rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

26
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1 SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA TEMA: MEMPERKENALKAN KIMIA BIDANG PEMBELAJARAN : PENGENALAN KEPADA KIMIA MINGGU TARIKH TAJUK / OBJEKTIF HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN REFL EKSI 1 2/1/ - 4/1 BAB 1: PENGENALAN KEPADA KIMIA Memahami kimia Dan kepentingann ya Murid boleh: * Menerangkan maksud kimia, * menyenaraikan beberapa bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian, * menyatakan kegunaan bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian, * menyenaraikan contoh kerjaya yang memerlukan pengetahuan kimia, * menyenaraikan industry berasaskan kimia di Malaysia, * menghuraikan sumbangan industri kimia terhadap Mengumpul dan mentafsirkan data tentang asal usul perkataan kimia dan maksud kimia. Membincangkan pelbagai contoh bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian seperti Natrium Klorida, Kalsium Karbonat, Asid Asetik. Membincangkan kegunaan bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan. 1 2/1/ - 4/1 1.2 Mensintesisk an kaedah saintifik Murid boleh: * mengenalpasti pemboleh ubah dalam situasi yang diberikan, * mengenalpasti perhubungan diantara dua pembolehubah untuk membentuk hipotesis, * mereka dan menjalankan eksperimen mudah untuk menguji hipotesis, * mencatat dan mempersembahkan data dalam bentuk yang bersesuaian, * mentafsir data untuk membuat kesimpulan, * menyediakan laporan penyiasatan Memerhatikan satu situasi dan mengenalpasti semua pemboleh ubah. Cadangkan pernyataan masalah yang bersesuaian untuk penyiasatan saintifik. 1 2/1/ - 4/1 1.3 Menggabungka n Murid boleh: * mengenalpasti sikap saintifik dan nilai Murid membincangkan dan mewajarkan sikap saintifik dan 1

Upload: azfa-hasni

Post on 06-Aug-2015

1.936 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIATEMA: MEMPERKENALKAN KIMIABIDANG PEMBELAJARAN : PENGENALAN KEPADA KIMIA

MINGGUTARIKH

TAJUK / OBJEKTIF

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

REFL EKSI

12/1/ - 4/1

BAB 1: PENGENALAN KEPADA KIMIAMemahami kimiaDan kepentingannya

Murid boleh:* Menerangkan maksud kimia,* menyenaraikan beberapa bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian,* menyatakan kegunaan bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian,* menyenaraikan contoh kerjaya yang memerlukanpengetahuan kimia,* menyenaraikan industry berasaskan kimia di Malaysia,* menghuraikan sumbangan industri kimia terhadap

Mengumpul dan mentafsirkan datatentang asal usul perkataan kimia dan maksud kimia.Membincangkan pelbagai contoh bahan kimia yang lazim digunakan dalamkehidupan seharian seperti Natrium Klorida, Kalsium Karbonat, Asid Asetik.Membincangkan kegunaan bahan kimia yang lazim digunakan dalamkehidupan.

12/1/ - 4/1

1.2Mensintesiskankaedah saintifik

Murid boleh:* mengenalpasti pembolehubah dalam situasi yangdiberikan,* mengenalpasti perhubungan diantara duapembolehubah untukmembentuk hipotesis,* mereka dan menjalankaneksperimen mudah untukmenguji hipotesis,* mencatat danmempersembahkan datadalam bentuk yang bersesuaian,* mentafsir data untukmembuat kesimpulan,* menyediakan laporanpenyiasatan

Memerhatikan satu situasi dan mengenalpasti semua pemboleh ubah.Cadangkan pernyataan masalah yang bersesuaian untuk penyiasatan saintifik.

12/1/ - 4/1

1.3Menggabungkansikap saintifikdan nilai murnidalammenjalankanpenyiasatansaintifik

Murid boleh:* mengenalpasti sikapsaintifik dan nilai murniyang diamalkan oleh ahlisains dalam menjalankanpenyiasatan,* mengamalkan sikapsaintifik dan nilai murnidalam menjalankanpenyiastan saintifik

Murid membincangkan dan mewajarkansikap saintifik dan nilai murni yang patut diamalkan dalam penyiasatan saintifik

1

Page 2: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIATEMA: JIRIM DISEKELILING KITABIDANG PEMBELAJARAN: STRUKTUR ATOMMINGGUTARIKH

TAJUK / OBJEKTIF

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

REFLEKSI

27/1 – 11/1

2.1 JIRIM- menganalisis jirim

Murid boleh:* memerihalkan sifat zarahbagi jirim,* menyatakan teori kinetikjirim,* mendefinisikan atom,molekul dan ion,* menghubungkaitkanperubahan keadaan jirimdengan perubahan haba,* menghubungkaitkanperubahan haba denganperubahan tenaga kinetikzarah,* menerangkan perubahankeadaan jirimberdasarkan teori kinetikjirim.

Membincangkan dan menerangkan sifatkhusus jirim.

Menjalankan aktiviti untuk menentukan takat lebur dan takat beku ethanamidaatau naftalena.Memplot dan mentafsirkan graf pemanasan dan penyejukan naftalenaatau ethanamida.

27/1 – 11/1

2.2Mensintesiskanstruktur atom

Murid boleh:* memerihalkan perkembangan model atom,* menyatakan zarah-zarahutama subatom,* membanding danmembezakan jisim relatifdan cas relatif bagi proton, elektron danneutron,* mendefinisikan no proton,* mendefinisikan no nukleon,* menentukan no proton,* menentukan no nukleon,* menghubungkaitkanno proton dan nombor nukleon,* menghubungkaitkannombor proton denganjenis unsur,* menulis simbol unsurunsur,* menentukan bilanganneutron, proton danelektron daripadanombor proton dannombor nucleon, dansebaliknya,unsur,dimana;X = unsurA = nombor nukleonZ = nombor proton

Membincangkan perkembangan modelatom yang dikemukakan oleh ahli sainsiaitu Dalton, Thomson, Rutherford, Bohrdan Chadwick.

Menjalankan aktiviti untuk menentukannombor proton, nombor nukleon danbilangan proton, elektron dan neutrondalam sesuatu atom

Bincang:(a) perhubungan antara nombor protondan nombor nukleon.(b) mengitlak bahawa setiap unsur mempunyai nombor proton yang berbeza.Menjalankan aktiviti untuk menulis:(a) simbol unsur(b) perwakilan bagi atom sebarang.

