rancangan pengajaran harian projek pj

12

Click here to load reader

Upload: nani-noraini

Post on 03-Jul-2015

4.471 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan pengajaran harian  projek pj

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata pelajaran : Pendidikan jasmani Tarikh : 7 September 2011

Tunjang : Kecergasan fizikal Hari : Selasa

Tajuk : Imbangan Masa : 8.30 – 9.00 pagi

Sub-tajuk :Dirian tangan bersokong Kelas : 6 Lazim

dan tidak bersokong Bil. Murid :36( 20 lelaki/ 16 perempuan)

Hasil pembelajaran :

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat ;

i. Psikomotor

Murid dapat melakukan aktiviti meningkatkan tahap imbangan seperti dirian tangan

bersokong secara berpasangan sekurang-kurangnya 10 saat dengan teknik yang

betul dan selamat.

ii. Kognitif

Menyatakan tiga otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti dirian tangan

bersokong dan tidak bersokong dengan betul dan tepat.

iii. Afektif

Menunjukkan semangat kerjasama dengan membantu rakan sebagai penyokong

semasa rakan membuat dirian tangan bersokong.

Pengalaman sedia ada :

Murid pernah melakukan aktiviti imbangan dirian kepala semasa berada di tahun 4.

Strategi utama : Pembelajaran secara kontekstual

Penggabungjalinan :

Matematik (menentukan jarak antara penyokong dengan pelaku)

Bahasa ( murid menyusun perkataan yang didapati menjadi ayat)

KBKK : Membuat gambaran mental

Nilai murni : Mematuhi arahan guru

Bahan bantu mengajar : Kad imbasan perlakuan dirian tangan.

Page 2: Rancangan pengajaran harian  projek pj

Fasa Strategi Fokus pembelajaran Organisasi Catatan

Permulaan (3-5 minit)

KKE : Strategi utama : Kemahiran berfikir Memanaskan badan

1. Mobiliti a. Permainan ibu

ayam dan harimau.

2. Regangan a. Tarik tangan b. Kilas badan kiri

dan kanan c. Melentik dan

Mendongak d. Tolak bahu

Murid dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan B. -pilih seorang murid daripada kumpulan A dan kumpulan B menjadi harimau. - murid berbaris memanjang dalam satu barisan tegak. -peluk pinggang rakan di hadapan. -murid di hadapan sekali menjadi ibu ayam. -murid yang menjadi harimau berpusing membelakangi kumpulan ayam. -ibu ayam bertanya kepada harimau “pukul berapa datuk harimau” - harimau menjawab pukul 12 lalu berpusing ke arah ayam dan cuba menangkap anak ayam di belakang sekali. -ibu ayam cuba menghadang harimau daripada menangkap anak ayam. -apabila anak ayam berjaya ditangkap, anak ayam tersebut akan menjadi harimau. -ibu ayam menjadi anak ayam dan harimau berbaris dalam kumpulan anak ayam. -permainan diulang untuk kumpulan A dan kumpulan B selama 2 minit. Regangan:

a. Tarik tangan -murid berdiri secara berpasangan (A dan B)

- KON - murid yang menjadi harimau - murid yang menjadi ayam - murid yang jadi ibu ayam - guru Murid memeluk pinggang rakan sewaktu bermain permainan harimau dan ayam - murid - kon - guru

Page 3: Rancangan pengajaran harian  projek pj

-berdiri menghadap pasangan masing-masing. -kaki di buka seluas bahu dan satu kaki dihadapan satu kaki di belakang. -kaki dominan berada di hadapan. -luruskan tangan ke hadapan dan pegang lengan rakan. -tarik tangan masing-masing dalam kiraan 8. -tukar kedudukan kaki iaitu kaki dominan di bahagian belakang pula. -ulang semula aktiviti yang sama.

b. Kilas badan -berdiri dengan pasangan masing-masing. -berdiri tegak dengan membelakangi kawan. -kaki buka seluas bahu -angkat tangan separas bahu kemudian luruskan ke hadapan. -pusing badan ke arah kiri dna tepuk tangan rakan. -pusing semula ke hadapan -pusing pula badan ke arah kiri. - tepuk tangan rakan bersama-sama. -ulang aktiviti kilas badan ini sebanyak 3 kali.

c. Melentik dan membongkok

-berdiri secara berpasangan (A dan B) -berdiri membelakangi pasangan masing-masing. -buka kaki seperti mengangkang. -luruskan tangan ke depan

Aktiviti menarik tangan secara berpasangan. Aktiviti mengilas badan kiri dan kanan berpasangan. Melentik dan membongkok secara berpasangan.

