Jun 2011. Pada dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Dr. Hjh Maskiah bt Hj Masrom yang begitu banyak memberi tunjukajar dan panduan bagi menghasilkan satu kerja penulisan yang boleh dibanggakan.

Memandangkan subjek Bahasa Melayu ini bukanlah menjadi subjek major saya dan kawan-kawan malahan sepanjang 20 tahun tempoh saya menjadi pendidik saya tidak pernah mengajar subjek bahasa, maka saya merasakan subjek bahasa ini sangat mencabar dan sangat kompleks. Setelah kami mendapat kerja kursus ini daripada Dr. Hjh Maskiah bt Hj Masrom, maka kami mula mencari maklumat melalui pelbagai sumber seperti internat dan penerbitan bahan bercetak dari pusat sumber dan majalah-majalah pendidikan.

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah yang saya terpaksa tempuhi seperti untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk menyiapkan RPH bagi tahun 4 berdasarkan DSKP baru. Ini menghadkan pencarian maklumat dan contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan semasa pembikinan kertas kerja ini. Selain dari itu, tugas sebagai guru di SK Buloh Kasap menyebabkan saya terpaksa mendahulukan tugas-tugas sebagai pendidik sebelum boleh menumpukan perhatian kepada pencarian maklumat BM3117. Ditambah pula dengan kerja-kerja krusus dari subjek major yang menuntut komitmen yang tinggi dan disertai dengan kerja kursus ditalian.

Namun Alhamdulillah, hasil kesabaran dan perbincangan bersama-sama rakan-rakan sekelas dan tunjuk ajar serta tolak ansur yang tak pernah jemu dari Dr Hjh Maskiah bt Hj Masrom, memberi suntikan semangat kepada saya untuk terus berusaha menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya juga mendapat bimbingan dari ketua panitia BM di sekolah yang tidak jemu memberi panduan menyediakan RPH BM.

Norizat Jalil Page 30

Page 31: Rancanganpengajaranharian Kassrtahun4 140831000835 Phpapp02

RPH BMM3117

Berdasarkan DSKP BM tahun 4 yang telah dibuat, saya dapati pendekatan,

kaedah, strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran BM sangat

diperlukan ketika penghasilan RPH yang baik.

Norizat Jalil Page 31