314/1 - 18/1

PEKA KIMIA Pelajar dapat menjalankan eksperimen dan seterusnya menulis laporan mengikut kaedah saintifik yang telah dipelajar

Eksperimen 2.4; menentukan takat lebur dan beku naftalena

2

Page 3: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

314/1 - 18/1

2.3Memahamiisotop danmenilaikepentingannya

Murid boleh:* menyatakan maksudisotop,* menyenaraikan contohunsur-unsur yangmempunyai isotop,* menentukan bilanganzarah subatom bagi isotop,* mewajarkan penggunaanisotop dalam kehidupan.

Mengumpulkan dan mentafsirkanmaklumat tentang(a) maksud isotop(b) isotop-isotop hidrogen, oksigen,karbon, klorin dan bromin.Menjalankan aktiviti untuk menentukan bilangan zarah subatom daripada nombor proton dan nombor nukleonbagi beberapa isotop.

314/1 - 18/1

2.4Memahamisusunan elektronbagi atom

Murid boleh:* menghuraikan susunanelektron dalam atom bagiunsur yang mempunyainombor proton 1 hingga20,* melukis susunan elektronatom suatu unsur,* menyatakan maksudelektron valens,* menentukan bilanganelektron valens daripadasusunan elektron suatuatom.

Mengkaji susunan elektron bagi pelbagai atom dan mengenalpasti elektron valensnya.Bincangkan maksud elektron valens dengan menggunakan ilustrasi.Menjalankan aktiviti untuk:(a) mengilustrasi susunan electron bagi unsur yang mempunyai nombor proton 1 hingga 20.(b) menulis susunan elektron bagi unsur yang mempunyai nombor proton 1 hingga 20

TEMA : JIRIM DISEKELILING KITABIDANG PEMBELAJARAN: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

421/1 – 25/1

3.1Memahami danmengaplikasikankonsep jisimatom relatif danjisim molekulrelative

Murid boleh:* menyatakan maksudjisim atom relative berdasarkan karbon -12,* menyatakan maksudjisim molekul relaifberdasarkan karbon-12,* menyatakan sebabkarbon-12 digunakansebagai piawai untukmenentukan jisim atomrelatif dan jisim molekulrelatif,* menghitung jisim molekulrelatif bahan.

Mengumpul dan Mentafsirkan data tentang jisim atom relatif dan jisimmolekul relatif berdasarkan karbon-12.Membincangan kegunaan karbon -12 sebagai piawai untuk menentukan jisimatom relatif dan jisim molekul relatif.Mengkaji konsep jisim atom relatif dan jisim molekul relatif secara anologi atauanimasi berkomputer.Menjalankan kuiz untuk menghitung jisim molekul relatif bahan daripadaformula kimia yang diberi, contohnya,HCl, CO2, Na2CO3, Al(NO3)3,CuSO4.5H2O.

421/1 – 25/1

3.2Menganalisishubungan antarabilangan moldengan bilanganzarah

Murid boleh :* mendefinisikan satu molsebagai kuantiti jirim yangmengandungi jumlahzarah sebanyak bilanganatom yang ada dalam 12g12C,* menyatakan maksud

Mengkaji konsep mol melalui analogy atau simulasi berkomputer.

Mengumpulkan dan mentafsirkan datatentang pemalar Avogadro.

3

Page 4: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

pemalar Avogadro,* menghubungkaitkan bilangan zarah yang terkandung dalam satu mol bahan tertentu denganpemalar Avogadro,* menyelesaikan masalahperhitungan untuk menukarkan bilangan mol kepada bilangan zarah bahan tertentu dansebaliknya.

Membincang hubungkait di antara bilangan zarah dalam satu mol bahan dengan pemalar Avogadro.

Menjalankan aktiviti penyelesaian masalah untuk menukarkan bilanganmol kepada bilangan zarah bagi bahan yang diberi dan ebaliknya

528/1 –

1/2

3.3Menganalisishubungan diantara bilanganmol bahandengan jisim

Murid boleh:* menyatakan maksud jisimmolar,* menghubungkaitkan jisimmolar dengan pemalarAvogadro,* menghubungkaitkan jisimmolar dengan jisim atomrelatif atau jisim molekulrelatif,* menyelesaikan masalahperhitungan untukmenukarkan bilangan molbahan yang diberi kepadajisim dan sebaliknya.

Membincangkan maksud jisim molar.

Berbincang untukmenghubungkait:(a) jisim molar dengan pemalar Avogadro(b) jisim molar bahan dengan jisim atom relatif atau jisim molekul relative

Menjalankan aktiviti penyelesaian masalah untuk menukarkan bilangan mol bahan yang diberi kepada jisim dan sebaliknya.

528/1 –

1/2

3.4Menganalisisperhubungan diantara bilangan mol gas denganisipadu

Murid boleh :* menyatakan maksudisipadu molar gas,* menghubungkaitkan isipadu molar denganpemalar Avogadro,* membuat kesimpulan umum terhadap isipadu molar gas pada suhu dan tekanan yang diberikan,* menghitung isipadu gaspada STP atau keadaan bilik daripada bilangan mol dan sebaliknya,* menyelesaikan masalahperhitungan yang melibatkan bilangan zarah, bilangan mol, jisim bahan dan isipadu gas pada STP dan atau keadaan bilik.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data isipadu molar gas seperti gas oksigen,gas karbon dioksida dan gas helium.

Menjalankan aktiviti untuk menghitung isipadu gas pada STP atau keadaanbilik daripada bilangan mol dan sebaliknya.

64/1 – 8/2

3.5Mensintesisformula kimia

Murid boleh :* menyatakan maksudformula kimia,* menyatakan maksudformula empirik,* menyatakan maksudformula molekul,* menentukan formulaempirik dan formula molekul sebatian,* membanding dan membezakan formula empirik dan formula molekul,* menyelesaikan masalahperhitungan yang melibatkan

Mengumpulkan dan mentafsirkan data berkaitan formula kimia, formula empirik, formula molekul.Menjalankan aktiviti untuk:(a) Menentukan formula empirik bagi kuprum(II) oksida dengan menggunakan simulasiberkomputer,(b) Menentukan formula empirik bagi magnesium oksida,(c) membanding dan membezakan formula empirik dan formula molekul.Menjalankan aktiviti

4

Page 5: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

formula empirikdan formula molekul,* menulis formula ion* membina formula kimiabagi sebatian ion,* menyatakan namasebatian kimia menggunakan system penamaan IUPAC.

penyelesaian masalah berkaitan formula empirik.Menjalankan aktiviti latihan dan kuiz dalam menulis formula ion.Menjalankan aktiviti untuk:(a) membina formula kimia bagi sebatian dari formula ion yang diberikan,(b) menyatakan nama sebatian kimia menggunakan sistem penamaan IUPAC.