Page 4: Rancangan pengajaran harian  projek pj

setinggi bahu. -perlahan-lahan bongkokkan badan ke bawah dan sentuh tangan pasangan masing-masing. -tangan mestilah dimasukkan di celah kangkang kaki masing-masing. -bangun semula ke kedudukan asal. -lentikkan pula pinggang ke arah belakang. -tangan dihayun keatas bersama ketika melentik badan. -cuba sentuh tapak tangan pasangan masing-masing. -kemudian kembali kepada kedudukan asal. -ulang aktiviti sebanyak 3 ulangan.

d. Tolak bahu -berdiri secara berpasangan (A dan B) -menghadap pasangan masing-masing dalam jarak yang sesuai. -berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu. -angkat tangan ke hadapan separas bahu. -letakkan tangan di atas bahu rakan. -condongkan badan ke arah hadapan sambil menolak bahu kawan. -tolak bahu kawan secara serentak. -tahan dalam masa 10 saat.

Aktiviti menolak bahu secara berpasangan.

Page 5: Rancangan pengajaran harian  projek pj

Perkembangan (18-20 minit) Langkah 1

Strategi utama : Pembelajaran secara kontekstual Dirian tangan bersokong. a) Fasa persediaan b) Fasa lonjakan c) Fasa dirian d) Fasa pendaratan

Fasa persediaan -duduk dalam keadaan membongkok -menghadap rakan yang menyokong -letakkan kedua-dua tangan di hadapan penyokong. -buka tangan seluas bahu. -bersedia untuk lonjakan -ulang lakuan sebanyak 3 kali ulangan. Fasa lonjakan Latihan : - guru meletakkan tilam di dinding. -berdiri tegak menghadap tilam. -buat lonjakan sambil kedua-dua tangan dicecah ke lantai. -lonjakkan kaki dominan dahulu diikuti kaki satu lagi. -gunakan momentum dan terus lonjak kaki ke udara. -kaki sentuh kepada tilam yang diletakkan di tepi dinding. -tahan dengan menggunakan kekuatan tangan. -turunkan semula kaki satu persatu. -lakukan aktiviti yang sama untuk 5 ulangan setiap seorang. Lakuan sebenar : -secara berpasangan (A dan B) -murid A menjadi pelaku dan murid B menjadi penyokong. - murid A membongkok dalam keadaan fasa persediaan.

- murid - guru - tilam Murid dalam keadaan fasa persediaan. Aktiviti lakuan semasa fasa lonjakan.

Peralatan: Tilam dan dilakukan di kawasan lapang. Teknik mengajar: Mengajar secara berperingkat mengikut fasa. Ada 4 fasa dalam dirian tangan :

1.fasa

persediaan 2.fasa lonjakan 3.fasa dirian tangan 4.fasa mendarat

Page 6: Rancangan pengajaran harian  projek pj

-murid B bersedia untuk menyambut kaki murid A. -murid A membuat lonjakan kaki teros ke udara. -kaki pelaku mestilah dilonjak sebelah dahulu dan diikuti dengan sebelah lagi. -murid B menangkap kaki murid A. - tukar pelaku dengan murid A menjadi penyokong dan murid B menjadi pelaku. -ulang aktiviti yang sama sebanyak 5 ulangan. Fasa dirian tangan -murid A meluruskan kaki ke atas. -pelaku mestilah mengunci pinggang supaya tidak bergerak. -tahan dengan menggunakan kekuatan tangan. -kepala murid A berada di antara kedua-dua tangan. -murid B memegang kaki murid A dengan kemas. - tahan dalam kiraan 10 saat. Fasa pendaratan Cara 1 : -secara berpasangan (A dan B) -murid A menjadi pelaku dan murid B menjadi penyokong. -murid A berdiri menghadap murid B. -berdiri tegak dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah kaki di belakang. -murid A membuat lonjakan kaki dan murid B menyambut kaki murid A. -setelah berada pada posisi