64/1 – 8/2

3.6Mentafsirkanpersamaan kimia

Murid boleh:* menyatakan maksudpersamaan kimia,* mengenalpasti bahandan hasil tindak balasdaripada persamaan kimia,* menulis dan mengimbangkanpersamaan kimia,* mentafsirkan persamaankimia secara kuantitatifdan kualitatif,* menyelesaikan masalahpenghitungan denganpersamaan kimia.

Bincang:(a) maksud persamaan kimia,(b) bahan dan hasil tindak balas dalam persamaan kimia.Membina persamaan kimia yang seimbang bagi tindakbalas berikut:(a) pemanasan kuprum(II) karbonat,CuCO3,(b) pembentukan ammonium klorida, NH4Cl,(c) pemendakan plumbum(II) iodida, PbI2.Menjalankan eksperimen berikut:(a) menulis dan mengimbangkan persamaan kimia,(b) mentafsirkan persamaan kimia secara kuantitatif dan kualitatif,(c) menyelesaikan masalahperhitungan dengan persamaan kimia(stoikiometri)

TEMA: JIRIM DISEKELILING KITABIDANG PEMBELAJARAN: JADUAL BERKALA UNSUR

711/2 - 15/2

4.1MenganalisisJadual BerkalaUnsur

Murid boleh:* menghuraikan sumbanganahli sains dalam sejarahperkembangan JadualBerkala,* mengenal pasti kumpulandan kala dalam Jadual Berkala,* menyatakan prinsip asaspenyusunan unsur dalamJadual Berkala berdasarkan nombor proton,* menghubungkaitkansusunan elektron unsurdengan kumpulan dan kala,* menerangkan kebaikanpengelasan unsur dalam Jadual Berkala,* meramalkan kumpulan dankala unsur berdasarkansusunan elektron.

Mengumpul maklumat tentang sumbangan ahli sains dalam sejarah perkembangan Jadual BerkalaMengkaji susunan unsur dalam Jadual Berkala dari aspek berikut:(a) Kumpulan dan Kala,(b) Nombor proton,(c) Susunan elektron.Menjalankan aktiviti untuk membuat hubungkait antara susunan electron suatu unsur dengan kumpulan dan kala.Membincangkan kebaikan pengelasan unsur dalam Jadual Berkala.Menjalankan aktiviti untuk meramalkan kumpulan dan kala suatu unsur berdasarkan susunan elektronnya.

5

Page 6: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

711/2 - 15/2

4.2MenganalisisKumpulan 18

Murid boleh :* menyenaraikan semuaunsur Kumpulan 18,* menyatakan sifat fizikunsur Kumpulan 18 secaraumum,* menghuraikan perubahansifat fizik unsur Kumpulan 18,* menghuraikan sifat lengaiunsur Kumpulan 18,* menghubungkaitkan sifatlengai unsur Kumpulan 18dengan susunan elektronnya,* menghubungkaitkan susunan elektron dupletdan oktet unsur Kumpulan18 dengan kestabilannya,* menghuraikan kegunaanunsur Kumpulan 18 dalamkehidupan seharian.

Menggunakan jadual untukmenyenaraikan semua unsurKumpulan 18.Menghuraikan sifat fizik unsur Kumpulan 18 seperti, keadaan fizik,ketumpatan dan takat didih.Bincang:(a) perubahan sifat fizik unsur Kumpulan 18,(b) sifat lengai unsur Kumpulan 18.Membincangkan hubungan diantara susunan elektron dan sifat lengai unsur Kumpulan 18.

818/2 – 22/2

4.3MenganalisisunsurKumpulan 1

Murid boleh:* menyenaraikan unsurKumpulan 1* menyatakan sifat fizikumum litium, natrium dankalium,* menghuraikan perubahansifat fizik dari litium ke kalium,* menyenaraikan sifat kimiaunsur litium, natrium dan kalium,* menghuraikan persamaansifat kimia litium, natriumdan kalium,* menghubungkaitkan sifatkimia unsur Kumpulan 1dengan susunan elektron,* menghuraikan perubahankereaktifan unsur Kumpulan 1 apabila menuruni Kumpulan,* meramalkan sifat fizik dansifat kimia unsur lain dalamKumpulan 1,* menyatakan langkahkeselamatan dalam mengendalikan unsur Kumpulan 1.

Mengumpulkan maklumat dan bincang:(a) unsur Kumpulan 1,(b) sifat fizik umum unsur litium, natrium dan kalium,(c) perubahan sifat fizik litium ke kalium dari segi kekerasan,ketumpatan dan takat lebur,(d) sifat kimia litium, natrium dan kalium(e) persamaan dari segi sifat kimia litium, natrium dan kalium f) perhubungan sifat kimia unsur Kumpulan 1 dengan susunan elektronnya.Menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas unsur litium, natrium dan kalium dengan air danoksigen.Mengkaji tindak balas litium, natrium dan kalium dengan klorin dan bromine melalui simulasi berkomputer.Membincangkan perubahankereaktifan unsur Kumpulan 1 apabila menuruni kumpulan.Meramalkan sifat fizik dan sifat kimia unsur Kumpulan 1 selain litium, natrium dan kalium.

818/2 – 22/2

4.4Menganalisisunsur Kumpulan17.