Fasa dirian tangan bersokong secara berpasangan. Berdiri dan pandang hadapan semula semasa fasa pendaratan.

Page 7: Rancangan pengajaran harian  projek pj

dirian tangan, murid B menolak sebelah kaki murid A. -murid A menurunkan sebelah kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. -murid A mendaratkan kedua-dua belah kaki. -murid A kemudian berdiri semula dalam keadaan kaki dibuka seluas bahu. -tukar pelaku dengan murid B menjadi pelaku dan murid A sebagai penyokong. -ulang aktiviti yang sama sebanyak 5 ulangan. Cara 2 : - secara berpasangan (A dan B) -murid A menjadi pelaku dan murid B menjadi penyokong. -murid A berdiri menghadap murid B. -berdiri tegak dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah kaki di belakang. -murid A membuat lonjakan kaki dan murid B menyambut kaki murid A. -pastikan murid A berada pada posisi fasa dirian tangan. -penyokong bergerak ke sebelah kanan pelaku tetapi masih memegang kaki pelaku. -penyokong menarik sedikit kaki pelaku ke hadapan supaya badan pelaku akan menjadi sedikit condong ke hadapan. -penyokong melepaskan kedua-dua kaki pelaku secara serentak. -murid A kemudian terus

Mendarat dan guling ke hadapan semasa fasa pendaratan.

Page 8: Rancangan pengajaran harian  projek pj

membuat guling ke hadapan. -murid A mesti mendaratkan badannya di atas bahu. -kepala di rapatkan ke arah dada. -murid A guling hadapan sekali. -berdiri semula dalam posisi berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. -ulang lakuan yang sama bagi murid A sebanyak 5 ulangan. -tukar pelaku iaitu murid A menjadi penyokong dan murid B menjadi pelaku. -murid B mengulang aktiviti yang dilakukan oleh murid A. -ulang perlakuan sebanyak 5 ulangan.

Langkah 2 Dirian tangan tidak bersokong.

-semua murid berdiri di belakang tilam. -berdiri tegak dan buka kaki seluas bahu. -mata pandang ke arah tempat untuk meletakkan tangan. -bongkokkan badan sedikit kehadapan. -buat lonjakan sambil ambil lajak. -kaki lonjak sebelah dahulu dan diikuti sebelah lagi. -kepala berada di antara kedua-dua tangan. -kunci pinggang supaya tidak bergerak. -badan ditegakkan dan dalam keadaan lurus. -hujung kaki diluruskan. -tahan selama 5 saat. -kemudian, mendarat dengan cara jatuhkan badan ke hadapan dan guling ke

-murid - guru - tilam - arah pergerakan murid Dirian tangan tanpa sokongan.

Page 9: Rancangan pengajaran harian  projek pj

hadapan ataupun jatuhkan semula kaki kebelakang. -berdiri semula dalam keadaan tegak dengan kaki dibuka seluas bahu. -buat secara bergilir-gilir dengan rakan menjadi sebagai pemerhati. -buat aktiviti sebanyak 5 ulangan.