Murid boleh:* menyenaraikan unsurKumpulan 17,* menyatakan sifat fizikumum klorin, bromin daniodin,* menghuraikan perubahansifat fizik dari klorin keiodin,* menyenaraikan sifat kimia

Mengumpulkan maklumat dan bincangkan:(a) unsur Kumpulan 17,(b) sifat fizik klorin, bromin dan iodine dari segi warna, ketumpatan dan takat didih,(c) perubahan sifat fizik dari klorin ke iodin,(d) menghuraikan sifat kimia klorin,bromin dan iodin,

6

Page 7: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

unsur klorin, bromin daniodin,* menghuraikan persamaansifat kimia klorin, bromindan iodin,* menghubungkaitkan sifat kimia unsur Kumpulan 17dengan susunan elektron,* menghuraikan perubahankereaktifan unsure Kumpulan 17 apabila menuruni kumpulan,* meramalkan sifat fizik dansifat kimia unsur lain dalamKumpulan 17,* menyatakan langkahkeselamatan dalammengendalikan unsurKumpulan 17.

(e) persamaan sifat kimia klorin, bromin dan iodin,(f) perhubungan di antara sifat kimia unsur Kumpulan 17 dengan susunan elektron.Menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas klorin, bromine dan iodin dengan:(a) air,(b) logam, seperti ferum,(c) natrium hidroksidaMembincangkan perubahankereaktifan unsur Kumpulan 17 apabila menuruni kumpulan.Meramalkan sifat fizik dan sifat kimia unsur Kumpulan 17 selain daripada klorin, bromin dan iodin.Menonton bahan multimedia tentang langkah keselamatan dalam mengendalikan unsur Kumpulan 17.

925/2 –

1/3

4.5Menganalisis unsur dalamKala

Murid boleh:* menyenaraikan unsur Kala 3,* menulis susunan elektronunsur Kala 3,* menghuraikan perubahansifat unsur merentasi Kala 3,* menyatakan perubahansifat oksida unsur apabila merentasi Kala 3,* meramalkan perubahansifat unsur merentasi Kala 2,* menghuraikan kegunaansemi logam.

Mengumpul dan mentafsir data tentang siifat unsur Kala 3 seperti:(a) nombor proton,(b) susunan elektron(c) saiz atom(d) kelektronegatifan(e) keadaan fizikMembincangkan perubahan sifat unsur merentasi Kala 3.Menjalankan eksperimen untuk mengkaji oksida unsur Kala 3 dan menghubungkaitkannya dengan sifat logam.Mengadakan perbincangan dalam kumpulan kecil dan bentangkan perubahan sifat oksida unsur merentasi Kala 3.Membincangkan dan meramalkan perubahan sifatunsur dalam Kala 2.

925/2 –

1/3

4.6Memahamiunsur peralihan.

Murid boleh:* mengenalpasti kedudukanunsur peralihan dalamJadual Berkala,* memberi contoh unsurperalihan,* menghuraikan sifat unsurperalihan,* menyatakan kegunaanunsur peralihan dalamindustri.

Menjalankan aktiviti untukmengenalpasti kedudukan unsur peralihan dalam Jadual Berkala.Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang sifat unsur peralihan dari segi takat lebur, ketumpatan, nombor pengoksidaan dan keupayaan membentuk sebatian berwarna.Memerhatikan warna :(a) beberapa sebatian unsur peralihan,(b) hasil tindak balas di antara larutan akues sebatian unsur peralihan dengan larutan natrium hidroksida, NaOH dan larutan ammonia,NH3(ak).

7

Page 8: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

Memerhatikan warna batu permata dan mengenalpasti unsur peralihan didalamnya.Memberi beberapa contoh tentang kegunaan unsur peralihan sebagaimangkin dalam industri.

925/2 –

1/3

4.7Mensyukurikewujudan nsuredan sebatiannya

Murid boleh:* menghuraikan usaha ahlisains dalam penemuanketertiban sifat nsure,* menghuraikan bagaimanakehidupan tanpa kepelbagaian nsure dansebatian* mengenalpasti pelbagaiwarna sebatian logamperalihan dalam alamsemulajadi,* mengendalikan bahankimia dengan bijaksana

Mengumpulkan maklumat dan membuat persembahan multimedia tentang usaha ahli sains dalam menemui ketertiban sifat unsur.Membincangkan dalam forum akan keadaan kehidupan tanpa pelbagai unsur dan sebatian.

Minggu 10 Ulangkaji4/3 – 8/3

Minggu 11 & 12 Peperiksaan Penilaian 1/201311/3 – 22/3

Minggu 13 Cuti Sekolah25/3 – 29/3

TEMA : JIRIM DI SEKELILING KITABIDANG PEMBELAJARAN : 5. IKATAN KIMIA

141/4 – 5/4

5.1Memahami asaspembentukansebatian

Murid boleh:* menerangkan kestabilangas adi,* menerangkan syaratpembentukan ikatan kimia,* menyatakan jenis ikatankimia,

Mengumpul dan mentafsirkan datatentang pelbagai sebatian yang wujud secara semulajadi, contohnya, air, H2O, karbon dioksida, CO2 dan mineral untukmemperkenalkan konsep ikatan kimia.

Mengadakan perbincangan tentang berikut:(a) kestabilan gas adi dari segi susunan elektron.(b) syarat pembentukan ikatan kimia(c) jenis ikatan kimia.

141/4 – 5/4

5.2Mensintesiskanidea tentangpembentukanikatan ion

Murid boleh:* menerangkanpembentukan ion,* menulis susunan elektronbagi ion yang terbentuk,* menerangkan pembentukan ikatan ion,* menggambarkan susunanelektron bagi suatu ikatanion,* menggambarkanpembentukan ikatan ion.

Menjalankan aktiviti untuk menyediakan sebatian ion, contohnya, magnesium oksida, MgO, natrium klorida, NaCl, danferum (III) klorida, FeCl3

8

Page 9: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

158/4- 12/4

5.3Mensintesiskanidea tentangpembentukanikatan kovalen

Murid boleh:* menyatakan maksudikatan kovalen,* menerangkanpembentukan ikatankovalen,* melukis gambarajahsusunan elektron untukmenggambarkanpembentukan ikatankovalen,* membuat gambaranmental bagi pembentukanikatan kovalen,* membanding danmembezakanpembentukan ikatan iondan ikatan kovalen.

Mengumpul dan mentafsir data tentang maksud ikatan kovalen.Menggunakan model dan simulasi komputer untuk menggambarkanpembentukan:(a) ikatan tunggal dalam hydrogen, H2, klorin, Cl2, hidrogen klorida, HCl, air, H2O, metana, CH4, ammonia, NH3, tetraklorometana, CCl4(b) ikatan ganda dua dalam oksigen, O2, karbon dioksida, CO2

(c) ikatan ganda tiga dalam nitrogen, N2

Melukis gambarajah susunan electron bagi pembentukan ikatan kovalen termasuk struktur Lewis.Membincang dan membina peta minda untuk membandingkan pembentukan ikatan ion dan ikatan kovalen.