Kemuncak

Pertandingan : Jengket mencari harta karun

-murid dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan biru,merah dan hijau. -pastikan jumlah murid bagi setiap kumpulan adalah sama banyak. -murid pertama melompat ke dalam gelung dalam keadaan berjengket sebelah kaki mengikut warna kumpulan masing-masing. -kemudian murid pertama mengutip 1 perkataan yang terdapat di dalam gelung. -pastikan perkataan itu mengikut warna kumpulan. -setiap ahli kumpulan dilarang melompat ke dalam gelung pasukan lain. -sekiranya berlaku murid tersebut dikira batal. -murid juga mestilah sentiasa dalam keadaan berjengket dan jika jatuh dia juga akan dibatalkan. -murid pertama kemudian berpatah balik mengikut gelung kumpulan masing-masing dan kembali ke tempat permulaan. -murid pertama kemudiannya menyentuh tangan murid kedua. -murid pertama kemudiaannya menyusun perkataan tadi di petak yang

- murid - guru - gelung rotan - kon Murid berjengket sambil melompat ke dalam gelung mengikut warna.

Alat : Terdapat kad perkataan di setiap gelung.

Page 10: Rancangan pengajaran harian  projek pj

sesuai. -murid kedua meneruskan permainan seperti yang dilakukan oleh murid pertama. -murid kedua akan mengutip perkataan yang lain. -kemudian murid kedua menamatkan lompatan dan menyentuh tangan murid ketiga. -murid kedua menyambung menyusun perkataan. -ulang perlakuan ini sehingga semua murid dalam kumpulan tersebut telah melakukannya. -cikgu menyemak ayat yang terhasil daripada perkataan yang disusun oleh setiap pasukan. -cikgu mengumumkan pemenang dan memberi tepukan kepada kumpulan yang menang. -jika mempunyai masa yang lebih, guru boleh menjalankan pertandingan sekali lagi.

Penutup (3-5 minit)

Mobiliti : Robotku Freeze Regangan :

a. Mengecat rumah

Pernafasan Tiup belon sampai pecah.

Mobiliti : Robotku freeze -murid berbaris di belakang garisan secara melintang. -guru melantik seorang ketua daripada murid. -ketua berada ditengah-tengah dan membelakangi murid-murid yang lain. -ketua memberi arahan suruh berjalan seperti robot. -setelah memberi arahan guru meniup wisel dan murid melakukan pergerakan berjalan seperti robot. -kemudian ketua murid tadi melaungkan “freeze” dan semua murid mesti berhenti

- murid - guru - kon - arah pergerakan murid

Murid bergerak dalam satu arah. Arahan daripada ketua murid yang dipilih.

Page 11: Rancangan pengajaran harian  projek pj

serta merta. -guru melihat aksi-aksi pergerakan yang dilakukan oleh murid-murid. -guru meniup semula wisel dan murid meneruskan pergerakan berjalan seperti robot. -ulang aktiviti yang sama dengan menukar ketua di hadapan. Regangan : Mengecat rumah -murid berdiri dalam jarak yang selesa. -berdiri tegak dengan mata pandang ke hadapan. -buka kaki seluas bahu. -murid ikut perlakuan guru. -mengilas badan ke kanan dan menggayakan cara mengecat. -kilas badan ke kiri pula dan gayakan cara mengecat. -bongkokkan badan ke bawah dan cat di bahagian lantai bawah. -bongkok ke kiri sedikit dan cat di bahagian kiri lantai. -bongkok ke kanan pula dan cat di bahagian kanan lantai. -kemudian, jengket sedikit dan cuba menggayakan aktiviti mengecat di tempat yang tinggi. -gerakkan badan ke kanan dan ke kiri sambil mengulangi aktiviti mengecat. Pernafasan Tiup belon sampai pecah -murid berdiri tegak dengan kaki di buka seluas bahu. -mata pandang ke arah

Murid melakukan jalan langkah besar seperti robot. - murid - guru - kon Lakuan murid sedang mengecat rumah.

Page 12: Rancangan pengajaran harian  projek pj

hadapan. -tangan diangkat setinggi bahu dan siku dibengkokkan sedikit. -tangan diletakkan dihadapan mulut seperti memegang belon. -kemudian tiup belon itu sedikit demi sedikit. -tiup sambil melakukan pergerakan tangan seperti belon semakin membesar. -akhir sekali tarik nafas sedalamnya dan tiup sekuat hati sehingga belon meletup.

Aktiviti pernafasan dengan teknik meniup belon.