158/4- 12/4

5.4Menganalisissifat sebatian iondan sebatiankovalen

Murid boleh:* menyenaraikan sifat-sifatsebatian ion,* menyenaraikan sifat-sifatsebatian kovalen, * menerangkan perbezaankekonduksian elektriksebatian ion dengan sebatian kovalen ,* menghuraikan perbezaantakat lebur dan takat didihsebatian ion dengan sebatian kovalen,* membanding danmembezakan keterlarutansebatian ion dan sebatiankovalen,* menyatakan kegunaansebatian kovalen sebagaipelarut.

Mengumpul dan mentafsir data tentang sifat sebatian ion dan sebatian kovalen.Membincang dalam kumpulan untuk menjalankan satu aktiviti untuk membandingkan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen:(a) takat lebur dan takat didih(b) kekonduksian elektrik(c) keterlarutan dalam air dan pelarut organikMembincang tentang:(a) perbezaan kekonduksian elektrik di antara sebatian ion dan sebatiankovalen dari segi kehadiran ion,(b) perbezaan takat lebur dan takat didih di antara kedua-dua sebatian ion dan sebatian kovalenMengumpul maklumat tentang kegunaan sebatian kovalen sebagai pelarut dalam kehidupan harian.

9

Page 10: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIATEMA : JIRIM DI SEKELILING KITABIDANG PEMBELAJARAN : 6. ELEKTROKIMIA

1615/4 – 19/4

6.1Memahami sifatsifatelektrolitdan bukanelektrolit

Murid boleh:* mengelaskan bahankepada elektrolit danbukan elektrolit.* menyatakan maksudelektrolit,* mengaitkan tentangkewujudan ion-ion yangbergerak bebas dengankekonduksian elektrik.

Menjalankan aktiviti untuk mengelaskan bahan-bahan kimia kepada elektrolitdan bukan elektrolitMembincangkan:(a) maksud elektrolit(b) hubungkait antara kewujudan ion yang bergerak bebas dan kekonduksian elektrik.

1615/4 – 19/4

6.2Menganalisisproseselektrolisissebatian lebur

Murid boleh:* menyatakan maksudelektrolisis,* menghuraikan binaan selelektrolisis,* mengenalpasti kation dananion dalam suatu sebatian lebur,menerangkan bukti tentang kewujudan ion yang diikat dengan ikatan ion yang kuat bila berada bila berada dalam keadaan pepejal tetapi bergerak bebas dalam keadaan leburan,* menghuraikan proseselektrolisis sebatian lebur,* menulis persamaansetengah bagi tindak balasnyahcas ion di katod dan dianod,* meramalkan hasilelektrolisis sebatian lebur.

Membincangkan:(a) Proses elektrolisis,(b) Binaan sel elektrolisis

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji elektrolisis plumbum (II) bromida leburuntuk:(a) mengenalpasti kation dan anion,(b) menghuraikan proses elektrolisis,(c) menulis persamaan setengah bagi tindak balas nyahcas ion di katod dan di anod.

Mengumpul dan Mentafsirkan data tentang proses elektrolisis sebatian ion yang mempunyai takat lebur yangsangat tinggi, contohnya natrium klorida, NaCl dan plumbum(II)oksida, PbO.

1722/4 – 26/4

6.3Menganalisiselektrolisislarutan akueus

Murid boleh:* mengenalpasti kation dananion dalam larutan akueus,* menghuraikan proseselektrolisis larutan akueus,* menulis persamaansetengah untuk nyahcasion di katod dan anod,* menerangkan faktor-faktoryang mempengaruhielektrolisis larutan akueusdengan menyertakancontoh yang sesuai,* meramalkan hasilelektrolisis larutan akueus.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji elektrolisis larutan akueus kuprum(II) sulfat dan asid sulfurik menggunakanelektrod karbon dan dapat:(a) Mengenalpasti kation dan anion yang wujud dalam larutan akues.(b) Menghuraikan proses elektrolisis larutan akueus.(c) Menulis persamaan setengah untuk nyahcas ion di katod dan anod.Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor pemilihan ion untuk dinyahcas di katod dan anod berdasarkan perkara berikut:(a) kedudukan ion dalam siri elektrokimia(b) kepekatan ion dalam larutan (c) jenis elektrodMeramalkan hasil elektrolisis

10

Page 11: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

larutan akueus serta menulis setengah persamaan masing-masing.

1829/4 –

3/5

6.4Menilai proseselektrolisis dalamindustry

Murid boleh :* menyatakan kegunaanelektrolisis dalam industri,* menerangkan prosespengekstrakan, penulenanserta penyaduran logam,* menulis persamaan kimia untuk proses elektrolisisdalam industri,* mewajarkan penggunaanelektrolisis dalam industri,* menerangkan masalahpencemaran yang timbulakibat dari penggunaanproses elektrolisis dalamindustri

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji proses penulenan dan penyaduran logam.(a)pengekstrakan aluminium dari aluminium oksida.(b) penulenan kuprum(c) penyaduran logam.Menjalankan aktiviti untuk menulis persamaan kimia bagi elektrolisis dalamindustri.

Mengumpulkan maklumat dan membincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan elektrolisisdalam industri.

1829/4 –

3/5

6.5Menganalisis selkimia

Murid boleh :* menghuraikan struktur selringkas dan sel Daniell,* menerangkan penghasilanarus elektrik dalam selringkas,* menerangkan tindakbalaskimia yang berlaku dalamsel ringkas dan sel Daniell,* membanding danmembezakan kelebihandan kelemahan pelbagaijenis sel kimia,* menghuraikan perbezaanantara sel elektrolisis dansel kimia.

Mengkaji struktur sel kimia contohnya sel ringkas dan sel Daniell.Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan penghasilan arus elektrik daripada tindakbalas kimia dalam sel ringkas.Menjalankan aktiviti untukmenerangkan tindakbalas yang berlaku dalam sel ringkas dan sel Daniell.Mengumpulkan maklumat dan membincangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai jenis sel kimia termasuk sel kering, akumulator asid plumbum, sel merkuri, sel alkali dan selnikel-kadmium.

6.6Mensintesiskansiri elektrokimia

Murid boleh:* menerangkan prinsip untukmembina siri elektrokimia,* membina siri elektrokimia,* menerangkan kepentingan siri elektrokimia,* meramalkan kebolehansesuatu logam untukmenyesarkan logam laindaripada larutan garamnya,* menulis persamaan kimiauntuk tindakbalaspenyesaran logam.

Menjalankan eksperimen untuk membina siri elektrokimia berdasarkan perkara berikut:(a) perbezaan voltan antara dua logam(b) kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.Membincangkan penggunaan siri elektrokimia dalam menentukan perkara berikut:(a) Terminal sel(b) Voltan sel(c) Kebolehan suatu logammenyesarkan logam lain daripadalarutan garamnya.Menjalankan eksperimen untuk mengesahkan ramalan tindakbalas penyesaran.Menjalankan aktiviti untuk menulis persamaan kimia untuk tindakbalas penyesaran logam.

11

Page 12: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

1829/4 –

3/5

6.7Menerapkankesedaran sertamengamalkansikapbertanggungjawabdalammengendalikanbahan kimiayang digunakandalam sirielektrokimia

Murid boleh :* mewajarkan kenyataanbahawa industry elektrokimia dapat meningkatkan kualiti hidup,* memerihalkan masalahpencemaran yang disebabkan oleh rosesprosesdalam industry elektrokimia,* mewajarkan keperluanuntuk melupuskan sisasisaindustri elektrokimiasecara selamat dan teratur,* mempraktikkan amalanmelupuskan bateri terpakaisecara sistematik.

Membincangkan kepentingan industry elektrokimia dalam kehidupan harian.Mengumpulkan data sertamembincangkan pencemaran akibat daripada proses-proses industry elektrokimia.Mengadakan forum untukmembincangkan epentinganpelupusan sisa industri elektrokimia secara selamat dan teratur.Mengadakan tayangan video untuk menunjukkan betapa pentingnya proses kitar semula serta pelupusan yang sistematik bateri-bateri terpakai.Mengamalkan kitar semula bateri terpakai

Minggu 19 Ulangkaji6/4 - 10/4

Minggu 20 & 21 Peperiksaan Pertengahan Tahun 201313/5 – 24/5

Minggu 22 & 23 Cuti Sekolah27/5 – 7/6

TEMA : INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIABIDANG PEMBELAJARAN : 7. ASID DAN BES

2410/6 – 14/6

7.1Menganalisissifat-sifat asiddan bes

Murid boleh :* menyatakan maksud asid,bes dan alkali,* menyatakan kegunaanasid, bes dan alkali dalamkehidupan harian,* menerangkan peranan airdalam pembentukan ionhidrogen yang akanmenzahirkan sifat asid,* menerangkan peranan airdalam pembentukan ionhidroksida yang akanmenzahirkan sifat alkali,* menghuraikan sifat kimiabagi asid dan alkali.

Membincangkan:(a) Konsep asid, bes dan alkali berdasarkan tentang ion yang terdapat atau dihasilkan dalam larutan akueus,(b) Kegunaan asid, bes dan alkali dalam kehidupan harian.Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan peranan air dalam pembentukan ion hidrogen yang akan menzahirkan sifat asid.Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan peranan air dalam pembentukan ion hidroksida yang akan menzahirkan sifat alkali.

2410/6 – 14/6

7.2Mensintesiskankonsep asidkuat, asid lemah,alkali kuat dan alkali lemah.

Murid boleh :* menyatakan kegunaanskala pH,* menghubungkaitkan nilaipH dengan sifat keasidanatan kealkalian sesuatu bahan,* menghubungkaitkankepekatan ion hidrogendengan nilai pH,* menghubungkaitkankepekatan ion hidroksidadengan nilai pH,

Menjalankan aktiviti menggunakan skala pH untuk mengukur nilai pH larutan larutan yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti air sabun, air berkarbonat, air paip dan jus buah-buahan.Menjalankan aktiviti untuk mengukur nilai pH beberapa larutan yang mempunyai kepekatan yang berbeza.Contohnya, asid hidroklorik, asid

12

Page 13: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

* menghubungkaitkan asidkuat atau asid lemahdengan darjahpenceraiannya,* menghubungkaitkan alkalikuat atau alkali lemahdengan darjah penceraiannya,* menerangkan secarakuantitatif konsep asidkuat dan asid lemah,* menerangkan secarakualitatif konsep asid kuatdan asid lemah.

etanoik, larutan ammonia dan natrium hidroksida dengan Menggunakan penunjuk, meter pH atau pun antaramuka berkomputer (computer interface) .Membincangkan perkaitan antara perkara-perkara berikut berdasarkan data yang diperoleh dari aktiviti di atas:(a) nilai pH dan keasidan ataukealkalian sesuatu bahan,(b) kepekatan ion hidrogen dan nilai pH,(c) kepekatan ion hidroksida dan nilai pH,(d) asid kuat dan darjah penceraiannya,(e) asid lemah dan darjahpenceraiannya,(f) alkali kuat dan darjahpenceraiannya,(g) asid lemah dan darjahpenceraiannya.

25 & 2617/6 – 28/6

7.3Menganalisiskepekatan asid dan alkali

Murid boleh:* menyatakan maksudkepekatan,* menyatakan maksud kemolaran,* menyatakan hubunganantara bilangan mol dengan kemolaran dan isipadu sesuatu larutan,* menghuraikan kaedahuntuk menyediakan larutanpiawai,* menghuraikan kaedahuntuk menyediakan larutandengan kepekatan tertentumelalui kaedah pencairanke atas larutan piawai yangtelah disediakan,* menghubungkaitkan nilaipH dengan kemolaran asiddan alkali,* menyelesaikan masalahpenghitungan yangmelibatkan kemolaran asiddan alkali.

Membincangkan:(a) Maksud kepekatan(b) Maksud kemolaran(c) Hubungan antara bilangan mol dengan kemolaran dan isipadu sesuatu larutan(d) Kaedah untuk menyediakan larutan piawai.Membuat pengiraan untuk menukarkan unit kepekatan dari g dm-3 kepada mol dm-3 dan sebaliknya.Menyediakan larutan piawai natrium hidroksida, NaOH atau kalium hidroksida KOH.Menyediakan larutan dengan kepekatan tertentu melalui kaedah pencairan ke atas larutan piawai yang telahdisediakan.Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungkait antara nilai Ph dengan kemolaran beberapa larutan

27 & 281/7 – 12/7

7.4Menganalisispeneutralan

Murid boleh:* menerangkan maksudpeneutralan,* menerangkan penggunaanpeneutralan dalam kehidupan harian,* menulis persamaan untuktindakbalas peneutralan,* menghuraikan prosestitratan asid-bes,* menentukan takat akhirproses peneutralan melalui

Mengumpul dan mentafsir data tentang peneutralan dan aplikasinya dalam kehidupan harian.Menjalankan aktiviti untuk menulis persamaan bagi tindakbalas peneutralan.Menjalankan pentitratan asid-bes untuk menentukan takat akhir menggunakanpenunjuk atau antararmukaberkomputer.

13

Page 14: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

kaedah pentitratan,* menyelesaikan masalahyang melibatkan peneutralan termasuk juga aktiviti untuk mengira kepekatan atau isipadu sesuatu larutan.

Menjalankan aktiviti menyelesaikan masalah yang melibatkan peneutralan termasuk juga aktiviti untuk mengira kepekatan atau isipadu sesuatu larutan.

Minggu 29 & 30 Ulangkaji15/7 – 26/7

Minggu 31 & 32 Peperiksaan Penilaian 2/201329/7 – 6/8

Minggu 33 Cuti Sekolah/ Cuti Hari Raya Puasa7/8 – 16/8

TEMA : INTERAKSI ANTARA BAHAN KIMIABIDANG PEMBELAJARAN : 8. GARAM

3419/8 -

23

8.1Mensintesiskangaram

Murid boleh:* menyatakan contohcontohgaram dan kegunaannya dalam kehidupan harian,* menerangkan maksudgaram,* mengenal pasti garamterlarut dan garam takterlarut,* menghuraikan prosespenyediaan garam terlarut,* menghuraikan prosespenulenan garam terlarutmelalui penghabluran semula,* menyenaraikan ciri-cirifizik hablur, * menghuraikan prosespenyediaan garam tak terlarut,* menulis persamaan kimiadan persamaan ion bagitindak balas penyediaangaram,* mereka bentuk suatuaktiviti untuk menyediakan garam tertentu,* membina persamaan ionmelalui kaedahperubahan berterusan,* menyelesaikan masalahpengiraan kuantiti bahantindak balas dan hasiltindak balas bagi tindak balas stoikiometri

Mengumpul dan entafsirkan data tentang:(a) kewujudan garam secara semula jadi,(b) maksud garam,(c) kegunaan garam dalam bidang pertanian, perubatan,penyediaan dan pengawetanmakanan.Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keterlarutan garam-garam nitrat, sulfat, karbonat dan klorida.Menyediakan garam terlarut melalui tindakbalas:(a) asid dengan alkali(b) asid dengan oksida logam(c) asid dengan logam (d) asid dengan karbonat logamMenjalankan satu aktiviti untuk menulenkan garam terlarut dengan menggunakan kaedah penghabluran semula. Bincangkan keperluanpenulenan garam.Membuat pemerhatian untukmengenal pasti ciri-ciri fizik hablur garam seperti kuprum (II) sulfat, CuSO4, natrium klorida, NaCl, kalium kromat (VI), K2CrO4 dan kalium dikromat, K2Cr2O7

Menyediakan garam tak terlarut seperti plumbum(II) iodida, PbI2, plumbum(II) kromat(VI), PbCrO4 dan barium sulfat, BaSO4 melalui tindak balas pemendakan.

35 & 3626/8 –

6/9

8.2Mensintesiskananalisis kualitatifgaram

Murid boleh :* menyatakan maksudanalisis kualitatif,* membuat inferens tentanggaram berdasarkan warna dan keterlarutan dalam air,* memerihalkan ujian untukmengenal pasti gas,

Membincangkan maksud analisis kualitatif.Mengkaji warna dan keterlarutan dalam air bagi beberapa garam dan seterusnya membuat inferens tentang garam tersebut.Menonton persembahan multimedia untuk memerhati

14

Page 15: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

* menghuraikan tindakanhaba ke atas garam,* menghuraikan ujian bagianion,* menyatakan pemerhatianbagi tindak balas di antara kation dengan larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia,* menghuraikan ujianpengesahan bagi kation Fe2+, Fe3+, Pb2+ dan NH4+,* merancang analisiskualitatif untuk mengenalpasti garam.

kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kehadiran gas.Memerhati dan menjalankan ujian kimia untuk mengenal pasti gas-gas oksigen, O2, hidrogen, H2, karbon dioksida, CO2, ammonia, NH3, klorin, Cl2, hidrogen klorida, HCl, sulphur ioksida, SO2 dan nitrogen dioksida, NO2. Menjalankan ujian untuk mengkaji tindakan haba ke atas garam karbonat dan garam nitrat. Perhatikan perubahan warna dan pembebasan gas apabila garam-garam tersebutdipanaskan.Menjalankan ujian untukmengesahkan kehadiran ion-ion karbonat, sulfat, klorida dan nitrat dalam larutan akueusMenjalankan ujian untuk mengenal pasti kehadiran ion-ion Cu2+, Mg2+, Al3+, Fe2+, Fe3+, Pb2+, Zn2+, NH4 +, dan Ca2+ dalam larutan akueus dengan menggunakan larutan natrium hidroksida, NaOH dan larutan

35 & 3626/8 –

6/9

8.3Mengamalkansikap sistematikdan teliti semasamenjalankanaktiviti

Murid boleh:* menjalankan aktivitiaktivitiyang melibatkanpenggunaan teknik-teknikyang betul semasamenyediakan garam danjuga hablur.

Menjalankan aktiviti denganmenggunakan teknik yang betul untuk eksperimen seperti pentitratan,penyediaan larutan piawai, penyediaan garam dan hablur.Merancang eksperimen, membuat pemerhatian, merekod dan menganalisis data secara sistematik dan teliti.

TEMA : PENGHASILAN DAN PENGURUSAN BAHAN KIMIABIDANG PEMBELAJARAN : 9. BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

379/9 – 14/9

9.1Memahamipembuatan asidsulfurik

Murid boleh:* menyenaraikan kegunaanasid sulfurik,* menerangkan prosespembuatan asid sulfuriksecara industri,* menerangkan bahawasulfur dioksida menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Membincangkan penggunaan asid sulfurik dalam kehidupan harian,contohnya, pembuatan cat, detergen, baja dan akumulator.Mengumpul dan entafsirkan data tentang pembuatan asid sulfurik.Membina carta alir untuk menunjukkan peringkat-peringkat dalam pembuatan asid sulfurik dalam Proses Sentuh.Mengumpulkan maklumat dan menulis suatu esei tentang bagaimana sulphur dioksida, SO2,menyebabkanpencemaran alam sekitar.

15

Page 16: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

379/9 – 14/9

9.2Mensintesiskanpembuatanammonia dangaramnya

Murid boleh:* menyenaraikan kegunaanammonia,* menyatakan sifat-sifatammonia,* menerangkan prosespembuatan ammoniasecara industri,* merekabentuk satu aktivitiuntuk menyediakan bajaammonium.

Membincangkan kegunaan ammonia dalam kehidupan harian, contohnya,penghasilan baja dan asid nitrik.Menjalankan aktiviti untuk mengkaji sifatsifat ammonia.Mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber dan membina carta aliruntuk menunjukkan peringkat-peringkat yang terlibat dalam pembuatan ammonia dalam Proses Haber.Merekabentuk satu aktiviti untuk menyediakan suatu baja ammonium,contohnya, ammonium sulfat, (NH4)2SO4.

3816/9 – 20/9

9.3Memahami aloi

Murid boleh:* menghubungkaitkan susunan atom dalam logamdengan sifat kemuluran dankebolehtempaan logam,* menyatakan maksud aloi,* menyatakan tujuanpengaloian,* menyenaraikan Contoh contoh aloi,* menyenaraikan komposisidan sifat aloi,* menghubungkaitkansusunan atom dalam aloidengan sifat kekuatan dankekerasannya,* menghubungkaitkan sifataloi dengan kegunaannya

Memerhati contoh-contoh logam tulen dan bahan-bahan diperbuat daripada aloi dalam kehidupan harian. Senaraikan sifat-sifat dan bincangkannya.Menjalankan aktiviti untukmembandingkan kekuatan dan kekerasan aloi dengan logam tulen Mengkaji susunan atom dalam logam dan aloi melalui simulasi komputer.Berbincang dalam kumpulan mengenai:(a) maksud aloi,(b) tujuan menghasilkan aloi, seperti duralumin, loyang, keluli, keluli nirkarat, gangsa dan piuter,(c) komposisi, sifat dan kegunaan aloi.Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kadar kakisan besi, keluli dan keluli nirkarat.

3816/9 – 20/9

9.4Menilaikegunaanpolimer sintetik

Murid boleh :* menyatakan maksudpolimer,* menyenaraikan polimersemulajadi,* menyenaraikan polimersintetik dan kegunaannya,* mengenal pasti monomerdalam polimer sintetik,* mewajarkan kegunaanpolimer sintetik dalamkehidupan harian.

Membincangkan maksud polimer.Memerhati bahan-bahan yang diperbuat daripada polimer dan mengelaskan bahan-bahan tersebut kepada polimer semulajadi dan polimer buatan.Mengenal pasti monomer-monomer bagi polimer sintetik dengan menggunakanmodel atau simulasi komputer.Mengumpulkan maklumat mengenai kuantiti dan jenis polimer sintetik di rumahyang dibuang untuk satu tempoh masa tertentu.

16

Page 17: rancangan pengajaran tahunan kimia tingkatan 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013 KIMIA 4SC1SMK KENERING, GERIK PANITIA KIMIA

3923/9 – 27/9

9.5Mengaplikasikankegunaankaca danseramik

Murid boleh:* menyenaraikan kegunaankaca,* menyenaraikan kegunaanseramik,* menyenaraikan jenis kacadan sifatnya,* menyatakan sifat seramik

Mengumpul dan entafsirkan data tentang jenis, omposisi, sifat dan kegunaan kaca dan seramik.Menyediakan folio berserta dengan gambar dan klip video tentang kegunaan kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya untuk tujuan spesifik, contohnya,kaca fotokromik dan kaca konduksi.

3923/9 – 27/9

9.6Menilaikegunaanbahan bahankomposit

Murid boleh:* menghurai keperluanpenghasilan bahan baruuntuk tujuan tertentu,* menyatakan maksud bahankomposit,* menyenaraikan contohbahan komposit dan komponennya,* membandingkan danmembezakan sifat bahankomposit dengankomponen asalnya,* mewajarkan kegunaanbahan komposit,* menjana idea tentangpenghasilan bahan termajuuntuk memenuhi keperluantertentu.

Menonton persembahan multimedia dan menyediakan folio yang mengandungi perkara berikut:(a) maksud bahan komposit,(b) senarai bahan komposit termasuk konkrit yang diperkukuhkan, superkonduktor spesifik, gentian optik, gentian kaca dan kaca fotokromik,(c) komponen-komponen bahan komposit,(d) kegunaan bahan Komposit.Membandingkan sifat unggul bahan komposit dengan komponen asalnya melalui simulasi komputer.Membincang dan mewajarkan kegunaan bahan komposit.Melihat cara penghasilan bahan komposit

3923/9 – 27/9

9.7Menghargaipelbagai bahanbuatan dalamindustri

Murid boleh:* mewajarkan kepentinganmelakukan penyelidikandan pembangunan secaraberterusan,* mengamalkan sikapbertanggungjawab semasapengendalian bahan sintetikdan sisanya,* memerihalkan kepentinganbahan sintetik dalamkehidupan harian.

Membincangkan kepentingan bahan sintetik dalam kehidupan harian.Mengadakan forum untukmembincangkan kepentingan penyelidikan dan pembangunanberterusan untuk kesejahteraan hidup sejagatMenonton persembahan multimedia atau simulasi komputer berkenaan denganpencemaran yang disebabkan oleh pembuangan bahan sintetik.

Minggu 40 & 41 Ulangkaji30/9 – 11/10

Minggu 42 & 43 Peperiksaan Akhir Tahun 201314/10 – 25/10

Minggu 44 – 46 Semakan Kertas Akhir Tahun28/10 – 15/11

CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 201316/11/2013 – 1/1/2014

17